Series
14692
Klinik Farhan beransur kurang pesakit apabila jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam.
"Hello Han..
" Yes Dato Emir apa yang boleh aku bantu?" Tanya Doktor Farhan.
" Aku belum Dato' la! "
" Tapi bakal Dato kan? Kira doa aku untuk kau la kan... "
"Yerla...aku aminkan doa kau tu. Farhan... Kau tolong aku check Erina leh tak? Aku depan klinik kau sekarang ni. "
" Datang jerlah.. Yang kau takut-takut sangat kenapa? Macam tak biasa dengan klinik aku pula." Pelik Doktor Farhan dengan sahabatnya itu.
" Kau keluar sekejap boleh tak? Kau datang kat Ford Ranger biru yang parking betul-betul dekat depan klinik kau. Sekarang! " Arah Megat Emir kepada sahabatnya itu.
" Yelah.. Yelah.. Aku keluar sekarang! "
Doktor Farhan mendekati Ford Ranger biru yang parkir di hadapan kliniknya. Megat Emit segera membuka pintu apabila melihat Doktor Farhan mendekati Ford Rangernya.
" Apa masalah kau sebenarnya sampai malas nak keluar kereta ni?" Soal Doktor Farhan.
" Tu haa... Aku nak kau check dia.. Dia kena rogol atau pun tak? Kalau kena rogol aku nak buat report polis." Megat Emir memuncungkan mulutnya ke tingkap kenderaan pacuan empat rodanya.
" Haaaa... " Terkejut Doktor Farhan lalu menjengak ke dalam kereta Megat Emir.
" Erina ke tuh?" Soal Doktor Farhan dengan riak wajah terkejut.
" Iyerr.. Dia.. Please Farhan tolong check dia."
"Kalau betul kena rogol memang kau kena buat report polis weh.. Tapi kalau tak kena rogol untung la aku leh check dia free." Gurau Doktor Farhan.
Dengan secara automatik Megat Emir sekeh sahabat di hadapannya itu.
"Aku betul-betul ni.. Bukan main-main. Please check her!" Suara Megat Emir yang agak menekan.
"Sekarang ni boleh tak kau cerita apa yang berlaku? Siapa rogol dia.. Kau ke?"
"Ishh kau ni... Kalau aku yang rogol dia buat apalah aku nak suruh kau check.. Come on Doktor Farhan.. What happen to your brain!" Megat Emir mencekak pinggangnya sambil mencerlung tajam sahabatnya. Entah kenapa tiba-tiba kawannya itu tidak boleh berfikir dengan waras.
" Aku bukan apa... Manalah tau.. Kot-kot kau hari-hari tengok dia pastu geram sampai takleh nak control diri ke? " Duga Doktor Farhan.
"Ishh...kau ni.. Aku takdelah sampai desperate camtu. Dah.. Cepat check dia."Â Megat Emir memukul perlahan lengan sahabatnya itu.
"Gini... Aku rasa better wife aku je yang check.. Nanti aku call dia suruh datang klinik aku sekarang. Jom bawak Erina masuk dalam."
Megat Emir mencempung Erina kemudian diletaknya Erina di salah satu bilik pemeriksaan di klinik Doktor Farhan.
Megat Emir menceritakan satu persatu akan situasi dan perkara yang telah berlaku sementara menanti Doktor Najwa, isteri Doktor Farhan sampai.
Beberapa minit kemudian akhirnya Doktor Najwa muncul dengan terkocoh-kocoh setelah mendapat panggilan desakan suaminya untuk segera datang ke klinik.
Pemeriksaan ke atas Erina telah dilakukan oleh Doktor Najwa dalam keadaan Erina yang masih tidak sedarkan diri.
Erina yang sedang terbaring akhirnya membukakan matanya. Dia memicit-micit dahinya kerana terasa pening. Dia merasakan kepalanya berat seperti batu telah menghempap kepalanya.
Erina kebingungan kerana setahunya tadi dia berada di rumah Dato' Farid tetapi kini apabila dia membuka matanya dia merasakan seolah-olah berada di sebuah klinik atau hospital.
Siling dipandang. Kemudian dia menoleh ke kiri dan kelihatan seorang doktor perempuan sedang menulis sesuatu.
"Saya kat mana ni? Kenapa saya kat sini?"
"Hai Erina.. Saya Doktor Najwa. Awak sekarang berada di Klinik Doktor Farhan." Doktor Najwa segera berjalan mendekati Erina.
"Owhh... Saya di klinik Doktor Farhan ke? Tapi kenapa saya dekat klinik ni?" Soal Erina kehairanan.
"Sebenarnya awak tak sedarkan diri. Maybe pengsan kot. Emir yang hantar awak ke sini." Terang Doktor Najwa. Sebenarnya dia pun tidak tahu apa yang berlaku. Semasa dia di rumah seronok melayan televisyen tiba-tiba suaminya menyuruhnya datang ke klinik kerana ada urusan penting.
" Emir yang hantar? Ermm... Mana dia? "
" Ye.. Emir yang hantar. Dia ada kat luar tu. Sekejap saya panggil dia yer. Awak baring-baring dulu dekat sini ye." Doktor Najwa segera keluar dari bilik lalu mendapatkan suaminya dan Megat Emir.
"Abang... Erina dah bangun dah tapi tengah duk bingung lagi tu. What happen actually?" Soal Doktor Najwa kepada suaminya dengan renungan tajam.
"Jangan tanya abang... Better sayang tanya Emir sendiri. By the way, what is the result?" Soal Doktor Farhan dengan penuh penantian dan begitu juga Megat Emir.
"Don't worry Emir.. She's still virgin. Takda pun tanda-tanda yang dia kena rogol. Maybe orang tu tak sempat buat apa-apa dekat Erina kot." Jelas Doktor Najwa.
"Alhamdulillah.. Sib baik tak ada apa-apa. Nasib baik juga aku sampai cepat. Syukur Ya Allah." Megat Emir menadah tangannya kemudian meraup ke wajahnya.
"Aku tak tau prosedur polis camna nak buat report untuk kes macam ni. Tapi tuhlah masalahnya kau dah musnahkan segala bukti. Erina pun takda apa-apa so sekarang ni Erina kena jaga diri dia baik-baik. Kalau boleh jauhi dari Dato gatal tak sedar diri tu. Sebagai majikan dia kau pun kena la protect dia juga." Panjang syarahan Doktor Farhan dan Megat Emir mengangguk faham.
Megat Emir segera masuk ke bilik pemeriksaan untuk melihat keadaan Erina.
" Erina.. Awak apa khabar? Dah ok ke?" Tanya Megat Emir kepada Erina yang masih kebingungan.
"Tak ok... Saya pening.. Saya tak faham kenapa saya dekat sini? Bukan ke sepatutnya saya dekat rumah Dato' Farid tadi. Saya pengsan lagi ke?" Soal Erina. Dia rasa pelik dengan soalan Megat Emir itu dan keberadaannya di klinik Doktor Farhan ini turut membuatnya hairan
"Ye.. Awak pengsan lagi tadi. Darah rendah awak datang balik. Sekarang ni dah malam sangat ni. Jom saya hantar awak balik." Bohong Megat Emir. Laju sahaja Megat Emir jawab. Dia merasakan Erina masih tidak ketahui akan perkara yang telah berlaku ke atas dirinya itu.
"Ya Allah... Dah pukul 12.30 malam ni. Mesti umi saya cari!" Erina mulai menjadi gelabah.
"Awak jangan risau.. Saya dah beritahu umi awak yang awak kerja overtime hari ni." Mendengar jawapan Megat Emir itu Erina mula merasa lega.
"Jom cepat... Hantar saya balik.." Erina segera turun dari katil lalu menarik-narik lengan Megat Emir supaya dia dihantar pulang.
Megat Emir termanggu-manggu dengan kelakuan Erina malah dia hanya menurut sahaja apabila lengannya ditarik berkali-kali untuk keluar dari bilik pemeriksaan itu.
Doktor Farhan dan Doktor Najwa yang berada di luar bilik pemeriksaan itu terkejut apabila tiba-tiba kelihatan Erina dan Megat Emir terkocoh-kocoh keluar kemudian menuju ke Ford Ranger yang parkir di hadapan kliniknya.
Sebelum kenderaan pacuan empat roda itu meninggalkan klinik Doktor Farhan, Megat Emir sempat memandang tajam sahabatnya itu kemudian memberi isyarat dengan meletak jari telunjuknya ke bibir sebagai tanda merahsiakan apa yang telah berlaku pada hari ini.
Share this novel