Series
14692
Sebelum Megat Emir masuk ke pejabat Erina akan mengemas-ngemas dahulu meja Megat Emir. Buku-buku di almari dipastikan tersusun mengikut saiz. Erina terpandang topi keledar di dalam alamari kaca. Selain itu beberapa piala turut tersusun rapi di dalam almari kaca itu.
"Mamat ni mat motor ke? Apesal tak pernah nampak dia naik motor pun?" Getus Erina sambil mendekatkan wajahnya ke almari kaca itu.
"Fuhh...helmet Shoei X-Fourteen Marquez tu..aku pun pakai NFR jer..." Erina begitu kusyuk memerhati topi keledar itu sehingga tidak menyedari kehadiran Megat Emir.
"Berkenan ke?" Soal Megat Emir yang membuatkan jantung Erina hampir gugur.
"Fuhh..terkejut saya." Erina mengurut-ngurut dadanya.
"Yerla..beria tengok helmet dalam cermin tu macam tengok ikan berenang dalam akuarium."
"Tuh helmet bos ke? Mana motornya..helmet je ni. Kalau helmet hebat mesti motor pun hebat kan?" Soal Erina sambil teruja menunggu jawapan dari Megat Emir.
" Yer...helmet saya. Tapi dah lama saya simpan dalam tu. Motor?..motor saya dah total lost." Bersahaja jawapan Megat Emir.
" Total lost? Accident?" Soal Erina lagi.
"Eiii banyak tanya plak ..my coffee please!" Sebolehnya Megat Emir tidak akan menjawab soalan itu.
Selepas putus tunang dengan Melisa 4 tahun lepas, Megat Emir terus membawa diri dengan menunggang motorsikalnya ke Genting Highlands. Ketika pulang dari Genting Highlands itu tiba-tiba motosikalnya hilang kawalan lalu terbabas dan masuk ke gaung. Nasib baik dia sempat terjun dari motosikalnya, jika tidak dengan dia sekali terjunam ke gaung. Sejak peristiwa itu Megat Emir mulai trauma untuk menunggang motosikal malah Puan Marina dan Tuan Megat Emran juga tidak membenarkan anak-anak mereka menunggang motosikal.
Beberapa minit kemudian Erina masuk bersama mug ditangan. Dihulurnya mug itu kepada Megat Emir.
"Kenapa total lost? Accident kat mana?" Soal Erina.
"Lorr ingatkan dah abis..sambung semula rupanya.Ishh budak ni." Tajam renungan Megat Emir.
"Ok..ok..saya tak tanya lagi." Erina tersengih-sengih malu. Comel!
Erina segera ke mejanya. Melakukan kerja-kerja rutinnya. Menaip beberapa dokumen untuk disahkan oleh Megat Emir.
Jam baru pukul 11.00 pagi tetapi Erina sudah tersengguk-sengguk di hadapan komputer. Apa yang ditaipnya habis merapu-rapu jadinya. Megat Emir yang melihat dari pintu kaca tergelak kecil melihat Erina dah macam burung belatuk terpatuk-patuk.
"Rina...dah siap ke dokumen yang saya suruh taip tu?" Megat Emir mengetuk meja Erina. Erina yang terlelap seketika tadi terkejut mendengar suaranya dipanggil.
"Apa bos? Sorry saya terlelap skit tadi. Ngantuk...semalam tak lena nak tidur sebab jiran sebelah main mercun tak abis-abis. Tak tau diorang celebrate perayaan apa ntah. Tu yang mata saya rabak pagi ni." Panjang lebar penjelasan Erina supaya Megat Emir tak salah sangka.
"Betul ke? Ke semalam pergi melepak dan merempit?"
" Dah kenapa saya nak buat kerja tak faedah tu? Daripada merempit baik saya duk kat umah mengaji." Balas Erina dengan wajah mencuka. Geram betul dia. Ada ke patut Megat Emir leh fikir camtu...Eiii geramnya!
" Hari ni pukul 2.00 petang ada appointment dengan Dato Halil. Dia nak bincang mengenai projek yang dekat TTDI tu. Katanya arkitek ada betulkan sikit design." Terang Erina.
"Bukan ke ni kerja pengurus projek kenapa saya pulak yang dia nak jumpa?" Megat Emir hairan kenapa hal macam itu sampai Pengarah Eksekutif kena masuk campur.
"Ok baik nanti saya sampaikan hal ini kepada projek manager." Angguk Erina.
"Rina...jom kita lunch kat luar hari ni." Erina terkedu dengan pelawaan Megat Emir itu.
"Bos ok tak hari ni? Demam ke?" Spontan Erina meletakkan tapak tangannya ke dahi Megat Emir.
"Saya ok laah..sihat je ..Ishh...bila orang ajak makan kat luar dia pelik plak ..bila tak ajak kata kedekut. Nak ke tak nak?" Soal Megat Emir kepada Erina.
"Rezeki jangan ditolak..musuh jangan dicari..jomm..." Erina segera mengambil dompetnya lalu menuruti Megat Emir dari belakang.
Di dalam kereta Megat Emir begitu fokus pada pemanduannya. Di samping itu dia berfikir-fikir sebenarnya dia nak pergi makan di mana yer? Semasa di dalam kereta, sekali lagi Erina bertanya kepada Megat Emir.
"Kenapa Tuan Emir dah tak ride motor dah? Mesti ada sebab tertentu kan?" Soal Erina yang membuatkan Megat Emir jeling panjang.
"Erina! Sekarang ni ada satu benda yang saya dapat kenali tentang awak tau.."
"Erkk...ehh ...kenapa tiba-tiba plak cakap camtu..tadi rasanya saya tanya yang lain..tapi ni jawapan macam tak kena je.." Ujar Erina dengan muka penuh keliru.
" Sebelum saya jawap soalan awak tu saya nak bagitau la dekat awak apa yang saya rasa." Jelas Megat Emir tapi matanya masih menumpukan pemanduan.
"Haa...rasa apa tu?" Berkerut dahi Erina.
"Awak ni seorang yang tak putus asa...selagi tak dapat akan cuba untuk dapatkan...contohnya...soalan yang awak tanya tulah...selagi saya tak jawab..awak akan tanya lagi sampai saya jawab kan?" Soal Megat Emir sambil tersenyum.
"Oohhh...hahahaha.... ingatkan apalah..adoii suspen betul...hahaha ..." Gelak Erina lalu menampar-nampar kasar lengan Megat Emir sehingga Megat Emir hampir hilang kawalan pemanduannya.
"Erinaaa...!!Apa ni..bahaya laa..." Laju Megat Emir mencapai tangan Erina lalu digenggamnya kuat.
"Adoii sakitnya... please lepaskan tangan saya." Rayu Erina.
"Kalau ikutkan saya...nak gigit-gigit jari halus awak ni.." Tangan Erina masih dalam genggaman Megat Emir. Jarinya halus dan lembut. Perwatakan kasar tapi tangannya lembut betul. Megat Emir rasa nak pegang lama-lama je jari comel ni.
"Apa ni pegang tangan saya lama-lama...nanti orang ingat kita couple plak...kang tak pasal-pasal saya kena serang dengan girlfriend bos nanti." Erina cuba menarik tangannya tetapi lengan Megat Emir yang berurat itu sahaja telah mengambarkan kekuatan tangannya.
"Girlfriend mana plak yang nak serang..kan awak girlfriend saya... girlfriend acah-acah...hahaha.." Gelak Megat Emir apabila teringatkan kes di pasaraya tempoh hari lalu terus melepaskan tangan Erina.
"Alaa...jangan la diungkitkan kisah tuh..udah-udah lah bos!"
"Biar laa...syok juga kan ada girlfriend acah-acah...sebab nanti dia boleh protect boyfriend acah-acah dia." Ujar Megat Emir lagi sambil tergelak besar.
Erina menjeling Megat Emir. Jadi inilah yang dikatakan oleh Farida. Kadang-kadang bos suka menyakat sampai kita pun boleh jadi stress. Suasana di dalam kereta tiba-tiba menjadi senyap seperti malaikat lalu.
Megat Emir membelok kereta ke Tasik Perdana. Erina mulai kehairanan. Dah kenapa Megat Emir nak ke Tasik Perdana pulak?
"Aik bos...kata nak makan...dah kenapa ke laluan Tasik Perdana pulak...mentang-mentang la saya ni girlfriend acah-acah..takan la nak ajak pergi dating tengah hari buta dekat Tasik Perdana pulak?" Soal Erina sambil tergelak kecil.
"Awak jangan perasan boleh tak?Tu haa saya nak bawak awak ke Balai Polis Bukit Aman tuh." Megat Emir memberhentikan kereta di hadapan pintu pagar Balai Polis Bukit Aman.
"Apa ni...taknak...taknak...apa salah saya?" Erina mulai cuak. Megat Emir tersenyum kemudian meneruskan pemanduannya.
"Erina...awak ni comel la...teringat pulak dulu saya selalu sakat adik saya macam ni lah...hahaha..." Megat Emir gelak berdekah-dekah apabila melihat muka cuak Erina sebentar tadi.
"Apa ni bos...takan saya dah besar panjang pun nak sakat saya macam budak kecik?" Tangan Erina laju menampar lengan Megat Emir. Megat Emir menggeleng kepala kerana terhibur dengan perangai Erina.
"Kita nak pergi makan ikan bakar la...Awak pernah makan tak Ikan Bakar Jalan Tangling? Sure tak pernah kan...ni nak bawak awak makan situ la."
"Lorr...kata tak suka lunch makan nasi..." Muncung Erina. Dia letih hari ni asyik kena sakat dengan bos sendiri.
"Awak makan la nasi...saya makan ikannya..." Balas Megat Emir.
Erina teringat kata-kata Farida...'Kalau memandai beli nasi ayam... bos akan makan ayam je nanti nasinya awak la yang kena makan'
"Abis tu.. kes hari ni macam tu juga ke? Kak Farida ...you memang betul ...you sangat memahami Tuan Emir!" Erina berkata di dalam hati.
Share this novel