Series
14692
"Damn! We need to do something." Syed Rizal menumbuk meja melepaskan marahnya.
Dengan pengaruh yang Syed Rizal ada, dia segera menghubungi pegawai kanan Penjara Sungai Buloh dan Bukit Aman untuk mengetahui perkara mengenai kelolosan Dato' Farid dengan lebih terperinci.
"Tenang, Emir. I baru lepas hubungi pegawai kanan penjara dan pihak atasan Bukit Aman." Kata Syed Rizal, cuba mengawal keadaan walaupun dadanya sendiri berombak kencang. "Pihak polis sahkan memang ada penglibatan orang dalam penjara. CCTV blok barat telah dipadamkan secara sengaja selama sepuluh minit tepat jam 2:00 pagi tadi."
"Tenang you cakap?!" Megat Emir mencengkam kolar baju Syed Rizal, matanya merah menyala. "Dato' Farid tu gila, Rizal! Dia berdendam dengan I, dengan you, and my biggest fear... is that he will come after Erina and my child! If anything happens to my family, I will never forgive myself."
Syed Rizal menepis perlahan tangan Megat Emir yang mencengkam kolar bajunya. Dia segera memegang bahu sahabat korporatnya itu. "Sebab itu kita kena bertindak sekarang. Contact your wife immediately, and I'll alert mine. Secure them. They cannot go anywhere."
Dengan tangan yang menggigil menahan amarah dan ketakutan, Megat Emir segera mencapai semula telefonnya untuk mendial nombor telefon isteri tercinta.
Sementara itu, di rumah teres berkembar yang diduduki Erina itu suasana petang yang damai tiba-tiba terasa sunyi dan mencengkam. Erina baru sahaja menidurkan bayi mereka di dalam buaian. Ketika dia melangkah ke dapur untuk membancuh susu, telefon rumah di atas meja hiasan berdering nyaring.
KRINGG!! KRINGGG!!
Erina mengerutkan dahi. Jarang ada orang menghubungi talian tetap rumah melainkan urusan penting atau keluarga terdekat. Dia mengangkat gagang telefon tersebut dengan wajah yang penuh tanda tanya.
"Hello, Assalamualaikum?" Erina bersuara lembut.
Senyap. Hanya kedengaran bunyi deruan nafas yang berat dan kasar di hujung talian. Bunyi itu betul-betul meresahkan Erina.
"Hello? Siapa ni?" Tanya Erina lagi, kali ini nadanya bertukar tegas. Sifat berani dalam dirinya mula mengambil alih, namun ada satu perasaan tidak enak mula menjalar di sudut hatinya.
"Lama tak dengar suara you, Erina..." Satu suara garau, serak, dan penuh sinis menyapa cuping telinga Erina.
Darah Erina serta-merta tersirap. Jantungnya berdegup kencang bagai nak rak. Suara itu... dia sangat kenal. Suara yang pernah menghantui mimpi ngerinya suatu ketika dahulu.
"Dato'... Dato' Farid?!" Tangan Erina mula menggigil, gagang telefon dicengkam erat.
"Bijak. You masih ingat I ye sayang..haha.." Dato' Farid ketawa kecil, satu tawa yang kedengaran sangat ngeri dan psiko. "I dengar you dah beranak. Mesti comel kan baby boy you dengan Emir? Kirim salam pada suami tercinta you tu. Tolong sampaikan kepada dia... The game has only just begun...Watch over your wife and kid, Emir... it won't be long before I come for all of you.. Haha. ."
Tut... Tut... Tut...
Talian terputus. Erina berdiri kaku dengan wajah yang pucat lesi. Air matanya mengalir tanpa sedar. Ketakutan yang amat sangat telah menyelubungi dirinya. Dia memikirkan keselamatan bayinya yang sedang nyenyak tidur di bilik sebelah. Pada saat itu juga, telefon bimbitnya di dalam poket bergetar kuat memaparkan nama "Abang ".
-----------------------
POV MEGAT EMIR
Tayar Range Rover milik Megat Emir berdecit kuat di atas tar sebaik sahaja kenderaan itu membelok masuk ke perkarangan rumah mereka. Suasana di luar rumah sudah berubah sepenuhnya. Empat orang pengawal peribadi bersenjata acap kali meliar pandangan di sekeliling pagar gergasi, manakala lampu limpah perimeter dipasang terang benderang memanah ke segenap sudut gelap.
Belum sempat enjin kereta mati sepenuhnya, Megat Emir sudah merentap pintu kenderaan. Dia meluru masuk ke dalam rumah bagai dirasuk.
"Sayang ! Sayang!" Jerit Megat Emir, suaranya bergema sarat dengan kepanikan yang tidak lagi mampu dibendung.
Dari arah ruang tamu tingkat atas, sosok tubuh Erina kelihatan berlari menuruni anak tangga dengan langkah yang terketar-ketar. Wajah gadis superbike yang selalunya kental dan penuh keyakinan itu kini pucat lesi bagaikan tiada darah yang mengalir. Sebaik sahaja matanya tertancap pada sekujur tubuh Megat Emir, Erina terus meluru dan merebahkan dirinya ke dalam dada suaminya.
"Abang...!" Esakan Erina pecah serta-merta. Dia mencengkam erat kemeja Megat Emir sehingga renyuk, manakala seluruh badannya menggigil hebat di dalam dakapan lelaki itu.
Megat Emir memeluk erat tubuh isterinya, menenggelamkan wajahnya di celah rambut Erina sambil mengucup ubun-ubun wanita itu berkali-kali.
"Sayang... abang ada di sini. Abang ada. Anak kita mana? Anak kita selamat?" Suara Megat Emir bergetar, hampir hilang punca.
"Ada... ada kat atas. Mak Yah sedang jaga. Eiyash " Jawab Erina dalam sisa tangisannya.
Erina mendongak, memandang anak mata Megat Emir dengan pandangan yang sarat dengan trauma masa lalu yang kembali menghantui.
"Abang... dia dah keluar ke?"
"Ermm... Dia tak keluar lagi tapi dia dah lolos dari penjara." Megat Emir memeluk erat Erina sambil menggosok-gosok belakang isteri tercintanya itu.
"Abang.. Rina takut dia apa-apakan kita nanti." Tutur Erina. Ketika itu dia hanya memikirkan anak dan suaminya sahaja.
"Sayang.. Sayang ada terima panggilan daripada dia ke? Bila?" Suara Megat Emir mendatar namun tegas bagi mengawal keadaan.
Megat Emir merenung tajam ke arah Erina menanti jawapan. Jarinya perlahan menyeka air mata Erina yang membasahi pipi.
Erina mengangguk lemah. "Sepuluh minit sebelum abang telefon saya tadi. Telefon rumah ni berdering. Saya ingat ada urusan penting, jadi saya angkat..."
Erina menelan air liur, tangannya kembali menggigil memikirkan butir bicara ngeri yang didengarinya petang tadi.
"Suara tu... saya takkan pernah lupa seumur hidup saya. Itu suara Dato' Farid, abang. Dia... dia gelakkan saya. Dia cakap dia tahu kita dah ada anak. Dia kata anak kita comel... dan dia tahu anak kita lelaki," kata Erina, suaranya mula tersekat-sekat menahan ketakutan yang teramat sangat. "Dia ugut nak datang ambil hak dia semula. Dia cakap permainan baru sahaja bermula!"
Mendengarkan pengakuan Erina, mata Megat Emir terbeliak luas. Amarahnya memuncak ke tahap maksimum. Dato' Farid bukan sahaja melarikan diri, malah penjenayah psiko itu sudah mula mengintip setiap gerak-geri keluarganya sehinggakan butiran jantina anaknya pun berada dalam poket musuh.
"Sial...! Dia intip rumah kita, Sayang! Dia tahu segala-galanya tentang anak kita!"
Megat Emir menghentak penumbuknya ke dinding batu di sebelah pintu utama sehingga mengeluarkan bunyi dentuman yang kuat.
Megat Emir mengeluarkan seutas kabel khas dari poket seluarnya dan menyambungkan telefon pintar miliknya terus ke unit talian tetap rumah itu dan kemudian menyambungkan maklumat itu ke komputer riba. Jari-jemarinya bergerak pantas di atas skrin, mengaktifkan perisian penggodam yang dicipta oleh adiknya, Megat Amar. Perisian ini mampu memintas semula isyarat panggilan yang baru sahaja diterima.
"Abang buat apa tu?" Soal Erina yang serba sedikit memahami penggunaan perisian itu.
"Abang rasa dia sengaja buat panggilan tu untuk uji tahap ketakutan sayang. Dia nak kita buat tindakan bodoh," Kata Megat Emir tanpa menoleh, matanya tajam meneliti kod digital yang sedang berlari di skrin telefonnya kemudian ke skrin komputer riba.
"Bagi abang satu minit... satu minit untuk abang kesan dari mana pencawang isyarat panggilan Dato' Farid ni datang."
Erina memandang suaminya dengan penuh debaran. Dia mula menyedari bahawa malam ini bekemungkinan besar sebuah malam pertempuran antara suaminya dengan Dato' Farid akan berlaku.
TRUT... TRUT...
Nombor yang tidak dikenali muncul di skrin telefon bimbit Megat Emir. Dia acuh tak acuh untuk mengangkat panggilan itu.
"Emir!" Kata Syed Rizal sebaik talian bersambung. Suaranya tidak lagi cemas seperti di pejabat tadi. Ia kedengaran sangat tenang, tetapi ketenangan itu adalah ketenangan sebelum badai melanda.
Share this novel