EPISOD 94

Romance Series 14692

9 BULAN KEMUDIAN

Uwaaa! Uwaaa! Uwaaa!

Tepat jam 4:45 pagi, bunyi tangisan bayi yang sangat nyaring dan kuat bergema, memecah kesunyian dewan bersalin. Suasana tegang serta-merta bertukar menjadi sangat syahdu.

Doktor membersihkan bayi tersebut dengan pantas sebelum meletakkannya di atas dada Erina untuk sentuhan skin-to-skin. Erina menangis teresak-esak, kali ini air mata kesyukuran yang teramat sangat mengalir laju membasahi pipi. Dia memeluk erat tubuh kecil anaknya yang merah.

Megat Emir yang menyaksikan detik keramat itu terus melutut di birai katil. Air mata lelakinya tumpah jua. Dia menundukkan wajahnya, lalu melabuhkan satu kucupan yang sangat lama, dalam dan hangat di dahi Erina yang basah dengan peluh. Genggaman tangan mereka tidak terlerai sedikit pun.

"Terima kasih sayang... Terima kasih sebab lahirkan zuriat kita dengan selamat. Abang bangga dengan sayang." Bisik Megat Emir penuh hiba dan sarat dengan rasa cinta sejati tepat di telinga Erina.

Di luar dewan bersalin, kelihatan Puan Marina dan Tuan Megat Emran yang menunggu sejak tengah malam terus meraup wajah dengan rasa syukur sebaik sahaja Megat Emir keluar memaklumkan berita gembira tersebut. Cucu pertama yang dinanti-nantikan telah selamat dilahirkan ke dunia, melengkapkan sebuah kisah cinta antara Megat Emir dan Erina yang tersangat indah.

Selepas memastikan Erina dan bayi lelaki mereka dipindahkan ke wad rehat dan sedang tidur lena, Megat Emir melangkah keluar dari bilik wad untuk ke mesin layan diri. Dia berniat untuk membelikan minuman panas kepada mama dan papanya yang setia menanti di hospital sejak tengah malam tadi. Wajahnya keletihan kerana tidak tidur semalaman, namun seulas senyuman bahagia tidak pernah lekang dari bibir kacaknya.

Langkahnya terhenti apabila dia melihat susuk tubuh seorang lelaki yang sangat dia kenali sedang duduk sendirian di bangku ruang menunggu. Ya...Syed Rizal!

Lelaki itu kelihatan santai memakai kemeja kasual, sedang merenung lantai dengan senyuman nipis, seolah-olah sedang memikirkan sesuatu yang membahagiakan. Syed Rizal yang menyedari kehadiran seseorang, mendongak. Pandangan mata dua lelaki korporat itu bertaut. Suasana yang dahulunya penuh dengan ego dan ketegangan kini bertukar menjadi sangat tenang.

Megat Emir melangkah mendekati Syed Rizal. Kali ini, tiada lagi pandangan dingin atau aura permusuhan.

"Dato' Rizal?" Sapa Megat Emir lembut, memecah kesunyian lorong hospital.

Syed Rizal bangun dari bangkunya. Melihat Megat Emir yang menghulurkan tangan terlebih dahulu, Syed Rizal tidak lagi mengerling sombong seperti waktu silam mereka. Sebaliknya, dia menyambut erat huluran tangan Megat Emir, bersalaman penuh rasa hormat sebagai seorang lelaki sejati.

"Emir... Tak sangka jumpa you dekat sini." Kata Syed Rizal. Suaranya kedengaran jauh lebih tenang dan matang selepas fasa penceraiannya dengan Melisa berlalu. "You buat apa dekat wad bersalin ni? Erina...?"

Megat Emir tersenyum manis sambil mengangguk. "Alhamdulillah, Rizal. Erina baru selamat lahirkan zuriat pertama kami subuh tadi. It's baby boy."

Syed Rizal terbeliak kecil sebelum seulas senyuman ikhlas terukir di bibirnya. "Alhamdulillah... Tahniah, Emir. Akhirnya you dapat apa yang you perjuangkan dulu. I tumpang gembira untuk you dan Erina. Dia wanita yang baik, dia layak dapat pelindung macam you."

"Terima kasih, Rizal," balas Megat Emir penuh penghargaan. Dia memandang gelang pengenalan pesakit di pergelangan tangan Syed Rizal. "You pula? Siapa yang bersalin?"

Syed Rizal ketawa kecil, lagak bersahajanya kelihatan sangat bahagia tetapi terselit dengan kerisauan. "My new wife, Syira. Actually Syira warded sebab morning sickness yang melampau. Dia tengah pregnent 3 bulan. Ni anak kedua kami. Kelahiran abang dia dulu pun dekat hospital ni juga."

Megat Emir mengangguk faham, hatinya turut tumpang gembira melihat perubahan hidup Syed Rizal yang kini jauh lebih bahagia dan lengkap bersama Syira selepas membersihkan namanya daripada skandal Melisa dan Dato' Farid dahulu. Jika bukan kerana tindakan berani Syed Rizal memberi kerjasama menyelesaikan kes tempoh hari, mungkin hidup mereka belum setenang ini.

"Pasal kes dulu... I tak pernah sempat nak ucap terima kasih secara bersemuka dekat you, Rizal. " Kata Megat Emir dengan nada yang ikhlas, merenung tepat ke dalam anak mata Syed Rizal.

Syed Rizal menepuk perlahan bahu Emir. "Benda dah lepas, Emir. I buat semua tu pun juga sebab maruah diri I sebagai seorang lelaki dan demi menjaga nama baik company I dari sebarang skandal. Melisa dan Farid dah terima balasan mereka. Sekarang... masa untuk kita fokus dekat masa depan keluarga kita. You pun dah dapat gelaran Dato' sekarang, makin sibuklah projek Kota Kayangan kita nanti."

" Eh.. You pun apa kurangnya Dato' Syed Rizal. Kan kita sama-sama terima pingat  hari tu di istana." Megat Emir tersenyum senget. Dia menepuk-nepuk bahu Syed Rizal.

" Rezeki.. Maybe hasil dari rezeki anak kita." Tutur Syed Rizal dengan senyuman.

" Lepas ni tugas kita lagi berat... kena jaga anak dan layan kerenah isteri lagi." Aura ketegasan Megat Emir sebagai seorang suami dan bapa jelas kelihatan.

"Tahu tak apa... Lebih-lebih lagi kalau dapat isteri jenis Gadis Superbike macam Erina tu. " Usik Syed Rizal berseloroh, teringat kembali keunikan isteri Megat Emir itu.

Kedua-dua lelaki itu ketawa kecil, membuang terus sisa sejarah silam yang pernah meretakkan hubungan mereka kerana berebutkan Melisa.

" So how's your life with new wife? Actually I tahu Syira tu wife kedua you. Before this Melisa pernah mengadu dekat I yang you kahwin lagi satu."

"Ya.. I sayang Melisa tu tapi I juga perlu fikirkan masa depan I. I perlukan anak untuk menyambung legasi business I tapi Melisa langsung tak nak anak. Dia tak nak mengandung. She wants to become a child-free person." Syed Rizal melepaskan rasa yang terbuku.

" Owh really. I tak tahu pulak pasal tu. She never told me about child-free tu." Megat Emir agak terkejut dengan penjelasan itu. Dalam hatinya betul-betul rasa bersyukur kerana tidak mengahwini Melisa dahulu kerana dia tahu mamanya terlalu impikan cucu yang ramai.

" Of course la dia tak bagi tahu you, if not you pun tak nak kahwin dengan dia nanti. Sebelum kahwin dengan I dulu pun dia punya janji dan cita-cita pasal rumah tangga tinggi menggunung. Bila dah kahwin sebaliknya. Tak nak anak nanti stress la..nanti badan kembang sana sini la..Dalam diam-diam dia makan pil perancang. Eiii sebab tu la I makin lama makin jauh hati tetapi bila terfikirkan dia...Ermmm I sayang dekat dia." Panjang keluhan Syed Rizal. 

"Benda dah jadi dah Rizal. Harap lepas keluar penjara nanti dia berubah lah." 

"Yaa..hopefully...kalau dia berubah sepenuhnya tak mustahil I jadikan dia isteri I semula...Hehehe.." Seloroh Syed Rizal tapi jelas masih ada sisa sayang dihatinya.

"Jodoh Rizal..Jodoh...kalau ada jodoh you dengan dia semula why not! She need somebody to take care her after this. Tapi yang pasti I akan tetap setia with my lovely wife. Kisah I dengan Melisa tu I dah tutup buku lama dah." Megat Emir mengangkat kedua belah tangannya tanda awal-awal menolak Melisa.

"Emir, dulu dia pernah jadi orang yang kita pernah sayang so kita berdoa jerlah yang terbaik untuk dia." Kata-kata Syed Rizal yang penuh kematangan itu turut dipersetujui Megat Emir dengan anggukkan kecil.

Syed Rizal dulu seorang yang tegas dan kejam itu akhirnya bersuara mengenai Melisa, bekas isterinya. Jauh disudut hatinya masih menyayangi Melisa tetapi tindakan Melisa yang semakin di luar kawalannya itulah telah menyebabkan dia bertindak kejam.

Tetapi kini, semenjak dia mempunyai keluarga yang diimpikan yang lengkap dengan isteri yang mendengar kata dan anak yang comel, akhirnya Syed Rizal telah berubah 360 darjah daripada seorang yang kejam kepada seorang yang penyayang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience