Series
14692
"Huhh...nampaknya abang memang betul-betul tak nak cerita kat Rina. Abang tak percaya kat Rina. Takpelah..ikut suka hati la. Rina je yang terhegeh-hegeh beria nak tahu. Ikut abang lah!" Erina merajuk. Kedua tangannya disilang ke tubuhnya. Muncungnya bukan main sedepa.
"Sorry la sayang. Abang tak sampai hati nak bagi tahu sayang." Megat Emir cuba meraih kembali tangan Erina tetapi Erina membatu dengan silangan tangan masih di tubuhnya.
"Tadi janji..lepas tuh takda pun..Abang memang spesis camni yer rupanya.Janji tapi tak tepati." Ngomel Erina.
"Alamak jangan la sampai fikir abang macam tu.. Ok..ok...sorry..sorry...kali ni abang bagitau. Actually perkara tu memang ada kaitan dengan Rina. Abang gaduh dan putuskan hubungan business dengan Dato Farid sebenarnya semua sebab Rina." Terang Megat Emir.
"Haaa...Sebab Rina? Apa kaitannya dengan Rina?" Erina terkedu seketika mendengar penjelasan ringkas Megat Emir itu.
"Ok..abang nak tanya Rina la..Ingat tak dulu abang pernah minta Rina tolong hantar dokumen kepada Dato Farid di office. Masa tu kita memang nak make sure dokumen tu sampai cepat so abang minta Rina hantar dokumen tu naik motor sebab despatch kita pun takde time tu."
"Ermm..ok...yang tu of course la ingat."
"Then.. Apa lagi yang Rina ingat lepas tu?"
"Lepas tu dia takde kat office and secretary dia bagi tahu Dato Farid dah balik rumah.. So Rina cari la dia kat rumah dia." Jelas Erina sambil menggaru-garu keningnya.
"Lagi..."
"Ermm... Lepas tu kan..ermm..lepas tu.. Ermm.. Lepas tu Rina jumpa dia ke tak ek?" Erina menggaru-garu pula kepalanya yang tidak gatal itu.
"Lepas tu Rina tak ingat dah yer.." Soal Megat Emir sambil tersenyum.
"Haa aa la.. Seriously lepas tu tak ingat dah apa yang berlaku.. Tau-tau buka mata haaa dah kat klinik Doktor Farhan!" Jelas Erina dengan nada yang agak ceria apabila dia teringat kembali dia pernah terlantar di klinik Doktor Farhan.
"Sebenarnya kan sayang..." Megat Emir meraih tangan Erina apabila Erina sudah tidak memeluk tubuhnya. Jari halus itu digenggam erat.
"Ermm... Ok... Teruskan..." Erina sedia menanti kata-kata yang akan diungkapkan oleh Megat Emir. Suspen betul!
"Sebenarnya Rina hampir menjadi mangsa rogol Dato Farid pada malam tu."
"What??!!" Bagai hendak luruh jantung Erina mendengarnya.
"Yup... It's true. Nasib baik abang sempat datang selamatkan Rina.. Sayang...."Jari Erina dikucup lembut oleh Megat Emir.
" Haa really?Macam mana boleh jadi macam tu?.. Serius.. Rina memang tak ingat apa-apa malah tak tahu langsung. Tapi.. Kenapa abang tak bagi tahu Rina pasal tu sebelum ni?" Nada kecewa Erina sedikit kedengaran.
Mendengar suara Erina yang kecewa itu, Megat Emir segera memberhentikan Ford Rangernya ditepi jalan. Tali pinggang keledar segera dibuka lalu Megat Emir memusingkan badannya mengadap Erina. Kedua tangan Erina digenggam erat oleh Megat Emir.
"Abang sebenarnya takut nak beritahu sebab abang takut Rina kecewa, sedih dan down sangat-sangat nanti. Bagi abang as long as boleh rahsiakan dan tak memudaratkan Rina..abang akan cuba rahsiakan. Sebab tu abang betul-betul berat hati nak bagi tahu Rina kenapa abang putuskan terus hubungan business dengan Dato Farid tu." Terang Megat Emir
"Ermm no wonder la abang benci sangat dekat Dato Farid tuh. Baru Rina faham...abang cuba protect Rina dari Dato Farid tuh. Thank you. Tapi kan abang..macam mana abang tahu Dato Farid tuh nak rogol Rina?" Soal Erina sambil membalas genggaman tangan Megat Emir.
"Masa abang sampai kat rumah Dato Farid tu you are laying naked on the bed. In his room and his bed."
"Ya Allah..." Secara automatik Erina mengalirkan air matanya. Dia terasa maruahnya betul-betul tercalar.
"Tapi Rina bernasib baik...sebab abang sampai at the right time. Dia tak sempat apa-apa kan Rina. Cuma...erm..maybe he saw everything on your body without any shirt." Jelas Megat Emir dengan teragak-agak.
"Abang...Rina malu...Rina malu...!! " Erina menangis teresak-esak. Dia betul-betul tidak sangka sampai ke tahap itu dia diperlakukan oleh Dato Farid. Erina menekap muka dengan tangan untuk mengawal tangisannya.
"Ermm..sabar ok sayang..tapi kalau dengan abang.. Rina tak payah malu..because I saw that beautiful view in you too." Jelas Megat Emir dengan tersenyum nakal.
"Abangg!!Gatal!! Jadi..sebab tu lah abang tahu all the mole and mark on my body. Ohh noo..." Erina menampar kasar lengan Megat Emir. Mukanya merona merah menahan malu.Kakinya dihentak-hentak geram.
Megat Emir gelak terbahak-bahak apabila melihat reaksi Erina yang malu itu.Â
"Ya...Exactly! Sebab abang yang tolong Rina pakaikan baju masa tu. Abang kejutkan Rina berkali-kali suruh bangun tapi Rina macam kena drug je or maybe ubat tidur kot time tuh. You no respon but you still breath." Jelas Emir.
"Errmm..." Muncung Erina.
"Terketar-ketar la juga abang time tu nak bagi Rina pakai baju tapi teruja pun ada juga..hahaha" Megat Emir tergelak kuat disertai senyuman nakal.
"Abang..Jadi...sebab tuhla kot bila sampai kat rumah hari tu Rina baru sedar yang Rina pakai baju butang senget ya.!!Oh..nooo..sabar jelah."
"Haaa..yeker...yang tu abang tak tahu la plak.. hahaha" Makin galak dan kuat pulak gelak Megat Emir.
"Abang! Stop it..enough..Rina tak nak dengar dah abang punya gelak tu! Rina dah malu gila dengan abang ni." Dipukul-pukulnya lengan Megat Emir apabila mendengar gelak Megat Emir yang tidak berhenti-henti itu.
"Don't worry sayang...one day you will be mine. Abang akan tengok juga lagi nanti kan...hahaha" Usik Megat Emir lagi.
Erina menggeleng-geleng kepalanya. Dia seolah-olah seperti tidak percaya dengan apa yang telah berlaku ke atas dirinya itu.Dia malu sangat-sangat kepada Megat Emir. Kalau ayahnya tahu akan perkara ini, mahu ayahnya penggal-penggal kepala Dato Farid itu.
Megat Emir meneruskan semula pemanduannya itu. Tiba-tiba dia teringat kembali peristiwa itu. Erina di sebelah hanya diam membisu. Dia geram apabila melihat Megat Emir tersenyum-senyum. Dia dapat mengagak maksud senyuman Megat Emir itu.
"Tak payah nak senyum sangat leh tak?" Laju Erina mencubit peha Megat Emir.
"Sorry la..abang memang dah tak leh nak control senyum abang dah nih." Sesekali Megat Emir menoleh memandang Erina dengan senyuman.
"Rina harap ayah tak tahu akan hal ni. Kalau dia tahu.. Ayah sanggup masuk penjara tau demi maruah anaknya ni!" Wajah Erina mulai cuak apabila terkenangkan wajah ayahnya yang bengis itu.
"Hal ni takde siapa yang tahu kecuali abang, Doktor Farhan dan Dato Farid tu sendiri." Jelas Megat Emir.
"Please ye abang.. Keep it secret. Rina tak nak ayah mengamuk macam orang gila nanti. Ayah tu kalau mengamuk dia tiba-tiba dah tak macam diri dia dah." Rayu Erina.
Erina teringat bila mana dahulu ayahnya pernah mengamuk macam orang gila semasa kes abangnya Wan Akashah meninggal dunia kerana dilanggar oleh pemandu mabuk. Sampai nak lunyai orang yang langgar abangnya itu ditampar-tampar dan dikerjakan oleh ayahnya.
" Ok sayang.. No worries." Tangan Erina diusap-usap lembut oleh Megat Emir.
Share this novel