Series
14692
Suasana senja mula menyelubungi keadaan ketika kereta Porsche Panamera berhenti dihadapan rumah Haji Wan Zain.
Haji Wan Zain yang sedang bersiap-siap untuk menunaikan solat Maghrib mula menjengah keluar tingkap. Selalunya bunyi deruan motor Erina kedengaran tetapi kali ini bunyi deruan dari kereta Porsche Panamera pula.
Haji Wan Zain menggeleng kepala apabila Erina yang keluar dari kereta sport itu. Kelihatan seorang lelaki turut keluar dari kereta itu.
"Awak tak payah la keluar dari kereta.. Nanti ayah saya nampak." Pinta Erina kepada Megat Amar.
"Kalau ayah awak tengok ada dosa besar ke yang saya buat?"
"Rina... Ajak kawan tu masuk.. Dah Maghrib ni. Masuk solat dulu." Kedengaran laungan Haji Wan Zain di hadapan pintu.
Erina menepuk perlahan dahinya. Dia tidak menyangka ayahnya menyedari kepulangannya.
"Tengok tu.. Ayah awak ok jer.. Boleh la saya kenal-kenal dengan ayah awak tu." Megat Amar menonong berjalan lalu bersalam dengan Haji Wan Zain tanpa rasa takut mahu pun kekok.
"Assalamualaikum uncle. Saya Amar kawan Erina. Saya tolong hantarkan dia balik hari ni." Mendengar kata-kata Megat Amar itu Haji Wan Zain hanya mengangguk kepalanya.
Erina pasti anggukkan ayahnya itu bukan saja-saja malah penuh makna dan persoalan.
"Maghrib dah masuk ni.. Elok la kamu solat berjemaah sekali dekat sini. Mari jemput masuk." Pelawa Haji Wan Zain.
Sejak menjak ini Haji Wan Zain begitu ramah sekali dengan siapa sahaja yang datang ke rumah itu. Dahulu sebelum Haji Wan Zain pencen askar, semua kawan-kawan Erina dan Akashah tidak berani untuk bertandang ke rumahnya. Masing-masing semuanya takut dengan Mejar Haji Wan Zain yang ketika itu berperwatakan garang dan tegas tetapi kini setelah pencen sebaliknya pula.
Hati Megat Amar bersorak riang sebaik sahaja dia masuk ke rumah keluarga Erina itu. Kini misinya adalah untuk menambat hati ibu bapa Erina. Sebelum tawan hati anak dia kena tambat hati ibu bapa gadis pujaannya itu dulu.
"Rina.. Kali ni kamu bawak lelaki mana pulak? Anak ayah jangan nak jadi playgirl ya.. Kang ayah sekeh baru tau!" Bisik Haji Wan Zain kepada anaknya.
"Ayah.. Apa kata kita solat dulu yer.. Nanti Rina cerita yer." Erina segera mengambil wuduk lalu ke bilik solat untuk solat berjemaah bersama ayah dan uminya. Kali ini ada Megat Amar pula.
Usai sahaja solat Megat Amar mohon diri untuk pulang tetapi kali ni Haji Wan Zain mempelawa Megat Amar untuk minum kopi o panas.
Pucuk dicita ulam mendatang. Megat Amar amat berbesar hati dengan pelawaan Haji Wan Zain itu.
Erina meninggalkan Megat Amar bersama ayahnya manakala dia ke bilik membersihkan diri. Hari ini dia banyak ke hulu ke hilir maka dia berasa tidak selesa dan belengas.
"Amar ni kawan Erina yang macam mana?" Soalan cepu emas daripada Haji Wan Zain.
"Saya ni kawan biasa-biasa Erina jer. Dia pula kerja dekat syarikat abang saya." Jelas Megat Amar.
"Ooo jadi kamu ni adik Emir la yer. Patut la uncle tengok rupa Amar ni ada sikit nak macam muka Emir."
"Uncle pernah jumpa abang saya ker?"
"Apa tak pernahnya.. Dia pernah datang sini siap makan tengahari dan tidur kat sini lagi." Megat Amar terkejut apabila mendengar penjelasan Haji Wan Zain.
Megat Amar ingatkan dia lebih terdahulu memikat hati ayah Erina tetapi abangnya Megat Emir lebih laju rupa-rupanya.
Usai mandi dan membersihkan diri, Erina segera turun untuk memastikan samada Megat Amar sudah pulang atau pun belum. Dengan berbaju kelawar dan rambut yang masih basah Erina menuruni anak tangga.
Terpaku seketika Megat Amar melihat Erina. Haji Wan Zain hanya memerhatikan sahaja kelakuan Megat Amar. Dia nak tergelak pun ada. Orang lelaki ni.. Kalau dah lelaki.. Lelaki la jugak!
"Comelnye awak?" Ujar Megat Amar.
"Haa... Apa yang comel? Awak.. Saya ni pakai baju kelawar je pun.. Bukannya pakai baju kebaya! Macam-macam la awak ni.. Hahaha..." Erina gelak terbahak-bahak mendengar pujian Megat Amar itu.
"Kamu ni angau dekat anak uncle ke apa?Dah.. Dah.. Cepat habiskan kopi tu.. Lepas tu balik.. Tak elok lepak lama-lama dekat rumah anak dara."Â Haji Wan Zain mengusik.
"Ermm baik uncle." Tersipu-sipu Megat Amar. Cepat-cepat Megat Amar menghabiskan kopinya itu.
Setelah habis kopi diteguk akhirnya Megat Amar minta diri untuk pulang. Dia bersalam dengan Haji Wan Zain dan kemudian melemparkan senyuman kepada Hajah Saleha dan Erina.
Sepanjang perjalanan pulang, macam-macam yang difikirnya.
Kenapa awak comel sangat tadi, Erina?
Apa abang Emir buat kat sini sampai siap tidur lagi dirumah Erina.?
Kenapa Erina susah sangat nak jawab statusnya itu?
Arghh... Kenapa banyak sangat persoalan yang bermain di fikirannya ketika ini?
Megat Amar menggeleng-geleng kepalanya dan sambil itu dia cuba fokus kepada pemanduannya. Dia mengambil keputusan untuk berjumpa Elly memandangkan semasa dirumah Erina tadi Elly tak habis-habis mesej dan telefon untuk berjumpanya.
-------------------------------
Porsche Panamera sudah berada di garaj kereta. Megat Emir berang kerana adiknya itu senang-senang hati sahaja menggunakan kereta kesayangannya tanpa pengetahuannya.
"Lama sungguh kau hantar Erina balik?" Terkejut Megat Amar apabila terdengar suara abangnya menegurnya.
"Ishh kau ni... Terkejut aku. Ingatkan kau dah tidur. Kau kan tak sihat.. Kenapa tidur lambat pulak?" Soal Megat Amar yang terkejut tiba-tiba ditegur oleh Megat Emir dalam keadaan rumah sudah gelap.
"Aku tak boleh tidur bila terkenangkan awek aku tak balik rumah lagi. Kau bawak awek aku pergi mana?" Soal Megat Emir dengan wajah tegang.
"Awek! Erina ke awek yang abang Emir maksudkan tu?" Hati Megat Amar berkata. Dia mendengus kecil. Patutla Erina susah nak jawab soalannya tadi.
"Kau sendiri yang minta aku hantar dia kan.. Sejak bila Erina jadi awek kau?Kau kan tahu aku suka kat dia!" Berang betul Megat Amar. Sedikit kekecewaan terpancar diwajahnya.
"Haa... Hahahaha... Kau ingat aku maksudkan siapa?" Dahi Megat Amar ditunjal oleh Megat Emir.
"Abis tu siapa kalau bukan Erina yang aku hantar dia balik tadi?" Berkerut muka Megat Amar kebingungan dengan kata-kata abangnya itu.
"Aku maksudkan tadi 'Cik Mera' aku yang dekat garaj tu. Mentang-mentang nak hantar Erina balik kau memandai jer bawak 'Cik Mera' aku tu without my permission. Dan lagi satu... Kau pergi bawak awek mana plak lepas tu dengan melaram kereta aku tu?Dah tengah malam baru nak balik. " Megat Emir mencekak pinggang dan memandang tajam Megat Amar menuntut jawapan.
" Ishhh... Abang Emir... Kau ni buat suspen jer! Dah la... Aku nak masuk bilik nak tidur.. Esok nak pergi kerja. " Megat Amar berlalu ke biliknya meninggalkan Megat Emir yang masih mencekak pinggangnya.
Sebelum masuk ke bilik, sempat lagi Megat Amar melaungkan kepada abangnya. "Abang Emir...kau kena kahwin cepat.. Ada ke patut bercinta dengan kereta!?"
"Bertuah punya adik!"
Share this novel