EPISOD 3

Romance Series 14692

Rumah yang tadi riuh dengan kehadiran sahabat-sahabat Hajah Saleha kini sunyi kembali. Erina membantu uminya mengemas meja makan. Pinggan yang sudah kosong dikutip Erina lalu dihantar ke dapur untuk dibasuh oleh Bibik Fatimah.

"Rina...tak payah buat kerja beria sangat. Kamu nak jalan pun seksa ..ini kan pulak nak buat benda-benda yang lain." Hajah Saleha menghalang anaknya daripada membantu mengemas pinggan mangkuk.

"Ok..ok..umi.." Erina segera merebahkan badannya di atas sofa. Butang ON segera ditekankan pada remote televisyen.

Hajah Saleha segera mendekati Erina. Dia turut menonton drama yang dimainkan di televisyen itu.

"Sebenarnya kaki Rina tu kenapa? Kenapa dengan motor Rina? Rina kenal ke Megat Emir tu?Interview hari ni macam mana?" Bertalu-talu soalan daripada Hajah Saleha.

"Umi ni... banyaknya soalan umi tu..Rina tak tahu nak jawab yang mana satu?" Erina memandang uminya sambil tersenyum.

"Umi tanya 4 soalan jer sayang..itu pun dah nak pening." Hajah Saleha menggeleng kepalanya. Dia tahu anaknya itu cuba mengelak soalannya itu.

"Ok..ok ...Rina akan jawab semua soalan umi tu...Pertama..kaki Rina jadi macam ni sebab accident..Kedua motor Rina ok tapi Rina tak dapat nak bawak sebab kaki Rina injured..Ketiga..Rina tak kenal pun Megat Emir tu.. dia la yang menyebabkan Rina accident...Keempat...Rina tak pergi interview hari ni sebab Rina accident..Ermm...umi puas hati tak jawapan Rina?" Penjelasan dan jawapan yang kukuh daripada Erina.

"Ooo macam tu...ok umi puas hati." Hajah Saleha mengangkat ibu jarinya tanda puas hati.

Erina mengangguk kepalanya apabila uminya berpuas hati dengan jawapan yang diberi. Dia segera melangkah naik ke biliknya untuk berehat.

------------------------

Sebaik sahaja Megat Emir menghantar mamanya pulang dia terus memecut keretanya ke pejabat. Banyak perkara yang dia perlu lakukan tetapi habis semuanya tergendala kerana kemalangan kecil pagi tadi.

Sampai sahaja di pejabat Megat Emir segera menghubungi pengurus bahagian sumber manusia untuk mengetahui keputusan temuduga pada hari ini.

"Kak Mai..macam mana interview hari ni.. jawatan kosong tu dah terisi ke? Berapa ramai candidate yang datang tadi?" Sebagai CEO syarikat dia perlu juga mengetahui perkembangan pekerja-pekerja syarikat.

"Tuan Emir...Kita nak cari 2 orang graphic designer...tadi 4 orang sahaja yang hadir. Sepatutnya ada 5 orang tapi sorang tak datang interview. Alhamdulilah 2 jawatan kosong tu sudah pun terisi. By next month mereka akan start bekerja." Terang Kak Mai kepada Megat Emir.

"Owh yeker... Alhamdulillah..." Ringkas jawapan Megat Emir lalu segera ke biliknya.

Megat Emir menjenguk meja setiausahanya.Kosong. Megat Emir buntu apabila setiausahanya sejak menjak ini kerap sahaja cuti kerana terdapat pelbagai urusan keluarga yang perlu diselesaikannya.

Farida merupakan setiausaha Megat Emir yang sudah berkhidmat hampir 5 tahun itu pernah memohon untuk berhenti tetapi Megat Emir tidak benarkannya. Farida adalah seorang setiausaha yang cemerlang. Dia sudah biasa dengan segala rutin Megat Emir. Megat Emir memberi kelonggaran kepada Farida untuk menyelesaikan perkara dan masalah yang dihadapinya asalkan Farida tidak berhenti.

Megat Emir ke meja Farida untuk mencari beberapa dokumennya tapi tidak dijumpai. Mati akal betul dia kalau setiausahanya tidak datang kerja. Megat Emir segera mendail telefon untuk menghubungi Farida tapi panggilannya tidak berangkat.

"Uhhh...jenuh aku macam ni...tak jadi kerja aku kalau macam ni..." Megat Emir menggaru-garu kepalanya.

Memandangkan setiausahanya tidak datang ke pejabat, Megat Emir akhirnya hilang mood untuk bekerja. Banyak perkara semuanya diuruskan oleh setiausahanya jadi waktu kerjanya hari ini adalah sia-sia kerana dia mati akal tanpa bantuan setiausahanya.

Trut...trutt....telefon Megat Emir berbunyi.

"Assalamualaikum Tuan Megat Emir...you tak jadi jumpa bos I ke hari ni?" Soal Mary yang merupakan setiausaha kepada Dato' Farid.

"Ya Allah...I terlupa...secretary I tak remind I la plak...Opss...sorry sangat-sangat. Bagi tahu bos you kita postpone minggu depan yer. Nanti I minta secretary I contact you to set appoiment semula. Kirim salam bos you ye...Cakap kat dia I'm Sorry." Megat Emir menjadi serba salah. Talian telefon segera ditamatkan.

Mood Megat Emir hari ni nampaknya tidak elok apabila terkenangkan pertemuaannya bersama Dato' Farid terpaksa dibatalkan akibat kecuaiannya dan setiausahanya. Megat Emir segera bangun dari kerusinya lalu meninggalkan pejabatnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience