EPISOD 14

Romance Series 14692

Megat Emir dan Erina jalan beriringan sebaik sahaja mereka sampai di sebuah pasaraya. Erina menurut sahaja gerak langkah Megat Emir.

"Bos. .kita nak makan kat mana ni?" Mata Erina meliar memandang sekitar pasaraya tersebut. Sambil-sambil tu boleh la dia cuci mata sekejap.

Sedang mereka berjalan, tiba-tiba ada seorang pemuda berjalan dalam kelam kabut dan kemudian terlanggar Megat Emir dari sisi.

Megat Emir hampir tersungkur dan Erina sempat paut lengan Megat Emir. Pemuda itu kemudian menjeling panjang Megat Emir seolah-olah hendak marah.

"Jalan tu tengok lah sikit!" Tengking pemuda itu.

"Sorry .."Jawapan ringkas dari Megat Emir kerana dia tidak mahu mencetuskan pergaduhan.

"Sorry jer ..abis tu aku punya air ni tumpah macam mana?" Tengking pemuda itu lagi.

Erina di sebelah Megat Emir memerhati pemuda itu kecik besar kecik besar jer! Dia memandang pemuda itu atas bawah. Erina dah tak tahan! Siap lah kau!

"Wehh ..kau fikir air kau yang tumpah jer...abis tu baju dia yang basah kena air kau ni kau tak kira ke? Kau tau tak berapa harga sehelai baju boyfriend aku ni?" Tengking Erina kepada pemuda itu sambil mencekak pinggangnya.

"Abis tu jalan tak tengok orang apesal?" Balas pemuda itu lagi untuk tidak mengalah.

"Dia tak tengok orang ke kau yang tak tengok orang ..aku dari jauh lagi nampak kau kelam kabut lari pastu langgar boyfriend aku ni...kau nak check cctv ker?" Makin galak pula Erina marah. Megat Emir disebelah hanya mengekek kecil.

"Erkk...." Terkedu pemuda itu. Dia tak terlawan kata-kata Erina itu.

"Ape errk...erk...bak sini duit RM300...Baju ni sehelai RM300 tau ..aku yang belikan dekat dia tau!" Erina mencekak pinggang lagi sambil menghulurkan tangannya di hadapan pemuda itu.

Mendengar Erina meminta RM300, pemuda itu terus berlari laju meninggalkan Erina dan Megat Emir. Megat Emir yang menahan gelak dari tadi akhirnya melepaskan gelaknya.

"Hahahaa ..Erina...wow boleh tahan garang!" Gelak Megat Emir lagi.

"Orang macam tu kena ajar macam tu je bos...dia rasa dia je betul.Padan muka." Erina turut tergelak kecil.

"Macam mana awak tahu baju ni RM300?" Soal Megat Emir.

"Come on la ..takan la CEO nak pakai baju harga lima puloh hengget kot kan?" Duga Erina.

"Hehehe...jom sayang teman abang cari baju baru ..tak selesa la pakai baju basah ni." Usik Megat Emir.

"Eeww...dah kenapa pulak bos ni!" Menyenget mulut Erina.

"Tadi kan awak cakap kat mamat tu saya boyfriend awak...so jom la teman abang cari baju baru." Megat Emir laju mengenggam tangan Erina. Dia tersengih-sengih apabila melihat wajah Erina mula merona merah.

" Tadi tu acah-acah jerlah." Erina segera menepuk-nepuk tangan Megat Emir minta dilepaskan.

"Mana boleh acah-acah..tak baik tau awak mainkan perasaan saya ni." Seloroh Megat Emir lagi sambil tersenyum. Erina mulai cuak. Ahh..malas la dia nak layan bosnya yang ngada-ngada itu. Dia tahu Megat Emir cuba mengusiknya.

Dari satu butik ke satu butik...semua baju-baju tu Megat Emir tidak berkenan. Uhh cerewet betul Megat Emir! Perut Erina dah mula berbunyi-bunyi minta di isi.

"Bos..cepat la ...dah lapar ni. Boleh tak jangan cerewet sangat..saya yang perempuan pun tak cerewet macam ni tau!" Bebel Erina dikerusi yang disediakan sementara Megat Emir masih membelek-belek baju yang tergantung.

Jurujual yang ada di butik itu hanya tersenyum melihat kekasih lelaki itu membebel-bebel. Ralit dia melihat gadis itu. Kekasihnya itu cantik. Matanya  cantik dan memukau. Bentuk mukanya yang tirus, dagu berlekuk dan rambutnya yang panjang ikal itu menyerlahkan lagi keanggunannya. Tetapi dari sisi lain ada nampak sedikit kekasaran...mungkin tidak control ayu kot!

"Cik..baju yang paling mahal dan nampak hensem kalau dipakai yang mana satu yer?" Soal Erina kepada jurujual itu.

"Yang ni cik ..harganya RM350. Fabriknya lembut dan selesa. Warnanya pun sesuai la untuk boyfriend cik tu. Sure nampak hensem." Jelas jurujual itu yang membuat Erina menelan air liurnya.

Erina mencapai baju itu lalu ke fitting room untuk diberikan kepada Megat Emir. Pintu di ketuk dari luar dan Megat Emir membukanya.

"Erkk..ermm...cuba try yang ni. Harap-harap sesuai!" Erina menghulurkan baju itu kepada Megat Emir.

Dada Erina berdegup kencang apabila terlihat bentuk badan Megat Emir yang sasa itu. Badan yang tegap sasa dan urat yang timbul di lengan tu. Auwww!

"Huhhh..." Erina mendengus panjang. Entah kenapa dia leh terbayang-bayangkan bentuk badan Megat Emir.

Akhirnya Megat Emir keluar dengan memakai baju yang diberikan Erina tadi. Erina merasa lega apabila akhirnya misi selesai.

"Encik nak terus pakai ke?" Soal jurujual.

"Yer.. saya nak terus pakai..you tolong potongkan tag kat belakang ni leh tak?" Pinta Megat Emir.

Sebaik sahaja tag dipotong, baru Megat Emir sedar harga baju itu RM350...Tadi dia main cuba jer. Apabila dia rasa sesuai dia terus ambik tanpa melihat harga.

"Sayang Erina...you belanja abang kan baju ni?" Usik Megat Emir sambil melaung kepada Erina yang sedang kusyuk dengan telefonnya.

Menyedari namanya dipanggil Erina segera mendekati Megat Emir dikaunter pembayaran.

"Sorry bos..saya tak dengar..cakap apa tadi?" Memang tadi Erina tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh Megat Emir.

"Abang cakap ...baju ni sayang belanja kan?" Seloroh Megat Emir.

"Abang bayarkan la dulu nanti saya claim dengan Menteri Kewangan. Papa saya kan Menteri Kewangan!" Spontan Erina yang membuatkan Megat Emir dan jurujual itu tergelak kecil.

Selesai membeli baju akhirnya mereka ke restoran Menate Steakhouse. Wah...hari ini Megat Emir belanja Erina makan besar di restoran mewah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience