EPISOD 21

Romance Series 14808

Sebaik sahaja Doktor Farhan meninggalkan pejabat Mahkota Development Sdn Bhd itu, Megat Emir segera berjalan mendekati meja Erina. Erina menyambung semula kerja-kerjanya seolah-olah tiada apa yang berlaku sebentar tadi.

"Erina...awak ok tak ni?" Soal Megat Emir kepada Erina.

"Saya dah ok la bos...ala...tadi pengsan sekejap je pun. No worries ok!" Erina buat muka slumber.

" Awak ni biar betul...risau saya kalau awak pengsan lagi ..saya tak reti nak buat apa-apa nanti." Megat Emir merenung Erina. Gadis hadapannya ini rajin bekerja sangat.

"Betul..saya tak apa-apa ...ni haa ...ni yang lagi penting..banyak benda bos nak kena sign ni..nanti Kalisha nak datang ambik untuk proses gaji staf." Erina menghulurkan kepada Megat Emir beberapa dokumen berkenan gaji staf.

"Lepas saya sign ni awak balik tau!" Arah Megat Emir kepada Erina.

Di hujung-hujung bulan memang banyak dokumen yang perlu Megat Emir tandatangan. Oleh kerana itulah Erina agak rungsing sekali sekiranya Megat Emir tidak datang ke pejabat apabila menjelang hujung bulan.

"Semua dah saya sign kan..so awak boleh la balik ye. Pergi balik dan rehat." Ujar Megat Emir.

"Ermm...saya dah ok lah bos. Saya tak nak balik!" Degil Erina.

"Ishh degil la awak ni..jom kita balik.Saya hantar awak..saya pun nak balik ni..nak sambung tidur. Bos awak takde kat office so buat apa awak duk office lama-lama?" Mencerlung Megat Emir memandang Erina.

"Saya ikut peraturan office jer...masuk pukul 8.30 pagi dan balik pukul 5.30 petang. Kalau saya tak follow rules nanti HR bising." Jelas Erina dengan muka yang terkebil-kebil.

"Ooo..itu yang awak risau yer. Nanti saya bagi tahu dekat Kak Mai saya benarkan awak balik awal hari ni." Megat Emir segera menghubungi Kak Mai, Pengurus Bahagian Sumber Manusia untuk memberi pelepasan kepada Erina pulang awal.

Setelah pelepasan diberikan kepada Erina, Erina segera mencapai beg dan topi keledarnya untuk pulang.

"Biar saya hantar awak balik hari ni. Awak tak sihat nanti bahaya kalau nak bawak motor." Pinta Megat Emir.

"Ehh... takpelah biar saya balik sendiri je." Erina menolak pelawaan Megat Emir.

"Erinaaa....this is an order..don't be stubborn..biar saya hantar awak balik! Kalau apa-apa terjadi kat awak nanti jenuh saya nak menjawab dengan umi awak!" Tegas Megat Emir.

Erina menunduk memandang lantai. Takut pula dia apabila mendengar arahan tegas Megat Emir itu. Dia segera berlari mengikuti Megat Emir dari belakang menuju ke pintu lif. Sebaik pintu lif terbuka tiba-tiba terpacul wajah Kalisha.

"Eh Tuan Emir...Erina..nak pergi mana? I datang nak collect documents for payroll staff." Soal Kalisha sebaik sahaja kelihatan Megat Emir dan Erina masing-masing membawa beg.

" We all nak balik!" Jawab Megat Emir ringkas.

"Haaa...awalnya balik. I datang nak ambik document tu Erina. You juga yang suruh  I datang ambik kan?" Ujar Kalisha dengan nada tegang.

"Ambik esok jerlah! We all nak balik. Ada emergency!" Jawab Megat Emir dengan nada keras.  Erina hanya diam membisu. Biarlah Megat Emir sahaja yang tolong menjawab bagi pihaknya.

Kalisha memandang Erina tajam. Dia memandang Erina atas bawah kerana cemburu melihat Megat Emir berdiri betul-betul rapat dengan Erina di dalam lif. Lif itu senyap kerana masing-masing melayan perasaan.

"Ke mana diorang ni nak pergi...isshh jeles pulak aku!" Hati Kalisha menjerit.

"Alaaa ..aku nak balik sendiri ..kenapa dia nak hantar aku balik? Kesian la 'boyfriend' aku nanti kena tinggal sorang-sorang dekat parking!" Bicara Erina di dalam hati.

"Eiii...takde ke baju yang sesuai sikit nak pakai? Dah la montel pakai baju ketat-ketat pulak. Sakit mata betul aku nak tengok si Kalisha ni. Ingat aku suka ke tengok..Dah macam buah nangka!" Bebel Megat Emir di dalam hati mengutuk Kalisha.

" Ok Tuan Emir...my level dah sampai..I gerak dulu yer..babai..." Melentok-lentok Kalisha dengan penuh gedik sebaik sahaja pintu lif terbuka.

"Ok bye!" Cepat-cepat Megat Emir menutup pintu lif. Erina tersengih kecil.

"Adoii ..apesal gedik semacam minah tu? Nak ngorat bos ke?Hahaha ..." Soal Erina kepada Megat Emir sambil tergelak.

"Eww...taknak la saya ..sakit mata nak tengok!" Spontan Megat Emir.

"Oklah tu bos ...ada juga orang yang nak. Bos pun dah lama membujangkan? Jangan lama-lama membujang nanti tulang reput!" Jawab Erina tanpa bertapis.

"Erinaaa...." Laju Megat Emir mencubit telinga Erina. Dah macam cubit telinga adiknya pulak.

"Arhh...sakit!" Muncung Erina dan menutup mata menahan sakit.

"Opss sorry..." Megat Emir segera menggosok-gosok pula telinga Erina sehinggakan pintu lif terbuka sendiri apabila sudah sampai di lobi.

Sebaik sahaja pintu lif terbuka beberapa mata yang memandang mereka semua membulat terkejut dengan adegan gosok-gosok telinga tadi. Erina segera menepis tangan Megat Emir dengan kasar lalu menonong keluar meninggalkan Megat Emir ke belakang.

Erina menjadi serba salah. Mukanya merona merah. Megat Emir pula buat muka slumber seolah-olah tiada apa yang berlaku. Dia segera berjalan menuju ke parkir kereta. Kelihatan Erina sudah setia menanti di situ.

"Macam mana ni..malu la saya...mesti semua orang membawang pasal saya nanti cakap saya nak ngorat bos ...uwaaa ..." Ngomel Erina sebaik sahaja masuk ke dalam kereta.

"Alaaa...awak buat tak tahu jer...lama-lama hilang la gosip tu. Lagi pun saya bukan buat apa pun kat awak tadi kan?" Tenang sungguh Megat Emir. Erina pula dah macam ayam berak kapur.

"Adusss kenapa la pakcik ni setenang itu?" Erina memandang Megat Emir yang begitu tenang memandu kereta.

"Mana leh macam tu..nanti mesti orang labelkan saya penyondol, penggoda,betina tak tahu malu..."

"Syuhh...syuhh..." Megat Emir segera menekup mulut Erina dengan tangannya sebelum Erina melebalkan dirinya sendiri itu dengan pelbagai lagi gelaran negatif.

Erina terkedu seketika. Kenapa dia rasa adegan ni macam dalam drama Korea je?Hahaha... Erina tersenyum lalu segera menolak tangan Megat Emir itu. Suasana di dalam kereta diam seketika sehinggakan tiba-tiba telefon Megat Emir berdering.

"Abang Emir...kau kat mana?Office ke?" Suara Megat Amar di talian.

"Aku dari office nak hantar Erina balik. Kenapa?" Soal Megat Emir kepada adiknya.

"Haaa hantar Erina balik? Kenapa dengan dia?" Buat-buat ambil berat pulak si Megat Amar ni.

"Dia tak sihat tadi pengsan kat office pulak. Eiii...kau menyibuk pasal secretary aku ni kenapa?" Bengang pulak Megat Emir apabila adiknya menyibuk hal Erina.

"Mestilah sibuk weh..tu bakal girlfriend aku tu..hehehe.." Megat Amar tergelak kecil di talian.

Erina di sebelah cuba mencuri-curi dengar antara perbualan Megat Emir dan Megat Amar. Dia dapat merasakan perbualan mereka itu adalah berkaitan tentangnya. Tiba-tiba Erina buat-buat batuk sehinggakan Megat Amar dapat mendengarnya.

"Abang Emir... sebelum kau hantar dia balik..apa kata kita pergi minum-minum dulu..rindu pulak aku nak tengok muka comel Erina tu.." Pinta Megat Amar yang membuatkan Megat Emir telan air liur terkejut.

"Minah tu tengah tak sihat kau nak ajak-ajak minum pulak..jap aku tanya dia dulu." Megat Emir serba salah jadinya.

Sebaik sahaja Erina menolak permintaan Megat Amar untuk minum bersama, Megat Emir segera mengarahkan pemanduannya ke kawasan perumahan Erina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience