Series
14692
Pagi ini Syed Rizal mengadakan perjumpaan bersama Dato' Farid di pejabatnya. Mereka akan mengadakan perbincangan mengenai projek berskala besar yang akan datang.
"Dato' Farid... You datang sorang je ke hari ni? Mana partner yang you cakap hari tu?" Syed Rizal segera bersalam dengan Dato' Farid sebaik sahaja lelaki separuh abad itu masuk ke pejabatnya.
Prestige Bina Holding sebuah syarikat pembinaan perumahan yang terkemuka akan mengadakan satu projek perumahan berskala besar di Kuala Selangor. Projek yang bakal menelan perbelanjaan berjuta-juta ringgit ini akan mengabungkan beberapa buah syarikat bumiputera.
Memandangkan masih dalam perancangan maka Prestige Bina Holding sedang dalam penelitian mencari rakan usahasama mereka. Syed Rizal selaku CEO Prestige Bina Holding akan membuka ruang kepada beberapa syarikat Melayu bumiputera untuk bergabung dan bekerjasama dengan syarikatnya.
"I ada ajak salah seorang my friend untuk join you punya company tapi dia cakap bagi dia masa untuk fikirkan sebab company dia tengah busy dengan projek kondominium di Damansara." Dato' Farid menjelaskan kepada Syed Rizal akan kenapa Megat Emir tidak bersama-sama hadir untuk perbincangan mereka.
" Owhh I see... Next time la yer maybe I can meet him.. Manalah tau I can convince him. I nak kena dapat jawapan segera sebab I dah nak go to the next step." Jelas Syed Rizal.
"Ok..ok..insyallah...apa-apa pun I akan join you yer Tuan Syed."Â
Dato' Farid begitu teruja untuk bekerjasama dengan Prestige Bina Holding. Dia merasakan inilah peluang untuk dia melebarkan sayap syarikatnya agar lebih dikenali ramai di tambah pula dengan gelaran 'Dato' yang dimilikinya itu pastinya lebih memudahkannya. Prestige Bina Holding, sebuah syarikat besar dan ternama di Malaysia jadi tidak salah andainya syarikatnya menumpang serba sedikit dengan syarikat yang gah itu.
Syed Rizal memberikan serba sedikit gambaran perancangannya dengan projek akan datangnya itu kepada Dato' Farid. Dato' Farid mengangguk-angguk kepalanya kerana memahami butir-butir penerangan yang diperjelaskan oleh Syed Rizal.Â
Selang beberapa minit kemudian perbincangan mereka itu tergendala apabila Melisa tiba-tiba menyerbu masuk ke pejabat Syed Rizal.
"Tuan Syed...saya minta maaf..saya dah halang Puan Melisa tapi dia tetap nak masuk juga." Farah yang merupakan setiausaha Syed Rizal cuba menghalang Melisa daripada menganggu perbincangan bosnya itu.
"Its ok Farah takpe..you boleh keluar"
Melisa segera mendekati suaminya itu manakala Syed Rizal segera menarik tangan Melisa dan menyuruhnya duduk di sofa." Sayang..you duduk dekat sini kejap. I ada discussion sekejap."Â
Melisa memerhatikan sahaja perbincangan suaminya itu. Dia betul-betul bosan menunggu lama tetapi suaminya tidak endahkannya. Dia merasakan seperti patung cendana pula di situ.
"Biy.. Lambat lagi ke?" Soal Melisa dengan muka penuh kebosanan.
"Sikit lagi!" Ujar Syed Rizal dengan suara cukup keras. Dia merasakan Melisa betul-betul menganggu perbincangannya bersama Dato' Farid.
Dato' Farid pun sebenarnya tidak berasa selesa untuk berbincang dengan Syed Rizal kerana matanya sikit-sikit akan mencuri pandang isteri Syed Rizal itu. Melisa yang kelihatan cantik dan seksi tu betul-betul menarik perhatiannya. Dia bukannya boleh tengok perempuan cantik dan seksi... Iman tak kuat!
"Tuan Syed... I rasa kita sambung discussion kita later la yer. Wife you lama dah tunggu tu... Tak baik tau buat orang perempuan tertunggu-tunggu!" Ujar Dato' Farid yang merupakan seorang yang berpengalaman dalam bab-bab wanita ni maklumla dia kan seorang 'pencinta wanita'.
" Oklah Dato' Farid... Betul juga kata you tu. Orang perempuan ni memang perlukan perhatian." Bisik Syed Rizal ke telinga Dato' Farid dengan nada yang paling perlahan.
Melisa menjeling panjang memandang suaminya itu. Entah berapa lama yang dia harus tunggu. Silapnya juga kerana terjah ke pejabat suaminya.
Sebaik sahaja Dato' Farid meninggalkan pejabat Syed Rizal, Melisa segera mendapatkan suaminya itu.
"Biy.. You dah settle ke kerja you tu? I boring la.. Jom teman I shopping!" Melisa bermain-main tali leher suaminya.
"I busy la sayang.. Kenapa you nak datang sini tak bagitau I? You tau tak you dah kacau kerja I!" Bentak Syed Rizal.
"Semalam you balik rumah sana so apa salahnya kalau I datang sini sebab rindu dekat you." Muncung Melisa.
"Kan malam ni I balik rumah kita so you tak perlu lah jumpa I kat sini.. Kita jumpa dekat rumah jerla." Syed Rizal cuba mengelak apabila Melisa cuba bermain-main rambutnya pula.
"Sayang.. Ni dekat office I.. Boleh tak jangan buat benda pelik-pelik. Apa kata staff I nanti kalau kita kantoi?"
"Kalau macam tu jom la balik. Biy tau kan I boring dekat rumah.. Dah 2 hari Biy tak balik rumah tau." Melisa merenggek manja.
"Kan I dah bagitau you.. 2 hari di sana dan 2 hari dengan you.. Kan you sendiri pun agreed!" Syed Rizal mengusap-usap jemari Melisa. Dia cuba memujuk Melisa yang muncung sedepa.
"Kerja Biy dah habis kan... So jom la kita balik.. Or jom la teman I jalan-jalan. Please Biy!" Melisa melentok manja dan menarik-narik tangan Syed Rizal mengajak pulang.
Syed Rizal akhirnya berjalan berpimpinan tangan dengan Melisa keluar dari pejabatnya. Ikutkan banyak lagi perkara yang dia hendak uruskan di pejabat tetapi memandangkan Melisa sudah merenggek seperti anak kecil maka dia mengambil keputusan untuk pulang.
Farah hanya tersengih-sengih melihat majikannya itu pening melayan karenah isteri-isterinya. Semalam isteri nombor dua datang pejabat manakala hari ini isteri nombor satu pula yang datang. Nasib lah... Siapa suruh nak kahwin dua kan?!
Memandangkan Melisa mengajak Syed Rizal shopping maka dia akur dengan permintaan isterinya itu. Melisa tak abis-abis mengungkit hal shopping mereka yang tergendala tempoh hari. Jadi demi menjaga perasaan isterinya akhirnya dia turutkan sahaja. Pemandu peribadinya segera membelok kenderaan menuju ke TRX Mall.
"Sayang tak puas shopping lagi ke? Kad kredit yang I bagi hari tu you tak guna pun. Tak jumpa barang yang dicari ke?" Soal Syed Rizal sambil bermain-main rambut isterinya itu.
"I bukan nak shopping sangat pun.. I just want to spend time with you jer..You tu busy memanjang sampai nak spend time dengan wife sendiri pun susah. Ni dah kahwin lagi satu lagi la susah I nak jumpa you sebab I nak kena kongsi kasih pulak. I geram sangat tau Biy! "Â Luah Melisa dalam nada sinis.
" Kalau macam tu you mengandungkan lah baby untuk I. Bila I busy at least you boleh main-main dengan anak kita. " Ujar Syed Rizal sambil mengusap-usap jemari Melisa.
" Biy! You tahu kan I tak nak mengandung dan tak nak beranak. I tak nak nanti lepas beranak abis badan I ni kembang sana sini. Euww.. Semua you minta I bagi tapi kalau you mintak baby... sorry ok! " Melisa menjawab tanpa memikirkan hati Syed Rizal.
Sepanjang di dalam kereta Syed Rizal hanya diam membisu. Dia betul-betul tersentap dengan kata-kata Melisa. Sudah 5 tahun dia berkahwin dengan Melisa tetapi Melisa tetap dengan keputusan tidak mahu mengandung dan melahirkan anak. Disebabkan itulah dia mengambil keputusan untuk berkahwin lagi satu dengan wanita yang sudi untuk mengandung dan melahirkan zuriatnya nanti. Nasib kau lah Melisa!
Share this novel