Series
14692
Sinaran matahari pagi mulai menyusup masuk perlahan-lahan melalui langsir di bilik utama. Melisa meraba-raba tilam disebelahnya mencari suaminya. Kosong. Awalnya suami tercinta bangun. Selalunya ketika ini suaminya masih berlingkar di atas katil sambil memeluknya tetapi pagi ini tiada.
"Biy..Biy..awalnya you bangun." Melisa melaung-laung memanggil suaminya tetapi tiada sahutan.
Melisa bangun dari katil lalu segera ke bilik air. Lantai bilik air basah. Mungkin Syed Rizal sudah bangun dan siap mandi agaknya. Melisa keluar dari bilik dan ke dapur. Mungkin suaminya tengah bersarapan. Tetapi tiada. Melisa segera ke ruangan dobi dan kelihatan pembantu rumah sedang mensisih pakaian sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh.
"Surti..mana Tuan Syed?"
"Awal pagi lagi Tuan sudah keluar Puan. Sarapan pun tidak sempat." Terang Surti, pembantu rumah.
"Awal pagi! Takan awal-awal pagi dah ke rumah perempuan tu? Kau memang tak guna punya perempuan . Pagi-pagi dah menggoda laki aku ke sana." Geram sungguh Melisa. Kan semalam dan hari ni giliran di sini. Argghhh...bengangnya!
------------------------------------------------------------
Setelah berfikir panjang akhirnya Megat Emir bersetuju untuk bekerjasama dengan Prestige Bina Holdings. Walaupun hakikatnya dia sememangnya berat hati tetapi demi kerjaya dan masa depan syarikat dia perlu lebih profesional.
"Bos..jangan lupa petang ni ada meeting dekat Prestige Bina Holdings pukul 4.30 petang." Pesan Erina kepada Megat Emir.
"Uihh..saya hampir terlupa..sekarang ni dah pukul berapa Erina?" Megat Emir bertanya kepada Erina padahal jam Tag Heuer tersarung di tangannya.
"Bos you are late...now dah pukul 3.50 petang!"Â
"Kenapa tadi tak remind saya? Sempat ke nak sampai ni? Dah la sekarang ni peak hour. Kakitangan kerajaan dah mula sibuk nak balik kerja time ni. Yang si Syed tu pun satu hal juga..buat meeting petang-petang dah kenapa?" Membebel Megat Emir. Erina hanya terkebil-kebil memandang bosnya membebel.
"Sorry bos..pagi tadi saya dah remind bos. Lunch tadi pun dah remind bos kan?" Erina menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu kerana rasa serba salah.
"Aku yang salah ke?Ermmm...." Perlahan dengusan Erina tetapi tetap didengari Megat Emir.
"Agak-agak awak..sempat tak sampai pukul 4.30 petang tu kalau nak ke Jalan Tun Razak tuh?" Megat Emir meminta pendapat daripada Erina.
"Confirm la tak sempat! Naik grab pun tak sempat...kecuali kalau naik motor. Leh celok sana sini!" Terang Erina.
Mendengar perkataan 'motor' itu Megat Emir secara automatik memandang Erina. Erina turut memandangnya dengan kening berkerut-kerut.
"MOTOR! Geliga kepala otak awak hari ni. Jom hantar saya ke Jalan Tun Razak sekarang! S E K A R A N G!" Lantang suara Megat Emir.
"Bos.. Tak cukup helmet.. Kena cari lagi satu helmet.. Jap saya tanya mana-mana staff kat bawah sana siapa yang ada helmet." Erina turut menjadi kelam kabut apabila mendengar suara lantang Megat Emir tadi. Dia cuba untuk ke bahagian lain untuk mendapatkan topi keledar tetapi ditahan oleh Megat Emir.
"No.. Dah lambat.. Takan awak nak pergi dekat setiap department tanya..itu tak logik dan lagi buang masa adalah! Tu haa.. Dalam bilik saya tu ada helmet." Megat Emir memuncungkan mulutnya ke arah topi keledarnya yang di simpan rapi di dalam almari kaca.
Dengan terkocoh-kocoh Erina mengambil topi keledar Shoei X-Fourteen Marquez kepunyaan Megat Emir yang sudah lama berada di dalam almari kaca itu. Erina begitu teruja sekali.
Mereka segera berlari-lari anak menuju ke pintu lif. Aida di kaunter penyambut tetamu hanya mengeleng kepala. Ke mana pulak la belangkas dua orang ni nak pergi? Masing-masing memegang topi keledar.
Sepanjang bekerja di situ belum pernah Aida melihat majikannya itu menunggang mahupun membonceng motor. Aida beranggapan habis pemikirannya bosnya dirosakkan Erina. Tak pasal-pasal kali ini bossnya menjadi mat motor pulak.
Erina dan Megat Emir masing-masing sudah bersiap sedia dengan topi keledar di kepala.
"Awak yang bawak tau... Saya tak berani. Saya trauma." Tutur Megat Emir.
"Bos jangan risau.. Saya kan secretary merangkap tea lady dan yang terbaru sekali driver bos. Saya yang akan bawak motor ni yer.. Lagi pun saya tak berani nak bagi orang lain bawak motor saya ni."Â Bebel Erina sambil tersenyum sinis.
"Yelah.. Yelah Cik Erina... Cepat jalan." Megat Emir menepuk-nepuk bahu Erina sebaik sahaja dia membonceng di belakang Erina.
"Bos.. Pegang kuat-kuat. We dont have much time.. Saya nak pecut dan celok ni." Laung Erina supaya Megat Emir mendengarnya.
"What ever Erina.. Cepat!" Megat Emir membalas dengan laungan juga.
Vrroommm....
"Boleh tahan minah ni bawak motor." Getus hati Megat Emir apabila Erina menyelit sana sini untuk mengelak dari kesesakan lalu lintas. .
Kecut perut Megat Emir dengan cara tunggangan Erina yang boleh tahan hebatnya. Keadaan belakang motor Erina yang terjungkit itu menyebab beberapa kali juga Megat Emir terpeluk Erina apabila 'break' di tekan.
Tepat jam 4.30 petang mereka akhirnya sampai di Menara Syed Ibrahim. Dengan pantas Megat Emir dan Erina berlari anak mengejar pintu lif sebelum tertutup.
Sebaik sahaja sampai di bilik mesyuarat utama, banyak mata yang memandang mereka kerana nafas Megat Emir yang tercungap-cungap itu jelas kedengaran.
Erina menghulurkan kepada Megat Emir sebotol air mineral sebaik sahaja mereka duduk di kerusi . Nafas laju Megat Emir masih kedengaran tetapi beransur perlahan. Kali ini tak pasal-pasal Erina turut terjebak mengikuti mesyuarat besar bersama CEO dari pelbagai syarikat.
"Bos.. Are you ok?" Tegur Erina. Risau pulak dia melihat Megat Emir tercungap-cungap tadi.
"Getting ok." Senyum Megat Emir lalu meraup rambutnya ke belakang. Dia membetul-betulkan rambutnya agar lebih kemas kerana topi keledar tadi telah merosakkan gaya rambutnya.
Ralit Erina memerhatikannya kerana lagak gaya Megat Emir ketika itu persis seperti seorang model.
"Alamak.. Kenapa hari ni aku baru sedar lelaki yang hari-hari aku tengok ni rupanya macho gila. Arghh gila lah!" Jerit hati Erina.
Sepanjang mesyurat berlangsung Erina dapat merasakan Dato Farid yang duduk dihadapannya asyik memandangnya sahaja. Sesekali Dato Farid tersenyum kepadanya. Erina buat tak tahu sahaja. Daripada melihat Dato Farid tersengih-sengih dihadapannya lebih baik dia tengok bosnya di sebelah yang sibuk mencatat sesuatu.
"Erina... Fokus pada apa yang Syed Rizal tu cakap. Kenapa buku awak tu kosong jer... Tak catit apa-apa ke?" Bisik Megat Emir lalu menyigung lengan Erina perlahan apabila dia menyedari buku catatan Erina kosong.
"Don't worry bos... Saya ada rakam pakai handphone tu ha." Jawab Erina dengan paling perlahan lalu memuncungkan mulutnya itu kepada telefon bimbit di hadapannya.
"Good job. Brilliant!" Senyum Megat Emir melebar. Nasib baik ada setiausaha cerdik!
Hampir 2 jam mesyuarat berlangsung dan akhirnya tamat jam 6.30 petang. Masing-masing CEO dari pelbagai syarikat telah bersetuju untuk bekerjasama untuk projek berskala besar ini. Terdapat 4 buah syarikat akan bekerjasama dengan Prestige Bina Holding untuk membina satu kawasan perumahan yang akan didiami daripada pelbagai golongan.
Megat Emir dan Erina berjalan keluar dari lif sebaik sahaja lif berhenti di lobi. Motorsikal yang di parkir jelas kelihatan dari jauh memandang tadi mereka berkejar-kejar untuk menghadiri mesyuarat maka sekuriti membenarkan ia di parkir di lobi seketika.
Satu demi satu kereta mewah berhenti di lobi menjemput CEO - CEO yang telah menghadiri mesyuarat sebentar tadi.
"Tengok tu bos... Semua CEO datang meeting driver yang hantar tau. Ni Tuan Megat Emir datang meeting secretary dia pulak yang hantar." Erina mengekek kecil lalu menutup mulutnya dengan jari.
Sedang mereka memakai topi keledar dan bersiap untuk pulang, tiba-tiba Megat Emir menyedari satu sosok tubuh berjalan dengan lenggok menggoda yang dikenalinya.
" Biy.. I datang nak jemput you." Melisa berjalan mendekati Syed Rizal yang sedang menanti pemandu menjemputnya dilobi.
"Sayang.... La... You datang juga office I hari ni. Kan I kata nak balik sana." Melisa segera merangkul lengan Syed Rizal. Sememangnya dia memang datang ke pejabat Syed Rizal untuk memastikan suaminya itu balik terus ke rumahnya selepas habis mesyuarat. Dah la pagi-pagi tadi dah menghilang. Kali ini dia kalau boleh hendak ikat suaminya balik ke rumahnya sahaja.
Megat Emir yang dari jauh memerhatikan sahaja wanita yang dikenalinya itu. Dia pun pelik.. Entah kenapa sejak menjak ini asyik terjumpa sahaja wanita yang dulu dia pernah sayangi dan wanita itu juga pernah mengecewakannya.
Melisa terpandang satu renungan tajam Megat Emir kepadanya. Patut la dia terasa seperti diperhatikan sahaja dari jauhnya.
Apabila pandangan mereka bertaut, Megat Emir segera mencapai kunci motosikal daripada tangan Erina. Erina terpinga-pinga seketika. Erina disuruhnya membonceng manakala kali ini Megat Emir sendiri yang akan menunggang motosikal itu.
"Ehh bos... Are you ok? Betul ke bos boleh bawak motor? Kan tadi kata trauma!" Erina pelik dengan kelakuan Megat Emir yang tiba-tiba itu.
"Naik jerla cepat!"
"Eerk.. Erk... Baiklah." Erina menurut arahan dan cepat-cepat dia membaca doa naik kenderaan di dalam hatinya. Berdoa semoga perjalanan mereka selamat.
Sebaik sahaja Erina memboncengnya, Megat Emir segera mencapai tangan Erina lalu dibawa rapat ke pinggangnya. Erina terdorong ke depan dan secara automatik dia sudah terpeluk Megat Emir dengan erat sekali. Erina terkesima seketika. Megat Emir memecut laju motorsikal meninggalkan bangunan itu. Apa yang bos dia cuba buktikan sebenarnya ini?
Share this novel