Series
14692
Perut yang tadinya tengah lapar tiba-tiba sudah tidak bersedia untuk menerima sebarang makanan.
Megat Emir membawa Erina ke kolam ikan berdekatan rainforest di dalam One Utama itu untuk mententeramkan Erina. Erina kelihatan sedih tetapi cuba mengawal emosinya agar tidak menitiskan air matanya.
"Erina awak ok tak?"
"Bos rasa saya ok tak apabila melihat kekasih yang sudah lama ditunggu rupanya sudah menjadi tunangan orang. Shit... What the hell?" Tutur Erina dalam nada yang keras.
"Awak tak ok... Tapi buat-buat ok je kan. Buat-buat macho depan saya kononnya 'lantak kau' la tapi sebenarnya kalau bole nak nangis kuat-kuat." Jawapan Megat Emir itu membuatkan Erina tersentap.
"Yee... Tapi... Takan saya nak menangis meraung dekat sini kan? Malu la saya kalau orang tengok. Cukuplah saya menangis tempoh hari kerana si mamat tak guna tu. " Senyum kelat Erina jelas kelihatan.
"Saya pernah alami lebih daripada apa yang awak rasa. Lagi seminggu tunang saya tak jadi nak kahwin dengan saya. Perit tau.. Malu pun ada! Dia lebih memilih orang lain!" Terang Megat Emir.
"Ermm... Saya faham.." Erina merenung ikan yang berenang-renang di dalam akuarium itu. Aku ni ditinggalkan kekasih jer... Dia tu lagi berat.. Ditinggalkan tunang. Nak dekat kahwin pulak tu!
"Kalau awak nak nangis... Nangis la puas-puas. Menangis tu kadang-kadang buat kita lagi release. Haa.. Nangis laa cepat.. Nangis kat sini.." Megat Emir menepuk-nepuk lengannya. Dia cuba menjadikan lengannya sebagai sokongan untuk Erina menangis.
"Apasal nak kena nangis kat sini.. Tak nak la saya.. Malu saya nanti. Saya taknak nangis tapi saya nak lepas geram dekat sini leh tak?Dekat daging tomahawk depan saya ni!" Ditunjuk-tunjuknya Erina ke lengan Megat Emir.
Megat Emir blur seketika. "Daging tomahawk? Eii... Awak ingat lengan saya ni steak ke?"
"Hahaha.. Tahu pun takut..Eii..geramnya..tak guna punya Haikal!" Lengan Megat Emir yang sasa itu dicubit-cubitnya untuk di jadikan tempat Erina lepas geram.
Mula-mula Megat Emir biarkan sahaja tetapi lama kelamaan dia pun sudah tidak tahan pedih akibat cubitan itu. Dia segera mencapai kedua belah tangan Erina itu.
" Awak tau tak pedih kena cubit ni.?Sekarang ni awak kena rawatkan kepedihan ni." Tangan Erina masih dalam genggaman Megat Emir.
"Ha... Nak rawat camna.. Kuat sangat ke saya cubit?I'm sorry.. Jom kita pergi cari ubat dekat farmasi." Erina memandang Megat Emir yang sedang menggosok-gosok lengannya. Mata mereka bertaut dan ditubir mata Erina itu bergenang air matanya yang hanya tunggu masa untuk jatuh sahaja.
"Saya nak awak rawat kepedihan saya tadi dengan sematkan hati awak dekat sini." Tangan halus Erina itu segera dibawa ke dada bidangnya itu.
Erina terkedu seketika. Dia harap dia bukan perasan dan Megat Emir bukan berlakon seperti yang mereka selalu lakukan sebelum ini.
"Dan... Saya nak dihati awak hanya ada saya seorang sahaja." Pinta Megat Emir lalu mengucup jemari runcing Erina itu.
Tergamam seketika Erina. Berkali-kali dia kelip matanya agar dia menyedari yang ini bukan mimpi malah sebenarnya adalah realiti.
"Bos..jangan la main-main..jangan la buat saya perasan." Muncung Erina.
"Ini betul-betul la..takan awak nak saya cium awak dulu untuk buktikan yang saya cakap ni betul-betul." Sengih Megat Emir lalu segera mendekatkan wajahnya ke muka Erina.
"Eiii jangan..." Erina segera menepis wajah Megat Emir yang semakin dekat dengan wajahnya. Gila ke apa nak cium kat sini.
"Erina...saya dah tak tahan nak simpan perasaan saya ni sorang-sorang tau. Hari-hari selalu nampak muka awak je tapi bila tak nampak muka awak saya rasa serba tak kena. Kadang-kadang bila terlihat wajah awak je jantung saya laju je pam darah. Kalau selalu macam ni leh sakit jantung saya tau!" Luah Megat Emir yang membuatkan Erina terkedu.
"Erm...tapi saya ni tak lawa..tak seksi..tak bergaya dan tak classy macam Melisa dan wanita-wanita yang setaraf untuk bos."
"Siapa cakap awak tak lawa?Cukup la awak lawa dan seksi di mata saya je...and one more thing...boleh tak jangan kaitkan Melisa dalam hal kita ni...sayang..." Jari Erina dielus-elus perlahan oleh Megat Emir. Erina terasa bahagia.
Sayang!!Auwww...berderau darah Erina. Rasa macam nak pengsan bila dengar perkataan tu keluar dari mulut Megat Emir.
"Alaaa...malu la saya gini bos..."
"Bos??Apa hal panggil bos...cuba la panggil Abang ke Baby ke Hubby ker...ehhh hubby takleh sebab tak kahwin lagi." Megat Emir mencuit hidung Erina.
Erina segera menekup wajahnya dengan telapak tangannya. Dia merasakan keseluruhan wajahnya bertukar menjadi merah. Erina merasa malu tetapi dalam masa yang sama hatinya berbunga riang apabila perasaannya yang disimpan selama ini terbalas.
----------------------------------------------------
Semasa di dalam kereta Erina hanya diam membisu. Perasaannya terbuai-buai dengan peristiwa tadi. Dia tidak sangka rupanya sebelum ini Megat Emir turut ada menaruh perasaan terhadapnya juga.
"Sayang...awak tak lapar ke?" Soal Megat Emir. Sebelah kiri tangannya memegang tangan Erina manakala tangan kanannya pula memegang stereng kereta.
"Segan la saya awak panggil saya camtu?" Erina tersipu malu.
"Habis tu nak panggil apa...Wan Erina Natasha binti Wan Zain ke?" Sengih Megat Emir.
" Lain macam bunyi tu.. Selalunya nama tu dipanggil bila bos saya tengah marah jer.. Ermmm...saya awak sudah lah..." Cadang Erina.
"Mana boleh macam tu sayang...tak romantik..hehehe..."
"What ever lah bos..." Dengus kecil Erina.
"Nope...not bos ok...call me Abang..."Â
"Baik lah Abang Emir...." Tutur Erina dalam nada manja.
Tersenyum lebar sampai ke telinga Megat Emir hari ini. Perasaan yang dipendam lama sebelum ini akhirnya terluah juga kepada Erina.Â
"Boleh tak kita rahsiakan hal kita berdua ni daripada semua orang? Biar hanya kita berdua jer yang tahu." Pinta Erina.
"Tapi kenapa?" Berkerut-kerut dahi Megat Emir mendengar permintaan Erina itu.
"Saya tak nak orang fikir macam-macam pasal kita...Bos dengan secretary bercinta dekat office. Dah la sekarang ni pun derang duk bergosip pasal kita. Kalau diorang tahu abislah kita."Â
"Biar la diorang nak tahu..Pedulikan pasal orang..yang penting you are mine right now!" Tangan Erina dicium lembut oleh Megat Emir.
"Abang.. Ermm..rasa awkward pula nak panggil macam tu.Hehe..." Gelak Erina lalu menutup mulutnya dengan tangan.
"Awak kena biasakanlah selalu yer sayang.. Lagi pun I'm older than you.. Orang pun takleh nak syak apa-apa pun."
"Gila arhh orang tak syak apa-apa konon.. Elok-elok panggil Bos.. Tuan Emir sekali tetiba tersasul nak panggil abang.. Itu nak jerat diri sendiri namanya." Erina menggaru-garu kepalanya
"Jangan fikirkan pasal orang boleh tak... Yang penting fikirkan macam mana nak bahagiakan kita ni je. I love you Wan Erina Natasha!" Megat Emir mencapai semula jari Erina itu lalu dikucupnya.
"Ermm.. Ni baru betul.. Baru boleh percaya.. Sebab dah dengar dari awak sendiri ayat tu..I love you too Abang.. Megat Emir!.. Hehe.." Ungkap Erina lalu menekup mulutnya. Mukanya merah padam menahan malu. Malu kerana sekelip mata sahaja dia telah menjadi kekasih hati Megat Emir.
"Abang...saya lapar la..." Rengek manja Erina.Â
"Ok sayang...jom kita cari makan sebab abang pun lapar..." Megat Emir segera meneruskan pemanduannya ke restoran kegemarannya yang terletak di Bukit Jelutong.
Share this novel