EPISOD 46

Romance Series 14692

Di dalam kereta masing-masing melayan perasaan. Megat Emir fokus pada pemanduannya tetapi dalam hatinya berdebar-debar hanya Tuhan saja yang tahu.

Erina pula tersenyum-senyum keseorangan apabila terkenangkan betapa kagumnya dia ketika Megat Emir mengimamkan solat Maghrib tadi. Terasa seperti suami yang imamkan isteri solat sahaja tadi.

"Auuw.. Gatal tak beragak sungguh aku ni. Banyak sangat berangan-angan." Bicara Erina di dalam hati.

Kereta dipandu Megat Emir menyusuri jalan raya di bandaraya Kuala Lumpur. Lampu warna warni yang terpancar dari Menara TRX pada malam itu sangat mempersona sehinggakan Erina begitu teruja.

" Lawa sungguh Rina malam ni..abang tak pernah lihat Rina lawa macam ni. Kalau hari-hari lawa macam ni kesian la dekat abang nanti." Megat Emir mencapai tangan Erina lalu digenggamnya.

"Maknanya abang nak Rina hari-hari selebet ke? Lagi senang la kalau macam tu. Tak payah nak fikir pakai baju lawa, mekap lawa.. Pastu nanti orang mengata... Secretary Tuan Emir tu selekehnya.. ."

"Ishh.. Bukan macam tu.. Maksud abang.. Hari-hari pun Rina sentiasa lawa.. Tapi malam ni lawa sangat.. Buat abang geram.. Rasa macam nak cium jer!" Megat Emir segera membawa jemari Erina ke bibirnya lalu dikucupnya lembut.

Erina hanya tersenyum manja. Suka betul dia apabila Megat Emir menunjukkan perasaan sayang kepadanya.

" Malam ni abang nak bawak sayang dinner dekat tempat special tau. Sayang mesti suka.. Hopefully." Senyum Megat Emir lalu meneruskan pemanduannya. Terasa lambat benar hendak sampai ke destinasi yang hendak dituju.

Akhirnya mereka sampai ke Hotel Grand Hyatt. Kereta ditinggalkan kepada joki dan kemudian mereka menaiki lif menuju ke tingkat 38 terletaknya sebuah restoran eksklusif.

Sebaik sahaja sampai ke tingkat 38 maka pintu lif pun terbuka. Erina tergamam kerana dihadapannya suasana yang begitu mempersonakan. Restoran Thirty8 yang dikelilingi tingkap gergasi sehinggakan menampakkan segenap keindahan bandaraya Kuala Lumpur yang terdiri daripada pelbagai bangunan pencakar langit. Malam itu neon-neon lampu menerangi segenap kota bandaraya Kuala Lumpur.

Paling membuat Erina teruja sekali apabila bangunan KLCC kelihatan hanya beberapa meter sahaja dari pandangannya. Erina tersenyum kagum malah sedikit teruja dengan situasi yang berlaku kini.

"Sayang suka dekat sini?" Bahagia sungguh Megat Emir apabila Erina mengangguk dengan senyuman manis.

"Mestilah suka... Gila tak suka.. Orang gila pun mesti suka tau!" Jawab Erina bersahaja sehinggakan Megat Emir tersenyum dengan keletah kekasih hatinya itu.

Mereka mengambil tempat yang sudah ditempahkan khas oleh Megat Emir. Sebenarnya baru siang tadi Megat Emir membuat tempahan. Nasib baik malam ini ada kosong.

" Untung juga yer ada boyfriend yang kaya dan berusia ni.. Makan dekat tempat best dan eksklusif serta dilayan dengan penuh romantik gileerr..." Jerit hati Erina. Kalau Megat Emir ini halal untuknya dah lama dia peluk rapat-rapat dan cium jer Megat Emir ini.

"Sebenarnya Rina tak pernah datang dekat tempat yang eksklusif macam ni. Maklumla... Rina ni kan gadis motor jer.. Paling romantik pun makan laksa or pasemboq dekat tepi pantai di Penang. Itu pun makan dengan geng girls je." Erina merendah diri.

Erina merasakan dia hanya seorang gadis naif yang tidak sesuai untuk berada ditempat yang eksklusif seperti di sini.

" Mesti dulu abang selalu makan dekat sini dengan bekas tunang abang si Melisa tu kan? Dia memang layak di bawa ke sini sebab dia cantik dan classy."

"Syuu... Syuuu..sekali lagi sayang sebut nama dia... Abang tak teragak untuk cium Rina dekat sini juga. " Megat Emir meletakkan jari telunjuknya ke bibir Erina.

"Sorry..." Redup mata Erina rasa bersalah lalu mencium tapak tangan Megat Emir.

Megat Emir dan Erina gelak serentak dengan perangai masing-masing yang tiba-tiba terlebih romantik pula malam ni.

Sebaik sahaja makanan sampai, mereka menikmatinya dengan begitu asyik sekali. Mereka menikmatinya dengan perasaan yang masing-masing penuh bergolak. Bahagia...Sayang...Cinta...

"Rina..abang sebenarnya nak tanya lagi sekali soalan yang abang tanya petang tadi tu."

"Errmmm..soalan apa yer?" Berkerut dahi Erina cuba mengingatinya.

"Muda-muda lagi dah pelupa." Megat Emir mencuit hidung Erina.

"Serius...Rina tak ingat. Abang jangan marah tau." Erina mengusap-usap lengan Megat Emir untuk memujuk.

"Rina tak ingat atau nak lari dari jawab soalan abang?" Tajam renungan Megat Emir kepada Erina.

"Sebenarnya dua-dua...hehehe..." Erina tergelak kecil manakala Megat Emir memandangnya serius.

"Sayang ni saja je..sedih la abang macam ni. Jom la kita balik." Megat Emir buat-buat merajuk la pulak.

"Ishh..abang ni..sejak menjak ni memang manja dan mengada-ngada kan? Rina tak abis makan lagi tau." Megat Emir mengekek kecil apabila melihat Erina serba salah jadinya.

"Rina ada 10 minit dari sekarang untuk fikir dan bagi jawapan dekat abang. Abang tunggu..."  Megat Emir menongkat dagunya memerhatikan sahaja Erina  yang sedaya upaya cuba menghabiskan makanannya ditambah pulak dengan desakan jawapan daripadanya. 

"Sayang ni..makan slow-slow...kang mati tercekik tak sempat abang nak kahwin dengan sayang nanti." Megat Emir menghulurkan air kepada Erina sebaik sahaja kelihatan Erina hampir tersedak mendengar kata-katanya itu tadi.

"Abang ni..desak Rina sangat..macam mana Rina tak tercekik. Boleh tak abang tanya soalan tu lagi sekali lagi 3 bulan dari sekarang ke?"

"Haaa...lagi 3 bulan...lamanya...makin tua la abang macam ni!" Megat Emir mencebik apabila mendengar jawapan daripada Erina itu. Kepalanya yang tidak gatal itu digaru-garu dengan muka yang mencerut.

"Yer lagi 3 bulan.. Sebab Rina rasa hubungan kita ni masih awal. Rina tak nak nanti bila Rina dah sayang abang sangat-sangat nanti abang tiba-tiba dah terjumpa seseorang yang sesuai dengan abang..abang akan tinggalkan Rina macam mana Haikal tinggalkan Rina dulu."

" Apa Rina merepek ni? "

" Rina ni tak cantik.. Tak bergaya.. Tak manja.. Kasar orangnya..Abang CEO.. Rina plak secretary cabuk jer.. Rina takut andai abang jumpa orang yang selayaknya untuk abang.. Nanti abang tinggalkan Rina disaat Rina sayang sangat dekat abang nanti." Erina pun tidak sangka dia boleh merepek sampai ke tahap itu.

"Rina... Sayang ni cantik dan comel.. Kalau tak bergaya nanti kita pergi shopping bagi sayang bergaya.. Kalau tak manja nanti abang boleh buat sampai Rina manja macam anak kucing..meow.. meow.. Kasar?? Setakat mana sangat kasar Rina tu.. Nanti lama-lama abang boleh lembutkan yang kasar itu... Hehe.. Semua tu abang boleh lenturkan.." Megat Emir tersenyum nakal.

"Euww.. Terlebih romantik sangat ni.. You are such a sweet talker... Abang tau tak meremang bulu roma Rina skang ni tau.." Erina menggaru-garu keningnya.

Megat Emir gelak terbahak-bahak. "Susah betul rupanya kalau ada kekasih yang tomboyish ni. Nak romantik sikit pun susah!!"

"Syok juga ada boyfriend tua ni.. Romantik sangat... Tapi.. Euwww.. Seramm.. macam ni punya gaya kalau kahwin mau dapat anak 10 orang ni" Erina tersengih-sengih manakala Megat Emir tergelak dari tadi mendengar ayat Erina itu. .

Sebaik sahaja selesai makan Megat Emir dan Erina duduk santai berborak dan menikmati keindahan malam Kuala Lumpur yang diterangi lampu yang berwarna warni itu.

Sesekali jarinya mengusap-usap lembut jemari Erina itu dengan penuh kasih sayang.

"Ingatkan cincin ni dah kena gadai.. Sayang masih pakai lagi rupanya yer." Jari Erina yang masih menyarungkan cincin drama mereka tempoh hari itu dibelek-belek oleh Megat Emir.

"Nanti abang bagi lagi cincin yang lebih besar dan special untuk sayang tau." Jari Erina dibawa ke bibir lalu dikucupnya.

Erina hanya mengangguk dan tersenyum dengan mata bercahaya penuh kebahagiaan.

Namun demikian, hampa sungguh Megat Emir pada malam ini kerana hasratnya untuk melamar Erina itu seolah-olah acuh tak acuh saja disambut oleh Erina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience