EPISOD 7

Romance Series 14692

"Kak Mai..boleh tak bawak dekat saya resume 2 orang graphic designer yang kita hire tuh dan candidate yang datang interview hari tuh." Pinta Megat Emir kepada Pengurus Bahagian Sumber Manusia di syarikatnya.

"Baik Tuan Emir...tapi nak buat apa dengan resume candidate yang tak berjaya tu?" Soal Kak Mai yang merupakan Pengurus Bahagian Sumber Manusia di Mahkota Development Sdn Bhd.

"Ish...Kak Mai ni..banyak tanya plak...saja je saya nak mentelaah dan mengenali mereka. Nanti lagi 10 minit hantar sini yer." Balas Megat Emir lalu menamatkan panggilannya.

Beberapa minit kemudian Kak Mai masuk ke bilik Megat Emir bersama 5 set resume. Dia menerangkan kepada Megat Emir yang mana satu resume staff yang baru dilantik, yang mana satu calon yang gagal dan yang mana satu calon yang tidak datang ke temuduga tempoh hari. Setelah resume itu diberikan kepada Megat Emir, dia terus meninggalkan bilik itu. Berbagai rupa resume yang ada. Jauh beza darinya dulu yang hanya menyediakan resume yang simple dan formal.

"Budak graphic designer punya resume memang gini ke? Color sana color sini..macam-macam patern." Megat Emir menggeleng-geleng kepalanya.

Tiba-tiba matanya terpandang kepada resume calon yang tidak datang ke temuduga tempoh hari. Macam kenal jer dan resume itu betul-betul menarik minatnya untuk dibaca.

"Wan Erina Natasha binti Wan Zain!" Megat Emir membaca perlahan-lahan nama itu.

Megat Emir membaca dengan penuh teliti resume Wan Erina Natasha yang sepanjang 3 muka surat itu sambil tersenyum-senyum.

"Jadi...kau tak datang interview hari tu sebab aku terlanggar kaki kau yer...Ermm...tapi your resume very interesting Cik Wan Erina Natasha." Megat Emir tersenyum-senyum sendirian.

Pintu diketuk dari luar dan kemudian Farida masuk. Melihat keadaan Farida itu Megat Emir sudah menjangka apa yang Farida ingin bertanyakan kepadanya.

"Boss...Tuan Emir...dah jumpa ke pengganti saya...saya nak hand over kerja ni." Soal Farida.

"Ni haa...you contact dia..esok suruh dia datang interview..saya yang akan interview dia sendiri." Resume Wan Erina Natasha segera dihulurkan kepada Farida. Farida mengangguk kecil lalu meninggalkan  bilik Megat Emir.

--------------------------

" Assalamualaikum. Boleh saya bercakap dengan Cik Wan Erina Natasha?" Soal Farida sebaik sahaja dia memberi salam.

"Waalaikummusalam...yer saya Wan Erina Natasha. Siapa ye nih??" Soal Erina pula sebaik sahaja dia mendengar nama panjangnya disebut oleh si pemanggil.

"Ok cik...Saya buat panggilan dari Mahkota Development Sdn Bhd. Esok boleh tak cik datang untuk interview?" Farida menyatakan tujuannya menelefon Erina.

"Interview...saya dipanggil semula untuk interview? Wahh...of course boleh! Jam berapa yer?" Erina mulai teruja.

"Kalau tengahari dalam pukul 11 boleh ke?" Cadang Farida kepada Erina.

"Boleh...boleh...saya boleh jer anytime...ok esok saya datang jam 11 pagi yer. Terima kasih yer Cik." Erina senyum melebar.

"Ok jumpa esok..jangan lambat yer!" Pesan Farida. Dia tidak mahu nanti Megat Emir bising kalau calon temuduga datang lambat.

Erina segera berlari mendapatkan uminya di dapur. Kelihatan uminya sedang sibuk memasak masakan kegemarannya itu..ikan bakar air asam..menu simple tapi menyelerakan.

"Umi..umi...Rina dapat panggilan interview la umi ..daripada company yang Rina tak sempat pegi interview hari tu..agaknya ada yang tolak jawatan hari tu kot tu yang diorang panggil semula kot." Terang Erina dengan penuh teruja.

"Ye ke.. alhamdulillah..umi harap Rina dapat kali ni..manalah tau kali ni rezeki Rina kan .." Hajah Saleha segera memeluk anaknya itu.

"Insyaallah umi...kalau ada rezeki..adalah kan... apa-apa pun Rina sangat mengharapkan doa daripada umi." Balas Erina sambil mengintai-intai lauk yang dimasak oleh uminya.

"Umi sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan anak-anak umi tau." Hajah Saleha mencuit hidung anaknya yang mancung itu.

----------------

"Farida... awak dah contact ke calon tu?" Soal Megat Emir kepada setiausahanya.

"Mesti la sudah bos...esok dia akan datang interview pukul 11.00 tengahari." Jawab Farida.

"Tak boleh ke awak awalkan sikit..pukul 10 ke?"

"Ala bos..saya dah bgtau pukul 11..yang you tak menyempat sangat kenapa? Tak sabar nak dapat secretary baru la tu." Duga Farida.

"I ni nak bagi cepat sikit setel kes ni..kalau you tak suka kes close cepat-cepat you tak payahlah berhenti. Takdalah I nak pening cari secretary baru." Keras nada Megat Emir dan terus berlalu pergi.

"Bos...jangan marah..nanti tak hensem...tak macho..." Laung Farida dan sempat la juga ditoleh oleh Megat Emir lalu melemparkan senyuman manis.

Farida ni memang pandai bermain-main dengan mood Megat Emir. Dia boleh tahu mood Megat Emir baik atau tidak baik.

"Ermm...nasib baik hensem..nasib baik aku dah kahwin dan nasib baik laki aku pun hensem juga...hahaha..." Farida gelak sendirian.

Memang Farida akui majikannya itu seorang lelaki yang kacak, macho dan berkarisma. Jika 5 tahun yang lepas dia lihat Megat Emir ni biasa-biasa sahaja. Tetapi makin tahun ke tahun Megat Emir ni nampak lebih matang dan makin maskulin. Betul la orang kata... orang lelaki ni makin tua makin hensem. Sebab tulah ada teori kata orang lelaki ni makin tua makin gatal nak 'test market'.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience