Series
14692
"Assalamualaikum Marina."
"Waalaikumsalam Hajah."
"Sihat ker? Last jumpa Marina 2 minggu lepas dekat rumah Puan Sri Marlia kan?" Hajah Saleha menghubungi sahabat tausiahnya.
"Alhamdulillah sihat. Ye lama tak jumpa Hajah. Last jumpa 2 minggu lepas. Ni call saya ni mesti mengenai hal anak-anak kita kan?" Duga Puan Marina dan sememangnya tepat sekali.
"Haa aa.. Yer.. Betul la tu. Tak sangka kan.. Punya duk kalut fikir jodoh anak kita rupanya diorang ni tengah bercinta. Kalau saya tahu.. Takda la dulu saya nak kalut jodohkan dia dengan anak Datin Salina." Tergelak kecil Hajah Saleha ditalian.
"Haa.. Tuhlaa.. Pandai betul diorang berahsia. Hajah.. Ada tak Erina bagi tau apa-apa dekat Hajah?" Soal Puan Marina.
"Yer ada pagi tadi..tapi cakap tak abis..bagi hint sikit lepas tuh kalut nak pergi kerja. Saya dengan suami masih samar-samar lagi sebenarnya tujuan Marina dan suami nak datang ke sini? Erina tu cakap macam tak berapa jelas akan tujuan tuh."
"Ooo..sabar jerla Erina ni. Baru bagi tahu pagi tadi ke? Saya suruh sampaikan minggu lepas lagi sebenarnya. Saya dan Emran sebenarnya ingatkan nak ke sana untuk merisik Erina."
"Merisik Erina?" Nada Hajah Saleha yang sedikit terkejut.
"Ye merisik..kenapa Hajah?Ada apa-apa masalah ke?" Perasan Puan Marina berdebar-debar apabila mendengar suara terkejut Hajah Saleha itu.
"Ye ada masalah...masalahnya..Abang Haji saya ni suh terus masuk meminang!Katanya tak payah merisik dah... masing-masing dah kenal pun so nak kenal-kenal apa lagi. Kang dah kahwin pandai-pandai lah derang nak mengenali lebih mendalam." Terang Hajah Saleha tanpa berselindung.
Puan Marina tersenyum melebar hingga ke telinga apabila mendengar hasratnya untuk merisik dipendekkan kepada terus meminang! Dia betul-betul teruja hingga tak terkata.
"Really...kalau macam tu saya setuju!Baik Hajah...kita jumpa Sabtu ni yer. Harap kedatangan kami nanti di rahmati Allah." Tanpa sebarang bantahan Puan Marina menyetujuinya. Puan Marina terasa bagaikan hendak melompat tinggi-tinggi hingga menyentuh awan dan pelangi. Dia tak sabar sungguh untuk sampaikan perkara gembira ini kepada suaminya dan anaknya, Megat Emir.
----------------------
"Assalamualaikum mama." Megat Amar memberi salam setelah mendengar suara mamanya berdehem di talian.
"Waalaikumussalam Amar. Sihat ke tu?Sejuk tak kat sana?"
"Amar sihat je ni. Sejuk la juga dekat sini ni. Amar dah abis seminar dah so lepas ni Amar nak jalan-jalan pusing UK ni." Terubat kerinduan Amar apabila dapat bercakap Puan Marina.
"Amar jalan-jalan dekat UK tu nanti hati-hati tau. Jangan duk layan perempuan sebarangan tau. Remember...make sure you still the V-Card holder ya!" Pesan Puan Marina kepada anaknya. Dia risau takut anaknya itu terperangkap dengan gadis-gadis di sana.
"Mama..No worries ok! Insyallah Amar jaga semua tu. Amar tak pandangla gadis mata biru kat sini..Amar lebih suka gadis Melayu..Hehe" Amar tergelak kecil.
"Haa..bagus...nanti senang nak balik raya!" Puan Marina tersengih ditalian.
"Mama...memang betul ke tak nak Amar belikan handbeg untuk mama?" Soal Megat Amar untuk kepastian. Selalunya apabila dia ke UK pasti mamanya akan sibuk untuk kirimkan beg tangan tetapi kali ini lain pula.
"Tak payah..mama tak nak handbag dah. Kalau nak belikan untuk mama...Amar belikan je dekat mama pinggan mangkuk." Pinta Puan Marina.
"Tak nak la Amar beli pinggan mangkuk..takut nanti sampai ke Malaysia je pinggan ke mana mangkuk ke mana..belum tentu sampai Malaysia benda-benda tu dalam sempurna nanti."
Megat Amar menggaru-garu kepalanya apabila mendengar permintaan mamanya itu.
"Kalau tak nak beli sudah..mama pun tak kisah..yang penting sekarang ni mama tengah happy sangat." Suara Puan Marina dengan penuh teruja.
"Apa yang mama happy sangat tu?"
"Mama happy sebab Sabtu ni abang Emir kamu nak bertunang!"
"Bertunang?!" Terkejut Megat Amar apabila mamanya menyatakan abangnya itu akan bertunang dalam beberapa hari sahaja lagi.
"Iyer..Emir akan bertunang. Tak payah terkejut sangat lah. Memang dah patut pun dia fikir pasal kahwin."
"Kenapa tak tunggu Amar balik jer?Amar pun nak la juga tengok abang Emir bertunang. Dulu semasa abang Emir bertunang dengan Melisa, Amar dekat overseas takan kali ni abang Emir bertunang untuk kali kedua Amar tak sempat tengok juga?" Ngomel Megat Amar. Wajahnya monyok sahaja ditalian.
"Nak buat macam mana...family perempuan nak terus bertunang cepat-cepat. Alaa..nanti masa abang Emir kahwin mama akan make sure Amar akan ada bersama...ala..bertunang je pun..lagi pun dah terkejut-kejut ni takdela nak buat grand pun." Puan Marina memujuk Megat Amar. Dia tahu anaknya itu tengah sedih kerana tidak dapat menyaksikan satu-satunya abang sulungnya bertunang.
"Kenapa nak tergesa-gesa sangat? Something fishy la mama!"
"Takda fishy-fishy nya Amar...kamu jangan nak fikir bukan-bukan yer. Nasib baik jauh..kalau tak...dah lama mama tarik telinga kamu yer."
"Hahaha..yerlah ..yerlah..oklah mama. Amar nak masuk tidur dulu yer.Esok nak jalan-jalan pusing UK. Mama kirim salam dekat papa dan abang Emir yer." Pinta Megat Amar setelah hampir 10 kali dia menguap.
"Ok Amar. Take care yer. Jangan nakal-nakal dan jangan gatal-gatal yer!" Pesanan Puan Marina itu membuatkan Amar tergelak besar.
"Baiklah my mother. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam." Puan Marina menjawab salam lalu menamatkan perbualannya.
Sebaik sahaja perbualan Puan Marina dan Megat Amar tamat, Puan Marina segera menghubungi suaminya pula.
"Abang.. abang dekat mana sekarang ni?" Soal Puan Marina kepada suaminya.
"Saya di cafe dekat golf club..tengah coffee coffee with Tan Sri Bakhtiar.Kenapa?"
"Awak dah settle ke main golf dengan Tan Sri tu?"
"Hari ni saya tak main golf...hari ni saya minum-minum dengan dia je. Kenapa? Awak ni dari tadi tanya soalan..boleh tak awak terus terang jer." Ngomel Tuan Megat Emran. Tak senang duduk dia apabila isterinya asyik bertanya soalan.
"Alaa..saya tanya jer..itu pun nak marah. Dah la pergi minum coffee tak ajak kita." Rajuk Puan Marina.
"Hahaha... awak ni..tak payahlah nak merajuk. Mesti muka awak buruk kalau merajuk. Awak tak percaya ke saya jumpa Tan Sri Bakhtiar? Mesti kepala otak awak ingat saya jumpa Batrisya kan?" Gelak berdekah Tuan Megat Emran ditalian. Kedengaran juga seorang lelaki tergelak dihujungnya.
"Manalah tahu.. awak cakap je Bakhtiar padahal Batrisya. Kalau betul tekaan saya tu.. awak kena sedar diri sikit yer. Dah lah ada penyakit diabetis dan darah tinggi ada hati nak pasang lagi. Awak dah tua tau lepas ni nak dapat menantu pastu dapat cucu pula." Membebel Puan Marina yang membuatkan Tuan Megat Emran tersenyum sahaja ditalian.
"Tu dia...ke situ pulak awak fikir. Orang perempuan ni memang suka buat macam-macam andaian yer."
"Yang pasal Batrisya tu andaian saya jer.. tapi kalau menantu tu memang betul. Kita bakal dapat menantu tau. Sabtu ni kita kena meminang anak dara orang." Jelas Puan Marina dengan penuh teruja.
"Meminang! Anak siapa? Untuk siapa?" Terjungkit kening Tuan Megat Emran apabila mendengar kata-kata Puan Marina itu.
"Meminang anak Haji Wan Zain dan Hajah Saleha untuk anak kita Emir. Seronok betul saya tau. Teruja sungguh ni. Balik karang kita bincang yer. Saya nak pergi jumpa Erina nak ajak pergi beli cincin tunang."
"Owh..ok..ok..balik nanti kita bincang." Mengangguk-angguk Tuan Megat Emran sambil diperhatikan oleh Tan Sri Bakhtiar.
"Ok..bye.. Assalamualaikum." Puan Marina memberi salama lalu menamatkan panggilan telefon.
"Waalaikumussalam." Jawab Tuan Megat Emran.
Tan Sri Bakhtiar yang dari tadi terdengar sedikit perbualan Tuan Megat Emran dengan isterinya mulai cuba untuk bertanya akan berita gembira apa yang diterima oleh sahabatnya itu.
"Haa kenapa? Apa yang serius sangat tu?" Soal Tan Sri Bakhtiar.
"Emir...Emir nak bertunang. Harap-harap kali ni menjadi lah. Lepas ni kalau I dah ada cucu jarang la I minum-minum macam ni dengan you dah Tan Sri...hahaha..." Berdekah mereka gelak. Belum lagi Megat Emir kahwin tetapi Tuan Megat Emran dan berangan pasal cucu.
Share this novel
X puas lg baca… dah habis Bila agaknya next ye..