Series
14692
Seawal jam 8.30 pagi Megat Emir sudah berada di pejabat. Erina yang terkocoh-kocoh sampai segera meletakkan beg kerjanya. Diintainya Megat Emir dari cermin kaca yang memisahkan ruang kerjanya dan bilik Megat Emir itu. Ternyata Megat Emir begitu kusyuk sekali mengadap komputer.
Tiba-tiba satu bunyi yang kuat kedengaran. Bunyi itu telah menganggu tumpuan Megat Emir kepada kerjanya.
Dia segera keluar mencari punca bunyi itu dan ternyata ianya datang dari meja Erina. Erina rupanya sedang mengeringkan rambutnya yang basah itu menggunakan 'hair dryer'.
Terbuai-buai Megat Emir menyaksikan Erina sedang mengeringkan rambutnya. Dia segera mendekati Erina.
"Sorry... Rina buat bising pula kat office pepagi ni. Pagi ni kalut sini tak sempat nak keringkan kat rumah." Senyum Erina kepada Megat Emir.
"Its ok... Abang suka tengok." Megat Emir segera mengambil kerusi lalu duduk dihadapan Erina memerhatikan setiap pergerakan Erina.
"Abang pergi la masuk dalam. Malu la Rina abang tengok Rina. Cara abang tengok tu macam tengok wayang pulak." Erina menjadi serba salah apabila Megat Emir menongkat dagu di mejanya pula.
"Jangan lama-lama tau sayang. Abang tunggu Rina nak ajak breakfast dekat luar. Abang lapar ni." Megat Emir segera bangun lalu ke belakang Erina dan dengan spontan dia mencium rambut Erina yang wangi itu. Erina terkedu manakala Megat Emir begitu asyik dengan haruman itu.
" Abang... Next time jangan buat macam ni tau. Tak manis.. Sebab tak kahwin lagi tak elok buat macam tu tau.." Merah muka Erina menahan malu.
"Kalau macam tu jom la kita kahwin esok. Nanti macam-macam abang boleh buat dekat Rina." Megat Emir tersenyum nakal.
"Gatal!" Erina menepuk lengan Megat Emir dengan kasar.
"Adoii... Kasarnya girlfriend abang ni. Macam askar!" Megat Emir segera bangun dan berlari ke tempatnya.
Selesai mengeringkan rambutnya, Erina segera mendapatkan Megat Emir di bilik kerjanya.
"Abang..Bos...Tuan Emir...I'm done...jom laa..kata nak pergi breakfast kan?" Erina tercegat di hadapan Megat Emir dengan senyuman manis.
"Amboii..banyaknya panggilan. Jom la sayang, Rina and my sweet secretary!" Balas Megat Emir lalu segera bangun berjalan ke arah Erina.
Mereka berjalan keluar dari pejabat dan disaksikan oleh Aida. Aida hanya mengeleng-geleng kepala menyaksikan bos dan setiausaha majikan itu jalan beriringan. Aida sememangnya mengesyaki sesuatu antara Megat Emir dan Erina kerana mereka ini seolah-olah seperti belangkas tetapi tiada bukti yang boleh mengukuhkan lagi perasaan curiganya itu.
"Hello Kalisha...derang keluar berdua lagi...Eiii macam belangkas." Aida memaklumkan kepada Kalisha sebaik sahaja Megat Emir dan Erina keluar meninggalkan pejabat itu.
"Eiii...geramnya aku...kenapa bos tak pernah ajak aku keluar sekali? Aida..nanti kalau ada apa-apa info.. roger aku yer." Kalisha yang sememangnya tidak puas hati dengan Erina sejak Erina mula-mula masuk kerja di situ lagi.
"Ko jangan nak stress sangat yer.. Nak buat camna.. Erina tu lagi menarik dari kau so pepaham jerla. Bos kita punya taste kan perempuan lawa dan seksi.. Tapi Erina ni memang lawa cuma dia ni kasar dan tak seksi je." Aida memang tidak dapat menafikan yang bahawa Erina itu cantik dan comel cuma perwatakkannya sahaja agak kasar.
" Menyampah lah aku dengar cakap kau.. Tak abis-abis puji Erina tu. Oklah bye! " Kalisha segera menamatkan panggilan telefonnya itu.
Aida hanya tergelak kecil ditalian apabila terkenangkan Kalisha yang begitu gigih berusaha untuk memikat Megat Emir. Sejak Kalisha ketahui Megat Emir putus tunang, dia tidak pernah berputus asa untuk memikat majikannya itu.
Kalisha sanggup merubah penampilannya menjadi lebih vogue dan seksi dengan harapan Megat Emir akan memandangnya. Kalisha cuba menjadikan dirinya seperti Melisa kerana dia tahu Megat Emir punya citarasa pastinya gadis seperti Melisa yang cantik, seksi dan manja.
Aida meneruskan kerjanya sebaik sahaja panggilan telefon ditamatkan oleh Kalisha. Beberapa minit kemudian tiba-tiba muncul Melisa di kaunter penyambut tetamu itu dengan senyuman terukir dibibirnya.
Pakaiannya yang sedikit elegan tetapi imej seksinya tidak pernah tinggal. Pagi itu Melisa mengenakan blouse putih jarang, skirt hitam paras lutut dan terbelah hingga ke paras paha. Senyuman itu dilemparkan kepada Aida sebaik sahaja Aida bangun daripada tempat duduknya.
"Megat Emir ada..boleh I jumpa dia?" Melisa bertanya dengan senyuman yang masih terukir di bibir.
"Maaf Puan Melisa.. Tuan Emir sudah keluar dengan secretary dia tadi. Tak silap saya dah dekat lebih setengah jam juga la." Jelas Aida kepada Melisa.
"Owhh...keluar dengan secretary dia yer.Erm..ok..." Melisa mengangguk kepalanya.
"Puan Melisa nak tunggu ke?" Soal Aida.
"Nevermind..I pun tak tahu bila dia balik semula kan..I jenis tak suka tunggu-tunggu ni. I datang semula next time la." Melisa melangkah keluar dari pintu pejabat itu.
Selang beberapa saat kemudian, tiba-tiba Melisa berpatah semula ke tempat Aida.
"Sorry...sorry...I baru teringat nak tanya..Secretary bos you tu adalah tunang dia kan?I mean...his secretary is his fiance kan?" Pertanyaan Melisa itu membuatkan Aida berkerut dahi. Dia cuba untuk memahami butir ayat yang dituturkan oleh Melisa.
"Ermm..sorry Puan Melisa..saya tak faham.." Soal Aida dengan muka blur.
"Siapa nama secretary bos you tu?"
"Erina."
"Ok..soalan I tadi...Erina tu tunang Megat Emir kan?" Tajam mata Melisa memandang Aida. Dia menunggu jawapan.
"Ehh..erkk...entahlah..saya pun tak tahu yang bos saya dah bertunang. Setahu saya ..dulu bos saya pernah putus tunang dengan Puan Melisa je. Kalau dia dah bertunang lain saya tak sure la pulak." Aida bingung seketika. Dia menggaru-garu kepalanya untuk berfikir.
"Takan you tak tahu pasal bos you..I pernah terserempak dia dengan secretary dia tu beli cincin tunang dekat Pavillion. I confirm memang that girl. Memang his secretary..I still remember her face."
"Ermmm..entahlah Puan Melisa...sorry...I dont know the answer."
"Takperlah..takperla...I datang next time jumpa Emir and I akan tanya dia direct jer nanti." Tutur Melisa dan berlalu pergi.
Aida mengerut-ngerutkan dahinya berfikir akan kata-kata Melisa tadi.
Aida yang dari tadi sedang memikirkan kata-kata Melisa mulai mundar mandir dihadapan pintu utama pejabat Pengarah Eksekutif .
"Aida... Awak ni kenapa mundar mandir.. Ke hulu ke hilir..nyaris-nyaris nak terlanggar saya tau!" Bebel Megat Emir.
"Ehh.. Bos.. Sorry...dah balik office rupanya. "
"Awak ada masalah ker? Gaya macam orang ada masalah je..."
"Ehh.. Taklah.. Sebenarnya tadi Puan Melisa datang sini. Dia tanya saya betul ke Erina tu tunang Tuan Emir?" Soal Aida tanpa rasa bersalah.
"Melisa yang tanya ke?"
"Ermm yer.. Dia yang tanya.. Tapi saya mana tahu. Tapi betul ke Tuan Emir?" Aida setia menunggu jawapan dari Megat Emir.
"Hahaha.. Menyibuk betul dia tu. Kalau dia yang tanya awak iya kan aje.. Tapi kalau orang lain yang tanya awak jawab tak tahu. Eii.. Jangan nak bergosip sangat ye." Megat Emir mencekak pinggang memandang Aida.
"Erkk.. Baik bos... Baik Tuan Emir." Aida mulai cuak apabila mendapat amaran dari majikannya itu.
Aida duduk ditempatnya semula. Dia betul-betul tidak puas hati dengan jawapan Megat Emir sebentar tadi. Megat Emir tidak mengiyakan malah tidak juga menafikan. Misi mencari jawapan mesti diteruskan.
"Hello Kalisha... Ada gossip hot. Kau jangan pengsan pulak bila dengar aku cakap ni." Tutur Aida sebaik sahaja Kalisha menjawab panggilan telefonnya.
"Wehh.. Suspen ni.. Cakap la sekarang.. Berdebar-debar aku nak dengar ni." Kalisha mulai berdebar-debar.
"Nanti lunch la kita keluar sama. Erina sure tak keluar. Dia mesti order by Food Panda untuk lunch bos nanti so boleh la dia tolong cover aku. Tak syok nak sembang dan bergosip dengan kau dalam telefon ni." Bersungguh-sungguh betul Aida hendak bergosip dengan Kalisha.
"Kau ni..suspen betul. Adoii lagi 3 jam nak kena tunggu ni.Oklah.. Kita jumpa time lunch karang ok" Kalisha menggaru-garu keningnya.
Aida ditempatnya menyiapkan beberapa perkara yang diminta oleh Erina untuk membantunya. Sesekali Aida diam-diam menyelinap masuk ke tempat Erina lalu memerhati Erina bekerja kemudian dia memerhati Megat Emir pula. Masing-masing begitu tekun mengadap komputer.
Kemudian kelihatan Erina bangun dari tempatnya lalu masuk ke ruangan kerja Megat Emir. Erina duduk dihadapan Megat Emir kemudian tergelak-gelak mesra bersama Megat Emir.
Aida yang dari tadi mengintip mereka itu hanya dapat melihat kemesraan itu sahaja tetapi tidak dapat mendengar butir kata perbualan mereka.
"Amboii.. Mesranya... Tapi apa yang korang borakkan tu ye?" Aida berkata di dalam hati dan kemudian berlalu ke tempatnya.
Share this novel