EPISOD 29

Romance Series 14692

Petang itu sebaik sahaja pintu pagar automatik dibuka, Erina segera memandu kenderaan pacuan empat roda itu ke dalam kawasan rumah agam milik Tuan Megat Emran.

"Bos... Bos... Bangun.. Dah sampai dah ni." Erina mengejutkan Megat Emir yang sedang lena di dalam kereta itu.

Megat Emir masih tidak berjaga malah nyenyak tidur disertai dengan dengusan nafas yang kuat.

Beberapa minit kemudian kereta Megat Amar pula meluncur masuk ke dalam kawasan rumah itu. Megat Amar terlihat seolah-olah ada kelibat orang perempuan di dalam kereta abangnya itu.

Megat Amar mendekati kenderaan pacuan empat roda abangnya dan nyata perempuan yang dilihatnya tadi itu adalah gadis pujaannya. Dia segera membuka pintu Ford Ranger itu.

"Hai Erina... What happened ?" Soal Megat Amar apabila kelihatan abangnya sedang terbaring di dalam kenderaan itu.

"Tuan Emir tak sihat.. Dia minta saya tolong hantarkan dia pulang. Ni saya kejutkan dia tak bangun-bangun pulak. " Tutur Erina dengan muka penuh keresahan.

"Abang Emir... Bangun... Bangun..." Megat Amar pula mengejutkan abangnya.

Mendengar suara garau Megat Amar itu akhirnya Megat Emir bangun lalu memisat-misat matanya.

Megat Emir membuka matanya dan mencari-cari kelibat Erina. Kenapa wajah adiknya pula yang muncul?

" Erina mana? " Soalan itu pula yang ditanya oleh Megat Emir kepada Megat Amar.

"Ada tu kat sana.. Tengah sembang dengan mama. Kau ni kenapa? Apesal kau nampak weak sangat?" Megat Amar membantu abangnya bangun dan keluar dari kenderaan pacuan empat roda itu.

"Entahlah weh.. Aku pening dan letih sangat ni. Amar... Tolong bawa aku ke bilik jap." Megat Amar mengangguk lalu memapah Megat Emir ke biliknya.

Perlahan-lahan Megat Emir berjalan sambil melemparkan pandangan kepada Erina yang sedang rancak berborak bersama mamanya.

" Nanti kau hantar Erina balik yer. " Pesan Megat Emir kepada adiknya.

"Ok.. Ok.. Pasal Erina tu nanti aku hantar dia balik. Kau jangan risau lah." Megat Amar berbunga riang. Inilah masanya untuk dia berdua-duaan dengan Erina.

Erina mendekati Megat Emir sebaik sahaja dia melihat Megat Amar memimpin majikannya itu.

"Bos.. Esok jangan datang kerja tau. Rehat betul-betul sampai sihat yer. Semoga cepat sembuh yer. Saya balik dulu tau." Ungkap Erina.

"Awak nak balik naik ape?" Soal Megat Emir.

"Grab car kan ada!" Laju jawapan Erina.

"Dah nak malam ni. Biar Amar jerlah hantar Rina balik." Cadang Puan Marina.

"Ehh.. Takpa.. Its ok.. Saya naik grab jer." Muka Erina serba salah.

"Erina... Biar Amar je hantar awak balik!" Tegas Megat Emir. Dalam tengah sakit-sakit sempat lagi Megat Emir memberi arahan tegas.

"Errkk.. Ermm..baik bos." Erina mengangguk perlahan. Dia akur arahan Megat Emir.

Sementara menunggu Megat Amar bersiap-siap untuk menghantarnya pulang, Erina meneliti gambar-gambar keluarga Tuan Megat Emran yang terpamer di atas almari di ruang tamu itu.

Ermm... Masa muda remaja dulu tak adalah tampan sangat bosnya itu. Tetapi sekarang ni bukan sahaja tampan malah begitu maskulin sekali. Kalau sehari tak tengok bosnya itu terasa rugi pulak tidak menikmati permandangan indah ciptaan Allah itu.

Erina tersenyum-senyum malah sesekali tergelak kecil apabila terkenangkan perangai gatalnya itu.

"Kenapa Rina senyum sorang-sorang tu..? Ni mesti sebab tengok gambar-gambar saya masa kecil dulu kan." Sapa Megat Amar yang baru sahaja menuruni anak tangga di rumah agam itu.

"Hehee.. Yer.. Comel jer tengok Encik Amar dan Tuan Emir masa kecil-kecil dulu kan." Jawab Erina tetapi matanya lebih berminat untuk melihat gambar-gambar Megat Emir berbanding Megat Amar.

"Jom Rina saya hantar awak balik." Megat Amar mencapai kunci kereta Porsche Panamera lalu ke garaj kereta.

Mendengar namanya di panggil Megat Amar, Erina segera melajukan langkahnya menurut Megat Amar ke garaj kereta.

Di sepanjang Erina di dalam kereta dia hanya dia membisu. Dia terasa kekok dan janggal dengan Megat Amar jadi dia tidak tahu untuk mulakan bicara.

"Erm.. Awak ok tak ni.. Ke awak sejuk? Nak saya perlahankan aircond tak?" Megat Amar memecahkan kesunyian.

"Ehh... Tak la.. Saya ok jer. Ermm.. Ni kereta Encik Amar ke? Cantik!" Seronok pula Erina dapat merasa naik kereta sport pada hari ini.

"Ni kereta abang Emir. Saya ni kerja makan gaji jer mana mampu nak pakai kereta macam ni. Lain la abang Emir.. Businessman.." Senyum Megat Amar sambil fokus pada pemanduannya.

"Kenapa Encik Amar tak join je company family?"

"Tak nak la.. Sebab business ni bukan jiwa saya. Saya lebih suka mengadap komputer je daripada mengadap orang sebab tula saya jadi software engineer sekarang ni." Terang Megat Amar. Semakin rancak pula perbualan mereka.

"Kiranya kita ni minat yang sama... Suka mengadap komputer. Actually saya bercita-cita nak jadi graphic designer tapi tak pasal-pasal jadi secretary Tuan Emir." Erina tergelak kecil. Dia teringat momen dia ditemuduga oleh Megat Emir dulu. Punya la dia tak mahu jadi setiausaha Megat Emir tapi akhirnya jadi juga.

" Oh really... So kita ni kiranya orang komputer la yer.. Sehati sejiwa pulak!" Megat Amar tergelak kecil.

Suasana di dalam kereta itu tiba-tiba kembali senyap. Mereka kusyuk mengamati lagu daripada kumpulan Ungu yang bertajuk 'Cinta Dalam Hati' yang berkumandang di radio kereta.

" Erina.. Awak single ke? "Soal Megat Amar.

" Ha... Kenapa.. Encik Amar tengok saya berduet ke?" Spontan jawapan Erina.

"Hahaha... Awak ni kelakar la.. Maksud saya... Awak ni single or dah berpunya?Lagi satu boleh tak jangan panggil saya Encik Amar... Panggil Amar jer. " Megat Amar memberanikan diri untuk bertanya soalan itu. Sememangnya Megat Amar ni seorang yang gentlemen. Dia tidak mahu terlepas peluang yang ada.

"Erm.. Soalan tu kalau saya tak jawab boleh tak? Biar ianya menjadi teka teki untuk awak mencari jawapannya sendiri." Sebenarnya Erina merasakan sukar untuk menjawab soalan itu kerana dia masih mengharapkan kemunculan Haikal.

"Kenapa awak susah nak jawab?"

"Ermm.. Kalau awak tak tanya soalan tu lagi boleh tak? "

"Ermm.. Kalau macam tu Erina.. Jom kita pergi minum kat mana-mana sekejap nak tak?" Ajak Megat Amar. Kalau boleh dia nak pandang mata Erina apabila Erina menjawab soalannya tadi. Dengan memandang mata Erina sahaja dia boleh menjawab 'teka teki' itu.

"Ok.. Sekejap je tau. Sebab dah nak dekat Magrib dah ni. Janji?"

"Ok.. Ok.. Janji." Megat Amar begitu teruja sekali apabila Erina bersetuju untuk minum petang bersamanya.

Petang itu sebelum menghantar Erina pulang, mereka singgah sebentar minum di Coffee Bean & Tea Leaf Cafe. Bawak kereta sport dan awek takan nak minum dekat mamak pulak kan?

Pesanan dibuat oleh Megat Amar dan beberapa minit kemudian Megat Amar muncul bersama secawan Americano dan secawan Matcha Latte.

"Erina.. Boleh ke saya nak tanya soalan tadi lagi sekali dekat awak?" Soal Megat Amar sambil matanya memandang sebentuk cincin di jari manis Erina.

"Ermm.. Awak ni memang tak putus asa yer?" Erina memandang tajam Megat Amar.

"Ye saya memang spesis manusia yang tak mudah untuk berputus asa." Terang Megat Amar.

"Kenapa awak sibuk nak tahu yer?"

"Sebenarnya.. Secara jujurnya sejak pertama kali saya ternampak awak jer saya dah mula tertarik dengan awak." Berkerut dahi Erina mendengar luahan hati Megat Amar.

"Tertarik dengan saya? Apa yang menarik sangat dekat saya ni..? Kita pun rasanya baru dua or tiga kali jer berjumpa. Kenal pun tak seberapa.. Abang awak sendiri cakap saya ni kasar macam lelaki..mana ada orang lelaki nak dekat perempuan kasar.. ." Ujar Erina yang agak terkejut dengan pengakuan Megat Amar itu.

"Itulah yang menarik dekat awak. Baru je jumpa dah tertarik.. Mesti ada something yang istimewa dekat awak ni yang saya tak ketahui. Jadi... Saya nak lebih mengenali awak boleh tak?" Jujurnya pengakuan Megat Amar.

Erina memandang anak mata Megat Amar untuk mencari secebis keikhlasan di dalam diri Megat Amar. Tetapi dia takut andaian dan tafsirannya itu salah.

"Kalau nak kenal-kenal or kawan dengan saya.. Saya ok jer. Saya tidak menolak sebarang perkenalan dan persahabatan." Senyuman manis Erina benar-benar membuatkan jantung Megat Amar bergetar.

Megat Amar tidak pernah berperasaan seperti ini sebelum ini. Dulu dia perlukan masa untuk berperasaan kepada setiap wanita yang dikenalinya tetapi dengan Erina ini lain. Dia merasakan Erina ini seperti cinta pandang pertamanya.

"Kalau macam tu saya nak berkawan dan mengenali awak lebih mendalam lagi boleh tak!? Kalau ada jodoh maybe boleh pergi ke next step. " Megat Amar tidak segan silu meluahkannya. Terangkat kening Erina mendengarnya.

Eww... Kenapa ayat tu cliche sangat? Erina merasakan ayat itu seperti ayat dari seorang kasanova. Megat Amar dihadapannya ini adalah seorang lelaki yang kacak dan macho tak kan lah dia tidak pernah meluahkan kata-kata itu kepada mana-mana gadis. Jangan-jangan Erina ini gadis yang ke 54 mendengar kata-kata itu dari mulut Megat Amar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience