Series
14692
"Come on Emir..jangan la nak marah-marah sangat." Dato Farid cuba memujuk.
"Dah elok duduk sana kenapa nak datang dekat kitorang. Saje nak cari pasal dengan aku kan?" Mata Megat Emir tajam memandang Dato' Farid.
"Erina..nampaknya bos you tu benci dan marah dekat I. Nanti cuba la pujuk bos you tuh yer..mesti dia cair dengan gaya dan kecantikan you tu." Berkerut kening Erina mendengarnya.
"Haaaa??I tak faham la Dato'..."
"Dengan kecantikkan yang ada pada you itu..cuba you pujuk bos you tu supaya jangan la nak marah-marah sangat dekat I ni...Dia kena ingat...I ni kawan papa dia. Cuba belajar hormat orang tua sikit." Sinis Dato' Farid.
"Oooo...baru ingat dah tua rupanya. Ingatkan rasa diri tu muda sepanjang zaman. Kalau sedar diri dah tua..cuba buat cara orang tua yer PAKCIK!" Megat Emir menyindir Dato Farid.Â
Kali ini Erina pula yang tidak sedap duduk apabila menyaksikan pertikaman lidah antara Megat Emir dan Dato . Dia mesti menjauhkan mereka berdua ini sebelum Megat Emir bertindak luar kawalan. Erina menarik lengan Megat Emir menjauhi Dato Farid.
"Abang..abang ni dah kenapa gaduh-gaduh mulut dengan Dato Farid? Abang sedar tak tadi dah macam budak-budak tau!" Erina membebel dan dalam masa yang sama dia mengosok-gosok belakang Megat Emir untuk mententeramkan majikan malah merangkap kekasihnya itu.
"Ermmm...sorry..abang terlalu ikut perasaan. Nasib baik ada Rina...leh legakan perasaan abang. Jom kita pergi sana...Syed Rizal dah sampai tu." Slumber Megat Emir menarik tangan Erina. Beberapa mata memandang tangan yang bertaut itu terutama sekali mereka yang mengenali Megat Emir.
Sebaik sahaja Syed Rizal berjalan menuju ke kerusi yang disediakan, Megat Emir segera menghulurkan tangannya untuk berjabat salam dengan Syed Rizal. Syed Rizal hanya mengerling 8tanpa menyambut salam itu. Riak wajah Megat Emir sedikit berubah kerana dia terasa seperti dimalukan oleh Syed Rizal.
Hampir 2 jam berlalu dengan pantas. Beberapa perbincangan dan lawatan tapak projek berlangsung dengan lancar. Masing-masing mengundur diri untuk pulang. Begitu juga Megat Emir dan Erina yang melangkah menuju ke Ford Ranger milik Megat Emir.
"Emir...I nak jumpa you sekejap!" Kedengaran laungan suara Syed Rizal dari belakang. Megat Emir menoleh lalu mendekati Syed Rizal. Erina berdiri beberapa meter dari mereka.
"Yes..ada apa yer?" Soal Megat Emir dengan berkerut di dahi menahan panas.
"Tolong jangan jumpa Melisa lagi ok. I'm warning you!" Tegas Syed Rizal.
"Ohh...ingatkan apa...ask you wife first...tolong advice dia jangan suka hati datang office I." Megat Emir menepuk perlahan dada Syed Rizal dan kemudian berlalu pergi. Syed Rizal terkaku seketika.
Megat Emir segera mendapatkan Erina yang sedang menunggunya. Tangannya cuba diletakkan di atas bahu Erina tetapi Erina laju menepis. Dia tidak mahu beberapa orang kakitangan Mahkota Development Sdn Bhd yang ada di site itu mengesyaki sesuatu.
"Abang lupa ke kat sini pun ada staff office kita yer. Tangan tu... Tak reti duk diam betul." Ngomel Erina. Megat Emir memandang Erina dan hanya tersenyum.
Mereka segera menaiki Ford Ranger apabila cuaca semakin panas. Tiba-tiba cermin tingkap diketuk. Erina segera menurunkan cermin tingkap itu. Terpacul wajah Dato Farid.
"Kau nak apa lagi?" Tengking Megat Emir.
"Releks la Emir...Erina you pergi ajak bos you tu pergi minum cendol ke ABC ke.. Bagi hilang sikit panas hatinya tu." Gelak Dato Farid. Dia seolah-olah cuba untuk provoke perasaan Megat Emir.
" Erm.. Baiklah." Ringkas jawapan Erina tetapi penuh getaran.
" Good... Kita jumpa lagi yer." Pantas jari Dato Farid mencuit hidung Erina. Erina terkedu seketika.
" Kalau taknak aku patahkan jari kau.. Don't touch my girl!" Megat Emir memberi amaran kepada Dato Farid dan kemudian terus memecut laju meninggalkan tapak projek itu.
Erina disebelah tergamam apabila melihat Megat Emir yang tengah dikuasai perasaan amarah. Tidak pernah dia melihat Megat Emir sebegitu marah dan kurang ajar dengan Dato' Farid tetapi kali ini memang jelas kelihatan kebencian Megat Emir terhadap Dato Farid.
Megat Emir begitu fokus kepada pemanduaannya. Nafasnya turun naik menahan marah tadi masih kedengaran. Erina diam membisu tetapi matanya masih gigih menatap Megat Emir.
"Rina tak dahaga ke?Cuaca panas betul tadi..jom kita pergi makan cendol ke ABC ke..nak tak?" Megat Emir memecah kesunyian.
"Terpulang pada abang..Rina ikut je.." Erina tersenyum. Dato' Farid ni memang betul-betul mengenali Megat Emir. Dia tahu cara hendak bagi Megat Emir reda dari marah dengan hanya sogokan cendol atau ABC.
"Kita makan cendol dekat depan tuh ok tak?" Cadang Megat Emir.
"Ermm...ok.." Ringkas jawapan Erina disertai senyuman.
Megat Emir memakirkan Ford Rangernya di bawah pokok. Mereka segera mendekati lori cendol di tepi jalan. Cendol dipesan dan beberapa minit kemudian mereka dapat menikmati cendol dengan penuh kelegaan di kala cuaca tengah panas. Keadaan ketika itu masih belum ramai lagi pembeli jadi mereka dapat menikmatinya dengan aman.
"Abang..Kenapa abang marah sangat dengan Dato Farid tuh yer?" Soalan itu terpacul daripada mulut Erina.
"Huhh..." Megat Emir yang sedang menikmati cendol berhenti suapannya apabila terdengar soalan daripada Erina.
"Kenapa?Abang tak suka Rina tanya soalan tuh ke?" Redup mata Erina memandang Megat Emir.
"Rina betul-betul nak tahu ke?" Soal Megat Emir.
"Yer..Rina nak tahu. Rina betul-betul takut bila abang marah Dato Farid tu. Abang dengan Dato Farid tuh kan close before this...so..bila abang marah dekat dia Rina takut tau." Terang Erina akan perasaannya.
"Kalau Rina betul-betul nak tahu..cepat abiskan cendol tuh. Nanti abang cerita dalam kereta jerla. Kalau cerita dekat sini tak syok..nanti ada orang dengar pulak."
Erina dan Megat Emir segera menghabiskan cendol dan kemudian mereka terus meninggalkan tempat itu. Di dalam kenderaan pacuan empat roda itu Erina berdebar-debar menanti penjelasan daripada Megat Emir. Dia memandang Megat Emir tajam menunggu jawapan.
"Abang! Dah 15 minit Rina tunggu abang punya cerita ni. Mana?" Soal Erina sebaik sahaja Megat Emir hanya diam membisu.
"Hahaha...abang ingatkan dah lupa. So abang still kena bagitau juga yer?" Gelak Megat Emir. Dia sebenarnya mengharapkan Erina lupa tetapi Erina menuntut janji rupanya.
"Dah janji kan..cepat cerita..kenapa abang sakit hati , marah dan benci sangat Dato Farid tuh?" Erina menampar perlahan bahu Megat Emir.
"Abang cerita ni nanti Rina jangan marah ok. Rina dengar jer tau..." Jemari kanan Erina dicapai oleh Megat Emir manakala tangan kanannya pula memegang stereng kereta.
"Ishh abang ni..suspen betul. Cepat la cerita." Dicubitnya peha Megat Emir.
"Adoiii...baiklah!" Megat Emir menggosok-gosok pehanya menahan pedih.
Erina merenung tajam Megat Emir. Adoii...kenapalah susah sangat Megat Emir nak cerita ni. Hati Erina ni dah bergelora menahan geram dan sabar.
"Abang!Kenapa susah sangat nak cerita dekat Rina yer..?Perkara tu ada kaitan dengan Rina ke?" Soal Erina. Dia menarik tangannya dari genggaman Megat Emir dan kemudian memandang keluar tingkap. Merajuk-merajuk manja la konon.
Zaaazzzzz....Megat Emir rasa bagai terpanah dengan petir apabila mendengar soalan Erina itu. Kali ini dia bertekad untuk memberitahu Erina akan perkara yang sebenar setelah beberapa kali diasak oleh Erina akan soalan yang sama.
Share this novel