Series
14692
Erina terkedu dengan kata-kata Melisa itu tadi. Dia terduduk seketika di kerusi yang ada di bilik air. Tangannya menggigil hebat. Jantungnya berdegup kencang mendengar gertakan Melisa itu. Dia tahu Melisa bukan saja-saja menggertak. Pasti Melisa sedang merencanakan sesuatu yang buruk untuknya.
Erina melangkah keluar dari tandas dengan langkah yang lemah. Wajahnya tiba-tiba bertukar pucat. Kelihatan Megat Emir sedang menantinya di luar ruang legar tandas tanpa Erina sedari.
Sebelum Erina menonong berjalan menuju ke ballroom, Megat Emir sempat menyambar lengan Erina. "Rina kenapa ni? Muka pucat je ni. Sayang tak sihat ke?" Soal Megat Emir kerisauan.
Erina mendongak. "Owhh...Abang. Rina terserempak dengan Melisa tadi di tandas. Dia cakap..."
" Cakap apa? Dia buat apa dekat Rina?" Megat Emir mengetap rahangnya.
"Dia cakap lepas ni Rina akan 'glamour' tetapi semua orang akan benci Rina." Erina mencengkam kuat lengan tuxedo Megat Emir. "Abang...Rina takut. Rina rasa sesuatu yang buruk akan berlaku dekat Rina nanti. Rina takut!"
Megat Emir segera menarik Erina ke dalam pelukannya tanpa memperdulikan mata tetamu lain yang memandang mereka. Tangannya mengusap belakang kepala Erina.
"Rina jangan takut. Rina ada abang.Jangan dengar cakap dia. Dia saja je nak takutkan Rina tu. Sayang kan kuat!" Megat Emir cuba memujuk.
"Abang..jom kita balik boleh tak? Rina dah takda mood."
"Ermm..ok sayang. Mentang-mentang Afgan dah bagi dia bunga..terus nak ajak balik yer. Abis tu abang ni siapa nak bagi bunga nanti?" Seloroh Megat Emir dengan sengaja memuncungkan mulutnya.
"Rina kan ada...Rina la bunga abang. Bunga MawaRina!" Balas Erina bersahaja.
"Ehh...betul lah!" Megat Emir mencuit hidung Erina lalu menarik tangan Erina untuk meninggalkan majlis itu tanpa menunggunya selesai
-------------------------------
Selesai majlis Secretary's Week itu mata Melisa seolah-olah sedang mencari seseorang. Syed Rizal hanya memerhati keresahan isterinya itu.
"You cari siapa Mel?" Tangan Syed Rizal mencengkam kuat lengan Melisa.
"Ehh..tak cari siapa lah Biy. I saja tengok-tengok..ramai betul secretary dalam ni yang cantik-cantik dan seksi-seksi." Jawab Melisa acuh tak acuh.
Syed Rizal merangkul pinggang Melisa kemudian terus menuju ke lobi menanti pemandu peribadinya menjemput. Melisa merasakan Syed Rizal tengah mood dingin daripada gaya suaminya menggenggam tangannya itu.
Sebaik sahaja pemandu peribadi sampai, Syed Rizal menolak kasar Melisa masuk ke dalam kereta. Melisa tersentak. Dia mulai risau kalau-kalau suaminya itu akan mengamuk.
Di dalam kereta mewah itu suasana sunyi sepi tetapi sedikit ketegangan daripada wajah Syed Rizal. Hanya kedengaran bunyi enjin yang halus dan hembusan berat nafas Syed Rizal.
Syed Rizal melonggarkan tali lehernya dengan kasar. Dia menanggalkan dua butang atas kemejanya itu. Matanya merenung tajam ke hadapan. Dia langsung tidak memandang Melisa yang duduk di sebelahnya itu.
"Biy.. you senyap jer..you marahkan I ke?" Tangan Melisa mengosok-gosok lengan Syed Rizal. Dia cuba memujuk agar angin suaminya itu reda.
"You ingat tadi mata I buta ke Mel?" Suara Syed Rizal rendah tetapi cukup tajam.
"Apa maksud you,Biy?" Melisa melepaskan rangkulan dari lengan Syed Rizal.
"Sepanjang majlis tadi mata you memang tak lepas langsung dari memandang Emir kan?" Soal Syed Rizal dengan nada yang tiba-tiba bertukar dingin.
"Ehh..mana ada Biy. You ada dekat sebelah I kan...buat apa I nak pandang dia!" Melisa cuba membela dirinya.
"Setiap kali dia gelak or berbisik dengan secretary dia je muka you akan berkerut dan berubah. You ingat I bawa you pergi majlis tu bersama sebab nak bagi you tunjuk perasaan gila bayang you dekat jantan tu ke?"
"I cuma..." Belum sempat Melisa memberikan alasan, Syed Rizal sudah memotong kata-kata Melisa.
"Cukup! Don't give me any reason! I tak nak dengar sebarang alasan sampah dari you. You are my wife...Syed Rizal's wife..tetapi perangai you tu dah macam perempuan murahan yang takda maruah. Isteri orang yang gila bayang dan tak boleh move on dengan bekas kekasih!"
"Biy.. It's not like that.."
"I betul-betul malu bila Dato' Farid asyik menyindir I kononnya 'isteri I tu masih ada hati dekat bekas kekasihnya'. Damn!" Syed Rizal menghempaskan tangannya kasar di tempat penyandar tangan.
"Ala..you tak payah percaya cakap Dato' Farid tu. Dia pun bukan betul sangat pun. Dia memang ada masalah dengan Emir so pandai-pandai je dia nak mereka cerita." Melisa mengusap-usap wajah Syed Rizal. Cuba memujuk hati suaminya itu.
Syed Rizal mencengkam rahang Melisa dengan sebelah tangannya, memaksa Melisa untuk memandangnya. " Look at me!! Kalau I dapat tahu you buat sesuatu yang boleh memalukan nama I ...I'll make sure you are nothing to me anymore. Please jangan you jejak kaki langsung ke pejabat Emir tuh. I tahu...walau I dah berapa kali larang you pergi sana tapi dalam diam-diam you tetap pergi juga kan?"
Melisa mengalirkan air matanya apabila cengkaman Syed Rizal itu semakin kuat. "Biy...sakit!"Â
"Tahu pun sakit...you tak fikir la pula hati I yang sakit ni kan?" Syed Rizal segera melepaskan cengkaman itu. Dia segera mengosok-gosok pipi Melisa itu. Terbit sedikit rasa sesalnya tapi dalam masa yang sama dia geram dengan isterinya yang degil itu.
"Biy..I'm sorry...I boring..I lonely...I need you tapi you selalu takda..sebab tu I pergi ke office Emir..but it's nothing...just a small talk jer. I kan baik dengan mama and family Emir..I cuma nak tanya khabar family Emir jer." Alasan Melisa yang membuatkan Syed Rizal menjadi semakin meluap marahnya.
Pang!!
Satu tamparan hinggap di pipi kanan Melisa yang mulus itu. "Emir..Emir..Emir...Please stop giving me lame excuses. Stop trying to treat me like I'm stupid!"Â
"Biy...biy....I'm sorry!" Melisa segera mengapai tangan Syed Rizal. Dicium-ciumnya tangan suaminya itu tanda mohon maaf.
Syed Rizal menyandarkan badan, memejamkan matanya seketika. "Mulai esok, I akan bekukan semua kad kredit tambahan you. You hanya boleh keluar rumah dengan pengawal yang I akan hantar. You jangan nak main api dengan I. Tapi kalau you berani juga...Silakan!"
Melisa terdiam seribu bahasa dengan ugutan Syed Rizal itu. Dia memandang ke luar jendela. Air matanya bertakung ditubir mata. Dia sedar, Syed Rizal bukan sahaja seorang suami yang cemburu, tetapi seorang penjaga yang kadang-kadang boleh berubah menjadi sangat kejam.
"Aku harap aku dapat keluar dari penjara Syed Rizal ini. I can't take this suffering anymore. Emir... I need you by my side. I'm so sorry for what I did before... I truly regret it!" Bicara Melisa di dalam hati. Air matanya semakin laju mengalir apabila dia teringatkan detik-detik indah ketika dia bersama Megat Emir suatu ketika dahulu.
Kereta yang dinaiki Syed Rizal dan Melisa itu berhenti seketika di lampu isyarat sebaik sahaja ia bertukar warna merah. Melisa diam membisu dan esakkan tangisannya kedengaran kecil seolah-olah cuba mengawal kesedihan.
"Tu...you tengok tuh...bekas kekasih you tu..dah bahagia dengan secretary dia sambil minum-minum santai dekat kedai mamak. Forget about your dreams Melisa. They're never going to happen anyway. Stop being so needy and desperate. You're not even on his radar!" Perli Syed Rizal disertai gelak kecil yang berbunyi sinis.
Mendengar kata-kata sinis Syed Rizal itu betul-betul telah merobek hati Melisa. Dia sudah rasa terseksa berada di dalam sangkar emas Syed Rizal ini. Hati Melisa lebih bernekad untuk mendapatkan Megat Emir semula dengan apa cara sekali pun. Kini, dendamnya terhadap Erina semakin membara.
"You fikir you boleh ikat I, Rizal?" Bisik Melisa sendirian di dalam hati. "Lagi kuat you tekan I, lagi kuat I akan pastikan Erina hancur. Sebab bila Erina tak ada, Emir akan nampak I adalah satu-satunya permaisurinya nanti .. and at that time I akan tinggalkan you merangkak sorang-sorang Rizal!"
Share this novel