Series
14808
POV SYED RIZAL
Rupanya bukan Erina sahaja yang menjadi sasaran, malah Syed Rizal turut menerima ugutan daripada Dato' Farid secara serentak. Rentetan peristiwa ini membuktikan bahawa pelarian Dato' Farid telah dirancang dengan begitu teliti untuk menghancurkan mereka bertiga sekali gus.
Selepas menenangkan Megat Emir, Syed Rizal melangkah masuk ke dalam kereta pacuan empat roda miliknya di perkarangan tempat letak kereta Menara Nexus. Dia perlu segera ke pulang ke rumahnya apabila memikirkan Syira yang sedang mengandung serta Rayyan, anak lelakinya yang comel itu.
Sebaik sahaja dia menghidupkan enjin kereta, skrin paparan navigasi di papan pemuka keretanya tiba-tiba terpadam. Skrin itu berkelip beberapa kali sebelum memaparkan satu pesanan teks digital yang dihantar melalui frekuensi tidak dikenali:
'Kau ingat kau dah cukup bijak dengan hantar aku ke dalam lokap, Rizal? Aku datang untuk tuntut hutang kesengsaraan aku.'
Jantung Syed Rizal tersentak. Dia memandang sekeliling kawasan parkir yang sunyi itu melalui cermin pandang belakang. Tiada sesiapa. Namun, kejutan tidak berhenti di situ.
Telefon bimbit di dalam poketnya bergetar. Satu mesej gambar dihantar daripada nombor peribadi yang tidak dikenali. Syed Rizal membuka mesej tersebut dan matanya terbeliak luas.
Ia adalah sekeping gambar curi Syed Rizal yang sedang duduk di dalam keretanya pada saat itu juga dan ianya diambil dari sudut atas tingkat tiga bangunan parkir. Di bawah gambar tersebut, tertulis satu nota ringkas:
'Satu peluru cukup untuk kepala kau, Rizal. Tapi itu terlalu mudah. Aku nak kau tengok Emir mati dulu dan kemudian baru giliran kau . Jangan cuba-cuba nak jadi hero kali ini kalau kau masih sayangkan nyawa keluarga bapak kau yang jutawan itu dan anak bini kau di rumah.'
Syed Rizal menghentak stereng keretanya dengan kuat. Urat hijau mula timbul di dahinya. Penjenayah itu bukan sahaja mengekorinya, malah sudah mula mengugut keselamatan keluarganya.
Syed Rizal tidak membiarkan rasa takut menguasai dirinya. Dia segera mendial satu nombor rahsia agensi keselamatan swasta.
"Hello, Adi. Aku nak kau hantar empat orang budak kita yang paling cekap ke rumah parents aku di Bukit Damansara sekarang. Kawal 24 jam. Jangan bagi sesiapa pun mendekati rumah itu. Aku akan call papa aku akan tujuan aku bagi arahan tu dekat korang." Arah Syed Rizal dengan nada suara yang bergetar menahan marah.
Syed Rizal kemudian memandang skrin keretanya yang kembali normal. Dia tahu, Dato' Farid bukan lagi sekadar banduan yang melarikan diri, tetapi seorang penjenayah psiko yang mempunyai rangkaian senjata dan bersedia untuk melakukan pembunuhan kejam.
Syed Rizal kemudian menghubungi Syam, pemandu juga merangkap pengawal peribadi yang diupahnya untuk mengawasi dan menjaga keselamatan Syira dan anak mereka.
"Hello Syam, kau hari ni jangan ke mana-mana. Aku nak kau stay di rumah dan awasi sekitar rumah. Kemungkinan ada sesuatu akan berlaku. Aku nak kau jaga wife aku dan Rayyan." Arahan tegas Syed Rizal kepada Syam.
"Ok. Baik Dato'." Ringkas jawapan Syam menurut arahan.
Syed Rizal segera memecut keretanya menuju ke rumahnya untuk memastikan keselamatan Syira dan anaknya di rumah dalam keadaan selamat. Dia bertekad untuk memulakan misi memburu Dato' Farid sebelum air mata darah tumpah ke bumi.
Di dalam banglo mewah milik Syed Rizal, kelihatan Syira sedang bermain-main dengan anak mereka yang baru berusia tujuh bulan dengan wajah yang sarat dengan kerisauan. Syira perasan perubahan mendadak pada suaminya sejak sejam yang lalu.
Syed Rizal berdiri di balkoni rumah, merenung tajam ke arah dada langit malam. Tiada lagi senyuman manis atau gurauan manja yang selalu dihadiahkan buat Syira.
"Biy... kenapa ni? Biy, you buat I takut la." Bisik Syira perlahan, menghampiri suaminya lalu memeluk erat belakang Syed Rizal.
Syed Rizal berpaling dan memusing badannya mengada Syira. Serta-merta, pandangan matanya melembut sedikit melihat wajah suci isteri dan anaknya. Dia mengusap lembut pipi Syira, sebelum melabuhkan ciuman di dahi isterinya itu. Tangannya mengusap-usap perut Syira yang sedang mengandungkan anak kedua mereka.
"Syira sayang, dengar cakap Biy yer." Suara Syed Rizal kedengaran sangat mendatar tetapi tegas. "Malam ini juga, Biy nak you dan anak kita ikut Syam pergi ke rumah I yang lain di sebuah lokasi rahsia. Jangan tanya kenapa. Biy cuma nak you and Rayyan selamat."
"Tapi Biy... "
"Tolong, Syira. Sekali ini sahaja, ikut cakap I tanpa bantah!" Potong Syed Rizal lalu menggenggam erat jemari Syira.
"Tapi kenapa Biy?"
"Please.. You ikut cakap I jer.. Jangan banyak tanya yer sayang." Syed Rizal mengelus-elus rambut Syira lalu dahinya itu dikucup lembut.
"Nanti semuanya settle I akan ke sana bawa you dan Rayyan pulang. Nanti Syam akan tengok-tengokkan you di sana." Syed Rizal merenung ke dalam anak mata Syira yang sedang bertakung air matanya.
"Ok... Promise tau.. Nanti Biy jemput I dan Rayyan yer." Syira memegang lembut wajah suaminya itu.
Syed Rizal mengangguk kepalanya. "Insya-Allah sayang."
Syed Rizal mencium-cium anaknya Rayyan dan isterinya Syira berkali-kali. Perut Syira yang sedang mengandungkan anak kedua mereka itu diusap-usap kemudian dicium lembut. Berat betul hatinya untuk melepas isteri dan anaknya itu, tapi apa kan daya demi keselamatan mereka.
Selepas memastikan Syam membawa Syira dan anaknya keluar melalui pintu belakang, Syed Rizal kembali semula ke bilik kerjanya.
Syed Rizal melangkah ke arah sebuah almari buku kayu yang besar. Dia menolak satu hiasan dinding tersembunyi, menyebabkan almari tersebut bergeser perlahan dan kemudian mendedahkan sebuah bilik kebal kecil miliknya.
Di dalam bilik itu, tersusun kemas beberapa gajet penggodaman gred tentera dan sebuah kotak besi hitam. Syed Rizal membuka kotak tersebut. Di dalamnya terletak sebilah pisau taktikal komando yang sudah lama tidak meminum darah dan sepucuk pistol Glock 19 hitam berkilat.
Syed Rizal mencapai pistol tersebut, memeriksa kelopak peluru dengan penuh cekap dan pantas. Sifat kejam, licik, dan taktikal yang dipendamnya selama ini demi Syira dan keluarganya kini meluap-luap keluar.
Dia mengeluarkan satu telefon bimbit khas yang kebal daripada dikesan (burner phone) dari salah sebuah kotak kecil. Dia lantas mendial nombor telefon Megat Emir.
TRUT... TRUT...
"Emir," Kata Syed Rizal sebaik talian bersambung. Suaranya tidak lagi cemas seperti di pejabat tadi. Ia kedengaran sangat tenang, tetapi ketenangan itu adalah ketenangan sebelum badai melanda.
"Rizal! You ke ni? You kat mana? I dah sampai rumah ni and Erina tengah panik sekarang ni. Dato' Farid ada call dia tadi." Tutur Megat Emir dalam keadaan kemarahan yang membuak.
"You jaga Erina dan anak you. Bab Dato' Farid... biar I yang selesaikan!" Potong Syed Rizal dengan nada dingin. "Dia dah buat silap besar, Emir. Dia ugut I tadi. Dia ugut family, wife dan anak I yang tak tahu apa-apa."
Syed Rizal menarik picu pistolnya dengan bunyi klik yang tajam.
"I dah lama tinggalkan dunia kejam ni sebab wife dan family I. Tapi kalau itu yang Farid nak... I akan heret dia balik ke neraka. Kali ini, I takkan hantar dia pergi penjara lagi, Emir. I sendiri yang akan tanam dia."
Syed Rizal menamatkan talian tanpa sempat Megat Emir berkata apa-apa. Perasan amarahnya meluap-luap apabila terkenangkan ugutan daripada Dato' Farid siang tadi.
Syed Rizal segera menuruni anak tangga dan terus ke garaj. Kali ini dia akan kembali melakukan kerja buruannya terhadap Dato' Farid secara keseorangan tanpa 'orang-orangnya'.
Share this novel