EPISOD 26

Romance Series 14692

Sepanjang di dalam kereta, Megat Emir hanya berdiam sahaja. Memang dia fokus pada pemanduan tetapi fikirannya melayang teringatkan Melisa.

Megat Emir rasa dia sudah move on dengan Melisa itu tetapi kenapa apabila Melisa tiba-tiba muncul kembali dia mula teringatkan kisah percintaan lampaunya dengan Melisa.

Sebaik sahaja kereta sudah diparkir dengan elok, Megat Emir dan Erina berjalan beriringan masuk ke pejabat semula. Megat Emir masih diam manakala Erina hanya memerhatikan kelakuan majikannya itu.

"Pandai suruh orang move on tetapi bos sendiri pun tak boleh move on dengan bekas tunang sendiri." Perli Erina.

"Diam boleh tak...!" Tengking Megat Emir.

Erina tersentak terkejut dengan tengkingan Megat Emir itu. Nampaknya Megat Emir tengah mood tak elok. Erina segera ke mejanya menyelesaikan kerja-kerjanya yang tergendala tadi.

Beg kertas Tiffany & Co terletak elok di atas mejanya. Erina segera mencapai beg kertas itu lalu menuju ke ruang kerja Megat Emir.

"Bos...ni barang tadi." Beg kertas dihulurkan kepada Megat Emir.

" Awak ambil jerla...lagi pun mama saya tak muat pakai cincin tu. Saiz tu halus..jari awak je yang muat. Lepas ni pandai-pandai lah saya fikirkan nak beli benda yang lain untuk mama." Kata Megat Emir dalam nada yang agak keras. 

"Ehh..jangan la macam ni...mahal ni cincin ni..beribu juga harganya tadi kan?" Erina menjadi serba salah.

"Kalau macam tu nanti awak pergi la gadaikan ke apa ke..pastu nanti belanja je saya makan..."

"Erkkk...kalau nak pergi gadai hari ni tak sempat la bos..kerja saya ni banyak lagi yang tak siap ..dah la tadi je dah buang masa beberapa jam dekat Pavilion tu." Acuh tak acuh Erina menjawab. Tapi cincin tu cantik sangat. Kalau difikirkan muka tak malu mahu aje dia ambik cincin tu dan pakai dijarinya selama-lamanya.

"Ermm....ok..!" Ringkas jawapan Megat Emir tanpa memandang Erina.

" Tapikan bos...sebelum saya pegi gadai tu...boleh tak saya pakai sekejap dua tiga hari ni. Nak la juga saya merasa pakai cincin brand Tiffany & Co ni." Erina meminta kebenaran kerana cincin itu sememangnya bukan miliknya pun.

"Ok..boleh je...bila awak dah puas pakai nanti buat lah apa yang patut." Megat Emir masih lagi tidak memandang Erina. Erina dah jadi serba salah apabila melihat mood majikannya yang tak berapa baik hari ni.

Erina tahu mood Megat Emir mulai tak berapa baik hari ni selepas peristiwa dia terserempak dengan bekas tunangnya tadi. Ntah apa lah yang telah diperkatakan oleh perempuan tu sehinggakan Megat Emir kemurungan seketika hari nih.

Jam sudah menunjukkan pukul 6.00 petang. Erina masih menyiapkan laporan minit mesyuarat semalam. Fail minit mesyuarat yang hampir disiapkannya tadi tiba-tiba rosak dan hilang begitu sahaja. Monyok Erina seketika. Arghh!!

Megat Emir masih di pejabat bersenam seketika dengan alat-alat sukan yang ada di biliknya. Dia pun tidak menyedari rupanya sudah lewat petang. Minit mesyuarat yang diminta dari Erina tak muncul-muncul.

Megat Emir segera mendapatkan Erina di luar biliknya. Kedengaran bunyi tangisan teresak-esak. Bahu Erina bergerak-gerak mengikut rentak esakkan itu.

"Erina what happen? Kenapa menangis ni?" Megat Emir yang berdiri dihadapan Erina segera berlutut mengadap Erina yang tunduk memandang lantai.

"File minit meeting yang saya siapkan tadi corrupt. It's gone...letih saya buat dari tadi finally it's gone. Now dah pukul 6.00 petang. It's late already. Saya takut Tuan Emir marah saya nanti sebab tak siap-siap minit tu." Terang Erina sambil mengelap air matanya.

Megat Emir tersenyum sumbing. Dia ingatkan apa lah tadi. Sememangnya benar dia ternanti-nanti minit mesyuarat yang sedang disiapkan oleh Erina tadi. Dia perlu memahami butir mesyuarat semalam supaya perkara-perkara yang dibincangkan dapat dibawa bersama. dalam mesyuarat besar esok.

"Owhh .. ingatkan apa lah .. kalau jadi macam tu nak buat macam mana kan. Takpelah awak pergi la balik...dah lewat ni.."

"Ermm...really?" Soal Erina sambil mengelap hidungnya yang sudah kelihatan merah.

"Yerr...awak pergi la balik. Kalau lambat-lambat kang hujan pulak. Awak tu dah la datang naik motor. Lagi satu...saya ni garang sangat ke sampai awak takut dengan saya?" Megat Emir mencekak pinggang memandang Erina.

Erina mengangguk kecil. " Saya takut bos marah sebab saya tahu hari ni mood bos tak ok."

Mendengar jawapan Erina itu, Megat Emir tergelak kecil.

"Awak ni comel la...kenapa awak ni comel sangat...menangis pun comel. Rasa nak peluk-peluk macam teddy bear." Bicara hati Megat Emir.

"Awak pergilah balik. Saya pun nak balik dah ni. Kalau lambat-lambat kang kena kacau dengan hantu pulak." Usik Megat Emir.

Erkk... Hantu! Mendengar perkataan hantu je sudah membuatkan Erina kelam kabut. Dengan kalut-kalut Erina mencapai beg dan jaketnya lalu berlari menuju ke lif.

Megat Emir mengekek kecil apabila melihat kelakuan Erina yang kelam kabut meninggalkan pejabat itu. Sepanjang Erina menjadi setiausahanya dia merasakan hidupnya sentiasa ceria dengan telatah setiausahanya itu.

--------------------------------

Kesemua ahli keluarga Tuan Megat Emran kini berada di Hotel Shangri-La untuk meraikan hari lahir Puan Marina. Setiap tahun sememangnya Megat Emir akan menempah ruangan khas di Hotel Shangri-La untuk meraikan mamanya.

Malam itu Erina hadir bersama sejambak bunga mawar merah lebih kurang 50 kuntum. Dia teringat kata-kata Megat Emir siang tadi bahawa keluarganya akan meraikan hari lahir mamanya di Hotel Shangri-La pada malam ini jam 8.30 malam.

Memandangkan hadiah yang dibeli oleh Megat Emir siang tadi tidak sesuai untuk Puan Marina maka sebagai setiausaha Megat Emir, Erina akan hadir membuat kejutan bagi pihak Megat Emir dengan membawa sejambak besar bunga mawar merah. Erina tahu kalau mak-mak dapat bunga daripada anak lelaki mesti dia akan gembira berzaman. Dia teringat bila mana uminya begitu gembira sekali ketika arwah abangnya menghadiahkan uminya sejambak bunga suatu ketika dahulu dan hingga ke hari ini uminya masih bercerita detik-detik itu.

Sebenarnya Erina rasa bersalah dengan Megat Emir. Sepatutnya siang tadi dia menemani Megat Emir membeli rantai leher untuk Puan Marina tetapi dek kerana kemunculan bekas tunang Megat Emir tadi maka tak pasal-pasal pula mamat tu terpaksa belikannya cincin demi menghangatkan lagi drama lakonan mereka.

Erina tergelak kecil apabila teringat lakonannya dan Megat Emir siang tadi. Dia merasakan lepas ini boleh la dia cuba menghadiri uji bakat sebagai pelakon pula. Haha... Gila la..Mahu Haji Wan Zain kejarnya dengan parang! Terbayang-bayang muka bengis ayahnya itu bersama parang. Erina mengekek kecil.

"Cik.. Dekat mana majlis sambutan hari lahir Puan Marina yang ditempah khas oleh Tuan Megat Emir yer?" Soal Erina di kaunter pertanyaan.

"Oo tempahan dari Tuan Megat Emir yer.. Mari saya tunjukkan tempatnya." Balas seorang kakitangan hotel lalu membawa Erina ke tempat yang dikhaskan untuk sambutan hari lahir Puan Marina.

Dari jauh Megat Amar ternampak Erina cuba menghampiri meja makannya sekeluarga bersama-sama dengan sejambak besar bunga mawar merah. Dia segera berjalan mendapatkan Erina.

"Hai Erina... You're coming to celebrate my mom's birthday too?" Sapa Megat Amar dengan penuh teruja melihat gadis pujaannya itu.

"No.. No... Saya datang nak jumpa Tuan Megat Emir... Nak bagi benda ni...boleh panggilkan dia sekejap?" Jawab Erina sambil menunjukkan bunga ditangannya.

" Owhh.. Kejap.. I panggil abang Emir." Erina mengangguk perlahan.

Beberapa minit kemudian Megat Emir muncul dengan berkerut-kerut di dahi apabila melihat Erina hadir bersama sejambak besar bunga mawar merah.

"Erina... Apa ni? Saya tak pesan pun kan?"

"Memang la bos tak pesan... Tapi saya yang tolong belikan on your behalf. Kan siang tadi sepatutnya bos belikan hadiah untuk auntie Marina tapi tak pasal-pasal jadi lain plak kan...sebenarnya saya rasa bersalah kalau bos tak bagi hadiah for your mum. Takut nanti dia kecik hati pulak.". Megat Emir tersenyum mendengar penjelasan Erina.

" Pandai la awak ni. Bagusnya secretary saya... Bekerja sampai malam.. Haha.. ." Gelak Megat Emir dan spontan meletakkan tangannya di atas kepala Erina lalu dikucar kacirkan rambut Erina. Erina segera menepis-nepis tangan Megat Emir itu.

Melihat kemesraan abangnya dengan Erina dari jauh, Megat Amar mulai cemburu.Ishh...tak leh jadi ni!

"Amar mana abang Emir?" Tanya Puan Marina sebaik sahaja menyedari kehilangan Megat Emir seketika.

"Ada kat luar tu tengah jumpa secretary dia."

"Erina ke? Bagi tahu abang Emir yang mama suh ajak Erina masuk sekali." Pinta Puan Marina.

"Owhh..ok mama..." Megat Amar segera mendekati abangnya yang tengah tergelak-gelak bersama Erina.

"Abang Emir..mama suruh ajak Erina masuk sekali." Megat Amar memandang gadis pujaannya itu sambil tersenyum-senyum. Dia merasakan gembira jika mamanya sudah mengenali Erina. Senang kerjanya nanti.

"Rina...jom masuk...mama saya dah ajak tu." Ajak Megat Emir.

"Eii...taknak la..kan ni you all punya family celebration..Taknak la saya jadi penyibuk." Sedaya upaya Erina menolak ajakan untuk turut serta mereka sekeluarga.

"Jomm...." Megat Emir dan Megat Amar menarik tangan Erina. Seorang pegang tangan kanan seorang pegang tangan kiri. Erina sudah tidak dapat berbuat apa-apa apabila dua orang lelaki perkasa menariknya.

"Assalamualaikum auntie...uncle..." Erina segera bersalam Puan Marina manakala kepada Tuan Megat Emran pula Erina hanya melemparkan senyuman.

"Meh sini...duk sini...apa malu-malu pula." Puan Marina mengajak Erina duduk disebelahnya. Muka Erina merona merah. Dia malu kerana dilayan istimewa...seolah-olah seperti 'birthday' dia pula.

"Ehh..segan la saya auntie...anyway...Happy Birthday Auntie Marina..semoga sentiasa cantik berseri-seri, panjang umur, walaupun bertambah umur tetapi sentiasa muda, ceria dan berbahagia disamping family tercinta." Ucap Erina manakala Puan Marina hanya tersenyum-senyum mendengar ucapan Erina itu.

"Amboii...pandainya ambik hati auntie." Puan Marina tergelak kecil lalu mencuit hidung Erina. Muka  Erina makin lama makin merah seperti udang kena bakar apabila seluruh ahli keluarga Tuan Megat Emran tergelak dengan telatah Erina yang malu-malu itu.

Sambutan hari lahir Puan Marina pada malam itu agak istimewa kali ini kerana kehadiran Erina yang  sudah dianggap seperti anaknya sendiri pula. Gadis comel yang malu-malu tetapi bersahaja malah berpakaian sopan. Tidak seperti gadis-gadis yang pernah Megat Emir dan Megat Amar bawa sebelum ini...semuanya control ayu dan seksi-seksi belaka. Alangkah bagusnya kalau Erina ini jadi menantunya. Puan Marina mulai berangan-angan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience