EPISOD 1

Romance Series 14692

Vroomm....Erina memberhentikan motosikalnya sebaik sahaja lampu isyarat berwarna merah. Dia membetul-betulkan jaket kulitnya dan ditarik zipnya hingga ke paras leher. 

"Tuk...tukk....encik..encik..." Erina mengetuk tingkap sebuah Ford Ranger Biru di sebelahnya.

Megat Emir memandang penunggang motor disebelahnya. Dia pandang sekilas dan kemudian fokus semula kepada telefon bimbitnya. Membalas mesej setiausahanya di pejabat sementara lampu isyarat masih merah.

Tukk..tukk...tingkap kereta Megat Emir diketuk lagi..kali diketuk dengan lebih kuat. Tukk...tukk....

"Apa hal mamat motor ni duk ketuk-ketuk kereta aku ni?" Megat Emir memandang penunggang motor itu kemudian dia mengangkat bahunya sebagai tanda bertanya kenapa?

Erina memberikan isyarat supaya menurunkan cermin tingkap tetapi pemandu Ford Ranger itu degil.

"Ehh apa hal suh aku turunkan cermin tingkap plak...Eiii taknak la aku..kang kena rompak tak pasal-pasal plak." Getus Megat Emir.

Erina tolak visor topi keledarnya ke atas dan menampakkan matanya yang cantik itu. Apabila Megat Emir terlihat sepasang mata yang cantik itu baru la dia menurunkan tingkapnya.

"Encik...tayar kereta encik dah lenyek kaki saya...boleh tak reverse ke belakang skit." Erina menahan kesakitan.

Mendengar kata-kata minah motor itu Megat Emir segera memberi lampu 'emergency' lalu undur ke belakang dan kemudian terus keluar dari keretanya untuk melihat keadaan gadis itu.

"Aduss...sorry cik...cik tak apa-apa ke ni?" Megat Emir menggaru-garu kepalanya kerana rasa serba salah.

"Ok..ok...saya tak apa-apa tapi takan encik tak nampak kaki saya tadi. Aduss..." Berkerut dahi Erina menahan sakit. 

"Masalahnya kenapa awak tu kangkang besar sangat. Orang perempuan ni sepatutnya kena la kepit-kepit sikit." 

"Eh..eh..saya plak salah. Yang encik pergi berhenti depan-depan sangat pastu rapat sangat dengan motor saya ni kenapa?" Erina mencekak pinggang memandang Megat Emir atas bawah. 

"Dah..dah...jom saya bawak awak ke hospital." Megat Emir segera menarik tangan Erina tetapi Erina masih membatu.

"Kenapa nak bawak saya ke hospital...klinik je udahla..nasib baik saya pakai kasut boot ni...kalau saya pakai high heel mau hancur jari kaki saya ni tau."

"Jangan banyak cakap leh tak..jom kita pergi klinik." Megat Emir membuka pintu keretanya lalu menolak Erina supaya masuk ke dalam keretanya.

"Ehh..kejap...motor saya ni macam mana?Takan nak tinggal sini..kang tak pasal-pasal lesap kang...awak nak ganti ke?" Balas Erina sambil menahan kesakitan.

"Angkut jerla terus naik atas  kereta saya ni. Awak duk sini...jangan ke mana-mana...nanti saya mintak tolong orang angkatkan motor awak ni." Pinta Megat Emir dan memberi isyarat jari dimulutnya menyuruh Erina diam.

Megat Emir melambai-lambai tangannya untuk meminta bantuan daripada penunggang motor yang lalu. Beberapa minit kemudian ada 3 orang penunggang motorsikal membantu Megat Emir menaikkan motor Erina ke atas Ford Rangernya.

"Cik..sabar yer..saya bawak cik klinik yer.." Megat Emir memecut dengan laju kereta sehinggakan Erina yang duduk di kerusi belakang melantun-lantun.

"Boleh tak bawak slow sikit...saya bukan nak mati lagi tau!" Pinta Erina sambil membetulkan rambutnya yang bergelora mengikut pergerakan Ford Ranger itu.

Megat Emir membawa Erina ke klinik sahabatnya iaitu Doktor Farhan.

"Camna kaki dia Han...ok ke?" Soal Megat Emir kepada Farhan.

"Nasib baik kaki dia ok...kalau kaki dia hancur tak pasal-pasal kau kena kahwin ngan dia...anak dara orang tu..kalau kaki dia hancur mana ada orang nak kat dia dah nanti." Usik Farhan.

"Ehh...ke situ plak...so aku boleh hantar dia balik dah la kan?" Soal Megat Emir dan dibalas anggukan oleh Farhan.

Selesai sahaja urusan pembayaran dan pengambilan ubat, Megat Emir menawarkan diri untuk menghantar Erina ke rumah.

"Saya hantar awak balik yer...hari ni awak kena rehat..tak payah pergi kerja sebab doktor dah bagitau suruh rehat dekat rumah." Kata Megat Emir lalu menghulurkan plastik ubat dan surat MC kepada Erina.

"Masalahnya....saya tak kerja..saya sepatutnya kena pergi interview kerja tadi...alaa...saya dah terlepas interview sebab awak tau." Kata Erina dengan riak wajah yang sedih.

"Alaaa...sorry la...sorry sangat..sangat... maknanya bukan rezeki awak untuk dapat kerja kat syarikat tu la.." Jawab Megat Emir bersahaja.

Erina merenung tajam kepada Megat Emir. Berkerut-kerut dahi Megat Emir apabila terpandang renungan mata Erina itu. Cantik!

"Alaaa.....aaarhhhh " Raung Erina seperti anak kecil. Beberapa orang pesakit di klinik itu memandang mereka kerana suara Erina itu terlalu nyaring.

"Syuuhhh...syuhh ..alaa sorry la...boleh tak awak jangan menangis. Ramai orang duk tengok kita tau." Pinta Megat Emir.

"Boleh tak antar saya balik sekarang...bukan kaki saya jer sakit tau..hati saya pun sakit sangat..sangat ni." Tegas Erina lalu berjalan dengan terhenjut-henjut ke arah pintu.

Hai semua...semoga enjoy...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience