Series
14692
Rumah berkembar dua tingkat itu terasa begitu kosong bagi Erina. Jika dulu dia merasakan gembira dengan usikan dan gelak tawa ayahnya tetapi hari ini gelak tawa itu sudah hilang. Jika dulu dapur rumah itu akan bising dengan bunyi kelatang keletung tetapi kini bunyi itu tidak kedengaran.
Erina merasakan rumah itu betul-betul sunyi. Dia hanya duduk di penjuru katil di dalam biliknya dan memeluk lututnya dengan mata yang bengkak.
Sudah beberapa hari Erina kesedihan dan Megat Emir memintanya untuk berehat di rumah selama seminggu untuk mententeramkan jiwanya yang lara itu.
"Abang Emir..Niza tak boleh duduk sini lama-lama tengokkan Kak Rina sebab Niza pun tak larat nak ulang alik dari tempat kerja Niza ke sini." Aniza sepupu kepada Erina menyuarakan kepada Megat Emir akan kekangan yang dihadapinya.
"Abis tu Erina tengah sedih tu takan nak biarkan dia tinggal sorang-sorang dekat rumah ni. Abang risau kalau dia buat benda pelik-pelik nanti." Megat Emir menyuarakan kerisauannya akan situasi Erina ketika ini.
"Niza no choice. Tempat kerja Niza jauh tau dari sini. Letih la Niza nak ulang alik. Abang kan tunang Kak Rina. Abang tengok-tengokkan lah dia." Cadang Aniza.
"Memanglah tunang dia tapi sejauh mana sangat abang leh tengok. Abang bukannya leh tidur sini tengok-tengokkan dia." Megat Emir menggaru-garu kepalanya kerisauan tentang Erina.
"Ermm...Niza pun tak tahu nak fikir macam mana." Aniza menjungkitkan bahunya.
-------------------------------------
Tuk!Tuk!
Kedengaran pintu bilik Megat Amar diketuk. Ketukan itu telah mengejutkan Megat Amar yang sedang kusyuk membuat penyelidikan mengenai video dan foto 'Erina' itu.
"Amar...aku masuk bilik kau boleh tak?" Kedengaran suara Megat Emir di luar bilik Megat Amar.
"Masuklah."
Megat Emir segera masuk ke bilik Megat Amar dan kemudian mendekati adiknya itu yang sedang kusyuk mengadap komputer. Megat Emir berdiri di belakang Amar, tangannya disilangkan ke dada. Wajahnya tegang, matanya tidak beralih daripada skrin yang memaparkan visual Erina yang tular itu.
"Cakap dengan aku, Amar. Macam mana kau nak buktikan pada dunia yang ini bukan Erina?" suara Megat Emir rendah dan bergetar.
"Ermm..." Panjang Megat Amar berfikir.
"Aku dah tak sanggup tengok Erina tuh hari-hari menangis. Dia betul-betul lemah. Umi dah ayah dia pulak meninggal. Aku serba salah sebab aku rasa seolah-olah aku tunang yang tak berguna sebab biarkan dia merana." Megat Emir sesal. Wajahnya berkerut-kerut menahan penyesalan.
Megat Amar berhenti menaip dan memusingkan kerusinya. Dia menarik nafas panjang sambil memandang abangnya itu.
"Abang, video ni adalah hasil teknologi Deepfake Generative AI. Ia nampak nyata pada mata orang awam, tapi pada sistem, ia penuh dengan cacat cela." Megat Amar menekan butang play dan memperlahankan kelajuan video itu sehingga 0.25x.
"Orang yang pandai IT memang akan tahu itu semua fake tetapi kalau orang yang bodoh IT pastinya akan percaya." Tutur Megat Emir dengan nada keras.
"Mula-mula kau tengok ni kat bahagian rahang dan leher dia" Megat Amar menunjuk menggunakan pen ditangannya. "Bila 'Erina' ni pusingkan kepala, ada sedikit flicker atau gangguan piksel. Itu namanya masking artifacts. Algoritma AI gagal sejajarkan wajah Erina pada struktur tulang pelakon asal secara sempurna. Garisan rahang tu nampak berlapis dalam pecahan sesaat."
Megat Amar kemudian membuka satu lagi tetingkap yang memaparkan analisis grafik. "Kedua, kelipan mata. Manusia normal berkelip secara rawak. Tapi dalam video ni, kelipan matanya terlalu konsisten, mengikut corak matematik. Lebih ketara lagi, tengok pantulan cahaya dalam anak mata. Punca cahaya pada wajah Erina datang dari arah jam 2, tapi bayang-bayang pada latar belakang video ni datang dari arah jam 10. Fizik tak pernah menipu, abang."
Megat Emir begitu kusyuk mendengar penjelasan Megat Amar. Dia mengangguk-angguk kepalanya tanda faham dengan penjelasan itu.
"Yer.. birthmark dekat perut 'dia' pun aku tengok takda.." Slumber jawapan Megat Emir tanpa sedari dia telah terlepas cakap. Megat Amar yang kusyuk mengadap komputer secara automatik memusing badan mengadap Megat Emir.
"Aik..sampai birthmark dekat perut Erina pun kau tahu yer abang Emir. Korang dah pernah ehem..ehem ke?Aku bagitau mama yer!" Tutur Megat Amar sambil tersenyum-senyum kepada abangnya.
"Eiiii... bukan macam tu lah. Kau jangan fikir bukan-bukan yer. Aku tahu kau report kat mama siap kau!" Megat Emir sekeh Megat Amar.
"Habis tu camna kau tahu?Ermm...aku curious ni.." Megat Amar menjungkitkan keningnya.
"Kau jangan nyibuk leh tak?Cepat continue your explanation!" Megat Emir laju memusingkan semula kerusi Megat Amar mengadap komputer.
Megat Amar mengeluarkan sebuah pemacu kilat (pendrive) daripada beg komputer ribanya. Pendrive itu segera dicucuk pada komputernya.
"Aku dah godam masuk ke pelayan hos yang mereka guna. Aku jumpa Master File asal. Di dalam metadata fail tu, ada kesan perisian 'DeepFaceLab'. Ia adalah perisian terbuka yang selalu digunakan untuk buat Deepfake. Dan yang paling penting, fail itu dicipta pada hari Rabu jam 4.30 petang. Tak silap aku bukan ke waktu tu kita ada minum petang sama-sama. Mama pun ada join sekali kan hari tuh. Ini ada alibi yang mustahil untuk dipatahkan." Terang Megat Amar dengan penuh bijaksana sehingga membuatkan Megat Emir tersenyum.
"Kita boleh laporkan kepada polis untuk menangkap siapa dalangnya. Kau rasa siapakah dalang yang buat kerja-kerja tak guna ni!?"
"Kau bagi aku masa sedikit lagi untuk aku jejak siapa punya angkara ni. Once aku dah tahu siapa punya angkara ni baru la kita report polis." Pinta Megat Amar.
"Tapi jangan la lama sangat. Aku tak sanggup tengok Erina merana berendam air mata."
"Aku akan cuba buat yang terbaik. Kau cuma perlu sabar dan pujuk Erina dan tenangkan dia, bro!" Megat Amar menepuk-nepuk bahu abangnya itu.
-------------------------------
Malam yang dingin itu Megat Emir serba tak kena di tepi kolam renang. Dia mundar mandir ke kiri dan ke kanan. Puan Marina yang memerhatikannya dari jarak jauh hanya menggelengkan kepala.
"Emir...Emir tengah risaukan Erina ke?" Tegur Puan Marina sehingga mematikan pergerakan Megat Emir sebentar tadi.
"Ermm...macam tulah mama. Emir serba salah ni. Emir teringatkan dia. Dah makan ke belom?Masih menangis lagi ke?Sihat ke tak?" Terang Megat Emir kepada mamanya akan kerisauannya terhadap Erina.
"Erina dekat rumah tu dengan siapa?" Tanya Puan Marina.
"Sepupu dia ada dekat rumah tuh teman Erina tetapi nanti sepupu dia nak balik dah rumah dia dekat Semenyih tu. Emir sekarang ni risau bila sepupu dia balik takan Erina nak duduk sorang-sorang dekat rumah tuh? Kesian la dekat dia." Tutur Megat Emir sambil mengosok-gosok batang lehernya yang tengah berfikiran celaru.
"Dia tengah sedih tuh takan nak biarkan dia sorang-sorang. Emir kena fikirkan sesuatu untuk Erina. Mama pun risaukan Erina. Kesian dia..." Puan Marina mengosok-gosok lengan anaknya itu supaya Megat Emir memikirkan sesuatu.Â
Puan Marina tidak menyangka pelbagai perkara telah menimpa Erina, bakal menantunya itu. Hatinya juga turut terusik dengan berita kematian Hajah Saleha. Salah seorang sahabat usrahnya yang sangat baik dan rapat dengannya malah bakal menjadi besannya. Tetapi impian untuk berbesan tidak kesampaian setelah sahabatnya itu meninggal dunia.
" Mama...Emir ni sebagai tunang dia lagi la sedih bila tengok keadaan tunang sendiri jadi macam tu. Sekarang ni Emir yang kena mengalas tanggungjawab untuk menjaga Erina kerana arwah ayah Erina pernah pesan kepada Emir untuk menjaga Erina sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir." Megat Emir bersuara dengan nada yang penuh sayu.
"Yer Emir...siapa lagi yang boleh diharapkan melainkan Emir sebagai tunang Erina. Ermm...Apa kata Emir ajak Erina tinggal sini sementara waktu?" Cadang Puan Marina.
"Emir cuba pujuk Erina nanti. Tengoklah keadaan macam mana nanti ye mama."Â Jauh di sudut hati Megat Emir merasakan Erina pastinya tidak akan bersetuju dengan cadangan mamanya itu.
Share this novel
next chapter sis