Series
14692
Kereta yang dipandu oleh Haji Wan Zain dalam keadaan cemas tadi telah hilang kawalan apabila tiba-tiba ianya telah dirempuh oleh sebuah lori.
Kereta itu telah berpusing sehinggakan ianya telah masuk ke laluan yang bertentangan. Akibat daripada itu sebuah kereta yang tidak sempat mengelak telah melanggar kereta yang telah dinaiki oleh Haji Wan Zain dan Hajah Saleha.
"Hello...helloo...uncle...uncle..." Suara Megat Emir sayup dihujung talian dan kemudian terputus.
Hajah Saleha yang sememangnya tengah lemah dari tadi akibat serangan jantung akhirnya telah menghembuskan nafasnya yang terakhir serta merta di tempat kejadian. Haji Wan Zain yang kelihatan luka parah telah dibantu oleh orang ramai untuk mengeluarkannya dari kereta yang sudah remuk itu.
Beberapa minit kemudian ambulan muncul dan segera membawa Haji Wan Zain dan Hajah Saleha ke hospital berdekatan. Memandangkan keadaannya yang agak kritikal itu, Haji Wan Zain akan ditempatkan di zon merah.
Kring!Kring!
Telefon bimbit Haji Wan Zain berbunyi dan ianya telah dijawab oleh salah seorang orang awam yang membantu di kawasan kemalangan itu.
"Hello..tuan punya telefon ini terlibat di dalam kemalangan. Dia akan di bawa ke PPUM.Mohon sampaikan kepada warisnya yer. Telefon ini saya akan serahkan kepada paramedik yang akan bersama ke hospital nanti. Terima kasih."
Megat Emir ditalian kaku seketika. Baru sebentar tadi dia dihubungi oleh Haji Wan Zain dan kini dia telah dikhabarkan berita yang sangat mendukacitakan.
"Rina..."
Megat Emir segera menarik Erina ke dalam pelukannya dan dipeluk erat-erat. Erina yang masih berkesan air mata mulai pelik kehairanan dengan perlakuan Megat Emir.
"Abang..kenapa?" Erina resah.
" Rina..kita ke hospital yer. Ayah dan umi Rina terlibat dalam kemalangan." Tutur Megat Emir dengan penuh berhati-hati agar tidak menambah kedukaan Erina.
"Ya Allah...ayah..umi...abang...bawa Rina ke hospital sekarang..Rina dah tak daya ni!" Erina menangis teresak-esak di dalam pelukan Megat Emir. Dia terasa begitu lemah sekali mendengar perkhabaran itu.
--------------------------
Erina berlari di sepanjang koridor hospital dengan langkah yang longlai. Megat Emir yang menuruti dari belakang segera mencapai tangan Erina sebaik sahaja kelihatan Erina berhenti seketika menarik nafas.
"Rina ok?" Soal Megat Emir.
"Rina rasa sesak nafas dengan apa yang berlaku sekarang ni. Macam-macam benda yang timpa Rina. Rina rasa semuanya gelap sekarang nih." Tutur Erina lemah.
"Jangan cakap macam tu sayang..abang ada. Rina kena kuat. Jom cepat kita pergi tengok ayah dan umi ." Megat Emir segera merangkul bahu Erina rapat kepadanya agar Erina tahu dia masih ada untuk Erina.
Menurut laporan polis, kereta yang dipandu oleh Haji Wan Zain telah dilanggar oleh sebuah lori sehinggakan kereta dipandunya hilang kawalan. Doktor keluar dengan wajah yang suram. Megat Emir menggenggam tangan Erina erat.
"Keluarga Haji Wan Zain?" Soal doktor.
"Saya anak mereka. Macam mana keadaan ayah dan umi saya doktor." Erina bertanya kepada doktor dengan penuh pengharapan.
Doktor mengeluh berat.
"Hajah Saleha memang kami tak dapat selamatkan kerana dia telah meninggal dunia di tempat kejadian. Haji Wan Zain pula mengalami pendarahan dalaman yang sangat serius di bahagian kepala. Kami cuba lakukan yang terbaik tetapi...cik perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan yang terjadi."
"Umii...abang..umi dah takda..." Bercucuran air mata Erina apabila mendengar kata-kata doktor itu.
Erina mulai rebah di luar wad apabila mendapat perkhabaran bahawa Uminya, Hajah Saleha telah menghembuskan nafas terakhir di tempat kejadian akibat serangan jantung. Dunianya terasa sangat gelap gelita. Kini, hanya tinggal Haji Wan Zain, yang sedang bertarung nyawa dengan bantuan mesin pernafasan.
Haji Wan Zain adalah seorang ayah yang garang tetapi penyayang. Ayahnya lah yang mengajarnya menunggang motosikal. Lelaki yang sentiasa bangga dengan keberanian Erina kini sedang bertarung nyawa. Erina terasa dunianya berpusing dengan masalah yang menimpa diri dan keluarganya.
Megat Emir berdiri di sisi katil, memegang tangan Haji Wan Zain yang sejuk. Erina di sisi sebelah lagi, tidak berhenti mencium tangan ayahnya sambil merintih hiba.
"Ayah... bangunlah Ayah... Erina ada ni..." suara Erina serak, matanya bengkak kerana terlalu banyak menangis.
"Ayah kan kuat Rina. Dia seorang pejuang. Insyallah semuanya ok." Megat Emir cuba memujuk.
Seharian Erina dan Megat Emir berada di wad menanti Haji Wan Zain memberi sebarang respon. Tiba-tiba perlahan-lahan Haji Wan Zain membuka matanya. Nafasnya pendek dan tersekat-sekat. Dia memandang Erina yang sudah bengkak matanya akibat menangis dan kemudian mata Haji Wan Zain mencari wajah Megat Emir. Dengan sisa tenaga yang ada, dia memberi isyarat tangan kepada Megat Emir supaya mendekatinya.
Megat Emir merapatkan telinganya ke bibir Haji Wan Zain.
"Emir..." Bisik Haji Wan Zain dengan sangat perlahan dan lemah.
"Yer uncle...Emir kat sini..." Megat Emir memegang tangan Haji Wan Zain yang sejuk itu.
"Ayah percaya Rina tak buat semua perkara tu. Rina dah tak ada sesiapa lagi dah. Maruah Erina ...Emir kena pegang dan bersihkan. Emir kena jaga dan lindung Rina untuk ayah." Nada Haji Wan Zain cukup lemah. Dia menarik nafas panjang, seolah-olah mengumpul kekuatan terakhir untuk pesanan yang paling penting.
"Ayah..Emir janji! Emir akan jaga Erina lebih daripada nyawa Emir sendiri." Suara Megat Emir bergetar menahan tangis.
Bunyi mesin electrocardiogram (ECG) berentak perlahan, suasana hiba menyelubungi bilik yang putih bersih itu. Tangan Haji Wan Zain yang memegang tangan Emir tiba-tiba menjadi lemah. Matanya perlahan-lahan tertutup. Bunyi 'beeeep' yang panjang dari mesin ECG bergema di seluruh bilik, menandakan jantung pejuang itu telah berhenti berdegup.
"Ayah!!! Tidakkkk! Ayah bangun!" Raungan Erina pecah. Dia memeluk tubuh ayahnya, menggoncang-goncang bahu ayahnyaj itu, namun segalanya sudah terlambat.
Megat Emir menarik Erina ke dalam pelukannya. Dia mencium dahi gadis itu dengan penuh hiba. Dia cuba memberikan kekuatan kepada Erina walaupun sebenarnya dia sendiri merasakan dunia ini seperti sudah runtuh. Dia memandang wajah tenang Haji Wan Zain untuk buat kali terakhirnya, bakal bapa mertuanya. Di dalam hatinya, Megat Emir telah menanam satu tekad yang keras.
'Ayah, berehatlah dengan tenang. Emir bersumpah, demi Allah, sesiapa yang menyebabkan air mata Erina tumpah hari ini, Emir akan pastikan dia akan mendapat balasan yang paling dahsyat.'
"Abang...Rina sekarang ni jadi yatim piatu dalam sekelip mata." Tangis Erina yang tidak henti-henti dari tadi.
"Rina...abang ada...abang akan jaga Rina, sayang...!"
Megat Emir mengusap-usap jemari Erina dengan lembut. Air mata Erina cuba diseka dengan jarinya tetapi air mata yang bercucuran itu telah membuatkan hati Megat Emir menjadi lebih sayu. Dia kembali menarik Erina ke dadanya. Dibiarkan Erina menangis sepuasnya di dalam pelukannya itu.
Pesanan Haji Wan Zain itu bagi Megat Emir adalah sebuah tanggungjawab dan janji yang mesti dia pegang hingga ke mati. Gadis suci dan polos dihadapannya ini betul-betul menderita dengan apa yang telah terjadi dalam hanya sekelip mata sahaja.
Share this novel
Nak lg Eira…