EPISOD 88

Romance Series 14692

Syed Rizal duduk di kerusi kulitnya yang besar sambil memerhatikan Megat Emir yang berdiri tegak di hadapannya. Megat Emir tidak datang dengan tangan kosong ke pejabatnya. Megat Emir meletakkan sebuah pendrive berwarna perak di atas meja marmar tersebut.

"Apa ni, Emir? Kita ada mesyuarat projek Kota Kayangan sejam lagi. You nak tunjuk pelan baru ke?" Soal Syed Rizal sambil menjungkit keningnya.

"Ini bukan pasal projek, Rizal. Ini pasal 'barah' yang you simpan dalam rumah you." Suara Megat Emir dalam dan tekad.

Megat Emir menolak komputer riba miliknya ke arah Syed Rizal. Skrin memaparkan transkrip perbualan WhatsApp dan rekod transaksi bank yang telah dipintas oleh Megat Amar. Syed Rizal mula membaca. Semakin bawah dia menatal, semakin kuat rahangnya diketup. Wajahnya yang angkuh bertukar menjadi merah padam menahan marah.

"Melisa..." Bisik Syed Rizal. Suaranya bergetar dengan amarah yang tertahan.

"Dia bukan saja dah memfitnah wife I dengan teknologi deepfake, Rizal. Dia guna duit you, akaun syarikat you untuk upah penjenayah. Disebabkan dendam peribadi dia pada Erina, dia dah buat benda-benda kotor ni." Megat Emir menyandarkan tangannya pada meja.

"Rizal...you nak bersihkan nama you dengan serahkan dia kepada polis atau you nak I heret sekali nama syarikat you dalam tuntutan saman? Sebab transaksi tu ada melibatkan nama syarikat you." Megat Emir cuba membuat rundingan dengan Syed Rizal.

Tepat pada waktu itu, pintu pejabat terbuka. Melisa masuk dengan senyuman manis, membawa beg tangan berjenama baru. "Biy I dah beli..."

Kata-kata Melisa terhenti apabila dia melihat Megat Emir. Dan lebih menakutkan lagi apabila dia melihat skrin komputer yang masih menyala dan paparan perbualannya melalui Whatsapp bersama Dato' Farid.

"Biy... I... I boleh jelaskan." Melisa mula menggigil. Beg tangan yang baru dibelinya tadi terjatuh ke lantai.

Syed Rizal bangun perlahan-lahan. Dia tidak menjerit, tetapi pandangannya jauh lebih tajam daripada sebilah pisau. Dia berjalan mendekati Melisa, mencengkam bahu isterinya dengan kuat sehingga Melisa merintih menahan kesakitan.

"You guna duit I semata-mata sebab gila bayang dekat jantan lain? You malukan nama I dengan kerja kotor macam ni?" Syed Rizal mencapai telefon bimbit dari tangan Melisa kemudian menghumban telefon bimbit itu ke dinding hingga berkecai.

"Biy.. I buat sebab I sayangkan you! I tak nak Emir ganggu kita!" Melisa merayu, air matanya mula mengalir.

"Cukup! You jangan nak play victim pulak! Damn! You ingat I bodoh ker tak reti nak baca conversation you dengan Dato' Farid tu!" Tengking Syed Rizal. Dia segera menampar pipi Melisa sekuatnya sehingga Melisa jatuh terduduk.

Melisa memegang pipinya yang merah itu. "Ok..Ok...Fine! I buat sebab I cintakan Emir! I tak boleh tengok dia dengan perempuan motorbike tu!" Jerit Melisa, akhirnya mengaku dalam keadaan histeria.

"You cintakan Emir? Habis tu, I ni apa? Hiasan untuk kemewahan
Hi you? You sanggup upah orang untuk buat fitnah bogel pada seorang gadis yang tak berdosa? You sedar tak apa you buat ni jenayah, Melisa?" Syed Rizal menunjal-nunjal kepala Melisa dengan jarinya.
7 "You betul-betul memalukan I Melisa!! Isteri I seorang penjenayah. I takkan biarkan you musnahkan hidup orang lain, Melisa." Mata Syed Rizal merah menahan marah.

PANG!

Satu lagi tamparan hinggap ke pipi Melisa. Melisa menangis teresak-esak menahan kesakitan.

Megat Emir yang berada disitu hanya menyaksikan sahaja pertengkaran antara Syed Rizal dan Melisa. Dia menarik nafas lega dengan tindakan Syed Rizal itu tetapi dalam masa yang sama dia kesian melihat Melisa diperlakukan sebegitu kasar oleh Syed Rizal. Tapi apakan daya itu lah balasannya.

Syed Rizal berpaling ke arah pembantu peribadinya yang berdiri di pintu. "Panggil sekuriti. Aku nak perempuan ni keluar dari bangunan ni sekarang. Dan pastikan semua akaun dia dibekukan. Minta peguam aku sediakan surat cerai petang ni juga."

"Melisa Binti Khalid.... I ceraikan you dengan talak satu. Dah..pergi berambus!" Jerit Syed Rizal.

"No Biy! No! You tak boleh buat I macam ni!" Melisa meraung apabila dua orang pengawal keselamatan menarik lengannya keluar dari pejabat.

Syed Rizal kembali memandang Megat Emir. Dia menarik nafas panjang, cuba memulihkan ego yang telah hancur.

"Terima kasih, Emir. Sebab beritahu I sebelum benda ni meletup di media. I akan serahkan Melisa sendiri kepada polis. I takkan biarkan 'sampah' macam dia hancurkan reputasi I." Megat Emir hanya mengangguk pendek. Dia tahu Syed Rizal ini begitu mementingkan reputasi dan kariernya.

Megat Emir mencapai semula pendrivenya. "I harap kita boleh kekal profesional untuk projek perumahan Kota Kayangan tu, Rizal. Tapi untuk Melisa dan Dato' Farid tu... keadilan ke atas wife I tu ianya tetap akan berjalan. Nama wife I perlu dibersihkan."

"Ya of course and Dato' Farid tuh pun I tak akan lepaskan sebab perlakuan dia itu juga boleh menyebabkan projek Kota Kayangan akan terencat jika isu ni tersebar meluas. I takut jangan sebab kes ini nanti pelabur kita semua akan lari. Dato' Farid tu I akan uruskan sendiri!"

-------------------------------

Selesai sahaja mesyuarat, Syed Rizal telah bersemuka dengan Dato' Farid di bilik mesyuarat itu. Suasana di dalam bilik mesyuarat itu terasa sangat tegang. Syed Rizal duduk di kepala meja dengan wajah yang tenang namun tegas. Di hadapannya, Dato' Farid duduk dengan rahang yang mengeras dan dikelilingi oleh barisan peguam korporat masing-masing.

"You tak ada hak untuk singkirkan I daripada projek Kota Kayangan ni, Rizal!" Tengking Dato' Farid sambil menghempas tapak tangannya ke atas meja. "Farid Group pegang dua puluh lima peratus ekuiti dalam joint venture projek ni! You tak boleh tukar kontrak sesuka hati!"

Syed Rizal tidak melatah. Dia menyandarkan badannya ke kerusi, lalu memberi isyarat mata kepada peguam peribadinya. Sekeping dokumen perjanjian asal berserta klausa tambahan dicampakkan ke tengah meja.

"I ada segala hak, Farid...." Balas Syed Rizal. Suaranya sangat rendah tetapi penuh berwibawa. "You baca Klausa 14: Pelanggaran Integriti dan Reputasi. Mana-mana rakan kongsi yang terlibat dalam salah laku jenayah, konspirasi siber, atau sabotaj korporat yang boleh menjejaskan nama baik projek, keahliannya akan terbatal secara automatik tanpa sebarang pampasan."

Dato' Farid terbeliak, tangannya yang memegang dokumen itu mula menggigil. Dia merasakan kenapa sebelum ini dia seolah-olah tidak menyedari syarat perjanjian itu.

"Farid, you ingat pelabur dari luar negara nak teruskan pelaburan beratus juta dalam Kota Kayangan kalau mereka tahu salah seorang pengarah projek tengah diburu polis Bukit Aman?" Bidas Syed Rizal tegar.

"Pagi tadi, tiga orang pelabur utama dari konsortium korporat dah hubungi I. Mereka dah mula hidu pasal kes fitnah siber you dengan Melisa. Sebelum mereka tarik diri dan projek ni melingkup, baik I potong 'barah' yang ada dalam projek ni. Dan barah tu ialah you!"

Dato' Farid mengetap giginya, memandang peguamnya untuk meminta bantuan, namun peguamnya sendiri hanya mampu menundukkan kepala kerana sedar bahawa posisi undang-undang mereka sudah kalah secara total di tangan Syed Rizal.

"Rizal... tolonglah. Kita boleh bincang pasal perkara ni. Jangan singkirkan I macam ni..." Dato' Farid mula merayu, sedar kejatuhannya dalam pasaran saham akan menjadi kenyataan jika penyingkiran ini diumumkan.

Syed Rizal berdiri, membetulkan kot kemejanya dengan gaya seorang pemimpin yang berwibawa.

"Tak ada apa lagi nak dibincangkan, Farid. Tandatangan surat penyerahan hak ekuiti ni sekarang, atau I sendiri yang akan panggil pihak media masuk ke bilik mesyuarat ni untuk saksikan you diheret keluar oleh pihak polis." Arah Syed Rizal dengan nada yang tidak boleh dipertikaikan lagi.

Dato' Farid yang sudah hilang segala talian hayat akhirnya terpaksa akur. Dengan tangan yang menggigil, dia mencoretkan tandatangannya di atas surat penyingkiran tersebut.

Syed Rizal mencapai dokumen yang sudah ditandatangani itu dengan perasaan puas. Dia berjaya menyelamatkan legasi perniagaannya, membersihkan projek Kota Kayangan daripada anasir jahat.

Dia berjaya membuktikan bahawa dia seorang ahli perniagaan yang bersih dan bijak dalam mengawal krisis sebelum keadaan menjadi lebih parah.

Selesai tandatangan, Dato' Farid segera bangun dan meninggalkan bilik mesyuarat itu dengan perasaan yang cukup marah. Dia merasa menyesal kerana terlibat dengan konspirasi bodoh Melisa itu dan akhirnya dirinya terpalit hingga sejauh ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience