Series
14692
Megat Emir melangkah masuk dengan tuxedo hitam yang terletak kemas, manakala Erina kelihatan sangat anggun tetapi sedikit tidak selesa dalam dress labuh berwarna biru gelap. Rambutnya didandan menarik seperti seorang puteri manakala solekan tipis menghiasi di wajah Erina namun tetap menyerlahkan penampilan anggunnya.Â
Hari ini Megat Emir akan meraikan Erina di majlis Secretary's Week  yang berlangsung di Hotel Majestic. Erina perlahan mengatur langkah agar tidak tersalah langkah. Dress labuh yang dipakainya itu betul-betul membuatnya rimas dan takut jatuh tersungkur. Dia ikutkan sahaja permintaan Megat Emir kerana dress itu pilihan dan pemberian Megat Emir kepadanya semata-mata untuk menghadiri majlis pada hari ini.
Ruang hotel dipenuhi alunan muzik piano. Wangian bunga lili yang mahal jelas menampakkan ianya adalah sebuah hotel mewah bertaraf 5 bintang.
Megat Emir dan Erina melangkah perlahan menuju ke meja yang sudah di tandakan dengan nama MEGAT EMIR dan WAN ERINA NATASHA. Bangga seketika Erina apabila nama penuhnya terpampang di meja utama itu.Â
Baru sahaja mereka hendak melabuhkan punggung di kerusi, pergerakan Erina terhenti seketika. Di meja hadapan mereka kelihatan Dato' Farid yang tersenyum sinis, ditemani setiausahanya, Mary yang berpakaian agak mencolok mata.
"Emir! Tak sangka kita sambut Secretary's Week di tempat yang sama," tegur Dato' Farid dengan nada yang dibuat-buat mesra.Â
"Lorr...panjang betul umur Dato' Farid..aku baru mengharapkan tak jumpa kau..last-last jumpa juga dekat sini. Are you following me, or is the world just alarmingly small?" Dengus Megat Emir dengan riak wajah yang menyampah.
Dato' Farid menjeling Erina dari atas ke bawah. "Lawa setiausaha you malam ni. Macam bukan budak motor yang I nampak kat tapak projek hari tu dan bukan juga macam yang I pernah nampak dekat office you tuh. Hari ni damn...She is drop dead gorgeous!"
"Dato' Farid..your secretary pun apa kurangnya. Mary nampaknya... 'sibuk' hari ni. Terlebih muatan pun ada jugak. Aku sakit mata..tapi bagi kau yang bernama Dato' Farid of course la rasa menjamu mata." Balas Megat Emir dengan sindiran tajam yang merujuk kepada cara Mary berpakaian.
Belum sempat ketegangan antara Megat Emir dan Dato' Farid itu reda, tiba-tiba kelihatan Syed Rizal, Melisa dan Farah yang merupakan setiausaha Syed Rizal pula muncul dari arah belakang. Melisa ketika itu nampak begitu memukau dan penuh elegan. Dia mengenakan dress putih pendek paras paha yang melekap ke badan sehinggakan menampakkan hampir setiap lekukan badannya. Melisa teruja melihat Megat Emir yang segak dan kemas dengan tuxedo hitam namun matanya terus terpaku pada tangan Megat Emir yang melingkar erat ke pinggang Erina.
"Hai Emir!" Tegur Melisa dengan penuh teruja.
"Owhh hai..you pun ada juga dekat sini. What a small world. You sekarang ni jadi secretary Syed Rizal pulak ke?" Soal Megat Emir dengan penuh sinis.
"I sentiasa menjadi 'secretary' tak diiktiraf Rizal. Di mana ada di Rizal di situ la ada I..kan Biy? Macam la juga Erina kan...di mana ada you di situ juga ada dia." Balas Melisa sambil tergelak kecil. Syed Rizal hanya tersenyum nipis.
Megat Emir hanya mengangguk-angguk kepalanya tanda setuju dengan kata-kata Melisa itu. Erina di sebelah hanya mencuka. Erina betul-betul tidak berapa gemar dengan kata-kata Melisa itu. Dia merasakan itu adalah satu sindiran terhadapnya.
"Kenapa monyok ni sayang?" Tanya Megat Emir kepada Erina yang dari tadi hanya diam membisu.
"Rina rasa kekok. Tak biasa event-event macam ni. Tambah lagi terserempak pulak dengan bekas tunang kepada Tuan Megat Emir." Bisik Erina ke telinga Megat Emir.
"Hahaha... jealous ke?" Megat Emir tergelak kecil.
"Tak jealous la...geram...kenapa la bekas kekasih Rina pun tak muncul dekat event ni?" Tutur Erina sambil menjeling memandang reaksi Megat Emir.
"Kalau dia muncul...abang ajak Rina balik sekarang jugak!"Â
"Jealous ke abang?"
"Geram jer...saja je nak bagi abang geram yer...nanti balik jalan kaki sendiri." Usik Megat Emir.
"Ermm...ok...ramai lagi lelaki kat sana nanti yang sudi hantarkan Rina balik tau!" Erina sedikit riak.
"Siapa? Dato' Farid ke?" Slumber Megat Emir berkata begitu untuk mengusik Erina.
"Abangg..." Laju jari Erina mencubit perut Megat Emir.
Majlis pada hari itu diserikan dengan nyanyian daripada penyanyi dari Indonesia, Afgan. Erina begitu teruja sekali apabila Afgan memberi kepadanya mikrofon untuk nyanyi bersama. Matanya tidak berkelip-kelip melihat Afgan disaat mereka sedang berduet menyanyikan lagu bertajuk Terlanjur Cinta.
Megat Emir yang memerhati Erina sejak dari tadi tidak berkelip memandang Afgan itu mulai tidak senang duduk. Dia cemburu dengan sikap teruja Erina itu.Â
Selesai sahaja menyanyi, Afgan memberikan sekuntum mawar merah kepada Erina kerana kesudian untuk berduet bersamanya. Dewan ketika itu semakin gamat dengan tepukan gemuruh daripada tetamu yang hadir. Muka Erina merona merah kerana malu dengan pujian yang diberikan oleh Afgan.
Erina segera duduk di sebelah Megat Emir dengan senyuman lebar dari tadi. Jelas kelihatan Erina gembira dan bahagia pada hari itu.
"Amboii suka la tu berduet dengan Afgan!" Megat Emir merenung tajam.
"Mestilah suka..berduet dengan Afgan pulak tu. Bahagianya Rina dapat tengok muka dia. Comel..ada lesung pipit. Betul-betul 'babyface' la dia tu. Comel sangat!" Teruja Erina.
"Abang pun ada lesung pipit juga." Tutur Megat Emir sambil menunjukkan lesung pipitnya.
"Abang bukan babyface...abang 'pakcik face'!" Ungkap Erina tanpa rasa bersalah.
"Apa...pakcik face? I'll make sure next year no more Afgan performance dekat Secretary's Week." Megat Emir membuntangkan matanya.
Erina tersenyum nipis apabila melihat gelagat cemburu Megat Emir. Tiba-tiba Erina terasa bahunya sejuk seperti terkena air. Kelihatan Melisa sedang berdiri sambil memegang gelas. Dress Erina basah di bahagian bahunya. Jelas kelihatan ketidakselesaan Erina ketika itu.
"Opsss...sorry Erina...I tak sengaja. I bangun nak bagi that girl laluan and tak sangka tertumpah kena you pulak. I tak terperasan pulak yang I pegang gelas senget." Melisa memberi alasan. Sememangnya dia berniat untuk menumpahkan air ke atas Erina.
Erina menjeling tajam. Kalau ikutkan barannya mahu saja basahkan juga baju Melisa itu tetapi dia menahan sabar demi menjaga nama baik Megat Emir dan Mahkota Development Sdn Bhd.
Erina segera bangun untuk menuju ke tandas. Sempat dia berbisik kepada Melisa. "Its ok Puan Melisa...small matter. I tahu you memang sengaja kan?".
Sebelum ke tandas sempat la juga Erina menarik lembut hujung rambut Melisa sehinggakan Melisa terdorong ke belakang.
"Kurang ajar!" Bentak Melisa di dalam hati. Dia pun segera bangun dah turut menuju ke tandas.
Erina berdiri di hadapan cermin besar di dalam tandas hotel mewah itu. Dia cuba mengelap dan membersihkan kesan air minuman yang tumpah di bajunya itu. Erina menghela nafas panjang. Marah dan geram dengan apa yang terjadi. Dia tahu Melisa sengaja tumpahkannya.
Bunyi dentukan kasut tumit tinggi kedengaran bergema di lantai menuju ke tandas. Melisa melangkah masuk ke tandas dengan gaya yang penuh angkuh. Dia mengerling ke arah Erina yang sedang berusaha mengeringkan bajunya yang basah itu. Melisa mengadap cermin kemudian mengeluarkan gincu merahnya dan mewarnakan bibirnya supaya menjadi lebih terang merahnya.
"Dress tu cantik...tapi sayang..I rasa ianya nampak tak sesuai di badan you. I rasa you hanya layak pakai jaket kulit dan yang paling penting lagi you sebenarnya tak layak pun untuk hadir ke majlis macam ni." Tutur Melisa dengan angkuh.
Erina tersentap. Tangannya berhenti mengelap bajunya itu. Dia memandang tajam Melisa melalui pantulan cermin.
"Sekurang-kurangnya aku datang sini meraikan diri aku sebagai setiausaha kesayangan Megat Emir berbanding kau datang sini sebab nak control suami kau supaya tidak berduaan dengan secretary dia kan? I guess la! Ermm...so pity Puan Melisa!" Pedas juga kata-kata Erina itu. Dia hairan kenapa Melisa tu begitu sakit sangat hati terhadapnya.
Melisa ketawa kecil, bunyi yang tajam tapi seolah-olah menghina. " I tak heran pun. I dah dapat apa yang I nak dari Rizal tuh. Sekarang ni...I nak bagitau you yer...Emir tu I bagi 'pinjamkan' dekat you untuk sementara jer. One day dia akan jadi milik I semula. Masa itu dia dah tak pandang you dah. I rasa ..dia nak bertunang dengan you tu pun sebab kesian jer. Ermm.. no choice and maybe you are the last choice!"
"Apa kau merepek ni Melisa? Kau kan dah jadi isteri Syed Rizal. Pilihan kau sendiri. Kenapa sekarang baru kau nak Emir balik? Kau memang tamak and selfish!" Bentak Erina. Tangannya laju sahaja hendak tampar Melisa tapi dia kawal amarahnya itu.
"I akan pastikan Emir jadi milik I semula. Dia pasti lepas ni akan benci you bila you dah 'glamour' nanti. Oppss ..bukan dia je benci tapi mama, papa dan seluruh ahli keluarga you pun silap haribulan akan bencikan you!" Melisa membetulkan rambutnya lalu menepuk perlahan bahu Erina sebelum dia melangkah keluar dengan senyuman kemenangan.
Share this novel