EPISOD 23

Romance Series 14692

Hari ini Megat Emir ke pejabat dengan ceria sekali. Dia sudah cukup tidur dan makanan yang sudah lama dia cari iaitu pucuk paku masak lemak cili api juga sudah dia ketemui. Dia pun tidak sangka boleh makan berpinggan-pinggan nasi sehinggakan terlelap di rumah Erina.

Erina di meja hanya mengerling memandang majikannya itu. Semalam Megat Emir beritahu dia jet lag...hari ni tetiba dah ok dah. Kalau orang lain jet lag sampai 3 atau 4 hari tetapi Megat Emir ni sehari dah selesai masalah jet lag nya itu.

"Rina...Rina..." Kedengaran laungan Megat Emir memanggil Erina. Erina yang sibuk mengemas mejanya segera mendapatkan Megat Emir.

" Ni haa...nanti buatkan kopi untuk saya pakai serbuk kopi ni...kopi from Itali..kopi Lavazza.Buat sedap-sedap tau..dah lama tak rasa kopi yang awak buat. Rindu pulak kopi from Cik Rina." Megat Emir menghulurkan kepada Erina bungkusan serbuk kopi Lavazza. Kopi yang paling popular di Itali.

"Ye ye je rindu kopi yang saya buat. Kopi kat luar tu lagi sedap tau." Erina tahu Megat Emir saja cakap macam tu nak bagi dia kembang. Almaklumla orang perempuan ni pantang dipuji.

"Pergi la buat cepat ..saya rindu nak minum kopi air tangan awak...pergi cepat.." Megat Emir mengekek kecil.

"Ishhh bos ni...ngada betul!" Erina segera melangkah ke pantri.

Megat Emir dan Erina masing-masing sibuk dan kusyuk membuat kerja. Setelah seminggu Megat Emir tidak ke pejabat pastinya banyak perkara yang dia perlu selesaikan.Jam ketika ini menunjukkan sudah pukul 4.00 petang dan tiba-tiba Dato' Farid muncul di pejabat Megat Emir.

"Hai..I nak jumpa Megat Emir. Dia ada or dah balik?" Soal Dato Farid kepada Erina. Erina memang ketahui kehadiran Dato' Farid, itu pun setelah diberitahu oleh Aida yang bertugas di kaunter 'receptionist'

"Tuan Emir masih ada.. belum balik lagi. Kalau tak salah saya ni Dato' Farid kan?" Soal Erina lalu melemparkan senyuman manis kepada Dato Farid.

Dato' Farid seolah-olah terpaku dengan senyuman dan pandangan setiausaha Megat Emir itu. Dia membalas senyuman Erina itu dengan reaksi muka penuh teruja.

"Ya..I Dato' Farid. Macam mana you tahu nama I? I tak pernah nampak you before this...you baru dekat sini yer?" Soal Dato Farid.

"Ermm...yer saya baru dekat sini." Balas Erina.

"Ooo patot la I tak pernah nampak...selalu I nampak Farida je."

"Farida dah berhenti Dato' dan saya yang ganti dia sekarang ni." Terang Erina.

"Owh really...so ...your name?"

"I'm Wan Erina Natasha.."

"Wah ..nice name...Nice to meet you!" Dato' Farid menghulurkan tangannya untuk bersalam dan Erina menyambut salam itu.

Lama Dato' Farid menggenggam tangan Erina, tak lepas-lepas. Erina mulai rasa tidak selesa di tambah pula renungan tajam Dato' Farid. Cepat-cepat Erina menarik tangannya itu.

"Dato' tunggu sekejap yer... saya masuk ke dalam untuk maklumkan kehadiran Dato' kepada Tuan Emir." Erina berjalan menuju ke bilik Megat Emir. Dato' Farid tidak berkelip memandang lenggok Erina.

Sebaik sahaja Megat Emir dimaklumkan kehadiran Dato' Farid maka Dato' Farid segera berjalan masuk ke ruangan pejabat Megat Emir.

"Hai Dato' Farid..ada projek apa pula kali ni.. tiba-tiba datang jumpa I kat office petang-petang ni?" Soal Megat Emir lalu bersalam dengan Dato' Farid.

"Haa tuhla.  I ada good news ni. Prestige Bina Holding ajak company I and company you joint venture in their next project. Are you interested?" Soal Dato' Farid dengan penuh teruja.

"Prestige Bina Holding? Yang anak Tan Sri Syed Ibrahim tu punya kan?" Teka Megat Emir.

"Yes exactly! Bukan senang nak dapat peluang JV dengan big company." Dato' Farid cuba meyakinkan Megat Emir.

"Ermmm...I'll think about it first." Megat Emir sukar memberi keputusan.

"Come on Emir...ini peluang you nak kembangkan lagi business you ..I yang suggest your company to the CEO Prestige Bina Holding tu. Don't miss the opportunity!" Beria-ria Dato' Farid memaksa Megat Emir.

"Dato' Farid...please give me some time to think it ..sebab I kenal CEO Prestige Bina Holding tu!" Agak keras nada Megat Emir tu.

"Ok Emir..jangan la marah...oklah... you fikir dulu ok..nanti let me know ya...I gerak dulu ya...by the way...your secretary is so beautiful! Pandai you cari!" Dato' Farid menepuk-nepuk bahu Megat Emir bersama gelak korporatnya lalu meninggalkan pejabat itu.

"Ok beautiful lady...bye..bye.." Sempat lagi Dato' Farid mengucapkan selamat tinggal kepada Erina sambil mengeyitkan matanya.

Euww...berkerut-kerut kening Erina kerana terkejut dengan kelakuan Dato' Farid itu. Tak padan dah tua tapi menggatal bukan main. Umur dah separuh abad dah pakcik oii!

Meremang bulu tengkuk Erina apabila terkenangkan perangai Dato' Farid tadi. Kalau ayahnya tahu Dato' Farid tuh menggatal dengannya mahu dihumbannya orang tua tak sedar diri itu ke gaung.  Terjungkit-jungkit bahu Erina apabila terkenangkannya.

"Awak kenapa Erina...terjungkit-jungkit bahu tuh? Nak kencing ke sebab sejuk? Kalau nak kencing jangan di tahan-tahan nanti jadi penyakit." Tegur Megat Emir. Dari biliknya tadi dia melihat Erina terjungkit-jungkit bahunya itu.

"Apa ni bos...malu la saya bos cakap macam tu." Muka dan telinga Erina merona merah. Di tutup mukanya itu dengan tapak tangannya kerana berasa malu.

"Habis tuh..terjungkit-jungkit bahu tu macam ulat beluncas tu dah kenapa?" Tersengih Megat Emir melihat Erina masih lagi menutup muka dengan tapak tangannya. Comel sangat!  

"Saya sebenarnya geli tengok Dato' Farid tadi...muka gatal!!" Menyenget-nyenget muka Erina untuk menggambarkan kegatalan Dato' Farid.

"Hahahaha...saya ingatkan apa..ye dia memang gatal. Jangan duk melayan dia sangat tau!" Berdekah Megat Emir mendengar jawapan dan reaksi Erina itu tadi.

Megat Emir memang sedia maklum bahawa Dato' Farid itu orang tua miang keladi. Pernah suatu ketika dahulu Farida menghempuk tangan Dato' Farid itu dengan buku kerana tangan orang tua itu cuba untuk memegang tangannya ketika dia sedang kusyuk menaip sesuatu di komputer. 

Sebelum Megat Emir mengambil alih Mahkota Development Sdn Bhd ini, Tuan Megat Emran memang selalu berurusan dengan Dato' Farid. Sebab terkenangkan papanya sudah lama menjalin hubungan perniagaan dengan Dato' Farid inilah maka Megat Emir masih bertahan dan meneruskan hubungan perniagaan itu.  

---------------------

Malam ini Erina duduk diluar rumah sambil melihat ikan berenang di dalam kolam. Ikan koi di dalam kolam sudah semakin besar. Bunyi dari air terjun mini di kolam itu betul-betul mendamaikan.

"Rina...ayah ingat bulan depan ayah nak buat majlis tahlil dan doa selamat arwah abang Kashah. Nanti Rina ajak la bos Rina tu datang sekali...suh dia ajak mama dan papa dia juga." Sapa Haji Wan Zain yang tiba-tiba muncul membuatkan Erina terkejut seketika dari lamunannya.

Haaa ...nak kena ajak Megat Emir sekali...papa dan mama dia pun nak kena ajak sekali juga .Aduhh!

"Ayah..better kita ajak jiran dekat sini dan kawan-kawan ayah dan umi jerla..tak payah la sampai nak ajak bos Rina sekali!" Cadang Erina.

"Bukan ke emak bos Rina tu kawan umi juga jadi betul la...tak salah la kan kalau ayah jemput bos Rina sekali...si Megat Emir tuh!" Balas Haji Wan Zain.

Alamak...betul laa...Megat Emir tu kan anak Puan Marina...dan dia juga bos Erina. Pi mai pi mai tang tu!

"Ermmm..." Erina mengiyakan sahaja kerana betullah apa yang diperkatakan oleh ayahnya itu.

"Sebenarnya kan..ayah suka betul tengok bos Rina tu. Bila ayah tengok dia ayah teringat dekat arwah Abang Kashah."

"Ayah...jangan la cakap macam tu ..sebab Rina pun selalu jer teringat dekat arwah Abang Kashah.Rina rasa kalau Abang Kashah masih hidup mesti dia pun lebih kurang sebaya bos Rina tu." Rina segera memeluk lengan ayahnya. Dia tahu semua orang sayang dan rindu pada Abang Kashah.

"Jadi elok benar lah kita buat kenduri tahlil untuk arwah Abang Kashah tu." Perlahan sahaja nada Haji Wan Zain kerana dia betul-betul rindukan arwah anak sulungnya itu.

Sudah hampir 5 tahun anak sulungnya itu meninggal dunia akibat kemalangan. Setiap 6 bulan kebiasaannya Teratak Haji Wan Zain ini akan mengadakan majlis tahlil dan doa selamat. Jadi pada malam ini genaplah 5 tahun Wan Akashah telah bersemadi di alam abadi milik Allah SWT.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience