EPISOD 55

Romance Series 14692

Suasana sunyi malam dan dingin embun pada malam betul-betul  sejuk hingga ke tulang. Megat Amar segera mendekati mama dan papanya yang sedang sibuk bersembang di laman rumah.

"Papa dan mama sembang apa tuh?" Megat Amar mencelah.

"Takda apa..sembang-sembang pasal korang dua beradik la. Sembang mengenai bila agaknya papa dan mama nak dapat menantu." Tuan Megat Emran berkata sambil tersenyum kepada anak bongsunya itu.

"Oooo pasal tuh ke.. Abang Emir la kena kahwin dulu. Dia yang sulung." Jawab Megat Amar.

"Kamu ni bercinta dengan siapa pulak sekarang ni? Pening mama dengan anak-anak mama ni. Sorang kasanova ..sorang lagi plak workaholic." Soal Puan Marina sambil menepuk-nepuk bahu Megat Amar.

"Yang kasanova tu mesti mama nak cakap Amar la tu kan? Amar dah tak jadi macam tuh dah la mama. Amar dah jadi budak baik sekarang ni. Amar dah tak bercinta dengan siapa-siapa dah sekarang ni." Terang Megat Amar.

"Eleh..macam la papa dan mama nak percaya. Memang la tak bercinta tapi mesti ada seseorang kan? Amar ingat senang dan sekelip mata ke kamu nak berubah. Papa kenal la anak papa macam mana." Sindir Tuan Megat Emran kepada anak bongsunya itu.

"Sekarang ni Amar tak bercinta dengan sesiapa dah..tapi Amar berkenan seseorang. Satu hari nanti Amar akan bagitau dan kenalkan dia kepada mama dan papa." Jelas Megat Amar.

"Ooo tak bercinta tetapi dah ada sesorang. Kamu cakap apa ni Amar. Pening la mama..tak paham." Berkerut dahi Puan Marina untuk cuba memahami ayat anaknya itu.

"Maknanya dia takda girlfriend tapi tengah cuba nak serius dan mengenali sesorang lah tuh." Duga Tuan Megat Emran.

"Haa..betul pun..terer la papa.." Megat Amar menunjukkan ibu jari kepada papanya.

"Ini papa la..macam la papa tak pernah muda macam kamu dulu." Tuan Megat Emran mengusap-usap janggutnya yang putih itu tanda bangga.

"Amar masuk dulu yer. Rasa macam nk tidur awal malam ni.Letih sangat buat kerja kat office tadi." Megat Amar segera berjalan masuk ke dalam rumah meninggalkan papa dan mamanya.

Tuan Megat Emran dan Puan Marina menyambung kembali perbualan mereka. Mereka sedang merancang untuk merisik anak Haji Wan Zain dan Hajah Saleha.

"Amar dah ada seseorang...Emir ni ha tak tahu cerita. Takan hidup dia nak fikirkan pasal kerja  je." Ngomel Puan Marina.

"Awak tu berkenan sangat dengan Erina tu so apa lagi..cuba la bincang dengan Hajah Saleha macam mana. Kurang-kurang kita datang merisik dulu anaknya. Dah berpunya ke belum? Takda la hampa sangat awak nanti." Gelak Tuan Megat Emran.

"Nanti saya bincang dengan Hajah Saleha. Dengan Emir pun kena bincang juga tau." Puan Marina sememangnya bercadang untuk menjodohkan Megat Emir dengan Erina. Tetapi nak ke anaknya itu berkahwin dengan setiausahanya sendiri?

"Emir tu pulak ok ke? Kot-kot la dalam diam dah ada seseorang ke? Saya ni tak suka nak paksa anak-anak kahwin. Masing-masing dah besar so pandai la diorang fikirkan pasal masa depan diorang." Air teh o panas segera diteguk oleh Tuan Megat Emran.

Megat Emir keluar dan duduk di sebuah kerusi rotan di hadapan kolam renang. Kelihatannya seperti sedang berbual dalam telefon. Dia sememangnya tidak menyedari papa dan mamanya turut berada di situ sambil menikmati suasana malam.

Puan Marina dan Tuan Megat Emir hanya memerhatikan sahaja anak teruna mereka itu dari jauh. Gaya cakap di telefon seperti sedang berbual dengan kekasih. Terlentok sana terlentok sini. Jarinya menguis sana menguis sini. Puan Marina cuba untuk memasang telinga tetapi perbualan telefon Megat Emir itu agak terhad untuk didengari kerana jarak di antara mereka agak jauh.

"Oklah sayang..see you tomorrow.  Esok abang jemput kat rumah tau. Untung nasib boleh la jumpa bakal bapak mertua dan mak mertua abang." Usik Megat Emir kepada Erina di talian. 

Sebaik sahaja Megat Emir menyedari papa dan mamanya sedang merenung tajam kepadanya, Megat Emir segera menghentikan perbualannya di telefon.

Megat Emir mendekati papa dan mamanya yang sedang asyik memerhatikannya dari tadi.

"Emir bergayut dengan siapa tu? Amboii bukan main rancak mama tengok.Girlfriend baru ke?" Soal Puan Marina sambil merenung tajam menunggu jawapan dari Megat Emir.

"Emir call secretary Emir. Biasalah kan...siang malam Emir busy." Megat Emir cuba menyorok kisah cintanya dari mamanya.

"Secretary Emir?Erina tuh ke?" Teruja betul Puan Marina.

"Yerla Erina la..siapa lagi secretary Emir kalau bukan dia. Kenapa mama?" Megat Emir pelik melihat reaksi mamanya manakala papanya hanya tersengih-sengih.

"Mama rasa rindu pulak dekat dia. Kalau esok mama datang office Emir jumpa dia boleh ke?Mama nak kidnap dia sekejap. Boleh?" Puan Marina meminta kebenaran daripada Megat Emir selaku majikan kepada Erina. Dahi Megat Emir berkerut melihat mamanya yang begitu teruja apabila nama Erina di sebut. Agenda apa pula mama ni?

"Ermm..datang la mama..tapi kalau mama datang nak ajak dia breakfast or lunch make sure Emir is one of the corum tu ya!" 

"Yaa...of course la my son oii..." Dicuitnya bahu Megat Emir.

----------------------------------------------

Jam 11.30 pagi .. Datang Puan Marina melangkah masuk ke pejabat Pengarah Eksekutif. Aida menyambut kedatangan Puan Marina dengam senyuman.

"Assalamualaikum Aida. Apa khabar? Lama kita tak berjumpa kan?" Puan Marina memberi salam sebaik sahaja dia sampai di kaunter penyambut tetamu.

"Waalaikumsalam... Eh.. Puan Marina! Yerla.. Lama Puan tak datang sini." Aida segera salam Puan Marina selaku ibu majikannya itu.

Semasa Tuan Megat Emran menguruskan Mahkota Development Sdn Bhd, Puan Marina kerap berkunjung ke pejabat itu tetapi sejak Megat Emir mengambil alihnya Puan Marina hanya akan berkunjung ke pejabat itu apabila perlu sahaja..

"Emir ada?" Puan Marina bertanya.

"Ada." Ringkas jawapan Aida.

"Erina ada?" Soal Puan Marina lagi.

"Erina? Ada.. Ada.." Aida pelik. Kenapa Erina juga dicari Puan Marina.

"Kalau macam tu.. I masuk dulu jumpa diorang yer." Senyum bukan main lebar lagi Puan Marina apabila ketahui Erina ada di pejabat.

Puan Marina segera masuk ke ruangan kerja Erina yang dahulunya Farida  di situ dan kini Erina yang telah mengambil alihnya. Erina sedang membelek-belek buku catatannya dan kemudian menaip sesuatu di komputer.

Kusyuk sungguh sehingga tidak menyedari kehadiran Puan Marina dihadapannya. Di sangkanya Aida jadi dia buat tak tahu sahaja sehingga dia pelik kenapa Aida diam membisu.

"Amboi.. Kusyuknya sampai auntie datang buat tak tahu je yer." Bagai hendak melompat Erina daripada tempat duduknya apabila ditegur oleh Puan Marina.

"Ya Allah... Auntie.. Sorry.. Sorry.. Rina ingatkan Aida. Sorry sangat-sangat yer auntie." Erina segera bangkit dari kerusinya dan kemudian salam dan cium tangan Puan Marina.

Puan Marina hanya tersenyum. Sejuk betul hatinya melihat gadis di hadapannya itu. Manis, cantik dan penuh dengan adab sopan. Pakaiannya pun sopan tidak mencolok mata walaupun tidak bertudung di kepala.

"Auntie nak jumpa Tuan Emir ke? Dia ada kat dalam tu. Sekejap Rina bagitau bos."

"Auntie nak jumpa Emir dan Rina. Jom kita lunch sama-sama. Hari ni auntie belanja." Cadang Puan Marina. Tak berkelip matanya memandang bakal menantu idamannya.

Kalau dilihat melalui cermin kaca yang memisahkan antara Erina dan Megat Emir itu, kelihatan Megat Emir sedang sibuk berbual dengan seseorang di telefon. Erina mempersilakan Puan Marina masuk dan duduk di sofa.

Erina memberi beberapa isyarat tangan kepada Megat Emir yang sedang sibuk ditalian. Puan Marina hanya memerhatikan sahaja komunikasi antara Megat Emir dan Erina yang seolah-olah seperti orang bisu itu.

"Sejak bila pula Emir belajar bahasa orang bisu ni?" Tegur Puan Marina sebaik sahaja Megat Emir menamatkan panggilannya ditalian.

"Itu bukan bahasa orang bisu la mama. Itu bahasa antara bos dan secretary nya." Senyum Megat Emir apabila membuat mamanya mengeleng-geleng kepala.

"Pandai la kamu nak kenakan mama ye. Bagus betul secretary Emir tu. Dengan hanya pergerakan tangan Emir dia dah tahu apa yang Emir maksudkan. Betul-betul memahami. Sesuai buat bini." Terkejut Megat Emir mendengar ayat terakhir mamanya itu.

Erina muncul semula di bilik Megat Emir dengan secawan air coklat panas. Dihulurnya cawan itu kepada Puan Marina.

" Buat susah Rina je. Kan auntie dah bagitau tadi nak ajak pergi lunch sama-sama. Emir ikut sekali tau. Ada benda yang mama nak bincangkan dengan korang."

"Ok mama." Ringkas jawapan Megat Emir. Dia sememangnya sudah ketahui niat mamanya ke mari adalah untuk mengajaknya dan Erina makan bersama tetapi kalau perkara lain sememangnya dia tidak pernah terfikir dalam fikirannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience