EPISOD 78

Romance Series 14692

TUKK!! TUKK!!

Gema ketawa sinis di pantri terhenti serta-merta apabila kedengaran pintu pantri diketuk sekuatnya. Suasana yang tadinya riuh dengan umpatan tentang Erina menjadi sunyi sepi, seolah-olah malaikat maut baru sahaja melintas.

Megat Emir berdiri di bendul pintu dengan wajah yang merah padam. Urat-urat di lehernya timbul, menandakan kemarahannya sudah di kemuncak. 

Tujuannya ke pejabat tingkat 20 itu adalah untuk berjumpa Kak Mai, Ketua Bahagian Sumber Manusia. Dia ingin memaklumkan kepada Kak Mai yang dia telah berikan cuti kecemasan kepada Erina selama 2 minggu. Di samping itu dia turut cuba untuk melihat keadaan dan suasana pejabat ketika isu hangat sedang diperkatakan kini.

"Ehh senyap pulak! Sambunglah balik. Kenapa berhenti pulak? Aku pun nak tahu juga 'servis' apa yang korang bincangkan tadi." Suara Megat Emir rendah, tetapi setiap patah perkataan kedengaran seperti belati yang tajam yang senyap-senyap merodok mereka yang berada di pantri itu.

Zila, Khalisha dan Kamal tertunduk layu. Masing-masing menggigil memegang cawan kopi.

"Bos... kami cuma...ka..ka..kami.. borak-borak kosong je." Tergagap-gagap Zila cuba membela diri.

"Borak kosong? Atau korang sedang seronok melapah maruah orang lain?" Megat Emir segera melangkah masuk, merapati meja pantri. 

PANGG!!

Dia menghempas telefon bimbitnya ke atas meja. "Korang nampak gambar ni? Korang rasa korang lebih kenal setiausaha aku berbanding aku sendiri ke, haaa?" Mencerlung pandangan Megat Emir kepada Zila, Khalisha dan Kamal.

"Tapi bos, satu Malaysia dah tengok..." celah Khalisha perlahan.

"Dan satu Malaysia boleh jadi bodoh, tapi korang tak sepatutnya jadi sebahagian daripada mereka!" Tengking Megat Emir sehingga bahu mereka terhenjut-henjut terkejut.

"Zila, Khalisha, Kamal... korang semua kerja dalam syarikat pembangunan, tapi otak korang macam tak pernah dengar pasal AI dan deepfake. Korang ni berada di zaman paleolitik ke?" Megat Emir memandang setiap wajah di situ dengan pandangan yang sangat dingin.

"Dengar sini semua..mulai saat ini, sesiapa yang aku dengar sebut sepatah lagi perkataan buruk pasal dia, atau aku dapat tahu korang sebar lagi video dan gambar sampah ni... korang jangan harap nak kerja dalam industri ni lagi. Aku akan pastikan korang disenarai hitam selamanya."

"Dan satu lagi," Megat Emir menyambung sebelum melangkah keluar dari pantri. "Sesiapa yang ada masalah atau rasa tak faham dengan apa yang aku cakap ni, boleh hantar surat letak jawatan di meja aku sebelum pukul 5 petang ni!"

Keadaan pantri menjadi sunyi seperti tanah perkuburan. Zila, Khalisha dan Kamal terduduk kaku, menyedari bahawa mereka baru sahaja menggali kubur kerjaya mereka sendiri.

----------------------------------------------

Malam itu Megat Emir segera bergegas ke rumah Erina sebaik sahaja mendapat panggilan telefon daripada Niza. Kata-kata Niza itu betul-betul telah merisaukannya akan keadaan Erina ketika ini.

TUK!! TUK!!

"Rina, boleh abang masuk tak?" Megat Emir meminta izin daripada Erina.

"Abang...masuklah. Rina tak kunci pun pintu." Jawap Erina dengan tenang.

Megat Emir masuk ke bilik Erina membawa secawan air coklat panas dan  dua keping roti yang sudah disapu jemnya. Dia meletakkan cawan dan pinggan yang berisi roti itu di meja sisi, lalu dia duduk di atas lantai dan tepat-tepat di hadapan Erina. Dia mahu berada lebih rendah daripada Erina untuk menunjukkan bahawa dia amat mengambil berat tentang Erina.

"Makan sikit, Rina. Niza bagitau abang yang Rina tak jamah apa-apa pun dari pagi tadi." Pujuk Megat Emir lembut.

Erina menggeleng kepalanya perlahan.

"Rina nak makan apa? Nanti abang pergi belikan. Nasi goreng kampung?Mee hailam?Coklat? Aiskrim?" Semua soalan Megat Emir itu dijawab dengan gelengan sahaja oleh Erina.

Suara Erina serak. "Rina dah tak ada sesiapa, abang. Rumah ni dah kosong. Dunia Rina dah gelap.  Sepatutnya abang biarkan je Rina... Biar Rina ikut ayah dan umi. Biar Rina mati dengan ayah dan umi!"

"Jangan cakap macam tu sayang!"
Megat Emir mencapai tangan Erina. Dia menggenggam tangan Erina itu dengan kemas sehingga Erina terpaksa memandangnya.

"Rina ada abang! Dan abang dah berjanji pada arwah Ayah untuk menjaga Rina sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Abang takkan biarkan perasaan Rina hancur sampai macam ni. Rina kena kuat. Abang akan sentiasa ada untuk Rina." Megat Emir menarik nafas panjang. Dia betul-betul tekad untuk pulihkan semangat Erina.

"Jangan bazirkan masa abang dengan perempuan macam Rina ni. Pembawa malang.Sebab Rina la umi dan ayah mati. Rina taknak nanti sebab Rina juga nama abang dan company abang buruk." Tutur Erina lemah dan mata yang redup.

Megat Emir bangun dari lantai kemudian duduk dibirai katil lalu menarik bahu Erina supaya memandangnya. Mata yang dulunya cantik dan bersinar kini hanya redup dan lemah tidak bermaya.

"Esok, kita ke pejabat agama. Abang dah minta tolong Niza untuk uruskan semua dokumen-dokumen. Kita nikah hujung minggu ni juga." Erina tersentak. Dia memandang Megat Emir dengan pandangan tidak percaya.

"Nikah? Dalam keadaan Rina tengah berduka dan huru hara macam ni? Dengan video dan gambar kotor tu yang masih tular kat luar sana? Abang sedar tak apa yang abang cakap ni? Nama abang akan hancur kalau abang ambil Rina jadi isteri sekarang!" Megat Emir bangun dan duduk di sebelah Erina, merapatkan jarak mereka. Matanya memancarkan api tekad yang tidak boleh dipadamkan lagi.

"Abang tak peduli semua tu! Yang abang fikirkan sekarang ialah Rina dan tanggungjawab abang kepada Rina." Suara Megat Emir naik satu nada, penuh dengan emosi.

"Tapi abang ..abang buat macam ni abang akan buat Rina rasa lebih bersalah kepada abang." Mencerut wajah Erina rasa bersalah.

"Selagi Rina bukan isteri abang yang sah, abang tak ada hak mutlak untuk lindungi Rina 24 jam. Abang perlukan hak mutlak itu untuk bawa Rina ke mana saja bersama abang pergi tanpa sebarang fitnah. Abang nak hak untuk lindungi  Rina daripada sesiapa saja yang berniat jahat ke atas Rina. Abang nak jadi pelindung Rina!" Megat Emir menyentuh pipi Erina yang cengkung.

"Abang...." Erina merenung mata Megat Emir. Dia mengalirkan air matanya apabila mendengar kata-kata ikhlas dari Megat Emir itu

"Hanya dengan status sebagai seorang suami, abang boleh jaga Rina sepenuhnya. Abang nak Rina sentiasa ada dalam pelukan abang setiap kali Rina terjaga dari mimpi ngeri." Erina tersenyum melihat keikhlasan yang luar biasa di dalam mata Megat Emir. Air mata Erina diseka oleh Megat Emir dengan jarinya.

"Dan...apabila Rina lapar abang ada untuk teman Rina makan. Rina nak makan tak? Rina dah cengkung sangat ni. Cuba makan roti ni supaya perut tak kosong." Laju tangan Megat Emir suapkan roti ke mulut Erina.

Erina tersenyum nipis dan tergelak kecil. Pandai Megat Emir memujuknya. Cawan yang mengandungi air coklat panas turut disua ke mulut Erina. Lega hati Megat Emir apabila melihat Erina mengunyah perlahan-lahan roti yang disuapkannya sebentar tadi.

"Tapi... majlis..."

"Tak ada majlis mewah, Erina. Cuma kita, saksi, dan doa. Kita nikah secara tertutup. Biar dunia tahu kemudian. Yang penting sekarang, nyawa dan maruah Rina di bawah tanggungjawab abang.
Abang nak tunaikan janji kepada arwah ayah Rina. Benarkan abang jadi tempat untuk Rina bersandar apabila Rina rasa dunia ni terlalu kejam."

"Abang tak rasa terlalu cepat ke? Rina takut sebab Rina belum bersedia dari banyak perkara." Erina menggenggam tangan Megat Emir erat.

Emir merapatkan dahinya ke dahi Erina. "Hanya dengan cara ni abang boleh jadi perisai Rina yang sah. Please, Rina...kita nikah hujung minggu ni yer, sayang?" Jari Erina dibawa ke bibir Megat Emir lalu dikucupnya lembut.

Melihat keikhlasan Megat Emir itu, Erina akhirnya mengangguk perlahan. Dia bersedia untuk menyerahkan seluruh sisa hidupnya kepada lelaki yang bernama Megat Emir.

Share this novel

Rose
2026-05-04 22:36:32 

Nak lagi Eira…


NovelPlus Premium

The best ads free experience