Series
14692
"Morning sayang...dah breakfast ke?" Sapa Megat Emir sebaik sahaja sampai di pejabat.
Kelihatan Erina sedang mengemas meja Megat Emir yang bersepah dengan buku-buku di atas meja.Â
"Morning...Dah breakfast dah dengan ayah dan umi dekat rumah tadi. " Senyum Erina.
"Manisnya senyuman girlfriend saya hari ni." Puji Megat Emir lalu mendekati Erina.
"Hari-hari saya senyum macam ni..tak pernah berubah tau." Buku-buku di atas meja segera disusun di rak buku.
"Hari ni apa jadual saya yer?" Soal Megat Emir.
"Pagi ni tiada urusan tetapi nanti pukul 2.30 petang bos kena ke Prestige Bina Holdings. Tak silap saya ada majlis tanda tangan perjanjiian kerjasama untuk projek di Kuala Selangor tuh." Terang Erina sambil membelek-belek buku dairi di tangannya.
"Erm...kena pergi ek..kalau tak pergi boleh ke?" Soal Megat Emir dengan muka yang kurang ceria.
"Ishh..mana boleh tak pergi! Your are one of the important person today tau. Kenapa tak nak pergi pulak?"Â
"Because I want to spent time with you today!" Tutur Megat Emir dengan senyum nakal.
"Ishh..mengada-ngada..Petang ni kena pergi juga. Nanti saya teman bos pergi sekali tau."Â
"Erm..tak payah...saya pergi sendiri. Awak duduk je dekat office."Â
Risau pulak Megat Emir apabila Erina menawarkan diri untuk menemaninya ke majlis tanda tangan kerjasama projek berskala besar di Menara Syed Ibrahim pada petang ini.
Megat Emir risau Erina akan terserempak Dato' Farid nanti kerana syarikat Dato' Farid juga ada terlibat dengan sesi tanda tangan perjanjian kerjasama itu.
Erina segera ke pantri untuk menyediakan kopi kegemaran Megat Emir. Megat Emir mengekori Erina dari belakang. Di intai-intainya dari belakang Erina untuk melihat cara Erina menyediakan kopi kegemarannya. Tetapi bau harum dari rambut Erina itu lebih menarik minatnya daripada bau kopi yang sedang disediakan oleh Erina itu.
"Ermm...wangi!" Wangi rambut Erina itu betul-betul membuatkan Megat Emir tidak keruan.
"Ishh.. Jauh sikit.. Jangan rapat-rapat." Berdebar-debar Erina apabila terasa kehangatan Megat Emir yang semakin dekat dengannya.
"Abang nak dekat sikit pun takleh ke?" Ujar Megat Emir lalu bersandar di kabinet sambil menyaksikan tangan Erina ligat mengacau kopi di dalam mug.
"Tak boleh sebab bila dekat nanti abang jadi lagi bahaya." Tersenyum Megat Emir apabila mendengar kata-kata Erina itu.
Sejak menjak ini Megat Emir seakan-akan semakin menjadi nakal. Melihat Erina hari-hari bagaikan candu baginya.
"Kenapa bos tak bagi saya ikut ke majlis tandatangan tu?" Soal Erina sebaik sahaja dia duduk di kerusi di hadapan Megat Emir.
"Bos ?? Abang la..." Megat Emir membetulkan ayat Erina itu.
" Sama jelah... Sekarang kan kat office.. So kenalah panggil bos.. Kalau luar office baru la leh panggil Abang Sayang or Oppa.." Erina mencuit hidung Megat Emir yang hanya tersenyum bahagia.
"Rina tak payah ikut ke majlis tu ok. Abang tak nak Rina muncul depan Dato' Farid tu. Abang nak Rina duk office buat apa-apa yang patut. Time balik kerja terus balik tau." Terang Megat Emir lalu menghirup air kopi dihadapannya itu.
"Baiklah... Oppa !.. Hehe..." Erina tergelak kecil kerana berbahasa Korea pula.Â
"Haaa... Macam tulah Nae Sarang." Senyum Megat Emir sehinggakan menampakkan barisan gigi putihnya apabila dia turut membalasnya dalam bahasa Korea.
* Oppa : Abang
* Nae Sarang : Cintaku
---------------------------
Majlis tandatangan perjanjian kerjasama antara 4 buah syarikat pembinaan telah berlangsung di lobi Menara Syed Ibrahim. Acara yang gemilang dan penuh dengan protokol ini berlangsung disertai dengan temuramah daripada beberapa orang wartawan dari syarikat akhbar dan televisyen.
Sebagai seorang isteri kepada salah seorang penandatangan kerjasama pada hari ni, Melisa tidak ketinggalan untuk turur hadir. Melisa hadir sebagai penyokong kepada kerjaya suaminya Syed Rizal.
Megat Emir yang kemas dengan kot dan bertali leher itu betul-betul telah mencuri perhatian hadirin yang hadir.Â
"Wahh semakin handsome dan bergaya la you Emir." Bicara hati Melisa sebaik sahaja kelibat Megat Emir melintas di hadapannya disertai haruman maskulin minyak wangi yang dipakai oleh Megat Emir itu.
Megat Emir sememangnya menyedari kehadiran Melisa itu tetapi dia buat-buat sibuk kononnya tidak menyedari kehadiran wanita itu. Mata Melisa mengekori setiap pergerakan Megat Emir. Dia kagum dengan perubahan ke atas Megat Emir itu.
Di atas pentas itu terletak meja panjang dan diletakkan juga 4 buah kerusi yang akan digunakan untuk sesi tandatangan kerjasama perniagaan nanti. Megat Emir cuba untuk mengelak daripada duduk disebelah Dato' Farid tetapi apakan daya...tagging dikerusi sudah disusun oleh pihak protokal Prestige Bina Holdings dan akhirnya sememangnya dia diletakkan bersebelahan Dato' Farid.
Dato' Farid yang mengambil tempat di sebelah Megat Emir hanya melemparkan senyuman sinis kepada Megat Emir. Megat Emir yang duduk di sebelah Dato' Farid entah kenapa tiba-tiba terasa panas sahaja badannya. Dia tidak pasti samada perasaan panas itu kerana dia betul-betul terasa panas atau di sebabkan hatinya panas apabila melihat Dato' Farid.
Usai sesi tandatangan perjanjian, Megat Emir segera turun dari pentas. Sebolehnya dia hendak segera pulang dan tidak mahu melihat langsung muka-muka yang boleh menyakitkan hatinya. Muka Dato' Farid dan muka Melisa.
"You tak bawak Erina sekali ke hari ni?" Kedengaran suara Dato ' Farid betul-betul dicuping telinga Megat Emir.
"Dato' Farid..boleh tak kau jauh dari aku sebelum aku bagi penumbuk dekat kau!" Bisik Megat Emir dengan nada keras ke telinga Dato' Farid.
"Kalau you bawa dia sekali boleh la I tengok dia..lagi pun dah lama I tak jenguk dia since that day...hahaha..." Kata-kata Dato Farid itu betul-betul membuatkan Megat Emir mendidih.
Memandangkan suasana di majlis pada petang itu begitu ramai wartawan yang hadir, maka Megat Emir cuba mengawal dirinya untuk bersabar dengan setiap kata-kata yang keluar dari mulut Dato Farid itu. Megat Emir mengetap bibirnya manakala jarinya dikepal kuat-kuat menahan sabar.Â
Megat Emir segera menjauhi dari Dato' Farid. Dia ke sebuah kerusi kosong yang terletak di hujung cermin kaca di lobi menara itu.
"Hai Emir..." Sapa Melisa.
"Ohh..Hai.." Acuh tak acuh Megat Emir menjawab sapaan Melisa.
"Emir..you datang seorang je ke?" Soal Melisa .
"Tak lah..I datang dengan beberapa orang staff I lagi..mana ntah diorang ni." Mata Megat Emir mencari-cari 3 orang kakitangannya yang turut hadir ke majlis tandatangan perjanjian itu.
"Boleh ker I duduk dekat sini?" Melisa segera melabuhkan punggungnya di kerusi di sebelah Megat Emir itu.
"Kalau I tak bagi pun tapi you dah pun duduk kat situ kan? So tak perlu la nak ask my permission kan?" Sinis Megat Emir.
"Emir...boleh tak kita berdamai? Boleh tak you layan I elok-elok? Dah 5 tahun berlalu dah kan...pleaseee..." Rayu Melisa dengan suara yang penuh manja.
Megat Emir memandang Melisa tajam. Dia cuba berfikir dengan tenang dan sebaiknya apa yang dituturkan oleh Melisa itu. Apabila difikir panjang akhirnya Megat Emir bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Melisa itu. Dia perlu 'move on'.
Melisa sudah punya suami dan keluarga yang bahagia manakala dia juga sudah mempunyai Erina yang pastinya suatu hari nanti akan menjadi suri hatinya.
"Oklah Mel...I pun dah move on..and let's us happy with what we have now...right?" Tutur Megat Emir sambil tersenyum memandang Melisa yang tidak pernah berubah dengan sikap manjanya itu.
"Ermm...macam tu lah...I tak nak you berdendam dengan I Emir. Dah 5 tahun kan hal semua tu berlalu..I harap you maafkan I yer kes 5 tahun lepas." Melisa menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Megat Emir sebagai tanda berdamai.
"Okla Mel..." Senyum Megat Emir lalu menyambut huluran salam Melisa.
"Sekarang ni I boleh nampak kematangan you and the most important lagi...you look gorgeous and also overdose handsome." Senyum Melisa lalu mengeyit matanya kepada Megat Emir.
"I dah tua..so makin tua kena makin matang la..takan nak jadi macam budak-budak lagi." Balas Megat Emir sertai gelak kecilnya itu.
Syed Rizal mencari-cari kelibat isterinya kerana sebentar nanti wartawan akan memulakan sesi temuramah. Sebagai seorang isteri kepada orang kuat projek ini maka Melisa mesti berada disamping suaminya semasa sesi temuramah nanti.
"Baby...kat sini rupanya you. Jom...reporter nak interview kita nanti ni so you must look great nanti depan diorang yer. Execuse me yer Emir..." Syed Rizal menghampiri Melisa lalu segera merangkul pinggang Melisa dan terus ke meja yang dikhaskan untuk ditemuramah.
Megat Emir hanya memerhati sahaja pasangan suami isteri itu dari jauh. Nampaknya Melisa begitu bahagia bersama Syed Rizal. Memandangkan segala urusan sudah berjalan dengan lancar, Megat Emir segera meninggalkan Menara Syed Ibrahim itu tanpa sesiapa pun yang menyedari kehilangannya.
Share this novel