Series
14692
"Ehh Amar! Bila kau sampai?" Soal Megat Emir.
"Tak..kau jawab dulu soalan aku tadi...apesal ada perempuan bawah meja kau?Abang Emir... Kau jangan buat benda-benda pelik ye..marah mama kalau tahu!" Megat Amar mencekak pinggang memandang abangnya.
Megat Emir segera bangun mendekati adiknya Megat Amar. Kepala Megat Amar ditunjal oleh Megat Emir. "Kau fikir aku buat ape?Kepala otak kau tuh leh tak jangan fikir bukan-bukan?"
Erina yang masih dibawah meja segera bangun lalu membetul-betulkan rambutnya. Dia segera keluar dari bilik Megat Emir. Dia malu malah tidak mahu mendengar pergaduhan di antara Megat Emir dan adiknya.
Sebaik Erina melangkah keluar dari bilik Megat Emir, Megat Amar tiba-tiba membuntangkan matanya memandang Megat Emir.
"Wehh...bukan ke tu awek superbike semalam?" Megat Amar mencuit bahu abangnya.
"Iyer laa...gadis superbike tu secretary aku!" Slumber jawapan Megat Emir.
"Siot kau! Kau tak bagi tahu aku pun yer tu secretary kau...kau memang teruk la Tuan Megat Emir!" Megat Amar menampar perlahan lengan Megat Emir.
"Memang aku taknak bagitau kau pun...sebab aku taknak kau menggatal dengan secretary aku." Megat Emir mencekak pinggang.
"Alahai...bukan gatal sangat pun aku ni...hahaha..." Gelak Megat Amar.
"Sebab tu semalam aku ada cakap dekat kau jangan perasan bila awek tu bagi mini love...sebab dia bukan bagi dekat kau...tapi dia bagi dekat bos dia ni haa.."Â
"Abis tu...Kak Farida dah berhenti la yer." Soal Megat Amar.
"Yer..dia berhenti atas urusan keluarga...Kau ni ha..pagi-pagi datang office orang dah kenapa? Kau tak masuk office ke hari ni?" Megat Emir memandang Megat Amar menuntut jawapan.
"Aku kan baru balik dari Jerman semalam...so hari ni aku cuti lagi..bos bagi cuti 2 hari.." Terang Megat Amar.
"Owhhh..bistu menyibuk kat office aku pepagi ni dah kenapa?" Soal Megat Emir.
"Aku boring duk umah...nak ajak ko breakfast ke minum-minum pagi ke...boleh ke? Ke kau busy" Ajak Megat Amar tapi matanya meliar memandang sekeliling pejabat Megat Emir.
Megat Emir yang sedang membetulkan tali lehernya memandang Megat Amar melalui pantulan cermin di belakangnya. Kelihatan Megat Amar terjenguk-jenguk mencuri pandang ke meja setiausahanya.
"Kau terintai-intai apa? Nak breakfast sama kan...jom..." Megat Emir segera menarik lengan adiknya itu kemudian mendorong ke arah pintu.
Erina meihat sahaja gelagat dua beradik itu. Megat Amar melemparkan senyuman kepada Erina. Erina membalasnya dengan senyuman juga.
"Abang...kau tak nak ajak secretary kau join sekali breakfast ke? Leh la aku kenal-kenal dengan dia juga." Senyuman Megat Amar kepada abangnya.
"Tak payah..aku tak benarkan...biar dia jaga office je."
"Kau tau tak..tadi aku ada tertengok lipas bertenggek atas nasi lemak dia tadi tau. Kesian dia...mesti dia buang nasi lemak tu. Banyak lagi nasi tu tau..Kau ajak la dia sekali..mesti dia lapar." Akal Megat Amar yang menjadi-jadi.
"Amar...kau memang gatal yer!" Kepala Megat Amar disekeh.Â
Megat Emir segera menelefon Erina sebaik sahaja dia sudah sampai di tempat letak kereta. Dia mengarahkan Erina turun bersarapan bersama.
"Erina..this is an order and no excuse. Turun sekarang dan jumpa saya di parking. I'm waiting for you." Arah Megat Emir dengan nada tegas.
"Erkk...pergi mana bos?" Soal Erina.
"Jangan banyak tanya...turun sekarang!"Â
"Owhh...ok..ok...coming..." Erina segera mengemas mejanya dan dengan sepantas kilat Erina tiba-tiba muncul di hadapan kereta Megat Emir.
Megat Emir dan Megat Amar terkejut dengan kemunculan Erina yang dalam hanya beberapa minit sahaja.
"Dia ni secretary kau ke hantu raya...kau ada check tak?" Bisik Megat Amar ke telinga abangnya.
"Hello...saya ni secretary kepada Tuan Megat Emir yer...bukan hantu raya." Perli Erina. Megat Emir hanya tersenyum sumbing.
"Amar...kau tak kenal secretary aku lagi kan...so kau jangan main-main dengan dia yer. Kang tak pasal-pasal kau melantun kat atas pokok...hahaha..." Bela Megat Emir.
Megat Emir tersenyum-senyum melihat gelagat adiknya yang gatal itu dan kelakuan setiausahanya yang garang dan brutal itu. Megat Emir memandu kereta dan kemudian memberhentikan keretanya di hadapan sebuah kedai mamak.
"Abang...takan kau nak belanja makan kat sini je?"Â
"Kau ni dah kenapa? Sejak balik dari Jerman dah tak reti nak makan dekat mamak ke?" Melenting Megat Emir.
Erina yang duduk di belakang hanya memerhati sahaja dua orang lelaki dihadapannya yang tak habis-habis asyik berperang mulut.
"Kenapa nak gaduh-gaduh kat dalam kereta ni? Padang sana tu besar kalau nak bergusti!" Tiba-tiba suara Erina itu telah mematikan kata-kata Megat Emir dan Megat Amar.
Dengan pantas Erina segera keluar dari kereta kemudian meninggalkan Megat Emir dan Megat Amar yang masih di dalam kereta. Dengan muka selumber Erina duduk di kerusi lalu terus memesan makanan. Akhirnya Megat Emir dan Megat Amar keluar dari kereta dengan gelak berdekah-dekah.
"Erina...you ni memang kelakar la...I like your stail!" Puji Megat Amar lalu duduk di sebelah Erina.
"Saya bukan apa...dah la diberi arahan secara veto untuk ikut bersarapan...alih-alih you all bergaduh di dalam kereta. Eiii...geram tau! Korang memang macam ni ek kat rumah?" Soalan Erina itu membuatkan Megat Emir dan Megat Amar sambung kembali gelak mereka.
Setelah pesanan diambil oleh pekerja restoran, Megat Amar begitu ralit memerhatikan gadis disebelahnya itu yang khusyuk bermain telefon.
"Cantiknya...bibir, dagu,mata dan rambutnya... perfect!" Hati Megat Amar berbicara.
Apabila melihat Megat Amar memandang Erina tidak berkelip-kelip, Megat Emir segera berdehem kecil.
"Tuan Emir sakit tekak ke? Nak saya pesankan lemon panas dan madu?" Soal Erina yang begitu mengambil berat akan majikannya.
Megat Amar memandang Megat Emir yang sedang tersenyum bangga. Megat Emir berbangga apabila setiausahanya itu begitu mengambil berat akan dirinya.
"Its ok Erina...I'm fine.." Megat Emir menggeleng kepalanya.
"Mana boleh macam ni bos...kalau bos demam nanti macam mana..."Â Megat Amar mencebik mulutnya apabila mendengar kata-kata Erina itu.
"Kalau dia demam...mama saya ada untuk jaga dia..awak tak payahlah nak concern terlebih sangat dekat abang saya ni."
"Saya bukan apa...kalau bos saya ni demam saya susah hati sikit sebab hujung bulan ni banyak cek dia nak kena sign..lain la kalau dia demam awal bulan saya pun tak heran!" Slumber jawapan Erina. Megat Emir yang sedang meneguk air kopi hampir tersedak mendengarnya.
"Hahaha ...Erina...awak ni funny...you make my day today!" Megat Amar ketawa terbahak-bahak. Ini membuatkan Megat Amar rasa ingin lebih mengenali gadis di sebelahnya itu.
"Erina....I potong gaji you!" Megat Emir memandang tajam Erina.
"Alaa boss...jangan la macam ni..please.. please.. I'm sorry..ok!" Nada rengekan Erina yang membuatkan bulu tengkuk Megat Emir meremang.
Adus..manjanya...ini boleh membuatkan Megat Emir cair jadinya. Megat Amar pun terkedu seketika. Tadi bukan main garang minah ni... tiba-tiba jadi manja pula. Perempuan... perempuan!
Share this novel