Series
14692
Setelah lengkap berpakaian, Megat Emir segera menuruni anak tangga. Tuan Megat Emran dan Puan Marina yang sedang menonton televisyen saling berpandangan apabila kelihatan Megat Emir kelam kabut menuruni anak tangga.
"Emir nak pergi mana? Kan tadi papa cakap nak bincang pasal perang dunia kedua tadi!" Soal Tuan Megat Emran dalam nada yang agak keras.
"Sorry papa...hal tu nanti discuss later. Emir nak jumpa Erina sekejap. Rina mintak Emir tolong dia. Motor dia rosak." Ringkas jawapan Megat Emir dan berlalu meninggalkan banglo mewah itu menggunakan Ford Ranger.
Megat Amar yang sedang mencuri intai dari atas terasa panas hatinya apabila nama Erina disebut oleh Megat Emir sebentar tadi.
Panas hatinya petang tadi masih lagi terasa. Entah kenapa kali ini dia betul-betul seperti orang gila kerana hanya seorang perempuan.
"Amar...meh sini kejap..mama dan papa nak tanya sikit boleh tak?" Soal Puan Marina sebaik sahaja kelihatan Megat Amar menuruni anak tangga.
"Mama ..Amar lapar. Boleh tak mama simpan soalan tu dulu then tanya Amar semula lepas makan nanti." Jawab Megat Amar bersahaja dengan wajah yang serius.
Megat Amar tahu mesti papa dan mamanya ingin menyoalnya mengenai pergaduhannya dengan Megat Emir petang tadi.
"Owhh..Amar lapar yer..ermm..mama pun sama lapar. Jom la kita makan sama-sama. Nanti mama minta bibik tolong hidangkan.
Sepanjang mereka menikmati hidangan makan malam itu, suasana di meja ketika itu sepi sahaja. Puan Marina hanya memerhati sahaja Megat Amar yang makan dengan penuh berselera. Lagak Megat Amar ketika itu seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
"Nanti kalau abang Emir balik papa dan mama nak bincang sesuatu dengan you all ye." Tiba-tiba Tuan Megat Emran bersuara.
"Ok papa. Kalau macam tu kita tunggu abang Emir balik la. Amar dah abis makan so Amar nak naik bilik rehat kejap. Rasa ngantuk pulak maybe jetlag." Megat Amar segera ke biliknya meninggalkan papa dan mamanya yang termanggu-manggu di meja makan.
"Sejak balik dari UK tadi saya tengok Amar lebih banyak berdiam diri. Bercakap pun bila perlu sahaja. Apa yang diorang gaduhkan sebenarnya?"
"Entah lah abang..petang tadi masa dia sampai elok je dia bersembang dengan saya. Tapi bila Emir sampai jer nak bersalam dengan dia terus ditumbuknya Emir. Tak tahu apa yang dia tak puas hati dengan Emir. Dia ada menjerit-jerit dekat Emir tetapi saya tak dengar butirnya." Terang Puan Marina sambil menggaru kepalanya memikirkan perangai anak-anaknya.
---------------------
Erina melambai-lambai tangannya dari jauh sebaik sahaja dia menyedari kemunculan Ford Ranger biru yang nombor plate dikenalinya.
Megat Emir memberhentikan Ford Rangernya di tepi jalan lalu berjalan mendekati Erina.
"Lama ke Rina tersadai dekat sini?" Soal Megat Emir.
"Actually petang tadi lepas balik kerja lagi." Senyum Erina yang menampakkan barisan giginya yang putih itu.
"Lamanya..kenapa baru call abang? Kesian Rina. Mesti tersadai sampai dah busuk masam kan!" Usik Megat Emir lalu menutup hidungnya.
"Abang..." Erina menampar perlahan lengan Megat Emir.
"Umi tahu tak Rina balik lambat ni. Kang tak pasal-pasal nanti umi call abang cari Rina pulak."
"Umi dah tahu dah. Umi sekarang ni tak berapa risau sangat dah sebab Rina dah ada tunang tersayang yang boleh rescue Rina nanti."
"Owhh...pandai gunakan tunang sendiri yer!" Laju Megat Emir menarik hidung Erina.
"Apa gunanya ada tunang kalau tak digunakan kan?" Erina tergelak kecil.
"Kalau camtu boleh tak abang nak gunakan tunang yang abang ada sekarang ni untuk cium abang sebagai tanda ucapan terima kasih dekat abang." Megat Emir memuncungkan bibirnya lalu menepuk-nepuk bibirnya itu dengan jari telunjuk.
"Ishhh...tu mana bolehh. Haram!" Spontan jawapan Erina itu yang membuatkan Megat Emir berdekah ketawa.
Setelah motosikal diangkut ke atas Ford Ranger Megat Emir hasil bantuan daripada beberapa orang penunggang motosikal, akhirnya mereka meninggalkan tempat itu.
Megat Emir fokus pada pemanduaanya manakala Erina begitu asyik memerhatikan tunangnya itu.
"Motor Rina ni nanti abang hantar dekat bengkel kawan abang. Dia tengah tunggu kita tu sebelum dia tutup bengkel. Abang suruh dia tunggu hingga kita sampai."
"Really..syoknya ada ramai member yang pelbagai profesion. Kalau sakit ada member yang kerja doktor, kalau motor or kereta rosak ada member yang kerja mekanik, kalau nak makan ada member tauke restoran, kalau nak berlakon ada member yang boleh jadi pelakon..hahaha"
"Aikk...ayat yang hujung tu lain macam jer! Hahaha..." Berdekah Megat Emir mendengar kata-kata Erina itu. Dia teringat detik-detik bila mana dahulu Erina pernah memainkan watak sebagai 'pelakon terkejut' untuk menghidupkan suasana ketika itu.
Mereka tergelak sahaja sepanjang perjalanan sehinggakan Megat Emir terlupa akan kisah pergaduhannya dengan Megat Amar petang tadi.
"Abang....pipi abang ni kenapa? Dari tadi lagi Rina duk perhati sahaja..ingatkan pantulan cahaya or ada something kat pipi abang tapi bila Rina amati betul-betul...ni lebam ni!" Erina mengusap-usap pipi Megat Emir yang lebam itu.
"Alaa..sikit jer..abang terjatuh petang tadi." Bohong Megat Emir.
"Ni bukan lebam jatuh..ni lebam kena tumbuk. Abang ingat Rina tak kenal ke mana satu lebam jatuh dan mana satu lebam kena tumbuk. Rina ada black belt Taekwondo la!"
Erina masih lagi membelek-belek wajah Megat Emir yang lebam itu. Dia mendekatkan wajahnya untuk melihat dengan lebih dekat bagi memastikan apa yang disangkanya itu betul.
Daripada tengah fokus kepada pemanduan tetapi kali ini Megat Emir hampir hilang fokusnya apabila wajah Erina terlalu dekat dan hembusan nafas Erina telah menyapa wajahnya. Jantungnya berdegup kencang. Megat Emir segera menoleh ke kiri lalu bibirnya hinggap ke bibir Erina dengan pantas.
Erina terkedu seketika. Laju tangannya menekap ke bibirnya kerana terkejut. Inilah kali pertama dia dicium oleh lelaki sebegitu rupa. Kalau uminya tahu mesti uminya mengucap panjang!
"Oppss...sorry Rina..abang tak sengaja. Siapa suruh dekat sangat ..kan dah kena cium!" Megat Emir bersahaja dan terus fokus kepada pemanduannya semula. Dia hanya tersenyum manakala Erina hanya membisu disepanjang perjalanan. Pipi Erina yang merona merah itu membuatkan Megat Emir semakin tersenyum lebar manakala tangannya segera mencapai tangan Erina yang kesejukkan itu.
"Abang tau tak dosa buat camtu tadi. Haram!" Ngomel Erina.
"Tapi kita pegang-pegang camni pun haramkan? Abang ni insan yang lemah dengan wanita yang abang sayang. Contohnya gadis kat sebelah abang ni."
"Eeww..bahaya betul la abang ni. Abang kena la belajar control. Kita di alam pertunangan ni macam-macam ujian yang akan datang tau. Rina pun sedang belajar untuk control diri terutama sekali kalau hari-hari tengok abang handsome kat pejabat." Erina menekap mulutnya dengan tangan apabila dia menyedari dirinya terlepas cakap.
"Maknanya abang ni handsome la kan! Hahaha ..." Gelak Megat Emir lalu membawa jari Erina ke bibir dan dikucupnya.
"Perasan!"
"You said it just now, didn't you?
"Ermm..."
"See...you don't have any words to deny it."
"Menyampah la cakap dengan abang." Erina memalingkan mukanya ke kiri tingkap tetapi di dalam hatinya tidak menafikan kekacakan Megat Emir itu apabila lengkap berkot dan bertali leher di pejabat. Kelihatan karisma, macho dan maskulin.
Share this novel