EPISOD 22

Romance Series 14692

"Waalaikumussalam..." Jawab Haji Wan Zain sebaik sahaja dia terdengar Erina memberi salam dari luar.

Haji Wan Zain a.k.a Mejar Haji Wan Zain adalah ayah Erina. Dia merupakan seorang pesara tentera udara yang berpangkat Mejar. Dengan raut mukanya yang bengis sudah menggambarkan dia seorang yang tegas.

Haji Wan Zain cuba intai melalui tingkap yang terbuka. Selalunya pada waktu begini anaknya masih di pejabat tetapi kenapa hari ini pulang awal sangat?

Erina segera membuka pintu dan tersenyum kepada ayahnya apabila kelihatan ayahnya membuat muka seolah-olah menuntut jawapan.

" Aik...awal balik?" Soal Haji Wan Zain kepada anaknya itu.

Kelihatan seorang pemuda di belakang Erina. Seorang lelaki yang usianya seolah-olah hampir sebaya arwah anaknya Wan Akashah.

"Ayah...ni bos Rina. Anak auntie Marina." Terang Erina kepada ayahnya sebelum ayahnya fikir bukan-bukan.

"Assalamualaikum uncle..." Megat Emir memberi salam lalu bersalam dengan Haji Wan Zain.

"Waalaikumussalam..kenapa dengan Rina Tuan?Rina ada buat hal dekat office ke?" Mencerlung Haji Wan Zain memandang anaknya.

"Ehh Uncle tak payah la bertuan-tuan pulak. Panggil Emir je." Megat Emir terasa janggal pulak apabila Haji Wan Zain memanggilnya begitu.

Hajah Saleha yang sedang sibuk di dapur segera berlari ke ruang tamu sebaik sahaja dia terdengar seperti ada tetamu yang datang ke kediaman mereka.

"Oohhh Emir ke?Auntie ingat siapa tadi. Ni Rina balik kerja awal ni kenapa pulak... bos yang hantar pulak tu." Hajah mencekak pinggang memandang Erina.

" Aduss...umi...ayah...kenapa semua orang tanya soalan macam Rina ada buat salah pulak." Muncung Erina lalu duduk di sofa.

"Meh Emir duduk sini." Panggil Hajah Saleha apabila dia melihat Megat Emir hanya berdiri di muka pintu.

Megat Emir tanpa segan silu masuk dan duduk di sofa sebelah Erina. Erina memandang tajam Megat Emir.

"Ehh...mamat ni bukan tadi nak hantar aku je ke? Ni dah duduk pulak..kang nanti tak pasal-pasal umi ajak makan tengahari sekali pulak." Ngomel Erina dalam hati sambil memberi isyarat mata dan mulutnya kepada Megat Emir suruh pulang.

"Emir...kenapa Emir hantar Rina balik ni? Rina buat hal kat office ke?" Soal Hajah Saleha lagi sekali apabila soalannya sebentar tadi tidak dijawab oleh Megat Emir mahu pun Erina.

Megat Emir memandang Erina sebagai tanda suruh jawap soalan Hajah Saleha itu tetapi Erina buat tak tahu je.

"Ermm... sebenarnya auntie...tadi Rina ni pengsan kat office. Doktor kata dia kena tekanan darah rendah. Saya pun suruh la dia balik. Suruh rehat jadi saya ambik tanggungjawab la untuk hantar Rina pulang." Panjang lebar penerangan Megat Emir.

"Lorr pengsan ke...ishh budak ni...muda-muda lagi dah tekanan darah rendah pulak. Tuhlah semalam ayah suruh tidur awal rehat or ambik cuti jer...tapi Rina degil." Ngomel Haji Wan Zain sambil memandang Erina yang menutup muka dengan tangannya.

"Dia tidur lambat buat ape semalam uncle? Pergi konvoi motor ke?" Soal Megat Emir yang membuatkan Erina merenung tajam kepadanya.

"Adusss...kenapalah nyibuk sangat mamat ni!" Hati Erina menjerit.

"Semalam saya teman umi dan ayah pergi kenduri dekat Melaka. Balik tu jem pulak...dah la pergi balik hari...memang letih la...sebab saya yang drive sepanjang hari tu.." Ujar Erina.

"Ooo...kalau tak larat cuti jerla...saya ok jer." Balas Megat Emir.

"Dah...dah...better bos balik..tadi kata nak balik tidur kan?" Erina segera menarik lengan Megat Emir dan membawa Megat Emir ke depan pintu.

"Rina...apasal buat Abang Emir macam tu!" Keras nada Haji Wan Zain apabila melihat Erina memaksa Megat Emir untuk pulang.

"Ayah..Abang Emir cakap tadi dia nak balik nak tidur ..dia jet lag  baru balik dari Itali. Kalau balik lambat-lambat nanti ngantuk kang takleh nak drive pulak ." Terang Erina kepada ayahnya. Dia pun terkejut macam mana dia boleh terlepas cakap panggil majikannya itu 'Abang Emir'.

"Emir... alang-alang kamu kat sini meh join auntie dan uncle lunch sekali..Emir balik lepas lunch jerla." Pinta Hajah Saleha.

"Arrgghh...aku dah agak dahhh.!!" Jerit Erina di dalam hati. Jiwanya meronta-ronta seperti kanak-kanak mengamuk nak makan gula-gula.

Megat Emir menjungkit bahunya. Dia memandang Erina dengan senyuman yang boleh tahan manis la juga. Ibarat gula yang dihurungi semut. Begitulah gambaran senyuman manis Megat Emir.

Di meja makan, Megat Emir begitu berselera sekali menikmati nasi putih, pucuk paku masak lemak cili api, pucuk ubi sambal petai tempoyak, ikan keli goreng dan udang sambal.

Erina memandang Megat Emir makan tak berkelip-kelip. Dia tak tahu nak percaya atau tidak situasi yang dia tengok sekarang ni. Tengahari ni Megat Emir makan nasi! Kalau dulu bukan main lagi Farida warning dia yang Megat Emir tak akan makan nasi waktu tengahari tapi hari ni bukan main selera lagi Megat Emir makan nasi berpinggan-pinggan.

"Rina...hulur kan nasi lagi dekat Abang Emir tu. Dia nak tambah nasi lagi tu." Haji Wan Zain meminta Erina menghulurkan lagi nasi kepada Megat Emir.

Erina menghulurkan mangkuk nasi kepada Megat Emir dan ianya disambut tanpa sebarang perasaan malu mahu pun bersalah.

"Sedap ke masakan umi saya sampai bos menambah-nambah ni?" Bisik Erina kepada Megat Emir.

"Syuhhh....masa makan tak boleh bercakap!" Balas Megat Emir dengan nada perlahan.

Erina menjeling tajam Megat Emir. Geramnya dia...boleh pulak mamat sebelah ni makan nasi. Berselera pulak tuh sampai berpeluh-peluh sebab pedas. Dulu bukan main lagi kononnya tak nak makan nasi. Nak makan yang berasaskan protien jer. Tapi rasanya hari ni uminya masak semuanya berasaskan lemak dan penuh dengan kolestrol jer.

Setelah selesai makan tengahari, Megat Emir duduk bersandar di sofa sambil memegang perutnya. Haji Wan Zain tersenyum nipis lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Megat Emir.

"Kenyang ke makan tadi?" Soal Haji Wan Zain kepada Megat Emir walaupun dia tahu pemuda itu pastinya kenyang kerana menambah nasi sampai tiga kali.

"Alhamdulillah..kenyang...sedap masakan auntie. Dah lama saya tak makan menu macam tu. Hari ni kiranya saya langkah kanan la kan .." Senyum Megat Emir apabila terkenangkan lauk pauk tadi.

"Nanti kalau free Emir datang la sini lagi..ajak papa Emir sekali..boleh uncle kenal-kenal dia." Ujar Haji Wan Zain.

Erina yang sedang tengah mengemas-ngemas meja makan terbuntang biji mata Erina apabila terdengar perbualan antara Megat Emir dan ayahnya itu.

"Aduss...apa ni ..sampai suh ajak papa Megat Emir pulak! Ayah ni..pelik-pelik betul la. Ayah...Megat Emir tu bos Rina la...ayah..tolong jangan mengarut boleh tak...Uwaaa...." Erina menjerit di dalam hati. Kalau boleh jerit kuat-kuat dah lama dia nak menjerit tapi mulutnya tak mampu.

Kelentang kelentung pinggan mangkuk berbunyi di dapur. Erina membasuh pinggan mangkuk tetapi fikirannya melayang-layang berfikir. Dia berfikir dan harap-harap lepas ni cepat la bos nya itu pulang.

Selesai membasuh pinggan Erina segera ke ruang tamu. Dia hairan kenapa tiba-tiba suasana menjadi senyap seperti perpustakaan jer. Megat Emir masih bersandar lagi di sofa malah statik je tak bergerak-gerak. Lorr..belum gerak balik lagi rupanya mamat ni!

"Syuhh...syuh...biarlah dia terlelap tu. Kenyang sangat lepas tu ngantuk la kot. Rina biar jela dia tidur situ kejap." Haji Wan Zain berbisik ke telinga Erina. Dia tidak mahu Erina membuat bising.

Ya Allah....dah kenapa Megat Emir tidur sini pulak! Hari ni lengkap sungguh aktiviti Megat Emir dekat teratak Haji Wan Zain. Makan tengahari dan tidur seketika. Jangan nanti bila terjaga dari tidur ada plak pakej imamkan solat zuhur dan minum petang yang ayah dan uminya akan tawarkan kepada Megat Emir pula nanti.

Erina mengetap-ngetap bibirnya geram. Rasanya nak dikejutkan sahaja Megat Emir itu tetapi ayahnya pula suruh biarkan. Ayah...Megat Emir ni bos Erina tau ..bukan bakal menantu ayah tau!

Share this novel

Ellyne
2026-01-01 00:33:41 

?

Ellyne
2025-12-31 14:48:48 

Cerita ni xde sambungan ke?


NovelPlus Premium

The best ads free experience