Series
14692
Suasana sunyi sepi, hanya kedengaran detikan jam dinding yang mahal. Melisa melangkah masuk dengan berhati-hati, cuba menyembunyikan beg tangan Hermes di belakang badannya. Namun, sebaik sahaja lampu ruang tamu bernyala secara drastik, dia terpaku. Syed Rizal sedang duduk di kerusi kulit, membelakangi tingkap yang menghadap cahaya bulan dan bintang dari langit.
Di atas meja di depannya, terdapat beberapa keping foto Melisa yang sedang masuk ke Menara Nexus pagi tadi. Kalau ke bangunan itu, pastinya adalah untuk ke pejabat Mahkota Development Sdn Bhd. Pejabat Megat Emir yang merupakan bekas tunang Melisa.
"Dah puas ke melawat 'kekasih' lama, Melisa?" suara Syed Rizal rendah, namun tajam seperti sembilu.
Melisa menelan liur lalu bebohong. "I... I ada urusan dengan Erina, setiausaha Emir. I nak bincang pasal majlis kebajikan, Biy."
PANG!Â
Syed Rizal menghempas foto-foto itu ke atas meja. Dia bangun dan berjalan perlahan ke arah Melisa. "You jangan ingat I bodoh. I bayar driver untuk hantar you ke mana sahaja you nak pergi, tetapi bukan untuk you pergi ke pejabat Megat Emir tu. You lupa ke apa yang I dah warning you before this? You memang degil kan!" Merah mata Syed Rizal memandang Melisa.
"Melisa...You milik I, harta I. Kalau I dengar you jejak kaki lagi ke pejabat Megat Emir itu, I akan pastikan you keluar dari rumah ni sehelai sepinggang. Atau mungkin... dalam keadaan yang tak boleh dikenali lagi."Â Syed Rizal mencengkam rahang Melisa dengan kuat, memaksa wanita itu memandangnya.
Melisa menggigil. Air mata bertakung ditubir matanya, tetapi dia tidak berani melawan Syed Rizal. Cengkaman Syed Rizal itu meninggalkan bekas merah di kulitnya yang putih.
"I minta maaf, Biy. I tak buat lagi," bisik Melisa, suaranya pecah.
Melisa segera berlari menuju ke bilik utama. Bibik Maryam yang menyaksikan pertengkaran itu hanya menggeleng kepala. Sudah dia nasihat Melisa untuk tidak ke mana-mana tetapi Melisa degil kerana dia merasakan dia adalah Puan Besar yang tiada sesiapa pun di rumah itu boleh menasihatinya atau menghalangnya untuk dia membuat apa sahaja yang dia mahu.
Selepas mendapati Melisa berlari menuju ke bilik, Syed Rizal turut menuruti Melisa masuk ke bilik. Melisa terus menuju ke cermin. Dia melihat kesan lebam di rahangnya. Rasa bencinya terhadap Erina semakin membuak. Dia menyalahkan Erina atas segala penderitaannya.
"Baby..I'm sorry sebab buat you macam ni. Please promise to me you tak pergi jumpa ex you tu lagi." Syed Rizal mengusap-ngusap rahang Melisa yang lebam itu.
Melisa memandang Syed Rizal sepi. Dia tahu suaminya itu cuba memujuknya. Itu jelah yang Syed Rizal mampu buat. Lepas marah, pukul kemudian minta maaf dan memujuk. Lepas memujuk menggodanya pula.
Syed Rizal mengelus-ngelus rambut Melisa kemudian membenamkan wajahnya ke leher Melisa dan menciumnya dengan penuh menggoda. Melisa mendengus kecil dengan tindakan Syed Rizal. Dia sedih dan geram tapi dalam masa yang sama dia takut dengan Syed Rizal, jadi malam itu dia turutkan sahaja keinginan suaminya itu
----------------------------------------------
Di sebuah kafe eksklusif di Jalan Bangsar, Melisa duduk menyilang kaki, menghirup iced latte dengan gaya elegan. Melisa memakai selendang besar yang dililit kemas di lehernya, malah dia memakai cermin mata hitam di dalam kafe yang suram dan gelap itu. Selendang sutera yang dipakainya itu adalah untuk menyembunyikan lebam dilehernya. Terdapat bekas amukan suaminya kerana kedegilannya. Apabila Megat Amar melangkah masuk dengan wajah yang kusut dan mata yang merah, Melisa tersenyum sinis.
"Duduklah, Amar. You nampak macam baru lepas langgar lari je... or baru lepas dikecewakan?" Usik Melisa, suaranya lunak tetapi berbisa.
Megat Amar merengus, menghempaskan telefon bimbitnya di atas meja. "Kau nak apa, Mel? Aku tak ada masa nak layan drama kau."
"I nak tolong you, Amar. I tahu you sukakan Erina kan? Tunang abang you tu." Senyum Melisa dengan penuh sinis.
Megat Amar terdiam. Kata-kata Melisa menusuk tepat ke dalam keraguan yang sedia ada dalam hatinya.
"Dia dah jadi tunang abang aku dah pun. Aku hanya mampu redha jerla. Tapi macam mana kau tahu aku ada taruh perasaan kepada Erina tuh?" Megat Amar agak musykil sekali dengan tekaan Melisa yang tepat itu.
"Walaupun I dah bukan tunang abang you tuh...tapi I tetap ada 'kaki dan mata' dekat office abang you tuh."
"Siapa?" Megat Amar pelik. Di tingkat 30 itu hanya ada Megat Emir, Erina dan Aida sahaja yang berkerja di situ jadi bagaimana perasaannya terhadap Erina itu boleh ketahui oleh Melisa?
"Erm...adalah...you fikirlah sendiri. Puzzle yang senang macam ni pun you tak reti nak fikir." Sindir Melisa.
"Tak lain..tak bukan si Aida la kan?" Jawab Megat Amar.
"Haa..pandai pun...ingatkan dah tak boleh nak fikir sebab kecewa melampau." Melisa senyum sinis kepada Megat Amar.Â
Aida pernah memberitahu Melisa bahawa Megat Amar itu sebenarnya berkenan dan angau terhadap Erina. Kerana itulah Megat Amar kerap datang ke pejabat abangnya itu. Megat Amar pernah terlepas cakap kepada Aida yang dia begitu tertarik dengan Erina.
"Soalan dan puzzle kau bukan susah sangat pun untuk aku yang cerdik ni nak jawab dan selesaikan." Megat Amar menyilang tangannya dan memandang tajam Melisa. Dah lama dia tak jumpa minah ni tetapi kenapa tiba-tiba hari ini baru nak cari dia?
"You tak rasa ke Emir tengah 'curi' hak you?" Melisa cuba membakar hati Megat Amar.
"Apa kau nak sebenarnya, Mel? Kau tu isteri orang!" Megat Amar memandang tajam ke arah bekas tunang abangnya itu.
Melisa ketawa kecil, bunyi yang sangat hambar. "I ni isteri orang yang terseksa, Amar.I nak Emir balik. Dan you... you mesti nak Erina, kan? Kalau kita bekerjasama, kita berdua akan dapat apa yang kita nak. I akan pastikan Emir nampak seperti dia masih gilakan I, dan you.. you jadi 'bahu' untuk Erina menangis bila dia sedar Emir dah tak perlukan dia."
Megat Amar mengetap bibir. Logik akalnya sebagai Software Engineer memberitahunya ini adalah satu perangkap. Namun, hatinya yang sedang hancur meronta-ronta mahukan Erina.
"Apa pelan kau?" tanya Megat Amar perlahan.
Melisa tersenyum kemenangan. "Senang saja. Kita mulakan dengan 'bukti' yang Emir masih cari I di belakang Erina. Dan you... you cuma perlu pastikan Erina sentiasa ada di sisi you bila dia mula ragu-ragu dengan Emir." Terang Melisa dengan senyuman nipis. Dia pasti Megat Amar bersetuju dengan cadangannya itu.
"Kenapa kau hendak semula abang aku tuh?"
"I rasa dialah lelaki yang terbaik untuk I. I menyesal kerana dulu tinggalkan Emir." Melisa menundukkan wajahnya memandang ke lantai kerana penyesalan yang baru dirasainya itu.
"Huhhh...kau baru nak menyesal ke? Dulu bodoh sangat...tergilakan orang yang kaya konon! Hahaha..rasakan apa yang kau rasa...kau bahagia ke, ha?" Sindir Megat Amar dengan penuh sinis.
"Meninggalkan Emir adalah satu kesilapan besar yang pernah I buat dalam hidup !"
"Kau menyesal sekarang pun dah takda guna dah. Dia dah bertunang sekarang ni."
"Yer..dia bertunang dengan gadis idaman you kan? You tak jealous ke? You setuju tak pelan yang I rancang tadi tuh?" Melisa memandang Megat Amar tajam menunggu jawapan.
Megat Amar menjeling Melisa sambil menggosok-gosok batang lehernya untuk mencari jawapan akan perancangan Melisa itu.
Share this novel