Series
14692
Sebaik sahaja motosikal Kawasaki Ninja 250 berwarna hitam masuk ke parkir bawah tanah, Erina yang masih berjaket kulit hitam dan bersarung tangan hitam dengan terkocoh-kocoh berlari menuju ke lobi Menara Nexus.
Suasana menjadi kecoh. Beberapa orang kakitangan berbisik-bisik sesama mereka sambil menunjukkan telefon masing-masing. Erina dapat merasakan yang mereka sedang berkata-kata tentang dirinya.
'Liar rupanya minah motor ni. Depan bos bukan main nampak baik!'
'Ni yang bos sayang sangat ni..patutla.. rupanya ada 'skill' weh!'
'Aku kesian dekat boss tu je. Buta-buta kena tipu dengan setiausaha sendiri. Entah-entah dia dah kena 'mandat' dengan budak Erina tu.'
'Bau minyak wangi dia pun aku dah rasa semacam sekarang. Terbayang terus video 'panas' tu. Aku hairanlah, macam mana dia masih berani datang kerja eh? Tebal betul kulit muka dia.'
Kulit telinga Erina yang tadi tebal sudah mulai menjadi semakin nipis. Kata-kata mereka tadi betul-betul telah menarik-narik gegendang telinganya.
Erina menunggu lif di lobi dengan cuba memekakkan telinganya tetapi telinganya sudah tidak dapat menerima kata-kata yang didengarinya tu. Makin banyak mata memandangnya dengan pandangan sinis dan jijik.
"Lambatnya lif ni nak sampai. Kenapa aku rasa macam 2 jam duduk dalam lif ni." Ngomel Erina di dalam hati. Matanya asyik memandang butang nombor di lif itu. Hatinya sudah tidak sabar untuk sampai ke tingkat 30.
Sebaik sahaja pintu lif terbuka Erina segera keluar dan berjalan menonong ke meja kerjanya. Aida yang ada di kaunter penyambut tetamu hanya memandang sinis kepada Erina. Berita mengenai video dan gambar tidak senonoh Erina itu telah tersebar dengan lajunya di seluruh Menara Nexus.
Erina membuka jaket kulitnya. Beg sandang segera di letakkan di dalam laci berkunci. Dengan keadaan wajah yang pucat dan mata yang bengkak , Erina mahu mencari Megat Emir, mahu menjelaskan segalanya namun Megat Emir masih belum kelihatan di pejabat. Cermin di atas meja segera diambil lalu ditelik wajahnya dalam-dalam.
"Itu bukan aku...bukan aku...perempuan tu bukan aku!"
Hati Erina menjerit lalu dia menangis teresak-esak di mejanya. Telefon bimbit segera dicapai lalu ditekan butang ON kembali setelah sejak pagi tadi dia mematikannya.
Sebaik sahaja butang ON ditekan berderet-deret notifikasi Whatsapp masuk termasuklah mesej dan pesanan suara daripada Megat Emir. Melihat nama Megat Emir sahaja telah membuatkan Erina berdebar-debar.
Megat Emir : Sayang...where are you? Kenapa susah sangat abang nak cari ni? What happen to your phone?
Setelah membaca mesej daripada Megat Emir itu dia merasakan sedikit kelegaan. Dia berharap agar Megat Emir itu tidak percaya akan video dan gambar tidak senonoh itu. Mesej Megat Emir itu segera dibalasnya.
Erina : Abang..Rina dekat office ni. I truly need you!
Ting!
Beberapa minit kemudian Megat Emir membalas mesej Erina.
Megat Emir : Ok..abang on the way. Tunggu abang tau!
-------------------------------------
Sebaik sahaja Megat Emir melangkah masuk ke lobi syarikat dengan keadaan wajahnya yang sedikit serabai, beberapa orang kakitangan yang berada di lobi hanya tersenyum-senyum kepadanya. Dia tahu itu adalah senyuman sinis kepadanya.
Lif eksekutif terbuka dan dengan pantas Megat Emir meluru masuk ke dalam lif itu. Lif eksekutif itu terus ke tingkat 30 tanpa berhenti di mana-mana tingkat.
Megat Emir keluar dari lif sebaik sahaja tiba di tingkat 30. Kelihatan Aida di kaunter penyambut tetamu.
"Good morning Tuan Emir." Sapa Aida dengan senyuman.
"Morning Aida. Erina dah sampai ke?" Soal Megat Emir.
Hati Aida berkata. "Pagi-pagi ni Erina juga yang dicarinya. Habislah kau Erina kalau bos mengamuk."
"Ermm..Erina dah sampai dah bos. Dia ada kat dalam tu. Bos...bos dah tau ker pasal...."
"Ok saya masuk dulu!" Laju sahaja Megat Emir mematikan kata-kata Aida itu. Dia tahu Aida cuba berkata kepadanya mengenai isu hangat yang sedang berlaku sekarang ini.
Megat Emir segera mendapatkan Erina. Kelihatan Erina sedang menyandarkan badannya ke dinding sambil memeluk kakinya. Erina merasakan maruahnya seolah-olah dipijak-pijak. Erina menangis teresak-esak tanpa menyedari kemunculan Megat Emir.
Megat Emir melutut di hadapan Erina. Kedua-dua bahu Erina dipegangnya. Erina tersentak terkejut dengan kehadiran Megat Emir.
"Rina..pandang abang." Suara Megat Emir tenang.
Erina menggeleng. Air matanya jatuh satu demi satu. Megat Emir segera mencengkam pipi Erina supaya memandangnya. Tidak sanggup dia melihat Erina sedih dan selemah itu.Â
"Setahu abang.. Wan Erina Natasha adalah gadis yang lasak dan kuat. Bukan selemah ini!" Tutur Megat Emir.
"Tapi...emosi Rina lemah tidak sekuat tembok batu." Erina mendongak. Matanya kemerahan. Dia menangis teresak-esak tanpa dapat dikawal emosi dukanya itu.
Air mata Erina yang jatuh satu persatu itu segera diseka oleh ibu jari Megat Emir. Gadis yang disangka lasak itu rupanya mempunyai hati rapuh dan cepat mengalah.
"Abang dah tengokkan video dan gambar tuh?" Soal Erina.
"Yer dah..."
"Abang percaya ke?"
"Kalau abang percaya...abang tak datang sini pujuk Rina. Orang bodoh dan dungu sahaja percaya video dan gambar tu." Nada Megat Emir keras menahan geram.
"Tapi semua orang percaya!! Abang tengok ni...hingga ke saat ini notification dekat handphone Rina tak henti-henti berbunyi." Erina segera mencampak telefon bimbitnya ke lantai.
Megat Emir menggeleng kepala melihat keadaan Erina yang serabai ketika ini. Wajah Erina sembab. Mata Erina bengkak. Bajunya basah dengan air matanya sendiri.
"Abang dan Amar akan cuba buktikan kepada semua yang ini semua fitnah. Abang tahu itu semua tak betul dan fitnah durjana manusia bertopengkan syaitan. Abang akan bongkarkan semua fitnah ini hingga ke titik akhir." Megat Emir bertekad.
Trut...Trut...panggilan telefon dari Megat Amar telah menerjah ke telefon Megat Emir.
"Ye Amar...any news?" Soal Megat Emir.
"Abang Emir..aku tengah cuba untuk siasat pasal video dan gambar tu. Nanti aku pergi dekat office kau untuk explain."Â
"Ok Amar. Thanks. Aku dan Erina tunggu kau dekat office aku sekarang." Megat Emir menarik nafas kelegaan setelah mendengar kata-kata adiknya itu.
-------------------------------------------------------------------------
Di ruang tamu, Haji Wan Zain sedang membelek telefon bimbitnya. Dia baru sahaja menerima kiriman mesej daripada kenalan suraunya yang bertanya tentang "anak gadisnya".
Apabila dia membuka pautan video yang dihantar, dunianya seakan-akan terasa gelap. Haji Wan Zain terasa seperti dipanah petir dengan mesej yang diterimanya itu.
 "Astaghfirullahalazim... Erina!"
"Kenapa bang? Apa yang bising sangat tu?" Hajah Saleha yang sedang melipat kain di sebelah segera mendekati suaminya.Â
Haji Wan Zain cuba menyembunyikan telefonnya, tetapi notifikasi yang semakin tak henti-henti masuk mula meresahkannya. Air muka Haji Wan Zain berubah pucat. Dia tidak sanggup untuk memberitahu kepada isterinya itu walaupun dalam hatinya berkeras mengatakan bahawa apa yang dilihatnya itu bukan Erina, anaknya.
"Abang..apesal banyak sangat mesej yang masuk tuh? Apa yang penting sangat tuh? Meh sini saya nak tengok." Tangan Hajah Saleha pantas mencapai telefon daripada tangan suaminya itu. Dia merasakan suaminya itu menyorok sesuatu daripadanya.
"Tak ada apalah...bak sini telefon saya!" Haji Wan Zain cuba merampas kembali telefon daripada tangan isterinya, namun dia sudah terlambat.
Sebaik sahaja mata Hajah Saleha menangkap visual yang terpapar di skrin telefon itu adalah wajah anaknya dalam keadaan yang sangat hina, nafas Hajah Saleha mulai tersangkut.
"Ini... ini anak kita ke bang? Anak yang kita hantar pergi sekolah sampai ke univerisiti, yang kita didik dari kecil..kan?" Suara Hajah Saleha bergetar hebat.Â
Dia tidak percaya, namun teknologi deepfake itu terlalu licik. Matanya nampak nyata. Sebagai seorang warga emas yang agak ketinggalan dengan dunia teknologi ini pastinya akan percaya dengan apa yang disaksikannya itu.
"Sumpah bang... saya tak percaya yang Erina buat macam ni...Ini semua tak betul!" Hajah Saleha memegang dadanya yang tiba-tiba terasa sempit. Jantungnya berdegup kencang. Berdegup laju mengepam rasa kecewa dan malu yang teramat sangat ketika ini. Dia rasa betul-betul kecewa dengan apa yang telah dilihatnya.
Tiba-tiba, Hajah Saleha rebah ke lantai. Nafasnya tercungap-cungap, wajahnya pucat. Bibirnya terkumat kamit ingin berkata sesuatu dan kemudian bibirnya senyap tanpa sebarang pergerakan.
"Leha! Leha, bangun!" Haji Wan Zain mulai panik. Dia dengan pantas mencempung isterinya itu ke dalam kereta. Dia tahu isterinya telah terkena serangan jantung. Dalam keadaan menggigil Haji Wan Zain segera mendail nombor telefon untuk menghubungi Erina.
Sambil memandu ke hospital Haji Wan Zain cuba berkali-kali untuk menghubungi Erina tetapi tetap juga masuk ke mesin pesanan suara. Akhirnya Haji Wan Zain bertekad untuk menghubungi Megat Emir supaya memaklumkan kepada Erina bahawa dia dalam perjalanan ke hospital menghantar uminya yang terkena serangan jantung.
"Hello ..Assalamualaikum Emir." Dalam hanya dua kali deringan panggilan telefonnya disambut oleh Megat Emir.
"Waalaikumsalam uncle." Jawab Megat Emir dengan nada yang paling tenang.
"Tolong beritahu Erina yang uncle sekarang ni dalam perjalanan ke hospital kerana uminya........"
Skriiiittt...!!!Duummmm....!!!
"Hello...helloo...uncle...uncle..."
Megat Emir mati kutu ditalian. Dia merasakan ada sesuatu telah berlaku kerana tiba-tiba perbualannya dengan Haji Wan Zain terputus malah satu dentuman kuat turut kedengaran ditalian.
Share this novel
X sabar tunggu episod seterusnya…