Series
14692
TUK!TUK!TUK!
"Amar..aku masuk bilik kau yer? Kau tengah buat apa?" Megat Emir mengetuk pintu bilik Megat Amar.
"Masuk..masuk...aku kat bilik kecik aku..masuk lah, aku tak kunci pintu." Laung Megat Amar dari bilik makmal peribadinya yang terletak di hujung berdekatan dengan almari baju.
Bilik makmal kecil itulah Megat Amar akan membuat kerja-kerjanya yang berkaitan dengan teknologi. Bilik yang lengkap dengan pelbagai peralatan canggih. Bilik itu kelihatan malap dan ianya hanya diterangi cahaya biru dari tiga monitor berkembar dan cahaya dari papan kekunci mekanikal. Bunyi kipas CPU yang menderu mengurangkan sedikit kesunyian.
Megat Emir berdiri di belakang adiknya, matanya tidak lepas memandang barisan kod yang menatal laju di skrin. Wajahnya yang biasanya tenang, kini kelihatan sangat tegang dengan urat rahang yang timbul.
"Kau dah dapat apa yang aku minta, Amar?" soal Megat Emir, suaranya serius.
Megat Amar menekan kekunci Enter dengan kuat. Dia kemudian memaparkan kod-kod sistem yang rumit. Megat Emir mengerutkan dahinya kerana dia sedikit pun tidak faham apa yang sedang dipaparkan.
"Aku telah menjejaki punca asal video ini dimuat naik. Video deepfake tu bukan dimuat naik oleh orang biasa. Walaupun pelakunya menggunakan VPN (Virtual Private Network), diorang terlepas pandang satu perkara iaitu Metadata File. Setiap video yang disunting mempunyai 'cap jari' perisian yang digunakan iaitu merekodkan tarikh, masa, dan jenis peranti atau perisian yang digunakan untuk mencipta kandungan tersebut. Tapi penjenayah digital selalu buat satu kesilapan kecil. Mereka rasa selamat dalam 'web gelap', tapi mereka tinggalkan cap jari pada fail asal."
"Maksud kau?"
Megat Amar menunjukkan satu tetingkap perisian forensik. "Fail video asal yang tersebar tu ada metadata yang tertanam di dalamnya. Aku berjaya pintas pelayan hacker tu dan temui log perbualan. Tengok ni."
User_X: Dah siap? Aku nak video tu nampak 100% macam minah motor tu. Jangan ada cacat celah.
Hacker_01: Settle. Muka Erina dah 'mapped' sempurna pada pelakon tu. Sekali tengok, bapak dia sendiri pun takkan perasan itu AI. Baki bayaran macam mana? Aku perlukan bonus, sebab kes ni high profile
User_X: Lepas video ni tular di serata media sosial, aku akan transfer baki kripto ke akaun kau. Aku akan bayar double. Pastikan semua jejak dipadamkan.
Megat Emir mengetap gigi sehingga rahangnya berbunyi. "User_X... kau tahu siapa?"
Megat Amar tersenyum sinis, jarinya menari lagi di papan kekunci. "Aku dah jejak aliran kripto tu. Walaupun mereka guna Bitcoin, ada satu transaksi 'deposit' awal yang datang dari akaun bank tempatan yang dipindahkan ke digital wallet. Dia buat pindahan wang sebanyak RM50,000 kepada seorang hacker upahan."
Megat Amar menekan satu lagi butang. Skrin memaparkan log transaksi perbankan internet dan sekeping resit digital. Satu profil akaun bank terpapar. 'Nama pemilik akaun: Melisa binti Khalid'.
Megat Emir tergamam. "Melisa... aku dah agak dah dia!"
"Bukan itu saja, abang," Megat Amar menarik satu lagi dokumen. "Ada koordinat GPS pada beberapa keping gambar 'mentah' Erina yang dihantar kepada hacker tu. Gambar-gambar tu diambil dari jarak jauh semasa Erina berada di tapak projek Kota Kayangan. Selain tu aku juga dapat jejak perbualan dia dengan Dato' Farid. Kau tengok ni..." Megat Amar segera memaparkan hasil perbualan Melisa dan Dato' Farid di dalam mesej Whatsapp yang telah di godam olehnya.
Melisa: Dato'. I nak pastikan gambar dan video tu tersebar di serata media sosial. Biar Emir terduduk tengok 'aset' secretary kesayangan dia jadi tontonan umum.
Dato' Farid: Haha! I tak sabar nak tengok muka Emir. Sekali keluar video macam ni, mahu kena serangan jantung dia tu.
Melisa: You jangan lupa, Dato'. Pastikan link tu masuk dalam semua grup Whatsapl. I nak semua orang tahu yang Erina tu bukan setakat setiausaha, tapi perempuan murahan mana ntah yang Emir kutip jadikan secretary dia.
Dato' Farid: Beres. Budak-budak I tengah buat kerja. Kita akan guna fake account dan VPN. Emir takkan dapat kesan siapa dalangnya. Esok, dunia Erina akan gelap.
Melisa: Bagus. Bila Emir dah jijik dengan dia, I akan masuk 'pujuk' Emir semula. Masa tu, minah motor tu boleh pergi mampus dengan trauma dia. Thanks, Dato'. You memang partner yang terbaik.
Dato' Farid: Sama-sama. I ada misi I dan you ada misi you!
Megat Amar bersandar pada kerusinya, memandang abangnya dengan wajah serius. "Mereka berdua bekerjasama, abang. Melisa bagi modal dan gambar, Dato' Farid sediakan akses dan perlindungan. Ini bukan sekadar fitnah... ini adalah jenayah terancang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia."
Megat Emir mengepalkan penumbuknya. "Cukup. Aku dah ada apa yang aku perlukan. Amar, simpan semua bukti ni dalam tiga pemacu peribadi. Aku akan bawa benda ni ke depan Syed Rizal, dan kemudian kita serahkan pada polis."
"Misi menjejak dah selesai. Kita bukan saja ada bukti tu palsu, tapi kita ada bukti penglibatan langsung Melisa dan Dato' Farid. Jika disabit kesalahan diorang ni boleh dihukum penjara dan denda yang sangat berat." Megat Amar tersenyum bangga dengan hasil siasatan yang dijalankannya.
Megat Emir mengusap bahu adiknya. "Terima kasih, Amar. Sekarang...kita biarkan polis buat kerja mereka lepas kita bagi bukti ni kepada polis. Aku akan bawa bukti ni kepada Syed Rizal sendiri supaya dia tahu isteri jenis apa yang dia bela selama ni."
"Kalau kau setuju aku akan hantar fail forensik digital ni terus ke Bukit Aman." Megat Amar mohon kata putus dari abangnya.
Megat Emir mengangguk kecil tanda setuju.
"And one more thing Abang Emir, nasib baik dulu kau tak jadi kahwin dengan Melisa. Psiko rupanya dia." Megat Amar tergelak kecil lalu menutup mulutnya itu.
"Haa tuhlah...semua tu perancangan Allah untuk selamatkan aku daripada dapat isteri mental. Dapat isteri minah motor pun oklah. Hahaha..." Megat Emir meraup wajahnya kelegaan.
----------------------------------------------
Suasana malam itu terasa sangat dingin. Erina berbaring di atas katil saiz King yang luas dan empuk, namun matanya langsung tidak boleh dipejamkan. Fikirannya sarat dipalu rasa bersalah yang teramat sangat.
Erina memusingkan badannya menghadap ke arah sofa. Di bawah sisa cahaya lampu tidur yang samar, pandangannya tertumpu kepada susuk tubuh tegap Megat Emir yang sedang cuba menyelesakan diri di atas sofa panjang yang sempit. Megat Emir mengiring, melipat kakinya yang panjang, lalu melepaskan satu keluhan panjang yang cukup berat dalam tidurnya yang tidak lena.
Rasa bersalah yang teramat sangat mula menghimpit dada Erina. "Abang bukan orang asing, abang suami Rina..." Kata-kata Megat Emir malam tadi terngiang-ngiang di telinganya.
Sepanjang seminggu ini, sifat romantik, penyabar dan layanan budiman yang ditunjukkan oleh Megat Emir benar-benar menyentuh tangkai jiwanya.
Megat Emir sanggup tunduk pada kemahuan Erina. Megat Emir sanggup menyeksa badannya sendiri di atas sofa keras demi menjaga emosi dan ketakutannya. Kucupan lembut di dahi yang diberikan Megat Emir setiap hari menjadi bukti betapa lelaki itu terlalu menyayangi dirinya. Dia mahu menyerah, tetapi rasa takut dan canggung yang masih tersisa sering kali menjadi benteng penahan.
"Sampai bila aku nak hukum suami aku sendiri disebabkan rasa takut yang tak berasas ni? Sampai bila aku nak biarkan dia seksa badan dekat sofa tu? Dia suami aku yang sah... Dia dah lindungi aku daripada segala fitnah." Bisik hati kecil Erina. Tiba-tiba matanya mengalirkan manik-manik halus.
Perlahan-lahan, Erina menurunkan kakinya dari katil. Dengan langkah yang paling sunyi, dia berjalan mendekati sofa.
Selimut tebal yang digunakannya tadi diheret bersama. Apabila berdiri di sisi sofa, dia melihat dahi Megat Emir sedikit berkerut, mungkin kerana kesejukan atau tidak selesa. Tanpa membuang masa, Erina membongkokkan badannya lalu membentangkan selimut itu ke atas tubuh Megat Emir secara lemah-lembut.
Baru sahaja Erina hendak menarik tangannya semula, satu pautan yang hangat dan kuat tiba-tiba menyambar pergelangan tangannya. Erina tersentak.
Megat Emir membuka matanya. Pandangan mata lelaki itu yang tadinya kuyu, kini berubah menjadi tajam dan dalam, memandang tepat ke arah Erina yang sedang membongkok di hadapannya.
"Sayang... buat apa ni? Sayang tak tidur lagi? " Bisik Megat Emir. Suaranya kedengaran sangat serak dan seksi membuatkan seluruh pertahanan Erina yang cuba di kawal tadi runtuh sepenuhnya.
"Ri.. Rina..nampak abang sejuk. Rina cuma nak selimutkan abang. " Jawab Erina gagap. Jantungnya berdegup kencang secara tiba-tiba apabila menyedari jarak wajah mereka hanya beberapa inci sahaja.
Megat Emir tidak melepaskan pegangan tangannya. Sebaliknya, dia menarik perlahan tangan Erina, memaksa Erina melutut di sebelah sofa tersebut. Tangan kekar Megat Emir kemudiannya naik mengusap sisa air mata di pipi Erina.
"Sayang menangis sebab abang ke?" Tanya Megat Emir lembut, penuh dengan nada kerisauan.
Erina menggeleng laju. "Tak... bukan sebab abang. Saya menangis sebab saya rasa bersalah. Saya tahu saya berdosa sebab biarkan abang tidur dekat sini..." Suara Erina mula tersekat-sekat menahan sebak.
Megat Emir tersenyum nipis. Dia bangun dari pembaringan lalu duduk di sofa, menarik tubuh Erina supaya duduk di atas ribanya. Erina terkedu, tetapi dia tidak menolak. Megat Emir mengangkat tangan, menyusupkan jemarinya ke bawah leher Erina dan menarik kepala isterinya itu rapat ke dadanya. Erina membiarkan tangan Megat Emir melingkar kemas di pinggangnya, menyalurkan kehangatan yang amat menenangkan.
"Abang tak pernah benci Rina, dan abang tak pernah anggap Rina berdosa. Abang cuma nak sayang bersedia." Bisik Megat Emir rapat di dahi Erina.
Erina menarik nafas dalam-dalam. Dia memandang wajah suaminya itu, mengumpul seluruh kekuatan yang ada. Jari-jemari kecilnya naik menyentuh dada bidang Megat Emir. Dia dapat merasakan degupan jantung suaminya yang sangat laju.
"Abang..." Panggil Erina perlahan tapi penuh menggoda. "Malam ni... abang jangan tidur dekat sofa ni lagi, boleh?" Megat Emir terkedu. Matanya terbeliak kecil, seolah-olah tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya.
"Sayang... biar betul? Jangan main-main dengan abang..Abang tak paksa Rina untuk buat benda yang Rina tak sedia. Tapi abang nak Rina tahu, kita dah halal. Tak ada apa yang perlu ditakutkan. Abang bukan orang asing, abang suami Rina yang akan lindungi Rina." Erina tersenyum nipis dalam malu, pipinya sudah bertukar merah. Dia menyembunyikan wajahnya di dada Megat Emir sambil mengangguk perlahan.
"Rina dah sedia untuk tidur dalam pelukan abang malam ni." Mendengarkan pengakuan itu, seulas senyuman paling bahagia terukir di bibir Megat Emir.
Megat Emir mengucup lembut dahi Erina, lama. Kemudian, ciumannya turun ke pipi, telapak tangan dan akhirnya ke bibir munggil Erina. Sentuhan demi sentuhan yang diberikan Megat Emir malam ini bukan lagi sekadar usikan, tetapi penuh dengan godaan dan ghairah seorang suami yang sedang menagih haknya.
"Abang sayangkan Rina. Tolong jangan hukum abang lagi dengan sofa tu ye, hmm?" Megat Emir berbisik betul-betul di hadapan bibir Erina.
Pandangan matanya yang redup dan penuh damba itu membuatkan jantung Erina berdegup sangat kencang. Rasa takutnya perlahan-lahan pudar, digantikan dengan kehangatan cinta yang ditunjukkan oleh suaminya.
Segala kesabaran dan gelora yang ditahannya selama berhari-hari ini akhirnya terbayar. Dengan senyuman menggoda, Megat Emir mencempung tubuh kecil Erina dengan penuh berhati-hati, melangkah ke arah katil untuk memulakan lembaran baru hidup mereka sebagai suami isteri yang sebenar.
Share this novel