EPISOD 32

Romance Series 14692

Vrrooommm....Vrrooommm bunyi yang agak keras.

Motosikal itu begitu gamit sekali sebelum meninggalkan menara itu.

Erina yang membonceng di belakang Megat Emir itu terlihat wanita yang dia pernah terserempak di Pavillion tempoh hari sambil merangkul lengan Syed Rizal. Yer... Wanita itu adalah bekas tunang Megat Emir. Jadi... Inilah yang dikatakan oleh Megat Emir dulu.. Dia ditinggalkan oleh bekas tunang kerana berkahwin dengan orang kaya. Jadi Syed Rizal lah orang kaya yang dimaksudkan itu.

Mata Melisa mengekori sahaja motosikal yang ditunggang oleh Megat Emir dan dibonceng oleh seorang gadis sehinggalah pandangan itu hilang. Perasaan cemburunya terbit.

Walaupun bersama suaminya tetapi kenapa perasaan cemburunya terbit apabila melihat Megat Emir menunggang motor bersama seorang gadis.

Kenangannya bersama Megat Emir dulu tiba-tiba berputar kembali. Dia teringat bagaimana Megat Emir melayannya seperti seorang puteri dengan penuh kasih sayang. Megat Emir memanjakannya, melayan karenahnya dan menuruti segala kehendaknya.

Kenapa setelah 5 tahun baru dia menyedari perbezaan Megat Emir dan Syed Rizal? Jika dengan Megat Emir dia diberi kasih sayang tetapi dengan Syed Rizal ini dia pula yang menagih kasih sayang.

"Sayang.. You tengok apa?" Tegur Syed Rizal yang mematikan lamunan Melisa.

"Owhh... Takda apa. Jom Biy.. Teman I makan steak. Tiba-tiba hari ni I teringin steak." Melisa menarik tangan suaminya masuk ke dalam kereta.

"I penat la.. Jom kita balik. Hari ni seharian I kerja. Tengokla sekarang ni dah nak dekat pukul 7.00 malam dah. I nak balik dan rehat. Nanti you picit-picitkan badan I yer sayang." Syed Rizal mengelus-ngelus rambut Melisa lalu mencium jari runcing isterinya itu.

" Ala Biy... I tak nak balik! " Bentak Melisa.

" You dengar cakap I boleh tak? " Tegas Syed Rizal.

" Biyy... " Muncung Melisa lalu memalingkan mukanya ke tingkap tanda merajuk.

"Syam... Balik rumah Bukit Tunku yer!" Arah Syed Rizal kepada pemandunya.

"Baik Tuan." Pemandu peribadi itu segera memandu kereta ke rumah Bukit Tunku. Melisa diam merajuk manakala Syed Rizal membiarkannya tanpa memujuk.

------------------------

"Thanks Erina sebab hantar saya ke meeting." Ucap Megat Emir sebaik sahaja mereka sudah kembali sampai ke Menara Nexus semula.

"Welcome bos. That is my job to make sure you attend the meeting." Erina tersenyum nipis.

"Dah pergi balik... Jangan merayap ke lain pulak.. Nanti kang tak pasal askar pencen kat rumah awak tu cari saya pulak." Pesan Megat Emir sambil terkenangkan muka Haji Wan Zain.

"Baik bos... Tapi bos tu jangan sedih-sedih pulak."

"Aik.. Kenapa pulak?"

"Kot-kot la sedih sebab terserempak dengan bekas tunang tadi." Spontan Erina.

Berkerut dahi Megat Emir. Rupanya Erina menyedari perlakuannya tadi. Erina ini bukan sahaja setiausahanya malah pemerhati gerak gerinya.

Sebelum meninggalkan menara itu sempat lagi Erina berkata, "Bos.. You dah boleh tunggang motor semula la. Lepas ni leh la kita konvoi dan ride sama-sama nanti." Vroom..  Erina segera memecut tanpa sempat Megat Emir berkata-kata.

Bertuah punya secretary!

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Megat Emir bermonolog sendirian. Teringat mata redup Melisa yang memandangnya tadi.

"Apa yang aku sedang buat ni? Kenapa engkau muncul tiba-tiba depan aku semula? Damn! I hate you Melisa!"

-----------------------

Petang itu teratak Haji Wan Zain dipenuhi dengan tetamu yang rata-ratanya adalah ahli keluarga terdekat, jiran tetangga dan sahabat-sahabat rapat Haji Wan Zain dan Hajah Saleha.

Tuan Megat Emran, Puan Marina, Megat Emir dan Megat Amar tidak terkecuali untuk hadir ke majlis tahlil dan doa selamat.

Selepas sesi tahlil dan bacaan doa selamat, para tetamu semua dijemput untuk menikmati jamuan yang tersedia.

Erina yang ayu berbaju kurung dan bertudung bawal itu begitu sibuk melayani tetamu yang hadir.

Mata Megat Emir dan Megat Amar masing-masing mengekori sahaja setiap pergerakan Erina. Dah macam anak kucing melihat bola bergerak-gerak pula! Puan Marina tersenyum kecil melihat perangai kedua orang anak terunanya itu.

"Nampaknya berbesan la kita nanti." Kata Puan Marina sambil menepuk paha Hajah Saleha.

"Masalahnya yang mana satu?" Soal Hajah Saleha sambil tergelak kecil.

"Entah lah Hajah...tapi takan la Erina tu takda boyfriend kot. Cantik, sopan santun dan ramah takan lah takda sapa-sapa kot." Puan Marina pun turut ralit memerhati bakal menantu yang diangannya itu.

"Saya tak tahu la Marina. Rasanya dulu ada tapi tak tahu la masih bersama lagi atau tidak." Luluh hati Puan Marina mendengarnya. Nampaknya tak kesampaian la dia nak bermenantukan Erina.

Erina segera mendekati Megat Emir dan Megat Amar yang kusyuk menikmati hidangan.

"Sedap tak semua makanan ni?" Soal Erina kepada dua orang jejaka di hadapannya itu.

"Sedap!" Serentak jawapan Megat Emir dan Megat Amar.

"Awak masak yang mana Erina?" Tanya Megat Amar.

"Laksa tu saya la yang masak." Jawab Erina dengan muka bangga.

"Patut la sedap.. Awak yang masak rupanya." Ujar Megat Amar yang sentiasa memberi kata-kata manis.

"Terima kasih Amar.." Lebar senyum Erina setelah mendapat pujian daripada Megat Amar.

"Ye ye aje dia masak laksa. Kau ingat perempuan kasar macam Rina ni pandai masak laksa? Tangan pun lembut mana dia reti masuk dapur dan masak laksa." Sindir Megat Emir. Matanya mengerling ke cincin yang tersarung di jari Erina itu.

"Tu ke cincin hasil drama kita hari tu? Cantik dan manis pulak dijari halusnya itu. Pakai la Rina sampai awak rasa puas. Nak ambik terus pun ambiklah! " Megat Emir berkata di dalam hati.

Tangan pun lembut? Terkejut Megat Amar mendengarnya. Terbayang-bayang  abangnya berpegangan tangan bersama gadis pujaannya itu. Maknanya mereka pernah berpegangan tangan!

" Apa lah bos ni.. Kecik hati saya tau. Tak bagi semangat langsung kat saya." Muncung Erina.

"Ishh... Apa bos..bos...ni dah luar waktu kerja la.. Panggil la Abang Emir je.." Mengekek kecil Megat Emir mengusik.

"Kalau camtu aku pun dia kena panggil Abang Amar la." Sampuk Megat Amar.

"Eeeww...tak kuasa la layan korang ni." Tutur Erina lalu berlalu meninggalkan mereka berdua dan melayan tetamu yang lain.

Megat Emir dan Megat Amar masing-masing sambung makan menu yang lain pula sehinggakan mereka disapa oleh Haji Wan Zain.

"Roti jala dan laksa ni Erina la yang masak tau. Sedap tak anak uncle masak?" Sapa Haji Wan Zain.

"Sedap sangat.. Pandai Erina masak." Jawab Megat Emir. Megat Amar disebelah merenung tajam abangnya. Tadi bukan main lagi tak percaya Erina masak ni tiba-tiba saja memuji pula masakan Erina di depan ayahnya.

"Anak uncle Erina tu memang pandai masak cuma dia masak ikut mood rajinnya. Dah boleh dah nak kahwin tu. Kalau ada yang berkenan boleh la masuk minangnya." Haji Wan Zain sengaja cuba menaikkan saham anaknya malah cuba membuka peluang kepada dua orang anak lelaki Tuan Megat Emran dan Puan Marina.

Sememangnya diusia anaknya begitu adalah masa yang sesuai untuk anaknya berumah tangga. Erina saja lah satu-satu anaknya yang tinggal.

Sebagai seorang lelaki dan ayah dia tahu dua jejaka di hadapannya ini ada menaruh hati terhadap anaknya. Cuma siapakah pilihan Erina?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience