EPISOD 19

Romance Series 14692

Megat Emir mengemas pakaiannya kemudian dimasukkan ke dalam luggage bag. Kali ini dia akan ke Itali selama 1 minggu kerana akan menghadiri forum berkaitan dengan seni bina pembinaan.

"Abang Emir...sepanjang kau ke Itali nanti..kau jangan risau...aku akan selalu tengok-tengokkan kau punya secretary." Megat Amar cuba menawarkan diri.

" Aku rasa better kau jaga diri kau sendiri jela..pandai la secretary aku jaga diri. Dia bukan budak kecik  pun." Megat Emir tahu niat adiknya itu.

"Hahaha ..kau memang tak nak bagi can langsung dekat aku yer!" Gelak Megat Amar.

Megat Emir tahu adiknya Megat Amar itu memang ada hati dengan Erina. Sejak minum pagi bersama tempoh hari, Megat Amar meluahkan kepada abangnya yang dia begitu tertarik dengan Erina.

Megat Emir tahu adiknya itu seorang 'pencinta wanita'. Dengan kulit putih dan wajah macho itu pastinya ramai wanita akan terpikat dengan adiknya, Megat Amar. Jadi... tak mustahil suatu hari nanti Erina akan tercair dengan kata-kata Megat Amar.

Sepanjang 5 hari Megat Emir di Itali,  dia asyik teringatkan kerja-kerja di pejabat. Sekejap-sekejap mesej Erina.. sekejap-sekejap video call Erina.

"Good morning Erina!" Megat Emir menyapa Erina ditalian sebaik sahaja selesai mandi. Waktu di Itali ketika ini adalah jam 8.00 pagi. Dia sedang bersiap-siap untuk ke sesi forum sebentar nanti.

"Petang la bos...kat sini pukul 3.00 petang. Kali ni call saya ada pesanan apa pulak?" Erina menyoal Megat Emir.

"Saya nak pesan...air bunga dalam bilik saya tu jangan lupa tukar...setiap 3 hari sekali kena tukar air."

"Adoii... selalu-selalunya saya yang buat kan? Baik bagi tau saya kenapa call saya? Rindu saya yer...hahaha..." Duga Erina kemudian tergelak di talian.

" Sebenarnya saya nak check takut awak mengular je. Maklumla saya takde ni panjang la kaki awak.."

"Ishh ...hari-hari saya datang office tau. Pergi pagi balik petang tau!" Erina geram apabila majikannya mengesyakinya.

"Yeke kat office.... saya video call sekarang!"

Megat Emir segera menamatkan talian dan kemudian membuat panggilan video.

"Haa kan saya dah bagitau...saya dekat office ni! Ni haa meja bos.. komputer bos..." Sebaik sahaja panggilan video Megat Emir diangkat Erina segera berjalan menuju ke bilik majikannya itu.

"Uhhh...rindu betul dekat kerusi, meja, komputer dan treadmill saya!" Megat Emir tersenyum-senyum ditalian. Sebenarnya dia rindu nak tengok wajah setiausahanya.

"Ishh...rindu meja dan komputer macam rindu dekat girlfriend!!Balik nanti belek la puas-puas..." Bebel Erina.

"Yer...aku rindu dekat girlfriend acah-acah aku tu!" Jerit hati Megat Emir.

"Ada apa-apa lagi ke bos? Budak despatch kat luar tengah tunggu saya tu."

"Takda apa-apa...jaga office elok-elok. Kalau Amar datang tak payahlah melayan sangat dia tu." Pesan Megat Emir.

"Baik bos...jangan lupa ole-ole untuk saya yer." Senyum Erina lalu segera menamatkan panggilan telefon.

Fuhhh ....Erina mendengus panjang. Tak sanggup dia melihat Megat Emir yang tidak berbaju tadi lama-lama. Seksi sangat!

Sedang Erina kusyuk menaip sesuatu di komputer tiba-tiba muncul Megat Amar di hadapannya.

" Hai Erina. Busy ke tu?" Sapa Megat Amar yang membuatkan Erina terkejut seketika.

" Ehhh Encik Amar! Busy sikit-sikit jer...sebab bos takda..kalau bos ada saya busy banyak la sikit." Balas Erina sambil tersenyum manis.

"Bos awak takde kan ..apa kata kita pergi minum petang. Saya belanja." Pelawa Megat Amar.

"Ehh . ..tak payah la ..lagi pun nak dekat balik dah ni." Erina menolak

"Kalau macam tu...kita pergi minum petang lepas tu saya hantar awak balik. Ok tak?"

"No ..tak nak juga...nanti motor saya takan nak tinggal sini...pastu esok saya nak pergi kerja camna?"

"Esok saya la hantar awak pergi kerja." Jawab Megat Amar. Erina berkerut dahinya.

Erina mulai rasa rimas apabila Megat Amar memaksanya. Kalau diikutkan ramai gadis tidak akan menolak pelawaan Megat Amar tetapi bagi Erina dia rasa Megat Amar ini merimaskannya.

"Encik Amar....apa kata kita minum-minum next time je. Hari ni saya ada benda nak diselesaikan sebelum bos saya pulang dari Itali." Terang Erina sambil membetul-betulkan rambutnya.

"Ala..sekejap je Rina ..please..." Rayu Megat Amar. Erina buat tak tahu.

Selang beberapa minit kemudian tiba-tiba Megat Emir menghubungi Megat Amar.

"Hello Bro...orang jauh... how's Itali?" Jawab Megat Amar. Erina hanya memandang tajam apabila terdengar perkataan 'Itali' disebut oleh Megat Amar.

"Biasa-biasa jer...aku datang sini bukan honeymoon pun .. aku datang dengar forum je. Dengar orang merepek meraban..hahaha..." Megat Emir bersahaja menjawab soalan Megat Amar.

"Dah kau juga yang nak sangat pergi kan? So..hadap jerla.." Perli Megat Amar.

"Tuhla menyesal plak aku..lama sangat plak kena stay kat sini. Ni kau kat mana..dah balik keje ke?" Soal Megat Emir.

" Aku dah balik keje...aku balik awal hari ni. Aku kat office kau skang ni."

" Haa..kat office aku? Kau buat apa kat office aku? Kan aku takda kat office.." Megat Emir terkejut dengan jawapan Megat Amar.

Megat Amar segera jalan menjauhi Erina.  Dia tahu Erina sedang pasang telinga untuk mencuri-curi dengar. Dia tidak mahu Erina mendengar perbualannya dengan Megat Emir.

"Apa lagi...nak melawat bakal girlfriend aku la...aku nak ajak dia minum-minum tapi dia tak nak la plak..Abang Emir..kau pujuk la dia..please!" Jawapan Megat Amar itu membuatkan Megat Emir tersenyum sinis.

"Bagus Erina...bagus kau tolak ajakan adik aku yang miang tu." Hati Megat Emir bersorak.

"Dia dah tak nak tu kau jangan la paksa dia..ada sebab la tu..kalau kau nak minum-minum ngan dia nanti kau tunggu aku balik nanti  kita pergi la sekali. Oklah Amar aku kena gerak dulu ..kau kirim salam dekat mama dan papa yer. Tunggu aku balik lagi 2 hari tau." Megat Emir segera menamatkan panggilan.

Melihat Erina sibuk dengan kerja-kerjanya maka Megat Amar segera melangkah keluar dari pejabat itu. Dia betul-betul kecewa apabila Erina buat tak endah sahaja dengannya. Jika dengan perempuan lain...masing-masing semua tergedik-gedik cuba mengambil perhatiannya tetapi Erina ini lain dari yang lain. Dia pula yang beria-ria cuba tarik perhatian Erina.

Megat Amar melangkah keluar perlahan-lahan. Dia mengharapkan agar Erina memanggilnya tetapi Erina membatu malah begitu khusyuk mengadap skrin komputer.

"Erina...kau ni seperti burung merpati putih ..nampak jinak tapi rupanya susah nak pegang, susah nak tangkap..." Bicara hati Megat Amar dengan penuh kehampaan.

Share this novel

Guest User
 

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience