Series
14692
Megat Emir memberhentikan Ford Rangernya di hadapan pintu pagar rumah Erina.
Keadaan di dalam rumah ketika itu amat gelap sekali. Hanya lampu di luar rumah sahaja terpasang.
"Parents saya semua dah tidur dah. Mesti ayah marah sebab balik lambat. Umi pun mesti risaukan saya. Apa saya nak jawab dekat diorang nanti?" Wajah Erina yang penuh kerisauan itu membuatkan Megat Emir serba salah jadinya.
"Takpe... Saya kan dah cakap tadi yang umi awak tahu awak overtime. Tak payah risau la. Jom saya teman awak masuk." Megat Emir segera menarik tangan Erina dan berjalan terus ke pintu utama.
Terasa sejuk sungguh jemari Erina. Dia tidak pasti samada jari halus itu sejuk kerana ketakutan atau kesejukkan.
"Sejuknya tangan awak!" Dengan spontan Megat Emir menarik jemari Erina ke bibirnya lalu ditiup-tiupnya jemari Erina untuk menghilangkan rasa kesejukkan itu.
Erina terkedu seketika sehinggakan bahang panas itu terasa menyusup masuk hingga ke pipinya. Muka Erina menjadi merah padam tetapi dalam masa yang sama dia rasa bahagia. Lebar senyum Erina.
Megat Emir terlupa itu adalah jari Erina agaknya. Jika dulu dia selalu meniup-niup jemari Melisa jika Melisa merengek manja kerana kesejukkan.
Belum sempat Erina memasukkan kunci ke pintu utama tiba-tiba terpacul muka Haji Wan Zain. Matanya mencerlung tajam kepada Erina dan Megat Emir.
Melihat wajah ayahnya yang bengis itu, Erina segera menyorok di belakang Megat Emir. Belakang baju Megat Emir itu ditarik-tariknya oleh Erina seperti anak kecil kerana ketakutan.
"Kuatnya kerja.. Dah tengah malam baru balik?" Haji Wan Zain mencekak pinggangnya memandang tajam Megat Emir manakala Erina pula masih menyorok dibelakang Megat Emir.
"Maaf uncle.. Hari ni banyak kerja sikit. Erina pula tadi pengsan lagi tu yang balik lambat sebab saya bawak dia pergi klinik dulu." Jelas Megat Emir dengan penuh tenang tetapi di dalam hatinya betapa takutnya dia memandang askar pencen dihadapannya itu.
" Ooo Rina pengsan lagi. Uncle ingatkan kerja tak abis-abis sampai pukul 1.00 pagi baru nak balik. Kita ni kalau nak fikirkan hal kerja esok dan lusa pun belum tentu habis ye Emir." Bebel Haji Wan Zain.
"Baik.. Baik uncle. Maafkan saya yer uncle sebab buat uncle dan auntie risaukan tentang Erina. Dua tiga hari ni biarlah Rina rehat dekat rumah yer." Haji Wan Zain mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Megat Emir.
"Rina.. Dah kenapa menyorok belakang Emir tu? Pergi masuk mandi dan rehat." Erina segera melepaskan cengkamannya pada belakang baju Megat Emir. Dia menunduk lalu terus berjalan masuk ke dalam rumah.
"Kamu pun Emir pergi la balik cepat. Dah malam sangat ni. Hati-hati memandu. Terima kasih sebab hantar Erina balik."
"Baik uncle.. Uncle suruh Erina rehat tau. Saya bagi dia cuti 3 hari. Saya gerak dulu ye. Assalamualaikum." Megat Emir bersalam dengan Haji Wan Zain kemudian berlalu meninggalkan rumah berkembar dua tingkat itu.
Dari jauh Haji Wan Zain tersenyum lebar melihat kelibat Megat Emir yang beransur hilang. Hatinya tersentuh serba sedikit kerana apabila dia melihat Megat Emir itu dia seolah-olah seperti melihat arwah anaknya, Wan Akashah.
---------------------------------------
Erina menghempaskan dirinya ke atas tilam sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke biliknya. Mumu, anak patung lembu kesayangannya itu dipeluknya. Mumu adalah hadiah pemberian Haikal semasa mereka hangat bercinta di universiti dulu.
"Awak kat mana Haikal? Dah lama saya tunggu awak tau!" Erina bercakap-cakap dengan Mumu dan seolah-olah dia bercakap dengan Haikal.
Dah lama sangat Haikal menghilang tanpa khabar berita. Ayat terakhir yang Haikal pernah ungkap ialah 'tunggu saya habis belajar nanti kita dating puas-puas dekat Malaysia'. Di sebabkan ayat itulah Erina begitu setia menanti.
Erina terasa badannya belengas kerana seharian dia berbaju pejabat. Satu persatu butang baju kemejanya dibuka sebelum ke tandas membersihkan dirinya. Tiba-tiba dia merasakan pelik dengan kemejanya itu apabila dia melihat dirinya di cermin.
"Wehh...apesal butang baju aku ni senget..setahu aku..aku butang baju ni satu-satu pagi tadi dengan betul..ni apesal senget...takan aku pakai kemeja ni senget dari pagi tadi macam ni." Erina menepuk dahinya. Dia terasa malu sangat apabila dia menyedari butang baju kemeja yang dipakainya itu rupanya termasuk di lubang yang salah.
"Adoiii...tak pasal-pasal aku dah jadi macam Pak Uda." Dia teringatkan watak Pak Uda dalam sitcom kegemaran uminya itu, sitcom 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu'. Dalam sitcom itu Pak Uda akan sentiasa memakai kemeja senget kerana butang baju dimasukkan ke dalam lubang yang salah.
Erina memegang pipinya yang terasa panas bahang malu itu. Malunya dia apabila memikirkan seharian dia memakai baju yang senget akibat tersalah lubang butang. Macam-macam yang difikirkan oleh Erina.Kenapalah Megat Emir tak tegur dia? Atau pun Megat Emir tak berani nak tegurnya kerana tidak mahu dia malu. Tadi pergi rumah Dato Farid tadi takan dengan baju senget camni juga? Pangg...dahinya ditepuk perlahan berkali-kali.
Erina segera ke bilik air membersihkan dirinya. Usai membersihkan dirinya tiba-tiba Megat Emir membuat panggilan video. Jam dinding diamatinya dan menunjukkan sudah jam 2.30 pagi.
"Bos... Kenapa call saya pepagi buta ni?Dah la tu.. Video call pulak tu.. Kenapa tak tidur lagi? " Soal Erina sambil itu melalui skrin telefon matanya mengamati lengan sasa Megat Emir yang sedang menongkat dagu itu .
"Auuww.. Besarnya lengan.. Macam daging tomahawk!Sedap ni kalau buat steak.. Hehe" Bicara Erina di dalam hati sambil mengekek kecil.
"Awak tu kenapa tak tidur lagi juga? Kalau dah tidur mesti takan angkat call saya ni kan?" Ehh soalan pulak yang dibalas oleh Megat Emir.
"Saya baru lepas mandi sebenarnya. Ermm.. Bos.. Tadi bos ada nampak apa-apa yang pelik dekat diri saya tak?" Soal Erina. Dia mengharapkan Megat Emir tak sedar yang dia memakai baju berbutang senget seharian hari ini.
"Ermm... Apa yang pelik?" Cuak Megat Emir dengan soalan Erina itu. Secara automatik dia terbayangkan bentuk badan Erina. Dia mengharapkan Erina tidak sedar akan peristiwa yang telah berlaku pada hari ini.
"Bos memang rasa takda yang pelik yer. Kalau camtu tak pelah. Jom la tidur... Esok nak kerja."
"Esok awak cutilah.. Saya bagi cuti 3 hari. Rehat kat rumah tak payah pergi mana-mana. Lagi pun motor awak masih atas Ford Ranger saya. Tadi saya lupa nak turunkan.Ok Erina.. Good night and sweet dream."
Sebaik sahaja panggilan telefon ditamatkan Megat Emir menarik nafas lega. Dia mengharapkan Erina lupa ingatan seketika untuk beberapa hari ini. Kalau boleh biar Erina lupakan terus peristiwa yang telah berlaku hari ini.
" Kenapa dia tanya ada nampak tak yang pelik dekat diri dia? Aku tengok dari atas sampai ke bawah tadi perfect jer... Hahaha..Adoii takleh tidur la aku malam ni teringatkan kau Erina ." Megat Emir tergelak terbahak-bahak lalu mengeleng-geleng kepalanya. Mula la perangai gatal menjalar dalam dirinya.
Share this novel