Series
14692
Deruman enjin 1000cc daripada Kawasaki Ninja berwarna hitam hijau memecah kesunyian lebuh raya pada pagi Ahad itu. Erina kelihatan sangat tangkas dan bergaya menyarung jaket kulit berwarna hitam, lengkap dengan topi keledar full-face.
Sudah lama dia tidak menunggang superbike sejak berkahwin dan bergelar bakal ibu. Memandangkan kandungan Erina masih berusia empat minggu, doktor membenarkan Erina melakukan aktiviti ringan. Megat Emir pada mulanya melarang Erina menunggang motor tetapi akhirnya beralah buat kali terakhir sebelum perut Erina membesar.
Erina tidak bersendirian. Di sebelah motosikalnya, sebuah motosikal Ducati Panigale merah mengekor rapat. Penunggangnya tidak lain tidak bukan ialah Megat Emir. Walaupun Megat Emir memakai baju menunggang yang lengkap, aura CEO yang posesif tetap terserlah. Di belakang mereka, sebuah kereta Ford Ranger biru dipandu oleh Megat Amar mengekor rapat sebagai kenderaan pengiring atas arahan keselamatan daripada Megat Emir.
Mereka berhenti di hentian rehat untuk bersarapan. Sebaik sahaja Ford Ranger diparkir, sebuah motosikal Yamaha R6 biru berhenti di sebelah mereka. Penunggangnya membuka visior topi keledar.
"Amboi, bukan main rancak pasangan suami isteri ni dating atas highway ya!" Usik Haziq lalu turun dari motosikalnya.
Erina membuka topi keledarnya, membiarkan rambutnya yang diikat tinggi beralun ditiup angin. Wajahnya kelihatan sangat berseri-seri dan gembira. "Haziq! Kau pun datang juga? Ingatkan tak jadi!"
"Mestilah jadi..Husband kau beria ajak aku. Tapi kan aku tengok dari belakang tadi, macam bukan korang tengah berkonvoi. Tapi macam Emir tengah buat operasi menghendap bini sendiri." Seloroh Haziq sambil ketawa besar.
Megat Emir turun dari Ducati miliknya dengan gaya yang sangat segak. Dia menanggalkan sarung tangan kulit lalu merapati Erina. Dia menarik tisu dari poketnya, lalu mengesat lembut peluh kecil yang merenik di dahi Erina. Haziq mencebik.
"Mestilah kena hargai dan perhatikan rapat, Haziq. " Balas Megat Emir dengan nada suara yang rendah, serak basah, dan penuh tarikan sasa seorang suami. "Bini aku ni bukan sahaja secretary aku, malah Gadis Superbike yang pandai celok sana sini. Kalau aku terlepas pandang sesaat, mau dia memecut laju tinggalkan aku dekat belakang."
Erina tersenyum manis, pipinya merona merah akibat layanan romantik Megat Emir di hadapan Haziq. Dia merapati lalu mencuit perlahan pinggang suaminya. "Abang ni... mana ada saya pecut laju. Saya bawa 110 km/j je. Abang tu yang asyik potong laluan saya."
Haziq mengemam bibirnya rapat, bahunya terenjut-enjut menahan tawa melihat gelagat cemburu Megat Emir. "Releks Emir! Kau bawa motor rapat-rapat tadi tu pun sebab takut Erina kena usik dengan bikers lain dekat depan tadi kan? Aku nampak tau kau jeling tajam dekat mamat R1 yang cuba potong Erina tadi."
Megat Emir hanya tersenyum senget, langsung tidak menafikan tuduhan Haziq. Dia selamba melingkarkan lengan sasanya di pinggang Erina, menarik tubuh kecil isterinya itu rapat ke dadanya yang tegap.
"Memang pun. Erina milik mutlak aku. Dekat pejabat ke, dekat jalan raya ke...semua orang kena tahu Gadis Superbike ni abang yang punya." Bisik Megat Emir penuh syahdu di telinga Erina sehingga membuatkan bulu roma Erina meremang. Erina hanya mampu menggelengkan kepala dengan muka yang kembali berbahang panas akibat usikan suaminya.
"Abang Emir, aku ni nak kena mengekor korang sampai ke mana ni? Letih la aku nak mengekor dan kejar korang dari belakang." Ngomel Megat Amar.
"Sorry la Amar...aku lupa kau pun follow kitorang. Kau follow jerla sampai ke mana Erina nak bawak motor tu ..jangan banyak bising boleh tak!" Tutur Megat Emir dengan tegas.
"Ermm...baiklah Tuan Emir!" Megat Amar akur dengan kata-kata abangnya itu.
Layanan Megat Emir yang sentiasa sarat dengan elemen pelindungan dan romantik begini benar-benar membuatkan Erina berasa amat dihargai. Hobi menunggang superbike yang dahulunya dilalui sendirian, kini bertukar menjadi memori paling indah kerana dia sudah menemui seorang suami yang bukan sahaja menjadi peneman, tetapi pelindungnya.
---------------
Megat Emir melangkah masuk ke dalam bilik tidur utama dengan senyuman senget yang paling menawan. Dia baru sahaja selesai mandi, menyarung kain pelekat dan kemeja-T putih bersih. Haruman maskulin sabun mandinya menerpa segar ke segenap pelosok bilik.
"Sayang... abang dah siap mandi. Jom tidur." Panggil Megat Emir dengan nada suara yang rendah dan seksi. Dia mengatur langkah bersahaja mendekati katil.
Erina yang berbaring menyelimuti tubuhnya tiba-tiba tersentak. Sebaik sahaja Megat Emir berada dalam jarak dua meter, hidung Erina menangkap bau tubuh suaminya. Serta-merta, tekaknya diserang berasa loya yang amat sangat tanpa amaran.
"Abang! Duduk situ! Jangan dekat!" Jerit Erina separuh panik, telapak tangannya diangkat tinggi memberi isyarat amaran, sementara sebelah lagi tangan menekup mulut.
Langkah Megat Emir mati. Dahinya berkerut seribu dengan wajah polos yang terkedu.
"Kenapa sayang? Abang dah mandi bersih-bersih ni. Wangi apa..."
"Tak boleh! Bau abang... bau abang busuk sangat malam ni! Tolonglah jauh sikit, saya nak muntah!" Adu Erina dengan mata yang mula berkaca.
Erina pantas melompat dari katil dan berlari laju ke bilik air. Kedengaran bunyi Erina muntah dengan teruk sekali.
Megat Emir berdiri kaku di tengah bilik. Dia menundukkan kepala, mencium kemeja-T putihnya berkali-kali. '"Wangi je bau sabun ni. Takkan bau peluh aku pun tak boleh?" Bisik hati Megat Emir. Dia berasa ralat dan kesian melihat keadaan isterinya.
Apabila Erina keluar dari bilik air dengan wajah yang pucat dan lembik, dia memandang suaminya dengan pandangan sayu dari jauh.
"Abang... saya minta maaf. Sejak mengandung dua bulan ni, saya betul-betul tak boleh bau abang. Rasa pening gila dan loya-loya." Wajah Erina monyok serba salah.
Melihat wajah polos Erina yang sarat dengan simpati, sifat penyabar Megat Emir kembali menguasai diri. Dia tersenyum kelat penuh pasrah. Teringat pula kisah lama semasa awal perkahwinan mereka.
"Dulu... sayang hukum abang tidur atas sofa sempit ni sebab sayang takut abang ehem-ehem." Usik Megat Emir dengan nada suara yang dikawal lembut, lagak bersahajanya cuba menceriakan suasana. "Sekarang, anak abang dalam perut ni pula yang benci bau abang. Nampaknya... bantal dengan selimut abang kena berpindah ke sofa semula lah malam ni."
Erina mengukir senyuman nipis, berasa sangat bersyukur mempunyai suami yang memahami seperti Megat Emir. "Terima kasih, abang..Rina minta maaf ye abang."
"Tak apa, demi isteri dan anak abang, abang sanggup beralas sofa lagi." Balas Megat Emir selamba sebelum memeluk bantalnya dengan berat hati, bersedia mengharungi malam yang dingin tanpa pelukan hangat isterinya demi fasa alahan tersebut.
-------------------------
Fasa trimester pertama kehamilan Erina benar-benar menguji ketahanan mental dan fizikal Megat Emir. Jika pada bulan kedua Erina mengalami alahan pelik membenci bau badannya, masuk bulan ketiga ini, ragam mengidam dan alahan Erina ini semakin menjadi-jadi dan macam-macam ragam.
Petang itu, Megat Emir pulang dari pejabat dan mendapati pintu pagar rumah terbuka. Apabila dia melangkah ke garaj, jantungnya hampir luruh melihat Erina yang sarat mengandung tiga bulan sedang duduk mencangkung di sebelah motosikal Kawasaki Ninja miliknya.
Di tangan Erina ada sebotol minyak hitam motosikal yang sudah dibuka. Erina memejamkan mata sambil menyedut dalam-dalam bau minyak pelincir tersebut dengan wajah yang tersangat tenang dan bahagia.
"Sayang! Buat apa tu?!" Jerit Megat Emir panik. Dia terus menerpa dan merampas botol tersebut. Sifat pelindungnya terus meletus.
"Sayang... ini minyak hitam motorsikal lah! Bahaya bau benda ni, toksik untuk kandungan tau tak?" Megat Emir merenung tajam isterinya.
Erina memuncungkan bibirnya, matanya serta-merta berkaca seolah-olah mahu menangis akibat diherdik. "Abang ni... Saya tak minum pun, saya cuma nak bau je. Sejak mengandung ni, saya rasa bau minyak hitam ni wangi sangat-sangat. Jauh lebih wangi daripada perfume mahal abang tu!"
Megat Emir meraup wajahnya, pasrah. Lagak bersahajanya hilang berganti dengan rasa pening kepala. Memang sah, anak di dalam kandungan ini mewarisi darah bikers sejati ibunya.
" Aduhh.. Pelik-pelik betul la isteri dan anak abang ni. Next time jangan buat macam ni ye. Sayang nak bau apa pun abang izinkan tapi tolongla jangan bau minyak hitam tu. Daripada bau minyak hitam tu baik sayang bau ketiak abang ni." Megat Emir menarik Erina ke dalam pelukkannya lalu ditenyeh-tenyeh ketiaknya ke hidung Erina.
" Abang...Wek..Wek..." Erina segera menepis ketiak Megat Emir. Tanpa diduga akhirnya Erina telah termuntah ke baju kerja Megat Emir itu.
" Sayang... "
"Ermm.. Padan muka.. Siapa suruh buat pasal.." Tanpa rasa bersalah Erina berlalu meninggalkan Megat Emir yang berdiri kaku.
Jam menunjukkan pukul 2:00 pagi, suasana bilik tidur yang sunyi tiba-tiba terganggu apabila Erina mencelikkan mata. Dia terus mendekati suaminya yang sedang lena di sofa itu. Erina mencuit perlahan lengan sasa suaminya.
"Abang... abang... bangunlah kejap." Kejut Erina lembut.
Megat Emir membuka matanya yang kuyu, suaranya kedengaran sangat serak basah akibat mengantuk. Dia mencapai lengan Erina lalu menarik isterinya mengajak baring bersama di sofa itu. "Kenapa sayang? Sakit perut ke?" Tangannya melingkar di pinggang Erina memeluk dari belakang. Perut Erina diusap-usap lembut.
"Tak...saya lapar! Saya mengidam nak makan sate perut kuah kacang. Tapi... sate tu mesti dibakar guna arang kayu getah, baru ada bau sedap," Pinta Erina dengan wajah paling polos tanpa rasa bersalah.
Megat Emir terus tercelik luas. Dia menyembam dahi yang berkerut seribu ke belakang kepala Erina. Rambut Erina diusap-usap lalu diciumnya. "Sayang... pukul dua pagi ni, mana abang nak cari sate perut malam-malam ni? Dah tu nak cari yang dibakar arang kayu getah pula tu. Sayang makan biskut cicah susu dulu, boleh tak?"
Air mata Erina terus menitis laju membasahi pipi. Dia terus memusingkan badannya yang membelakangi Megat Emir tadi kepada mengadap wajah suaminya itu dengan jarak yang hanya seinci. Â
"Abang dah tak sayangkan saya... Abang tak nak layan anak abang ni..." Erina memandang sayu Megat Emir.
Melihat air mata Erina, sifat penyabar dan romantik Megat Emir serta-merta mengambil alih. Dia mengeluh manja, lalu bangun dari sofa. Megat Emir meraup wajahnya dengan tangan.
"Yalah, yalah. Abang cari. Jangan nangis, sayang..." Megat Emir merasai serba salah jadinya. Jari isterinya itu diusap-usap cuba memujuk.Â
Malam itu, Megat Emir terpaksa menghubungi adiknya Megat Amar dan Haziq pada pukul 2:30 pagi semata-mata untuk mengerah mereka mencari kedai sate perut yang masih dibuka di seluruh kawasan Lembah Klang.Â
"Assalamualaikum Haziq. Kau tengah melepak ke?" Suara Megat Emir ditalian.
"Waalaikumsalam. Aku tengah tidur. Gila apa nak melepak pukul 2 pagi ni. Kang kalau esok aku sampai lambat 'bos' aku bising macam mak nenek. Kau nak apa pagi-pagi ni. Jangan cakap nak bagi aku task pulak pepagi buta ni. Tak boleh tunggu esok ke weh Megat Emir oii..." Jawab Haziq dalam mamai . Haziq yang menerima panggilan itu sempat membebel kepada Megat Emir kerana mengacau tidur nyenyaknya.
"This is an order...kau tolong aku cari sate perut malam ni juga. Belikan aku 30 cucuk!"
"Sate perut?? MasyaAllah..mana aku nak cari ni wehh...Kau memang teruk Tuan Emir bagi aku kerja luar dari skop kerja aku." Haziq menggaru-garu kepalanya.
"Tolong aku weh...Erina nak makan sate perut. Kalau ikutkan dia nak sate perut yang dibakar guna arang kayu getah tapi kalau kau dapat sate perut tuh kira oklah. Rumah kau kat Kajang kan..kau cuba usha sikit kat sana ada tak?" Tanpa rasa bersalah Megat Emir memberi arahan kepada Haziq demi menunaikan hasrat isteri tersayangnya itu.
"Yelah..yelah..aku tak janji tau." Tutur Haziq lemah.
Setelah menanti beberapa jam, akhirnya Haziq muncul di rumah berkembar itu dengan sate perut. Erina memandang dengan penuh teruja dan senyuman melebar.
Selepas Erina selesai makan sate perut yang berjaya dibeli oleh Haziq walaupun bukan dibakar guna arang kayu getah, Erina duduk bersandar tenang di dada Megat Emir di atas katil. Megat Emir mengusap lembut perut Erina yang masih kecil itu sambil mencium rambut isterinya yang wangi.
"Macam-macam ragamlah anak papa ni. Jenuh papa nak kena layan," Usik Emir penuh syahdu dengan nada suara yang rendah tepat di telinga Erina.
Erina tersenyum manis penuh rasa bersalah. Dia menyembunyikan wajahnya yang membahang merah di dada bidang suaminya. Dia rasa tersangat bertuah kerana di sebalik pelbagai alahannya yang pelik, Megat Emir tidak pernah merungut, sebaliknya sentiasa melayaninya seperti seorang permaisuri.
"Aik.. Dapat makan sate perut ni, sayang terus dah tak bau abang busuk ke?" Usik Megat Emir apabila kelihatan Erina masih setia bersembunyi di dada bidangnya.
"Tak.. Abang tetap busuk. Uwek.. Uwek.." Erina buat wajah pura-pura muntah.
"Ish.. Ngada betul isteri abang ni." Tangan Megat Emir laju memukul lembut punggung isterinya.
"Abang!" Erina merenung tajam Megat Emir manakala Megat Emir hanya tersenyum sumbing.
Share this novel