EPISOD 6

Romance Series 14692

Pagi itu Erina hanya duduk di tepi kolam ikan rumahnya. Bunyi air terjun mini begitu menyegarkan dan menenangkan. Beberapa ikan koi di dalam kolam sedang berenang kegembiraan.

"Ikan ni pun happy jer...aku juga yang tak happy...boring betul duduk rumah..kerja plak tak dapat-dapat. Kalau bukan sebab mamat tu silap haribulan entah-entah aku  dah kerja dekat company hebat tu." Getus Erina sambil kusyuk melihat ikan berenang-renang.

Wan Erina Natasha seorang gadis berusia 24 tahun. Merupakan seorang graduan Sarjana Muda Pengkomputeran Multimedia dari salah sebuah universiti di selatan Malaysia. Sudah 5 bulan dia menamatkan pengajiannya tetapi masih belum ada rezeki untuk bekerja di mana-mana syarikat.

"Rina...baru habis belajar kan...releks la dulu...enjoy dulu..nanti bila dah kerja dah tak sempat nak releks tau." Erina teringat kata-kata uminya itu. Agaknya sebab doa uminya itulah dia tak dapat tawaran kerja mana-mana syarikat lagi.

"Pelik la umi ni..kalau orang lain..anak dah grad je mesti parents diorang sibuk suh anak diorang cari kerja...tapi umi ni pelik..aku abis grad je dia suh releks sebulan dua dulu baru kerja." Erina berbicara di dalam hati.

"Rina..Rina hari ni ada plan apa?" Tiba-tiba Hajah Saleha menyapa anaknya.

"Hari ni takde plan ape...plan apply kerja kosong la. Susah juga yer nak dapat kerja sekarang ni." Ngomel Erina.

"Kalau takde plan apa-apa jom ikut umi pergi usrah dekat rumah Datin Mastura. Rina nak tak?" Pelawa Hajah Saleha.

"Boleh juga umi...daripada duk bercakap dengan ikan ni kan..apa salahnya Rina ikut umi kan..leh tambah sikit ilmu agama." Sengih Erina.

"Kalau macam tu..nanti pukul 9 kita gerak ke rumah Datin Mastura ye. Usrah tu start pukul 10 pagi"

"Lagi berapa minit je nak pukul 9 ni..Rina siap sekarang jerla...umi tunggu tau..Rina nak bersiap sekejap." Erina segera berlari ke biliknya untuk bersiap-siap.

Selang beberapa minit kemudian Erina sudah lengkap berbaju kurung dan mengenakan tudung bawal dikepalanya. Memandangkan kali ini dia ke kelas usrah maka dia perlulah menutup aurat dengan sempurna. Hajah Saleha tersenyum melihat anaknya manis berbaju kurung dan bertudung itu. Erina segera memandu kereta ke rumah Datin Mastura. Perjalanan ke rumah Datin Mastura mengambil masa hanya 15 minit sahaja. Sampai sahaja di rumah Datin Mastura , Erina memakirkan kereta diluar pagar memandangkan usrah kali ini ramai pulak peserta  yang hadir. Mungkin ustazah pada hari ini adalah ustazah yang popular dan dikenali.

Megat Emir menurunkan Puan Marina di luar pagar rumah Datin Mastura. Sebelum dia ke pejabat, Puan Marina memintanya hantar ke rumah Datin Mastura. Usrah kali ini diadakan di rumah Datin Mastura. Sebaik sahaja Megat Emir menurunkan mamanya di hadapan pagar rumah Datin Mastura, dia ternampak sebuah kereta Toyota Vios terkial-kial untuk memakir kereta. Kereta itu sekejap ke depan sekejap ke belakang membetulkan kedudukan kereta agar tidak mengganggu lalulintas.

"Adoii...mak sapa lah yang terkial-kial nak parking kereta ni? Baik aku tolong makcik tu parking kereta." Ngomel Megat Emir.

Cermin kereta yang agak gelap itu membataskan pemandangan Megat Emir. Diketuknya Megat Emir  cermin kereta itu untuk menawarkan bantuan. Tukk...tukk...tukk...

"Makcik...meh saya tolong makcik parkingkan kereta." Pelawa Megat Emir.

Tiba-tiba cermin kereta diturunkan. "Banyak la awak makcik...saya belum jadi makcik lagi yer." 

Apabila cermin kereta diturunkan Megat Emir terkejut rupa-rupanya yang bawa kereta itu ialah minah motor tempoh hari, anak Hajah Saleha. Kali ini minah ni anggun sekali berbaju kurung warna merah jambu dan bertudung bawal berwarna coklat. Dengan pandangan matanya yang cantik itu membuatkan Megat Emir terpana seketika.

"Ehh...awak ke..?Ingatkan makcik manalah yang terkial-kial nak parking kereta..rupanya awak...awak yang nama Minah kan?" Soal Megat Emir sambil suka hati je meneka nama orang.

"Bukan Minah la...Rina..meh tolong saya parkingkan kereta ni kejap leh tak...tak reti betul saya nak parking...saya reti parking motor je kalau kat tempat sempit-sempit ni." Pinta Erina lalu keluar dari keretanya.

"Baiklah cik Adik Minah sayang..meh Abang Emir tolong awak parking kereta ni." Usik Megat Emir.

"Eeeuwww...geli la awak sebut camtu...lagi sekali saya nak betulkan lidah awak tuh...Rina...Erina....bukan Minah!" Tegas Erina sambil mencekak pinggang memandang Megat Emir.

Dalam sekelip mata sahaja Megat Emir berjaya memakirkan kereta tersebut dicelah-celah kereta yang lain.

"Woww...hebat...tapi rapat sangat ni...aduss...nanti nak balik macama mana la plak saya nak buat nanti ni. Tapi takpe..tuh belakang kira." Puji Erina sambil mengaru-garu kepalanya.

"Sedangkan Ford Ranger saya yang gabak besar tu saya leh parking...inikan pulak si Vios yang secoet kecik ni." Bangga Megat Emir.

"Yerlah..yerla...awak memang hebat..walau bagaimanapun... sebesar-besar dan setinggi Ford Ranger awak tu tapi tetap juga tak nampak kaki saya yang comel ni sampai dilenyeknya." Perli Erina apabila terkenangkan kakinya yang pernah dilenyek oleh Ford Ranger Biru Megat Emir.

"Alaa...yang tuh sorry la...saya betul-betul nak mintak maaf dekat awak tau." Pinta Megat Emir sambil menunjukkan wajah kekesalannya.

"Baiklah saya maafkan...anyway..terima kasih sebab tolong saya parkingkan kereta. Oklah usrah dah nak start tuh..saya gerak dulu." Erina berlari-lari anak menuju ke pintu pagar rumah Datin Mastura.

Megat Emir memerhatikan sahaja lenggok gadis ayu yang berbaju kurung itu. Dia segera menaiki kereta dan meneruskan pemanduannya menuju ke pejabat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience