EPISOD 70

Romance Series 14692

Syed Rizal duduk di kepala meja, menyandar angkuh dengan jam tangan Patek Philippe yang berkilau. Di sebelah kanannya, Megat Emir duduk tegak dengan fail Mahkota Development tersusun rapi. Di sebelah kirinya, Dato' Farid memusing-musingkan pen, bibirnya mengukir senyuman sinis yang menyakitkan hati.

"Baiklah, Emir. Dato' Farid. Projek Perumahan Kota Kayangan ni adalah pelaburan terbesar syarikat I tahun ni  so I tak nak ada sebarang 'gangguan' yang boleh melambatkan launching bulan depan. Faham?" Syed Rizal memulakan bicara dengan suara garaunya di dalam bilik mesyuarat utama.

"Tuan Syed ...pihak Mahkota Development dah siapkan pelan fasa kedua dan semuanya mengikut jadual yang dirancangkan sebelum ini." Balas Megat Emir dengan tenang dan suaranya mendatar malah kelihatan lebih profesional apabila berhadapan dengan Dato' Farid.

Dato' Farid ketawa kecil, bunyi yang sengaja dibuat untuk memecah ketenangan Megat Emir di dalam bilik mesyuarat utama itu. Megat Emir mencerlung tajam ke arah Dato' Farid.

"Perancangan jadual yang cantik tidak cukup kalau reputasi sesebuah syarikat tidak di ambil kira juga." Mata Dato' Farid mencerun ke arah Megat Emir. Dia tersenyum sinis.

Syed Rizal mengerutkan dahi, memandang Megat Emir dengan rasa ingin tahu. Megat Emir hanya membisu. Penanya masih menari di atas kertas, mencatat nota-nota penting.

"Apa maksud you Dato Farid dengan 'reputasi' tuh? Semua partner JV for this project are good reputation. I tak jemput sebarangan company untuk joint venture dengan company I to run this high profie project!" Syed Rizal terasa tegang dengan kata-kata Dato' Farid sebentar tadi.

"Ermm...I bagi contohlah...Kalau bos sesuatu company tu ada skandal dengan staff bawahan yang bermasalah or skandal dengan isteri orang...for sure la pelabur akan lari kan. Betul tak Tuan Syed Rizal?"

Syed Rizal mengerutkan dahinya. Kening kanannya dijungkitkan. Matanya memandang Dato' Farid dan kemudian beralih kepada Megat Emir.

"Dato' Farid...Kita di sini untuk bincang tentang aliran tunai, struktur bangunan dan beberapa lagi perkara yang penting berkaitan projek perumahan Kota Kayangan. Urusan peribadi atau sebarang gosip kepoci tak ada dalam agenda mesyuarat hari ini. I harap Dato' Farid boleh fokus atau... Dato' dah mula hilang daya fokus kerana asyik memikirkan perkara lain." Suara Megat Emir kedengaran sangat dingin tetapi sempat terselit sedikit sindiran.

Megat Emir memberi pandangan yang cukup menikam ke wajah Dato' Farid. Dia cuba memahami apa yang cuba disampaikan oleh Dato' Farid itu. Kenapa mesyuarat kali ini Dato' Farid seolah-olah cuba mengaitkan Erina dan reputasi syarikatnya? Apakah yang sedang direncanakan oleh Dato' Farid?

"I cuma ingatkan apa yang patut je. Jangan sampai 'sampah' yang you simpan tu membusuk sampai ke tapak projek kita. Kita ni berkongsi modal. Jangan sampai you punya reputasi terpalit sehingga menyebabkan sampai I punya duit pun hangus." Bidas Dato' Farid lagi dan kali ini lebih terang-terangan merujuk kepada Erina.

Syed Rizal memotong sebelum keadaan melarat. "Dah, dah! I panggil untuk meeting hari ni adalah untuk discuss mengenai bekalan material, fasa progress, our launching and what ever about Kota Kayangan.  Tapi korang berdua duk gaduh pasal maruah la , pasal sampah la and I know its about 'perempuan' kan? What ever it is...apa saja gosip or isu peribadi yang korang simpan tolong selesaikan kat luar and not in this meeting! Please be a professional Dato' Farid!" Bentak Syed Rizal lalu menghentakkan tangannya di atas meja.

Syed Rizal memandang Megat Emir tajam. Kata-kata Dato' Farid tadi sebenarnya ada sedikit terkesan kepadanya juga. Adakah Dato' Farid cuba menyatakan kepadanya bahawa isterinya, Melisa itu ada skandal dengan Megat Emir?

"I rasa kita tangguhkan mesyuarat kita ke hari lain. I'm not in a good mood. I'm not happy that some members brought personal issues to today's meeting and resorted to sarcasm. This doesn't add any value to our project. My secretary will let you know when our next meeting." Bilik mesyuarat utama menjadi kecoh seperti pasar apabila Syed Rizal mengambil keputusan untuk menamatkan mesyuarat dengan segera tanpa sempat membincangkan beberapa agenda lain.

Syed Rizal bangun dari kerusi dengan langkah laju meninggalkan bilik mesyuarat utama itu. Masing-masing ahli mesyuarat yang hadir memandang tajam kepada Dato' Farid kerana dialah punca mesyuarat hari ini berakhir tanpa sebarang kata putus.

"Dato' Farid...you memang tak profesional langsung!" Tutur Dato' Ehsan lantas segera meninggalkan bilik mesyuarat itu.

"Dato' Farid ..you are too much. You are wasting our time with your personal issues. I kelam kabut fly straight away from London just to attend this meeting tau." Tan Sri Malik pula mengomel dingin.

Dato' Farid seolah-olah tidak terjentik sedikit pun perasaan dengan kata-kata Dato' Ehsan dan Tan Sri Malik kepadanya sebentar tadi. Yang penting baginya ialah dia dapat menyiat-nyiat hati Megat Emir. Dendamnya dimalukan tempoh hari di Menara Nexus perlu dibalas balik.

Hanya kerana setiausaha kesayangannya itu Megat Emir sanggup membatalkan kontrak jutaan ringgit serta memutuskan hubungan perniagaan yang pernah terjalin sejak Tuan Megat Emran menerajuinya.

"I akan buat lebih teruk lagi daripada apa yang you dah buat dekat I tempoh hari." Bisik Dato' Farid ke telinga Megat Emir sebaik sahaja mereka bertembung di dalam lif.

"Aku akan pastikan setiap perancangan jahat kau akan gagal. Aku tak gentar pun. Aku ada Allah yang akan melindungi aku." Bersahaja dan penuh yakin jawapan Megat Emir itu.

Lif berhenti di lobi. Megat Emir dan Dato' Farid keluar dan mereka hampir terlanggar Melisa yang melangkah laju menuju ke lif. Megat Emir dan Dato' Farid tersentak dengan kehadiran Melisa yang tergesa-gesa itu.

"Eh...Emir...Dato' Farid...where are you guys going? Bukan ke tengah meeting sekarang?" Soal Melisa sambil melemparkan senyuman kelat kepada dua orang lelaki dihadapannya.

"Dah habis!!" Serentak jawapan Megat Emir dan Dato' Farid  sehinggakan Melisa tergelak kecil.

"Cepatnya...Emir..jom kita pergi minum sekejap, nak tak?" Ajak Melisa.

"You gila ke apa? Minum dengan wife Syed Rizal di bangunan Syed Rizal...you nak tengok I kena belasah dengan Syed Rizal ke? You pergi jelah minum dengan Dato' Farid. Dia sure suka minum-minum dengan perempuan cantik dan seksi macam you ni! Oklah I gerak dulu." Panjang Megat Emir membebel dengan wajah tegang dan dingin kemudian berlalu pergi tanpa sempat Melisa berkata apa-apa.

Melisa terkedu. Dia tersentap dengan sikap dingin Megat Emir itu. Matanya memandang Dato' Farid yang tersenyum sinis. Getus hatinya merasakan mesti ada perang dingin yang berlaku di bilik mesyuarat tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience