EPISOD 90

Romance Series 14692

SEMINGGU KEMUDIAN

Suasana di tingkat 38 berjalan tenang dan sibuk seperti biasa. Erina mulai berada di dalam bilik Megat Emir untuk menghantar fail laporan bulanan. Namun, fail tersebut terus diletakkan ke tepi sebaik sahaja pintu bilik ditutup rapat.

Sifat romantik Megat Emir yang gemar mengusik kembali menyekat langkah Erina. Di bawah biasan cahaya petang dari dinding kaca pejabat, Megat Emir selamba menarik Erina ke dalam pelukan kemasnya, memerangkap tubuh kecil isterinya itu di antara dada bidangnya dan meja kerjanya.

"Abang... lepaslah. Kita dekat pejabat ni, saya belum siapkan kerja lagi." Bisik Erina perlahan cuba mengelak.

"Bahu abang ni lenguh-lenguh, boleh tak nanti sayang tolong picitkan bahu abang ni?" Megat Emir cuba mencari alasan. Tangan Erina diraih dan di bawa ke dadanya.

Dada Erina sebenarnya sudah berdegup kencang bagai nak rak dengan kelakuan Megat Emir itu. Dia hampir sahaja tergoda dengan renungan mata Megat Emir yang sangat redup dan lagak bersahaja suaminya itu dengan penuh karisma.

"Lenguh bahu ke sakit dada sebenarnya? Ngada betul la abang ni." Erina tersenyum sinis.

Erina cuba mengawal perasaannya. Telapak tangan kecilnya di dada Megat Emir berusaha menahan daripada terus hanyut dalam kehangatan itu.

Megat Emir hanya tersenyum senget, langsung tidak menghiraukan arahan Erina. Sifat posesifnya semakin menjadi-jadi. Dia menundukkan wajahnya, merapatkan bibirnya ke bibir Erina untuk mencuri satu kucupan hangat yang lama.

"Biarlah kerja tu dulu, sayang... Abang lagi penting. Bahu abang ni lenguh-lenguh tau." Bisik Megat Emir penuh syahdu dengan nada suara yang manja dan seksi tepat di telinga Erina. Tali leher segera dilonggarkan. Tiga butang baju dari atas dibuka untuk memudahkan Erina memicit bahunya. Erina tersenyum dan akur. Tangannya ligat memicit-micit bahu Megat Emir.

Akibat terlalu leka memicit-micit bahu dan bergurau senda dengan penuh kasih sayang bersama Megat Emir, mereka berdua langsung tidak menyedari satu perkara penting. Megat Emir terlupa untuk menekan butang kunci automatik pada pintu biliknya.

KLIK

Pintu bilik CEO yang tebal itu tiba-tiba dipulas dari luar dan ditolak terbuka luas.

"Tuan Emir, ini baucer bayaran yang..." Kata-kata Kalisha terhenti serta-merta di kerongkong.

Bukan Kalisha sahaja yang berada di situ. Di belakang Kalisha, terdapat dua orang staf dari Jabatan Kewangan dan seorang pengurus kanan jabatan landskap yang kebetulan sedang berjalan bersama untuk menghantar dokumen penting.

Suasana di dalam bilik pejabat yang luas itu serta-merta bertukar menjadi sunyi sepi seperti tanah kubur. Semua mata tertumpu tepat ke arah pasangan itu.

Kalisha tergamam sehingga fail  di tangannya hampir terlepas. Matanya terbeliak besar memandang ke arah  Erina yang berdiri dibelakang Megat Emir dengan jarak yang terlalu dekat sehinggakan semut hendak lalu pun tiada ruang manakala tangannya itu dibahu Megat Emir.  Butang baju Megat Emir yang terbuka hampir menyerlahkan separuh dada bidangnya itu betul-betul membuat siapa sahaja yang menyaksikan akan mencurigainya. Gaya intim dan bahasa tubuh mereka berdua itu adalah mustahil datang daripada seorang setiausaha kepada majikannya.

Erina yang baru tersedar daripada situasi itu terus kalut. Dengan wajah yang serta-merta berubah menjadi merah padam akibat tersangat malu. Dia pantas menolak kuat bahu Megat Emir untuk menjarakkan diri. Sifat lagak bersahajanya hilang sepenuhnya digantikan dengan rasa cuak yang teramat sangat.

"Eh, tak... err... ini sebenarnya... saya... saya tengah tolong buangkan habuk dekat baju Tuan Emir tadi." Kata Erina gagap dengan suara yang menggigil, cuba memberi alasan yang paling tidak masuk akal sambil matanya melilau memandang lantai. Mahu sahaja dia menyorok di bawah meja sekarang juga kerana rahsia mereka sudah pecah.

Kalisha memandang mereka silih berganti dengan riak wajah yang melongo separuh mati. "To..tolong buang habuk... sampai kena duduk rapat-rapat macam tu sekali ke Erina? Tuan Emir...?"

Megat Emir melepaskan keluhan kecil, ralat kerana detik romantiknya diganggu. Namun, melihat Erina yang sudah hampir menangis kerana terlalu segan, sifat tegas seorang suami yang pelindung kembali menguasai dirinya.

Megat Emir membetulkan butang  dan kolar kemejanya dengan tenang, lalu dengan selamba dia menarik tangan Erina dan menggenggam erat jemari isterinya yang sedang sejuk akibat debaran. Betul-betul di hadapan mata semua staf yang sedang berdiri kaku di muka pintu, dia merangkul pinggang dan menarik tubuh Erina semakin rapat ke dadanya. Megat Emir memandang tepat ke arah Kalisha dan staf-staf lain dengan pandangan mata seorang CEO yang penuh wibawa.

"Tak perlu kau orang nak buat muka terkejut macam tu. Dan tak ada apa yang salah faham dekat sini." Kata Megat Emir dengan nada suara yang rendah, tegas, dan penuh wibawa seorang CEO.

Tangan Megat Emir masih merangkul pinggang Erina. "Dengar sini semua... Erina bukan sekadar setiausaha aku. Dia ialah isteri aku yang sah, she is now Mrs Emir. Pintu ni terbuka sebab aku lupa kunci, bukan sebab kami buat perkara yang salah. Next time tolong ketuk pintu dulu sebelum suka hati meluru masuk."

Mendengarkan pengakuan terus-terang dan berani daripada Megat Emir, Kalisha dan staf-staf yang lain menarik nafas sedalam-dalamnya. Terdengar sedikit kekecohan. Rahsia besar perkahwinan mereka yang selama ini disimpan kemas oleh Haziq, akhirnya terbongkar murni kerana kecuaian Megat Emir yang terlupa mengunci pintu bilik pejabatnya sendiri.

Megat Emir memandang Kalisha dengan pandangan mata yang dingin. "Letakkan fail tu atas meja. Lepas tu kau orang semua boleh keluar, dan aku tak nak dengar sebarang gosip murahan dekat bangunan ni. FAHAM!!"

Semua yang berada di bilik CEO itu mengangguk kecil. Kalisha masih dalam keadaan terkejut. Dia terburu-buru meletakkan fail lalu cepat-cepat melangkah keluar bersama staf yang lain, menutup rapat pintu bilik pejabat tersebut.

Sebaik sahaja suasana kembali sunyi, Erina terus menyembunyikan wajahnya yang membahang panas di dada bidang Emir, memukul dada suaminya perlahan akibat terlalu geram dengan kecuaian yang membawa kepada peristiwa kantoi paling dramatik tahun itu.

"Abang, Rina malu tau! Abang punya pasal la nih." Erina menarik-narik kumis Megat Emir geram.

"Tak payah nak malu sangat sayang. Biar semua orang tahu lagi senang." Senyum Megat Emir. Badan Erina ditarik rapat ke dadanya lalu dipeluknya erat-erat dengan senyuman yang sarat dengan perasaan lega.

----------------------------------

Erina melangkah keluar dari lif dengan rentak jantung yang masih belum sekata. Sepanjang perjalanan dari tempat letak kereta bawah tanah, dia dapat merasakan berpasang-pasang mata staf sedang memandangnya dengan pandangan yang berbeza. Tiada lagi pandangan biasa terhadap seorang , sebaliknya penuh dengan rasa hormat dan segan.

Sebaik sahaja Erina tiba di meja kerjanya, kelibat Aida sudah sedia menanti di situ. Jika semalam Kalisha melongo terkejut, pagi ini wajah Aida, penyambut tetamu yang terkenal dengan kuat bergosip itu kelihatan tersangat serba salah dan gelisah.

"E... Erina... Puan Emir.. Selamat pagi." Sapa Aida gagap dan badannya ditundukkan sedikit tanda hormat. 

"Aida... tolonglah jangan panggil aku macam tu. Panggil Erina macam biasa je. Kita kan kawan." Erina mengukir senyuman nipis, cuba meredakan suasana canggung itu. Sifat pemalunya sejak kebelakangan ini membuatkan dia berasa sedikit segan dengan layanan drastik tersebut. 

Aida terbeliak kecil, lalu menghela nafas lega yang amat besar. "Betul ke ni, Erina? Betul ke kau isteri Tuan Emir seperti yang diberitahu Kalisha?"

"Ermm..apa lagi yang boleh dijelaskan?? Kalau itu yang diperkatakan oleh Kalisha." Tutur Erina dengan lembut.

 "Sumpah aku tak sangka kau dengan bos adalah pasangan suami isteri." Aida berkerut-kerut dahinya. Tiba-tiba Kalisha pula muncul di kaunter penyambut tetamu untuk bergosip.

"Ehh..Erina..kau pun ada. Weh sorry la yer pasal semalam. Aku tak sengaja kacau momen kau dengan bos. Kenapa korang sorok dari kitorang perkahwinan korang. Korang kena tangkap basah ke ape?" Kalisha tanpa sebarang tapisan mengeluarkan soalan itu.

"Pasal semalam tu bukan salah kau pun..its ok..itu memang salah bos kau tu sebab lupa kunci pintu." Usik Erina berseloroh, cuba mengawal perasaannya agar kelihatan tenang walaupun mukanya mula berbahang merah jambu apabila teringat semula posisi intim mereka semalam.

"Pasal sorok perkahwinan kitorang tu aku rasa better kau pergi tanya sendiri dekat bos kau tu." Cadang Erina kepada Kalisha.

"Eiii...taknak la aku! Kang tak pasal-pasal bos maki aku sebab ingat aku nak busy body hal korang. Better aku senyap jerla." Kalisha sememangnya tidak berani bertanya soalan yang pelik-pelik kepada Megat Emir apabila dia terkenangkan dia pernah dimarahi oleh Megat Emir kerana bertanya soalan yang tidak berkaitan dengan urusan kerja.

"Patutlah selama ni setiap kali aku nak hantar dokumen, fail laporan ke apa, mesti Haziq yang sibuk nak tolong hantarkan. Rupanya dia sorang je yang pegang rahsia skandal korporat ni ya?" Bual Aida, sifat kuat bergosipnya kembali semula selepas ketakutannya reda. 

"Tapi serius, Erina... satu pejabat tengah bising tau. Budak-budak marketing  yang semalam kutuk-kutuk kata kau pergi Korea buat rawatan muka tu, semua tengah cuak sebab takut kena potong bonus dengan Tuan Emir!" Jelas Kalisha.

"And one more thing.. Patut la hari tu bos beria back up kau masa kecoh isu video dan gambar kau tu.. Rupanya ada something." Sambung Kalisha lagi apabila  teringat dia, Zila dan Kamal pernah di 'sound' oleh Megat Emir semasa di pantri.

Erina tergelak kecil mendengarkan nama Haziq dan bonus dipotong. Sifat posesif suaminya memang sudah terkenal di seluruh bangunan.

KLIK

Pintu bilik CEO terbuka. Megat Emir melangkah keluar dengan gaya yang tersangat segak, mengenakan kemeja biru gelap dan tali leher hitam yang kemas. Lagak bersahajanya yang penuh karisma serta-merta membuatkan Aida menegakkan badan, kembali ke mod profesional.

"Selamat pagi, Tuan Emir," sapa Aida hormat.

Megat Emir hanya mengangguk dingin dengan wajah CEO-nya yang beku. Namun, sebaik sahaja pandangan matanya beralih kepada Erina, riak wajahnya serta-merta berubah menjadi tersangat redup, dalam dan sarat dengan kucupan cinta. Sifat romantiknya kini tidak perlu disembunyikan lagi daripada pengetahuan staf.

"Aida... kau boleh sambung kerja dekat luar. Aku ada urusan peribadi nak bincang dengan setiausaha aku." Arah Megat Emir dengan nada suara yang rendah dan seksi.

"Baik, Tuan Emir! Saya turun dulu. Erina... aku pergi dulu ya." Kata Aida laju sebelum berpusing dan melangkah anak ke arah lif, gembira dapat melepaskan diri daripada aura cemburu tersembunyi bosnya.

Sebaik sahaja lorong tingkat korporat itu kembali sunyi,  Megat Emir melangkah rapat ke meja Erina. Tanpa sebarang amaran, dia melabuhkan telapak tangan hangatnya di atas meja, membongkokkan sedikit badannya sehingga wajah mereka hanya jarak beberapa inci.

"Pagi tadi sayang pergi pejabat asing-asing dengan abang... Abang rasa sunyi je kereta abang tu sebab takda orang dekat sebelah. Lepas ni setiap hari sayang pergi kerja dengan abang je yer." Usik Emir, seulas senyuman senget yang sangat menawan terukir di bibirnya. Dia sengaja menatap bibir Erina sebelum beralih ke anak mata isterinya. Bibir Erina diusap-usap dengan jarinya. Geram dekat isteri sendiri!

"Abang... kan kita dah kantoi semalam. Janganlah buat hal lagi dekat luar ni." Bisik Erina cemas, matanya melilau memandang ke arah laluan lif walaupun dadanya ketika itu sudah bergendang hebat akibat tergoda dengan layanan suaminya.

Megat Emir ketawa kecil, bunyi tawa yang sangat merdu. Dia menegakkan semula badannya, lalu dengan selamba mencapai tangan Erina di atas meja dan menggenggamnya erat, langsung tidak kisah jika ada pekerja lain yang  tiba-tiba muncul.

"Semalam kita kantoi sebab abang cuai... tapi hari ni, abang buat sebab semua orang dah tahu sayang ni abang yang punya." Balas Megat Emir penuh bangga dan posesif. 

"Sekarang... masuk bilik abang. Kopi yang sayang buat semalam tak cukup manis, abang nak tuntut 'pemanis' yang sebenar dekat dalam."

Erina hanya mampu menggelengkan kepala dengan muka yang sudah merah padam seperti tomato masak, menyerah kalah sepenuhnya kepada sifat menggoda Megat Emir yang nampaknya semakin menjadi-jadi selepas perkahwinan rahsia mereka tidak lagi menjadi rahsia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience