EPISOD 69

Romance Series 14692

Dato' Farid menyandarkan badannya yang sedikit gempal itu ke kerusi kulit sambil menghisap curut dengan perlahan-lahan. Di kelab eksklusif itu dia melayan perasaannya. Perasaan yang berkecemuk dan penuh dendam. 

Di hadapannya kelihatan Melisa yang duduk menyilang kaki sambil menikmati wiski. Terpancar wajah Melisa yang sedang gelisah walaupun sebenarnya dia cuba berlagak elegan dan tenang.

Isteri Syed Rizal keseorangan di sebuah kelab eksklusif ini adalah suatu yang janggal bagi pandangan Dato' Farid. Wanita yang cantik dan bergaya tetapi duduk keseorangan melayan perasaan.

"Hai..boleh I duduk ke?" Soal Dato' Farid kepada Melisa yang sedang mengoyang-goyangkan gelasnya.

" Ya..why not. Silakan Dato' Farid." Pelawa Melisa.

" I tahu you tengah panas hati kan Puan Melisa. You isteri Syed Rizal tapi merengek manja dekat Megat Emir semalam kan? I ada di restoran tu semalam. I rasa kalau Syed Rizal tahu you jumpa Megat Emir bekas tunang you tu mesti dia mengamuk kan?" Dato' Farid tersenyum sinis menjungkitkan sedikit bibirnya. Dia mencondongkan ke hadapan sedikit  dan kemudian meletakkan curutnya di atas asbak kristal.

Melisa terdiam. Mencerlung dia memandang Dato' Farid apabila pertemuannya secara kebetulan dengan Megat Emir semalam rupanya disaksikan oleh Dato' Farid. Melisa risau jika berita pertemuannya itu terlepas kepada pengetahuan Syed Rizal melalui 'mulut busuk' Dato' Farid itu.

"Dato' Farid...you nak ugut I ke apa sebenarnya ni ha?" Melisa menyilang tangannya ke dada. Pandangannya tajam kepada Dato' Farid.

"No...I just want you to know that you need to be extra careful if Syed Rizal finds out about your meeting!" Bersahaja jawapan Dato' Farid.

"Huhhh...tapi kan Dato' Farid...I also know what happened to you the other day. You kena halau macam pengemis. Ermm...kesian.." Melisa tersenyum sinis. Sengaja dia cuba memetik luka di hati Dato' Farid.

Dato' Farid mengetap gigi, rahangnya mengeras. " I kena halau...kontrak I kena koyak hanya sebab perempuan sial tu. Tak guna betul!"

"Perempuan mana? Uhh..kesiannya." Melisa mencebik.

"Perempuan mana lagi..minah motor..minah rempit.. secretary 'kesayangan' Megat Emir la!" Dato' Farid sengaja menekan perkataan 'kesayangan' demi untuk menaikkan kemarahan Melisa.

"Cis..sial..Perempuan tu lagi. Are you mad at her too?" Melisa membeliakkan matanya.

"Yerlah..siapa lagi..'kesayangan' Megat Emir tu lah. You ingat senang ke you nak dapat balik Megat Emir tuh kalau dia dah sayang perempuan tuh. Hahaha..Even with someone as rich as Syed Rizal, you're still going for Emir?? Hahaha... oh, you're so pitiful. " Dato' Farid cuba mendidihkan lagi api kemarahan Melisa. Dia tersenyum melihat reaksi Melisa yang tidak senang duduk itu.

Melisa bangun dan mencekak pinggangnya. " Shut up Dato Farid! Syed Rizal and Megat Emir are different person. No matter what...I still want MEGAT EMIR!" Melisa berjalan dengan penuh dingin meninggalkan Dato' Farid keseorangan.

"Perempuan tamak!!" Dato' Farid menggeleng-geleng kepalanya.

-------------------------------------------

Di kafe eksklusif yang sama di Jalan Bangsar, kali ini Melisa mengadakan perjumpaan kali kedua dengan Megat Amar. Perjumpaan yang penuh debaran bagi Melisa.

Megat Amar yang baru pulang dari kerja segera ke lokasi yang dinyatakan oleh Melisa. Kelihatan Melisa anggun dan seksi mengenakan blouse putih tanpa lengan dan hanya berseluar slack putih jarang sehingga menampakkan warna seluar dalamnya.

"Seksi dan mampus minah ni!! Macam mana abang Emir boleh tukar taste dia dari suka perempuan seksi kepada perempuan brutal macam Erina. Fuhh..." Megat Amar mengomel di dalam hati dari jauh sebelum dia menghampiri Melisa.

Melihat Megat Amar jalan mendekatinya Melisa tersenyum nipis dan melambai-lambai tangannya. "Amar...I'm here!"

"Dari jauh aku datang jumpa kau tau. Aku tahu apa tujuan kau nak jumpa aku." Megat Amar segera melabuhkan punggungnya di kerusi hadapan Melisa.

"So kalau you dah tahu baguslah...so tak payahlah kita buang masa. Macam mana rancangan yang I bagi tahu hari tu...Agree??" Melisa penuh teruja menanti jawapan.

"Sorry, I'm not on agree with that idea."

"Amar...please..I tahu you suka gile dekat Erina kan? Abang you tu dah ada segalanya takkan you nak biarkan abang you tu ambil perempuan yang you suka pula. Jom la kita buat sesuatu. Kita pisahkan mereka, I dapat Emir dan you dapat Erina. Adil kan?" Melisa cuba mempamerkan wajah mohon simpati agar Megat Amar setuju dengan rancangannya itu.

Megat Amar menarik nafasnya lalu slumber menghirup fresh orange  Melisa di atas meja itu. Dia meraup wajahnya cuba untuk berfikir dengan waras kali ini.

"Melisa..kau tu isteri orang. Isteri Syed Rizal...antara orang paling kaya dekat KL ni. Dan...Erina pula bukannya barang yang boleh di tukar-tukar macam sistem barter dulu-dulu." Megat Amar cuba bersuara tenang.

"Amar!! You jangan jadi bodoh boleh tak?" Suara Melisa tegang.

"Aku tak bodoh Melisa. Aku tak nak dan takkan khianat abang aku tu. Kalau Erina pilih abang Emir...aku patut hormat pilihan dia. Kau tuh...kau patut balik dekat suami kau tuh sebelum Syed Rizal bertindak gila bila dia tahu kau duk gila bayang dekat abang aku."

Melisa tergamam. Dia tidak menyangka Megat Amar tolak mentah-mentah rancangannya itu. Wajahnya merah padam kerana malu dan disertai perasaan marah.

"Fine! Kalau you nak pertahankan perempuan tu dengan abang you tu...silakan! Jangan sampai menyesal kalau suatu hari nanti maruah abang you dan syarikat dia bungkus dan hancur sebab perempuan sial tu!" Nada suara Melisa keras tetapi agak perlahan agar tidak di dengari oleh penggunjung kafe yang lain.

Melisa bangun melangkah kaki meninggalkan kafe eksklusif itu. Di dalam kepalanya dia mulai merangka satu perancangan jahat yang lain. Jika dia tidak boleh memiliki Megat Emir maka dia akan pastikan Erina dimusnahkan sehinggakan Megat Emir sendiri benci dan jijik untuk menyentuh Erina itu.

Megat Amar menggeleng kepala melihat gerak lenggok Melisa meninggalkan kafe itu. Dia menyambung kembali hirupan fresh orange di atas meja itu lalu memanggil pelayan untuk mengambil pesanan makanannya.

"Uhhh...perempuan gila ke apa dia ni? Dah ada suami yang kaya raya pun masih duk gila kat abang aku. Padan muka kau...dulu bagai nak gila abang Emir frust sebab kau tau...sekarang ni kau pulak gila bayang dekat abang aku..Tapi perempuan ni memang cari nahas betul dengan Syed Rizal!" Megat Amar bermonolog seorang diri sementara menunggu pesanannya sampai.

Megat Amar membelek-belek telefon bimbitnya. Dia membuka ruangan Gallery di dalam telefonnya dan melihat gambar Erina yang pernah di ambilnya secara senyap-senyap semasa di pejabat abangnya dahulu.

"Awak ni comel, cantik...kecantikkan semulajadi. Perwatakkan pun menarik dan bukannya dibuat-buat. Sayangnya...awak bakal jadi suri hati abang saya." Megat Amar mengusap-usap wajah Erina di skrin telefonnya. Kecewa tetapi terpaksa pasrah dan redha. 

Tiba-tiba pintu kafe eksklusif itu di tolak oleh Syed Rizal. Kali ini Syed Rizal bersama perempuan lain dan pastinya bukan Melisa. Mereka jalan berpegangan tangan dan perempuan itu agak berisi sedikit kerana kelihatan 'baby bump' di perutnya. Melopong seketika Megat Amar. Tadi si isteri di kafe ini dan kini sang suami pula tetapi bersama perempuan lain. Megat Amar menggaru-garu kepalanya.

"Patutla Melisa meroyan...rupanya suaminya ada skandal lain. Tapi...aku tak rasa ni skandal. Perempuan tu ada 'baby bump'. Padan muka Melisa...agaknya ni madu Melisa kot." Megat Amar tersenyum sinis. Steak dihadapannya segera dijamah. Tersenyum dia keseorangan melihat pelbagai drama dan perangai manusia pada hari ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience