EPISOD 62

Romance Series 14692

Sebaik sahaja kapal terbang mendarat dan segala urusan di lapangan terbang selesai, Megat Amar terkocoh-kocoh mendapatkan Grab Car untuk pulang ke rumahnya.

Kali ini seluruh ahli keluarga tidak dapat menjemputnya di Lapangan Terbang KLIA. Masing-masing sibuk dengan pelbagai urusan.

Kelas usrah yang kali ini diadakan di rumah Puan Marina turut beransur selesai. Ahli-ahli usrah pun masing-masing meninggalkan rumah banglo itu termasuklah Hajah Saleha yang pulang setelah dijemput oleh suaminya.

Puan Marina berehat santai ditepi kolam renang sambil menunggu kepulangan Megat Amar yang dijangka pada bila-bila masa sahaja akan sampai. Megat Amar menyatakan bahawa kali ini dia akan pulang menaiki Grab Car memandangkan dia ketahui semua ahli keluarganya sibuk pada petang-petang sebegini.

"Assalamualaikum mama..." Dari luar pagar kedengaran suara Megat Amar memberi salam.

"Waalaikumussalam...anak mama..." Penuh keterujaan Puan Marina menyambut salam anak bongsunya itu.

Megat Amar melangkah masuk ke perkarangan rumah lalu mendapatkan Puan Marina yang keseorangan di sebuah meja sebelah kolam renang.

"Mama...apa khabar?Rindunya dekat mama." Megat Amar salam Puan Marina lalu dipeluk erat mamanya itu.

"Mama sihat.. Alhamdulillah." Puan Marina tersenyum apabila melihat anaknya itu betul-betul menghilangkan rasa rindu dengan memeluknya erat-erat.

"Betul ke rindu kat mama? Jangan-jangan masa kat UK tu langsung tak ingat mama bila jumpa awek UK." Duga Puan Marina.

"Betul la mama...Amar betul-betul rindu kat mama tau." Ujar Megat Amar.

Sememangnya semenjak dia melihat gambar petunangan abangnya Megat Emir dan Erina itu, hampir setiap hari dia teringatkan mamanya. Dia teringatkan bagaimana mamanya boleh masuk meminang Erina untuk abangnya itu? Dia teringatkan betapa menyesalnya dia tidak berterus terang dengan mamanya akan siapakah gadis pujaannya itu. Jika dia berterus terang pasti mamanya akan meminang Erina untuknya!

Megat Amar melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah Puan Marina. Ditenung mamanya itu. Berkerut-kerut Puan Marina memandang Megat Amar. Dia tahu tenungan anaknya itu pasti membawa satu makna.

"Kenapa Amar tenung mama lama-lama ni?"

"Saja je...nak tenung mama lama-lama sebab Amar rindukan mama!"

"Ermm...really.. tapi mama rasa mesti ada something kan?"

"As what I said...Amar rindu mama. Kalau mama pergi UK ikut Amar hari tu mesti best tau!"

Dalam hati Megat Amar terdetik. Andai mamanya ikut dia ke UK pasti pertunangan abangnya Megat Emir itu tidak akan berlaku!

Tiba-tiba kereta Megat Emir meluncur masuk ke perkarangan rumah. Semasa kenderaannya masuk ke garaj kereta sempat Megat Emir mengerling kelibat Megat Amar yang sedang berborak bersama mamanya.

Megat Emir segera keluar dari kereta lalu berjalan perlahan mendapatkan Puan Marina dan Megat Amar yang sedang rancak berborak.

"Assalamualaikum..amboi syoknya bersembang!" Megat Emir memberi salam lalu menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Megat Amar, adiknya yang sudah dua minggu mereka tidak berjumpa.

"Waalaikumussalam. Abang Emirrr....kau memang tak guna!!!" Megat Amar menjawab salam dan menjerit lalu memberikan satu tumbukan yang betul-betul mengena pipi dan perut Megat Emir.

Tindakan tanpa sebarang amaran dari Megat Amar itu menyebabkan Megat Emir terjatuh ke dalam kolam renang.

Perasaan marah Megat Amar itu masih belum reda lalu dia turut melompat ke dalam kolam itu dan memberi beberapa tumbukan lagi kepada Megat Emir untuk melepaskan geramnya.

"Abang Emir...kau memang tak guna...kau tak layak untuk dia!" Megat Amar menjerit bagai orang kena rasuk.

"Jadi kau marah dekat aku sebab aku bertunang dengan Erina ke? Jangan mimpi dan jangan harap...She's mine!" Jerit Megat Emir. Dia tidak melawan tetapi dia sedaya upaya cuba menepis dan menahan tumbukan daripada Megat Amar itu.

Suasana riuh rendah di kolam renang itu menyebabkan Tuan Megat Emran yang sedang menonton televisyen di dalam rumah terganggu. Dia segera menjenguk keluar jendela. Kelihatan Megat Emir dan Megat Amar sedang bertumbuk di dalam kolam manakala Puan Marina menjerit-jerit meminta mereka berhenti pergaduhan itu.

"Amar...Emir....sudah...sudah..." Jerit Puan Marina. Dia betul-betul terkejut dengan tindakan Megat Amar itu.

"Amar ..stop .. stop...boleh tak kita bincang elok-elok. Kau dan aku dah tua dah..tak elok gaduh macam budak-budak!" Tengking Megat Emir lalu kepala Megat Amar itu ditunjal-tunjalnya. Pipi Megat Amar disepak perlahan untuk menyedarkan adiknya itu yang bagai dirasuk syaitan.

Menyedari kepalanya ditunjal dan pipinya disepak oleh Megat Emir, akhirnya Megat Amar berhenti akan perbuatannya itu. Dia segera naik ke atas lalu menuju ke biliknya. Puan Marina dan Tuan Megat Emran yang sedang bercekak pinggang dipandangnya sepi. Megat Emir yang masih di dalam kolam pula dibiarkan tanpa endahnya.

Puan Marina memegang dadanya yang sedang berombak kencang. Dia betul-betul terkejut dengan apa yang terjadi. Padahal sebelum peristiwa sebentar tadi berlaku dia sememangnya sedang rancak berborak bersama Megat Amar.

"Emir..cepat naik. Pergi ke bilik kamu cepat. Malam karang papa dan mama nak berjumpa kamu berdua nak bincang apa punca sampai gaduh sebegini rupa." Tuan Megat Emran bersuara.

Sebaik sahaja naik ke atas dengan keadaan basah kuyup, Megat Emir hanya mengangguk kepala tanda jawapan kepada arahan papanya itu. Jam tangan jenama TAG Heuer Carrera Calibre dipergelangan tangannya ditanggalkan. Telefon di dalam poket seluarnya dikeluarkan sebelum ianya rosak dan tidak berfungsi.Dalam keadaan basah kuyup, Megat Emir berlalu menuju ke biliknya.

"Bibik...nanti mop lantai ni yer...dari bawah sampai ke bilik saya yer." Pinta Megat Emir kepada pembantu rumah yang turut bersembunyi mengintai apa yang berlaku antaranya dengan Megat Amar di kolam sebentar tadi.

"Errk...baik...baik tuan." Tergagap-gagap pembantu rumah menjawab kerana di sangkanya Megat Emir tidak menyedarinya di sebalik pasu bunga yang besar itu.

Megat Emir segera menuju ke bilik air sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke biliknya. Baju dan seluarnya yang basah kuyup tadi ditanggalkannya lalu dia segera membersihkan dirinya.

Usai mandi dan hanya bertuala di pinggang Megat Emir berbaring di katil dan memandang siling. Dia teringat akan pergaduhannya dengan Megat Amar sebentar tadi. Salahkah aku bertunang dengan Erina?

Trut...trutt..trut..trut....telefon bimbit Megat Emir menjerit minta diangkat. Di skrin telefon tertera nama Erina. Erina menghubunginya secara video call tetapi Megat Emir 'reject' kerana dia tidak mahu Erina melihat wajahnya dalam keadaan lebam.

Beberapa minit kemudian mesej pula masuk ke telefon bimbit Megat Emir.

Erina: Kenapa abang reject video call Rina?

Megat Emir: Abang tengah naked..tak pakai baju. Baru lepas mandi.

Erina : Woww! Seksi..Hehehe..:p

Megat Emir : Gatal!

Erina : Hehehe...Abang...tolong Rina..Motor Rina rosak..tersadai tepi jalan ni.

Megat Emir : Takda orang nak tolong ke si gadis ayu yang cantik manis tu?

Erina : Ada ramai..bersusun-susun ni...

Megat Emir: Then?

Erina:  Tapi Rina nak abang juga yang tolong Rina. Apa gunanya ada tunang kalau nak suruh suami orang,bf orang or tunang orang lain yang tolong Rina..:p

Megat Emir : Manjanya!! Tunggu situ dan share location. Nanti Superman yang hensem dan macho datang!

Erina : Ok Superman!

Erina tersenyum nipis ditalian. Di saat ramai orang sibuk untuk pulang dari kerja inilah tiba-tiba motornya meragam. Memang ada beberapa penunggang motosikal cuba membantunya tetapi bantuan itu terhad kerana motosikalnya itu perlu dibawa ke bengkel untuk dikenal pasti apa masalahnya dan diperiksa oleh orang yang lebih arif dan pakar tentang motosikal berkuasa tingginya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience