EPISOD 58

Romance Series 14692

Seawal pagi Erina membantu uminya menyediakan sarapan pagi di dapur. Selalunya jika hari bekerja sememangnya Erina jarang membantu Hajah Saleha di dapur. Dia akan membantu uminya di dapur jika hari minggu sahaja.

"Rina tak kerja ke hari ni? Pergi la naik atas bersiap ke pejabat. Nanti lambat pula Rina sampai office nanti." Tangan Hajah Saleha ligat mengacau air di dalam teko.

"Takpe umi..Rina kan naik motor. Insyallah tak sampai lambat ke office." Tutur Erina yang sedang sibuk memasak nasi goreng.

"Betul ke takpe..nanti lambat kang bos marah umi taknak tolong back up yer."

"Masih awal lagi ni umi. Lagi pun hari ni Rina ingat nak bawak bekal nasi goreng ke office." 

"Owh yeker...mesti nak bawak untuk Emir sekali yer...tuh yang pagi ni terlebih rajin nak menggoreng nasi goreng yer." Duga Hajah Saleha. Erina hanya tersenyum nipis.

Setelah selesai menggoreng nasi, Erina segera membawanya ke meja makan. Kelihatan Haji Wan Zain sedang setia menanti untuk bersarapan sambil membaca berita terkini melalui telefon bimbitnya.

"Pagi ni punya breakfast Rina yang masak tau...jarang Rina rajin nak masak weekdays ni. So ayah kena makan puas-puas. Hehehe.." Erina menceduk nasi goreng ke dalam pinggan lalu dihulurkan kepada ayahnya.

"Yer..selalunya Rina kelam kabut siap nak pergi office tapi hari ni terlebih rajin nak masak pula yer. Mesti ada apa-apa yer?" Haji Wan Zain memandang tajam anaknya itu.

"Ayah ni macam tau-tau jer. Susah betul Rina nak sorok dari ayah." Rina memeluk manja lengan ayahnya itu.

"Rina.. Rina anak ayah tau. Bukan anak orang lain. Lahir-lahir ayah yang tukar pampers kamu dulu tau. Macam la ayah tak leh nak baca apa yang tersarang dekat kepala Rina tu."

"Kalau ayah terer la.. Cuba ayah teka.. Apa yang Rina tengah fikirkan sekarang ni?" Erina cuba menguji ayahnya.

"Ermm.. Kalau ikut lenggok dan cara Rina skang ni... Rina nak kahwin kan?" Haji Wan Zain cuba meneka.

Bagai nak tersedak air yang diminum Erina tadi apabila tekaan ayahnya itu hampir betul.

"Siapa nak kahwin bang?" Hajah Saleha yang muncul dari dapur tiba-tiba mencelah.

"Anak awak la..takan abang pulak yang nak kahwin..mau terbalik meja ni awak kerjakan nanti. Hahaha.." Haji Wan Zain mengusik isterinya.

"Haa tau pun takut. Walaupun dulu awak Mejar Jeneral....tapi saya ni Menteri Pertahanan tau...lagi tinggi pangkat daripada awak tau!" Hajah Saleha senyum bangga kepada suaminya itu.

"Umi...orang perempuan ni bila kahwin memang automatik suami segarang mana pun  tetap akan takut dengan isteri yer?" Erina mengeleng kepala melihat telatah umi dan ayahnya itu.

"Rina...bukan takut isteri tapi sayang isteri. Kalau tak caya Rina cepat la kahwin. Nanti Rina akan tahu betapa sayangnya suami kamu dekat kamu nanti." 

"Ermmm...ni la yang Rina nak bagi tahu ni. ..Ermm...ermmm..." Kelu pula lidah Erina hendak berkata.

"Apa yang ermmm...ermmm..." Melopong Haji Wan Zain dan Hajah Saleha menanti apa yang Erina akan perkatakan nanti.

" Erm...sebenarnya kan ayah..umi... sabtu ni parents abang Emir nak datang sini."

"Owhh...datang la..macam tak biasa pulak datang sini. Sabtu ni tu maknanya lagi 2 hari lah..lusa kan?" Bersahaja Haji Wan Zain dengan jawapannya.

"Yer ayah...lusa...Tapi diorang nak datang sini sebab nak kenal-kenal." Terang Erina tapi dengan wajah yang serba salah.

"Haa..nak kenal-kenal?Selama ni tak kenal lagi ke?" Terjungkit kening Haji Wan Zain mendengar kata-kata anaknya itu.

Erina menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Serba salah dan seperti tidak bersedia untuk mengatakan hasrat Puan Marina itu kepada ayah dan uminya.

"Alamak...Rina dah lambat ni. Rina pergi kerja dulu la ye ayah..umi.." Erina segera berlari naik ke atas bilik dan bersiap-siap dengan pakaian kerja.

Beberapa minit kemudian Erina turun dan segera mengambil bekal makan sudah dibungkuskan dan kemudian mencapai topi keledar lalu meninggalkan perkarangan rumah berkembar itu menuju ke pejabat.

Haji Wan Zain dan Hajah Saleha tersenyum-senyum melihat gelagat anaknya itu. Mereka sebenarnya ketahui apa yang cuba disampaikan oleh Erina itu. Tetapi nampaknya Erina tidak beria malah tidak berani untuk menyampaikan hasrat sebenar keluarga Megat Emir itu.

"Tengok anak awak tuh..ingatkan berani tapi rupanya malu-malu. Apa kata awak cuba telefon Puan Marina tuh tanya betul-betul tujuan keluarganya nak ke sini lusa nanti. Saya takut lain pulak hasrat mereka tuh nanti. Kang kita yang perasan lebih pulak kang." 

"Yer abang..nanti sy telefon tanya Marina betul-betul. Si Erina ni cakap tak abis.. tergantung pula ayatnya..saje je nak buat kita pening!" Ngomel Hajah Saleha.

"Kalau diorang berniat nak datang merisik...saya rasa suruh mereka bertunang terus jerla  Nak merisik apa lagi..masing-masing dah kenal..kerja pun satu pejabat. Orang merisik ni sebenarnya proses berkenalan antara keluarga pihak lelaki dan keluarga pihak perempuan. Pihak lelaki akan datang ke rumah keluarga perempuan untuk proses bertanya, bersuai-kenal dan 'menyiasat' sedikit sebanyak perihal anak gadis yang mereka nak sunting sebagai menantu. Macam kes Erina dan Emir ni masing-masing dah kenalkan. So..tak payah buang masa. Awak bagi tahu jerlah keluarga Puan Marina tuh suruh masuk meminang terus." Jelas Haji Wan Zain yang sememangnya seorang yang tegas tapi ringkas dan tidak suka akan perkara yang boleh merumitkan keadaan.

"Haaa...abang biar betul!" Terkedu seketika Hajah Saleha  mendengar apa yang diperkatakan oleh Haji Wan Zain. Antara percaya atau tidak percaya akan keputusan suaminya itu.

"Iyer lah..Erina tu bukan muda lagi..Emir pun sama. Masing-masing dah patut kahwin dah. Saya sebenarnya memang dah agak dah budak berdua ni tengah bercinta. Hari tu sebenarnya saya tercuri dengar diorang bersembang. Hehehe...saje je saya buat-buat tak tahu." Haji Wan Zain tergelak kecil apabila terkenangkan sesi pujuk memujuk antara Megat Emir dengan Erina tempoh hari.

"Tapi kan abang..sebenarnya sebelum ni Emir pernah juga suarakan kepada saya yang dia nak peristerikan Erina tu. Tapi saya suruh dia tanya Erina sendiri. Tak sangka rupanya jadi juga budak berdua ni." Gelak Hajah Saleha lalu menutup mulutnya separuh seolah-olah tidak percaya dengan apa yang telah berlaku.

"Kita ni sebagai mak ayah memang serba sedikit dapat menghidunya. So..awak jangan la lupa tanya Marina tu pasal tujuan mereka Sabtu ni. Takut kang kita yang perasan sendiri je nanti. Ermm...sedap pulak nasi goreng yang si Rina buat ni. Memang sesuai kahwin sangat dah si Erina tu." Haji Wan Zain berkata sambil menyuapkan nasi goreng ke mulutnya.

"Ye..ye..lepas ni saya tanya Marina." Senyum Hajah Saleha lalu meneguk teh o panas yang berada yang di atas meja makan itu.

Share this novel

Ellyne
2026-03-16 21:50:29 

Satu chapter x cukup


NovelPlus Premium

The best ads free experience