EPISOD 43

Romance Series 14692

"Cuba you tengok gambar you dalam ni..monyok..macam tak suka I involve dalam projek ni je. Tak boleh ke you senyum manis-manis sikit depan reporter!" Syed Rizal membebel lalu menunjukkan muka Melisa yang monyok dalam akhbar digital itu menerusi telefon bimbitnya.

"Yang wartawan tu pun..tak ada ke soalan lain nak tanya? Nasib baik I tak ngamuk tau demi nak jaga maruah you tu." Melisa memintal-mintal rambutnya dan matanya setia tertumpu ke kaca televisyen. Geram!

"You ni...macam la tak biasa dengan wartawan-wartawan tu..diorang memang la suka sangat tanya soalan yang hot dan provoke." Syed Rizal segera duduk di sofa sebelah Melisa sambil mengelus-elus rambut Melisa.

"Masalahnya...tu kan event business you..so apa kena mengena tetiba tanya soalan Puan Melisa dah 5 tahun kahwin bila nak dapat anak? Tak buat apa-apa usaha ke untuk dapatkan anak? Adakah Puan Melisa tak nak mengandung sebab nak jaga tubuh maintain slim macam ni?" Melisa mengajuk soalan-soalan yang ditanya oleh wartawan semalam.

"Hahahaha..." Gelak Syed Rizal.

"Biy...you gelakkan I!" Melisa bangun mencekak pinggang memandang suaminya yang gelak tak henti-henti itu.

"Kalau camtu sayang...jom la kita buat anak...nanti tak ada dah la wartawan nak tanya soalan-soalan macam tu lagi kan." Syed Rizal mendekati Melisa yang sedang mencekak pinggang itu.

Syed Rizal segera menggendong Melisa ke bilik tidur.  Bibir Melisa diciumnya lembut. Satu persatu baju Melisa dibuka dan berteraburan di atas lantai bilik disertai gelak tawa. Sesekali kedengaran desahan Melisa yang keasyikkan dengan layanan suaminya itu. 

"Biy...malam esok jangan balik sana yer...malam esok I nak lagi macam ni tau." Pinta Melisa lalu mencium bibir suaminya itu dan kemudian ke beberapa kawasan yang lain lagi.

Malam itu Melisa kalah lagi dengan pujukan Syed Rizal. Daripada marah macam singa tiba-tiba Melisa terus berubah menjadi seperti anak kucing yang manja dibelai-belai.

-----------------------------

Petang itu Tuan Megat Emran telah merancang untuk bermain golf bersama Dato' Farid. Sebagai kawan perniagaan yang sudah lama berurusan pastinya sekali sekala dia ingin beriadah bersama.

" Macam mana business you dengan Emir? Sejak I serah semua business I dekat Emir, I langsung tak ambik tahu dah. I tak nak serabut..I nak releks, hidup dengan sihat dan aman dari sebarang masalah." Tuan Megat Emran mengelap peluh halus yang mengalir didahinya.

"Ehh.. Emir tak cerita dekat you ke?"

"Cerita apa?" Muka Tuan Megat Emran penuh dengan tanda soal.

"Seriously dia tak cerita apa-apa? Emir dah putuskan hubungan business dengan company I!" Jelas Dato Farid dengan senyuman sinis.

"What?? Kenapa? Dia langsung tak bagi tahu I pun pasal ni!" Terkejut Tuan Megat Emran itu mendengar apa yang diperkatakan oleh sahabat perniagaannya itu.

Dato' Farid merupakan satu-satunya sahabat perniagaannya yang masih bekerjasama dengan syarikatnya. Hubungan perniagaan mereka ini telah terjalin hampir 10 tahun. Walaupun syarikatnya kadang-kadang ada naik turun tetapi Dato' Farid masih kekal bekerjasama dengn syarikatnya.

"You tanya la dia sendiri..I malas nak cakap apa-apa Emran. Budak-budak sekarang ni kadang-kadang bekerja banyak ikut emosi sangat." Balas Dato Farid lalu menghayunkan kayu golf memukul bola golf.

Tuan Megat Emran hanya memandang bola golf yang sedang bergolek menuju ke lubang yang hanya beberapa meter dari mereka. Fikirannya mula berfikir macam-macam.

-------------------

Malam itu usai makan malam Tuan Megat Emran mengajak anaknya Megat Emir berborak di laman rumah. Megat Emir melabuhkan punggungnya di kerusi rotan yang terletak di sebelah kolam renang.

"Business macam mana Emir.. Ok ke?" Soal Tuan Megat Emran kepada anak sulungnya itu.

"So far ok je.. Emir baru je tandatangan perjanjian kerjasama dengan Prestige Bina Holding dan beberapa syarikat lagi. Kami JV untuk projek high profile di Kuala Selangor." Terang Megat Emir dengan bersungguh-sungguh.

Tuan Megat Emran mengangguk kepalanya mendengar penjelasan Megat Emir.

" Bagusla JV.. Kita company kecik ni kenalah join dengan company besar untuk kukuhkan perniagaan and at the same time serba sedikit terkena la tempias populariti Prestige Bina Holding tu." Tuan Megat Emran amat bersetuju sekali dengan perancangan perniagaan anaknya itu.

" Ada 4 company join venture untuk projek ni tau papa.. Including our company. " Terang Megat Emir lagi.

" Petang tadi papa main golf dengan Dato Farid tau. "

" Ermm... Ok.. Then..." Menyampah betul Megat Emir mendengar nama Dato Farid yang disebut oleh papanya itu.

" Dato Farid bagi tahu papa yang Emir dah putuskan hubung business dengan company dia. Why? " Soal Tuan Megat Emran dengan wajah yang penuh serius.

" Ada sebab-sebabnya papa!" Megat Emir mendengus panjang.

"Sebab apa?" Nada keras Tuan Megat Emran.

"Kalau Emir tak bagi tahu boleh tak? Cukup la sekadar apa yang papa tahu sekarang ni je yang our company no more business with Dato Farid's company." Megat Emir meraup wajahnya. Dia serba salah untuk menjawabnya kerana papanya itu sudah bersahabat lama dengan Dato Farid.

" No... There must be a reason, Emir!"

Megat Emir bangun dari kerusinya dan mundar mandir ke kiri dan kanan dengan perasaan yang penuh gelisah.

"Emir! Pening la papa tengok kamu ni. Apa yang susah sangat nak beritahu papa?"

"Ok papa...For your information... Emir stop all business dengan Dato Farid sebab hari tu dia hampir rogol my secretary!" Sebaik sahaja Megat Emir menuturkannya dia segera meraup wajahnya kerana kelegaan.

"What?!"

"Ermm...Yes papa. Emir cakap betul-betul ni sebab Emir sendiri yang tangkap Dato Farid masa tu."

" Astagfirullahalazim!!" Terkejut Tuan Megat Emran mendengarnya.

Tuan Megat Emran memang mengakui sahabatnya itu pantang melihat perempuan cantik. Tetapi dia memang tidak la menyangka sahabatnya itu sampai ke tahap cubaan merogol anak dara orang.

" Habis tu kenapa Emir tak report polis? Salah tetap salah ye Emir."

"Emir masa tu gelabah tak tahu nak buat apa.. Emir cuma bawak Erina check up dekat klinik and luckily dia tidak dirogol so that's why la Emir silence the case."

"Ok Emir.. Papa faham." Tuan Megat Emran menepuk-nepuk bahu anaknya itu.

"Tapi papa... Please jangan bagi tahu mama yer pasal ni. Nobody knows about this kecuali you, me and Dato Farid je. And... Erina sendiri pun tidak sedar benda tu terjadi dekat dia. Kalau mama tahu jenuh Emir yang kena tadah telinga nanti." Rayu Megat Emir.

" Ok Emir... Papa keep your secret! " Tuan Megat Emran menepuk-nepuk bahu anaknya itu lagi sambil tersenyum lalu meletakkan jari telunjuk ke bibirnya itu tanda menutup rahsia.

Sebenarnya memang dia bersahabat lama dengan Dato Farid itu tetapi ada beberapa perkara yang dia tidak berkenan dengan sahabatnya itu. Kaki perempuan.. Pencinta wanita terlebih-lebih .. Pernah suatu ketika dulu Puan Marina pernah mengamuk kerana dia turut terkena tempias perangai kaki perempuan Dato Farid itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience