Series
14692
Sudah seminggu Syed Rizal tidak pulang ke rumah. Melisa merasakan dia seperti patung cendana pula di rumah agam itu. Rumah yang besar penuh segala kelengkapan tetapi sunyi kerana penghuninya hanya Melisa, Syed Rizal, dua orang pembantu rumah dan seorang pemandu peribadi.
"Bibik...apa keperluan yang takda? Saya nak keluar pergi shopping sekejap." Melisa cuba mencari peluang untuk keluar membeli belah di pasaraya.
"Selalunya saya senaraikan keperluan yang diperlukan nanti Syam yang akan belikan barang-barang tu Puan." Jelas pembantu rumah kepada Melisa. Bibik Maryam yang sudah hampir 3 tahun bekerja di banglo mewah itu. Dia amat pelik kenapa kali ini Melisa menawarkan diri untuk membeli segala keperluan itu.
"Takpe bibik..hari ni saya terlebih rajin..hehe.." Gelak kecil Melisa.
"Kalau ikutkan banyak yang perlu beli. Nanti Puan tak larat nak bawanya. Nanti Tuan marah pulak saya sebab biarkan Puan membeli barang-barang tu kecuali kalau saya ikut Puan sekali." Cadang Bibik Maryam.
"Kalau awak ikut sekali baik tak payah!" Tengking Melisa lalu berlalu meninggalkan dapur. Bibik Maryam menggaru kepalanya kehairanan.
Sepanjang 3 tahun dia bekerja di banglo mewah itu belum pernah Melisa membeli keperluan dapur malah tidak pernah ambil tahu langsung. Tetapi kali ini terlebih rajin pula.
Melisa mundar mandir di biliknya. Serba tak kena dibuatnya. Geram betul dia apabila terkenangkan pesanan Syed Rizal kepadanya tempoh hari.
"Seminggu I takda ni you jangan ke mana-mana yer. Make sure you jangan menggatal nak pergi office bekas tunang you tu. I tahu sepanjang seminggu ni you tak pergi mana-mana. Stay dekat rumah jer ok. Kecuali ada perkara yang mendesak je baru you keluar rumah. Kalau I tahu you pergi clubbing lagi...siap you!"Â
Pesanan yang terselit sedikit amaran oleh Syed Rizal kepada Melisa.
"Dia ingat aku ni patung ke duduk rumah jer. Semua pun nak kena dengar cakap dia. Arggghhh..boringnya!" Melisa sudah rasa rimas asyik terperap di rumah sahaja. Dia merancang sekurang-kurangnya kalau Syed Rizal tak ada di Malaysia ni boleh la dia berjumpa dengan Megat Emir dan berborak pelbagai perkara.
"Ermmm...kenapa tiba-tiba rasa rindu pulak dekat Emir." Matanya ditutup rapat tetapi wajah Megat Emir yang semakin kacak itu pula yang asyik menjelma.
----------------------------------------------------------------
Erina di pantri untuk menyediakan kopi kegemaran Megat Emir. Di sepanjang penyediaan kopi itu dia asyik mengomel dan berfikir..apakah kehebatan kopi pekat yang disediakannya ini? Walaupun dia bukan pencinta kopi yang tegar tetapi baginya kopi kelat dan pekat kegemaran Megat Emir ini unik sangat. Kalau dia minum kopi ini pasti matanya akan hilang rasa mengantuk 2 hari 2 malam.
Sedang asyik mengacau kopi panas di dalam mug tiba-tiba Erina disergah oleh Megat Emir.
"Haa...buat apa tuh?!!"
"Oh mak kau!"
Akibat sergahan itu, Erina terkejut sehinggakan mug yang mengandungi kopi panas itu hampir terjatuh lalu segera ditahan oleh tangannya. Hampir separuh kopi di mug itu tumpah terkena tangan dan baju Erina.
Tangan Erina terketar-ketar menahan panas. Aroma kopi semerbak hampir di segenap ruang di pantri itu. Di tubir mata Erina bergenang air mata menahan sakit. Megat Emir cuak. Dia segera mencapai tangan Erina yang melecur terkena kopi panas itu lalu terus di bawa ke sinki. Tangan Erina yang melecur itu segera di letakkkan di bawah paip air yang sedang mengalir. Hampir 15 minit tangan yang comel dan jari yang runcing itu berada di bawah aliran air paip yang mengalir untuk mengurangkan rasa sakit.
Paip air ditutup. Dengan lengan yang kekar itu, Megat Emir mengangkat Erina lalu didudukkan Erina di atas table top. Tangan Erina dibelek-belek oleh Megat Emir. Sapu tangan dikeluarkan dari koceknya lalu ditekapkan pula ke tangan Erina yang melecur itu untuk mengurangkan rasa pedih.
"Rina...abang minta maaf. Abang tak sangka usikan abang tadi sampai leh jadi macam ni."Â Tangannya masih menekap tangan Erina dengan sapu tangannya. Sayu hatinya melihat wajah Erina menahan pedih.
"Its ok...benda dah nak jadi...nak buat camna..Rina tak marah pun cuma sedih nanti tak dapat la Rina nak pakai cincin nikah kita nanti. Tangan Rina dan injured." Usik Erina lalu menundukkan sedikit kepalanya dan lantas mengucup pipi Megat Emir.Â
Megat Emir terkedu seketika. Wahh..dah semakin berani Erina!
"Apa tu? Untuk apa tuh?" Soal Megat Emir bersahaja buat-buat tak tahu. Lalu mencuit hidung Erina.
"It's a KISS...thank you kiss! Thank you sebab rescue Rina." Jawab Erina lalu mengosok-gosok pipinya menahan malu. Malu kerana tanpa sedar telah mencium pipi Megat Emir.Â
"Owhh...really...and this is for you." Megat Emir mendongak ke atas lalu pantas mengucup bibir Erina.
Erina terkedu. Ini adalah kali kedua kucupan Megat Emir dibibirnya.
"Abang..please don't do that again..tu apa maksudnya pula tu?" Soal Erina. Marah dan sebenarnya suka tetapi terselit rasa bersalah akan perbuatan di cegah agama itu. Besar betul dugaan bertunang ini.
"That's mean...I love you!" Seorang CEO yang beku, tegas akhirnya mencair kepada gadis yang kasar tapi manja ini.
Tuk..tuk....Emir...Emir...terdengar laungan nama Emir daripada suara seseorang yang cukup Megat Emir kenali. Suara itu telah menganggu momen romantiknya di pantri sebentar tadi.
Kelihatan Melisa yang muncul dengan berpakaian tak berapa cukup kain di pejabat Megat Emir. Entah macam mana begitu senang sahaja Melisa menerjah masuk ke pejabat Megat Emir sedangkan dihadapan kaunter penyambut tetamu itu adanya Aida bertugas. Entah sogokan apa yang Melisa beri kepada Aida agaknya?
Megat Emir segera membantu Erina turun dari table top. Erina ke ruangan kerjanya dengan tangan masih menekap sapu tangan manakala Megat Emir segera ke biliknya.
"You cari I dekat office ni kenapa? You dah takde ke aktiviti lain. Bukan ke you suka pergi shopping dan spa?" Megat Emir muncul dengan wajah yang cukup bengang.
"Saje je..nak lepak-lepak dengan you." Bersahaja jawapan Melisa tanpa rasa bersalah.
"Huhh...you cari penyakit ke? You tahu tak hari tu husband you tu warning I jangan cari you and now sekarang ni siapa cari siapa?" Megat Emir duduk di hujung meja kerjanya sambil menyilangkan tangan ke badan.
Megat Emir sebenarnya serba salah apabila dia mula terlihat riak wajah cemburu Erina dari dinding kaca yang memisahkan tempat kerjanya dan Erina itu. Tajam pandangan Erina terhadapnya.
Megat Emir memandang Erina kemudian memberi isyarat supaya Erina masuk ke biliknya. Erina segera mendapatkan Megat Emir yang masih duduk di hujung meja itu.
"Sayang pergi dekat almari tu nanti pilih baju abang yang sesuai dengan sayang. Change your cloth...busuk bau kopi." Senyum Megat Emir. Tanpa segan silu Megat Emir menuturnya di hadapan Melisa yang sedang tajam memandang Erina.Â
Melopong Melisa memandang pakaian Erina yang bertompok-tompok hitam kesan daripada kopi yang tertumpah. Mulutnya menyenget. Mengejek akan penampilan Erina itu.
"You kenal kan dia? Tunang I..so please jangan selalu datang sini. I nak kena jaga hati dia tau."Â
"Yer..I still remember her face. Ala...kita kan kawan..takan itu pun dia nak jealous. Tak sporting betul la tunang you tu. So memang betul la kan dia tunang you?"
"Lor..kan I dah bagi tahu tadi dia tunang I..so lepas ni you tak payah datang sini lagi boleh tak?" Mencerlung Megat Emir memandang Melisa.
"Ermmm..I tak janji." Jawab Melisa dengan riak wajah degilnya.
Beberapa minit seketika Erina muncul dengan baju kemeja berwarna biru cair yang tersarung dibadannya. Tersenyum Megat Emir apabila melihat Erina memakai kemeja kegemarannya.
"Pandai betul dia pilih kemeja. Kemeja favourite aku dan kemeja paling mahal." Megat Emir berbicara di dalam hati.
"Apesal la selekeh sangat tunang you ni? Pakai baju besar-besar. Takde class langsung. Teruk sangat taste you ni Emir!" Sindir Melisa membuatkan Erina menahan sabar. Kalau ikut tak tahan sabarnya mahu ditumbuknya wanita dihadapannya itu.
Bukan dia tak boleh belasah sampai riuk Melisa tu..dia ada tali pinggang hitam tau! Dia cuma mahu profesional di tempat kerja.
"At least dia pakai baju cukup kain. Tak macam you..kahwin dengan orang kaya pun tapi tetap tak mampu nak beli baju yang cukup kain." Sindir Megat Emir untuk mempertahankan Erina.
Melisa rasa terpukul dengan kata-kata Megat Emir itu. Dia berjalan mendekati Erina yang sedang berdiri di sebelah Megat Emir.
Tangan Melisa membetul-betulkan kemeja besar yang dipakai Erina. Dua butang baju Erina di buka sedikit menampakkan dada Erina yang gebu itu manakala hujung kemeja itu diikat silang untuk menampakkan sedikit gaya kasual mengikut kesesuaian penggayaan dengan kemeja besar itu.
"Ermm..untuk jadi tunang Megat Emir..you kena la classy and sexy sikit. Megat Emir ni CEO..bukannya kerani dekat office ni." Sindir Melisa kepada Erina lalu dia berlalu meninggalkan pejabat itu.
Mendengar sendiri pengakuan Megat Emir bahawa gadis kecil, comel merangkap setiausaha itu adalah tunang Megat Emir sahaja sudah membuatkan perasaannya meluap cemburu.
"Arghhh...I will get you back Emir!" Hati Melisa menjerit.
Share this novel