Series
14692
Jam menunjukkan pukul 11.30 pagi. Pagi ini Puan Marina muncul lagi di pejabat Megat Emir.
Aida betul-betul hairan. Sejak menjak ni rajin betul Puan Marina muncul di pejabat ni. Hari tu datang jumpa Megat Emir. Lepas tu jumpa Erina. Hari ni pula jumpa Megat Emir dan Erina lepas tu keluar bersama-sama lagi.
Aida yang sangat busy body tu tanpa segan silu sempat la bertanya kepada Puan Marina tadi beberapa soalan.
"Beberapa hari ni Puan Marina rajin ke sini yer? Ada apa-apa yang menarik ke?" Soal Aida kepada Puan Marina.
"Takda apa-apa la..I saja boring duduk rumah. At least datang sini dapat la berborak dengan Erina. Kalau berborak dengan Emir dia tak nak layan I. Busy memanjang je jawapannya." Terang Puan Marina. Aida hanya mengangguk kepalanya tanda faham tetapi disebalik itu dia mulai rasa curiga sesuatu.
"Owhh..takan la Puan Marina datang semata-mata nak beborak dengan Erina kan?Mesti ada something kan?" Duga Aida sambil tersengih kepada Puan Marina akan soalannya tadi.
"Pandai la kamu nak teka macam-macam. Nak datang tengok anak bujang terlajak I tu jer" Puan Marina mencuit bahu Aida lalu segera berjalan meninggalkan Aida dan menuju ke ruangan kerja Erina.
Puan Marina tahu yang Aida pun tidak mengetahui hubungan istimewa antara Megat Emir dan Erina itu. Megat Emir awal-awal lagi sudah memberi amaran kepada mamanya supaya tidak kecoh akan perkara itu kerana dia tidak mahu kakitangan di Mahkota Development Sdn Bhd bergosip akan hal itu.
Megat Emir tahu syarikatnya itu bukan sahaja bagus dalam membina bangunan malah kakitangan di syarikatnya itu juga hebat dalam bergosip dan membawang. Kalah syarikat majalah gosip hiburan malah info-info pun sentiasa terkini dan sensasi.
"Ehh..auntie!" Erina yang sedang kusyuk buat kerja terkejut dengan kehadiran Puan Marina.
"Ye..auntie la. Rina ni fokus sangat dekat kerja tu sampai tak sedar auntie datang. Jom kita masuk sembang dekat bilik Emir sekejap." Ajak Puan Marina lalu menarik tangan Erina supaya bangun dari kerusinya.
"Mama!" Terkejut Megat Emir sebaik sahaja menyedari Puan Marina dan Erina masuk ke biliknya.
Megat Emir segera bangun dan mendapatkan Puan Marina yang sudah melabuhkan punggung di sofanya. Tersenyum dia melihat mamanya itu asyik memegang tangan Erina.
Entah kenapa Megat Emir merasakan mamanya begitu menyayangi Erina. Erina di sebelah Puan Marina hanya melemparkan senyuman manis sebaik sahaja Megat Emir mengenyitkan mata kepada Erina.
"Tadi umi Rina call auntie tau. Dia cakap Sabtu ni dia suruh Emir terus masuk meminang Rina je!" Teruja wajah Puan Marina memperkatakannya.
"Meminang!" Serentak jawapan Megat Emir dan Erina.
"Nampaknya Allah dah permudahkan urusan Emir. Tak payah la Emir susah-susah nak pujuk Rina dah." Senyum melebar Megat Emir. Erina pula berkerut dahinya mendengar kata-kata Megat Emir itu.
"So..Emir dan Rina free tak sekarang ni?" Soal Puan Marina.
"Rina ikut bos jer...kalau bos Rina free..Rina free la..kalau bos Rina busy..Rina pun busy la." Ujar Erina.
"Dah...dah..tak kira la busy ke free sebab sekarang ni company ni company bapak Emir kan..so apa kata lepas ni kita pergi cari barang-barang untuk kamu berdua nak bertunang. Mama nak kena pergi hantar untuk orang gubah pulak jadikan hantaran. Kita dan kesuntukan masa tau..Emir...Rina..." Panjang Puan Marina berleter manakala Erina hampir nak tergelak mendengar kata Puan Marina itu.
Megat Emir hanya tersenyum melihat kekalutan mamanya itu. Mamanya betul-betul teruja dengan pertunangannya untuk kali kedua ini.
"Mama...jangan la kalut sangat. Siapa yang nak bertunang sebenarnya sekarang ni? Emir ke mama? Haha..." Megat Emir ketawa berdekah-dekah melihat mamanya yang kalut itu.
"Ok auntie..releks..releks..kami akan ikut auntie. Rina settle apa yang patut dulu then lepas ni kita pergi yer." Erina mengusap-usap tangan Puan Marina. Dia cuba mententeramkan hati Puan Marina yang terlebih teruja itu. Dia memberi isyarat mata kepada Megat Emir untuk mengiyakan sahaja permintaan Puan Marina itu.
"Ok... Jangan lambat-lambat yer. Kamu berdua pergi uruskan apa yang patut dulu..mama tunggu sini tau!" Megat Emir dan Erina saling berpandangan dan tersenyum dengan keletah Puan Marina itu.
------------------------
Petang itu sambil menonton televisyen di ruang tamu, Syed Rizal membelai-belai rambut Melisa. Kali ini dia bertekad untuk menyatakan sesuatu kepada Melisa.
"Biy..funny la that guy. Nasib dia betul-betul tak baik kan. Perempuan tu pulak kuat betul. Tak padan dengan kecik!" Mengekek Melisa menonton K-drama yang bertajuk Strong Women Do Bong Soon. Bahunya disandarkan ke dada Syed Rizal.
"Sayang...I nak bagi tahu you ni..start from next week I akan lebih kerap stay dekat rumah Syira yer."
"But why? You mana boleh macam ni Biy. You tak adil!" Bentak Melisa.
"Sekarang ni Syira tengah pregnant. She need me to stay by her side. I harap you faham dan boleh give and take." Terang Syed Rizal.
"What? She's pregnant. So takan lah sebab dia pregnant je you nak kena lebihkan dia. I also need you Biy." Muncung Melisa. Dia geram apabila Syed Rizal lebih-lebihkan pula madunya itu.
"Ya I know you need me too...tapi Shira tu perlukan lebih perhatian daripada I supaya baby dalam kandungannya tu sihat dan happy sentiasa. Kalau you pregnant pun I akan buat macam tu juga la Sayang." Ujar Syed Rizal lalu mengusap lembut tangan Melisa.
Setiap kali sekiranya Melisa marah atau merajuk kadang-kadang Syed Rizal sememangnya pandai untuk mengambil hati Melisa dengan sentuhan manja dan kata-kata manis. Dia tahu kelemahan Melisa ialah apabila digoda, dipujuk dan dibelai pastinya Melisa akan cair.
Daripada mengusap tangan kemudian terus usapan ke daerah lain pula. Melisa hanya tersenyum. Dia tahu apa yang Syed Rizal inginkan manakala Syed Rizal pula tahu apa yang boleh melemahkan kemarahan Melisa.
"Biy..boleh tak you balik sana ikut jadual dan persetujuan yang dah kita setujui. Kalau you balik sana lama-lama I lonely tau. You jangan pula bising yer kalau tiba-tiba I cari hiburan dekat luar ye!." Ugut Melisa. Sejak berkahwin dengan Syed Rizal sememangnya Melisa punya kehidupan adalah hanya bersama dengan suaminya sahaja.
"Don't you dare! You nak pergi mana-mana please make sure I know ya. Jangan nak mengatal cari ex-fiance you tu lagi!" Syed Rizal buat tak tahu sahaja permintaan Melisa itu tadi.
Demi kesenangan dan kekayaan, Melisa sanggup menurut segala kata-kata Syed Rizal untuk meninggalkan dunia glamor modelingnya, tinggalkan kawan-kawan yang dianggap tidak penting untuk Melisa serta mengurangkan aktiviti berhiburan di luar.
Tetapi kali ini Melisa sudah tidak sanggup melakukan semuanya itu. Dia merasakan kehidupannya itu adalah tidak normal dengan kongkongan daripada Syed Rizal.
"Kalau dia boleh mungkir dengan apa yang telah dipersetujui kenapa aku tidak!?" Jerit Melisa di dalam hati. Dia segera bangun menuju ke bilik tidur dengan muka menjeruk.
Melihat Melisa bangun menuju ke bilik tidur, Syed Rizal turut mengekorinya dari belakang dengan senyuman. Dah lama rasanya dia tidak membelai dan dibelai oleh Melisa. Dia mengharapkan dengan belaian asmara dan pujuk rayunya nanti Melisa akan bersetuju dengan permintaannya sebentar tadi.
Share this novel
Next please Tqtqtq