EPISOD 40

Romance Series 14692

Malam itu Datin Salina, Dato' Zahim dan anak mereka Kapten Zairil telah datang ke rumah Haji Wan Zain dan Hajah Saleha.

Erina betul-betul tidak menyangka tujuan uminya suruh pulang awal rupa-rupanya adalah untuk memperkenalkan dirinya dengan anak Datin Salina.

Uminya dan Datin Salina telah membuat perancangan awal untuk mengadakan pertemuan ini.

"Kenapa umi tak bagitau Rina pasal ni? Kenapa umi rancang diam-diam dengan Datin Salina tu?" Muncung Erina di dapur. Tangannya ligat memotong buah tembikai untuk tetamu istimewa uminya yang datang pada malam itu.

"Ala Rina.. Umi bukan suruh kahwin pun. Umi suruh kenal-kenal jer dengan si Zairil tu. Kalau serasi boleh la panjangkan lagi silatulrahim tu. Jika tidak.. Tak mengapa." Hajah Saleha menggosok-gosok perlahan lengan Erina.

Selesai sahaja makan malam Zairil mengajak Erina bebual di luar rumah seketika. Mereka duduk berbual di tepi kolam ikan mini.

" Erina.. Terima kasih sebab sudi terima kedatangan saya sekeluarga ke sini." Ucap Zairil sambil memerhatikan sahaja Erina yang sedang membetul-betulkan rambutnya itu.

"Erm.. Sama-sama Zairil. Mak awak dan mak saya kan saling mengenali." Senyum Erina.

"Saya rasa awak tau kan tujuan keluarga saya ke rumah awak hari ni." Zairil ralit memerhatikan sahaja Erina.

"Sejujurnya saya memang tak tahu tapi... tadi saya baru tahu tujuan family awak ke sini." Senyum Erina lagi yang membuatkan jantung Zairil bergetar.

"Saya nak tanya awak la... Orang cantik macam awak ni takkan la takda seseorang yang special. Awak boleh jer berterus terang dengan saya. Saya tak kisah pun." Tutur Zairil sambil menggaru-garu keningnya.

"Ermm... Secara jujurnya saya sedang menunggu seseorang sebenarnya. Kalau awak tak kisah atau awak boleh tunggu.. Boleh tak bagi saya masa 6 bulan untuk berfikir dan selesaikan urusan saya." Terang Erina.

"It's ok Erina. Take your time. Lagi pun saya ni sentiasa jer sibuk.. Nanti tup tup rupanya dah 6 bulan." Senyum Zairil dengan jawapan yang penuh tenang.

"Tapi kan Zairil... Kalau dalam tempoh 6 bulan tu awak ada jumpa seseorang yang sesuai dengan awak... Awak teruskan ajelah dengan dia tau. Tak payah la tunggu saya." Pinta Erina tapi dalam masa yang sama dia rasa serba salah.

"Ya.. Saya faham. Jodoh itu aturan Allah. Kita pun tak tahu perancangan Allah kan." Begitu tenang jawapan Zairil itu.

"Terima kasih Zairil kerana memahami." Erina begitu mengagumi ketenangan Zairil itu.

Kalau ikut pengamatan Erina, Zairil ini adalah seorang lelaki yang sangat matang, tenang dan boleh tahan la juga kacaknya.

Aduss... Kenapa la aku dikelilingi oleh lelaki-lelaki yang kacak? Tetapi dalam ramai-ramai tu seorang jer yang boleh buat jantung aku bergetar. Erina tersenyum-senyum keseorangan.

----------------------------

Di hari minggu ini Megat Emir hanya melepak sahaja di biliknya. Menonton televisyen dan bermain telefonnya.

Tuk.. Tuk.. Pintu diketuk dari luar bilik.

"Emir.. Mama ni.. Boleh mama masuk?" Puan Marina minta kebenaran untuk masuk ke bilik anak terunanya itu.

"Masuk la mama... Emir tak kunci pun pintu tu." Laung Megat Emir yang sedang baring di katilnya.

"Emir tak keluar mana-mana ke hari ni...takan terperuk dekat rumah jer." Soal Puan Marina.

"Weekend duk rumah dan rehat..weekday pergi kerja..kalau tak ada apa-apa hal duk umah jerlah." Jawab Megat Emir bersahaja.

"Emir takde nak pergi dating ke main golf ke pergi jogging ke?"

"Dating dengan siapa?Mama ni..macam tak tahu je Emir punya keadaan camna skang ni.Ermm...cuba mama bagitau..apa yang mama nak suruh Emir buat sebenarnya?" Megat Emir memeluk bahu mamanya itu.

"Dah takda apa benda nak buat kan..so apa kata Emir ajak Erina keluar. Lusa tu birthday Hajah Saleha...so mama and geng usrah mama plan nak bagi hadiah dekat Hajah Saleha tu. Mesti Erina tahu apa yang mak dia suka bila hari jadi ni kan?" Cadang Puan Marina.

"Apa kata mama jer pergi dengan Erina tu?Perempuan sama perempuan mesti lagi senang nak cari barang kan?" Tutur Megat Emir tetapi matanya masih ter0tumpu pada televisyen.

"Tak boleh..papa ajak mama teman dia pergi kenduri dekat Hulu Langat." Puan Marina cuba mengelak.

"Owhh pulak..so Emir kena pergi dengan Erina la ni..Entah ada kat rumah ke tak minah tuh. Jangan-jangan konvoi ride ke mana ntah." Megat Emir menggaru-garu kepalanya lalu mencapai telefon dan segera mendail nombor telefon Erina.

"Assalamualaikum Erina. Awak tengah buat apa tu hari ni?"

"Waalaikumsalam. Saya tak buat apa pun. Ni tengah duk bercakap-cakap dengan ikan dalam kolam ni ha...hehe.." Jawab Erina disertai gelak kecilnya.

"Mama saya cakap lusa birthday umi awak kan? So...geng usrah derang ni nak celebrate dan belikan hadiah untuk umi awak masa majlis usrah nanti. "

"Ok..then..."

"Boleh tak awak teman saya pergi cari hadiah tuh? Sebagai anak.. mesti awak tahu apa yang sesuai dan apa yang umi awak suka." Pinta Megat Emir sementara itu Puan Marina curi-curi dengar perbualan itu.

"Kenapa bos yang kena belikan..bos dah jadi salah seorang geng usrah mak kita ke?" Soal Erina lagi sambil mengekek.

"Awak nih...gelakkan saya yer..Mama saya yang mintak kita tolong carikan hadiah tuh. Awak siap sekarang lagi setengah jam saya sampai dekat rumah awak.Jangan lambat yer.." Arah Megat Emir lalu menamatkan panggilan tanpa Erina sempat berkata apa-apa.

Setengah jam kemudian akhirnya Megat Emir sudah sampai di hadapan rumah Erina. Dengan terkocoh-kocoh Erina berlari ke arah kereta Megat Emir. Dia tidak mahu Megat Emir membebel kerana menunggunya lama di dalam kereta.

" Ok ..let's go..bos nak bawak saya pergi dating mana hari ni?eheehe.." Usik Erina sambil tersenyum-senyum memandang Megat Emir yang simple tetapi bergaya.

"Awak tunggu dan lihat..Duk diam-diam dalam kereta ni nanti tau-tau dah sampai." Megat Emir segera memecut kereta kesayangannya Porsche Panamera menuju ke One Utama.

Sebaik sahaja sampai di pasaraya One Utama itu, Megat Emir dan Erina berjalan beriringan menuju ke dari satu butik ke satu butik mencari barang yang sesuai untuk dijadikan hadiah kepada Hajah Saleha. Akhirnya Erina mengajak ke sebuah kedai elektrik di dalam pasaraya tersebut.

"Ermm..kita masuk kedai elektrik ni nak beli apa yer Erina?" Soal Megat Emir.

"Kata nak beli hadiah untuk umi saya kan...saya cadangkan bos beli vacum cleaner yer..sebab vakum cleaner rumah saya dah rosak. So..kalau beli tu mesti umi saya suka." Cadang Erina kepada Megat Emir yang sibuk melihat beberapa barangan elektrik yang lain.

"Ermm..really..umi awak ni simple orangnya kan..tak cerewet...untung awak dapat umi macam tu." Tutur Megat Emir.

"Mama bos pun apa kurangnya..cantik berseri dan sporting. Untung kan kita dapat emak macam tu." Erina merasakan dia dan Megat Emir mempunyai emak yang hebat.

Selesai membayar barang yang dibeli sebentar tadi, Megat Emir mulai rasa lapar. Mana tak lapar kalau habis satu pasaraya mereka pusing. 

"Bos...lapar laa.." Renget Erina.

Megat Emir hanya tersenyum kerana dia juga turut rasa yang sama. Lapar sangat-sangat. Maklumla..selagi dia tak jumpa hadiah yang dicari selagi itulah dia sanggup menahan lapar. Kalau dia tahu Erina pun lapar dah lama dia berhenti makan di mana-mana kafe yang ada di dalam One Utama itu.

"Awak nak makan apa Erina?"

"Ermm.. Nak makan nasi ayam penyet boleh tak?"

"Kalau selain nasi boleh tak?" Megat Emir mendengus kecil. Dalam beberapa hari ni dia asyik makan nasi jer. Habis diet tanpa nasi dilanggarnya.

"Alaaa... Pleasee!" Rayu Erina sambil buat muka comelnya.

"Awak ni... Saje je nak buat saya cair.. Yelah.. Yelah.. Jom.." Megat Emir mengalah.

Ketika mereka berjalan menuju ke tempat makan tiba-tiba jantung Erina berdegup kencang apabila mereka terserempak Haikal bersama dengan seorang gadis berpimpinan tangan. Erina terkejut. Haikal tersentak. Megat Emir terkedu.

Aduss... Drama apakah yang akan berlangsung lagi kali ini?

"Haikal..?" Sapa Megat Emir yang buat-buat kenal tak kenal aje!

"Erk..Encik Eee Emir..." Tergagap-gagap Haikal menyebut kerana masih terkejut.

"Buat apa kat sini.. Shopping ke? Siapa tu?" Soal Megat Emir bersahaja yang sememangnya berniat untuk kantoikan Haikal. Puas hati dia!

"Erkk.. Ermm.. Ni tunang saya." Tergagap-gagap lagi Haikal samada hendak mengaku atau berbohong. Takan taknak ngaku tunang kot.. Kang tak pasal mengamuk tunang sebelah tu.

"Tunang?" Terkejut Megat Emir. Erina pula terbuntang biji matanya mendengar ayat tanpa rasa bersalah yang terkeluar dari mulut Haikal itu.

Erina terasa sesak jantungnya. Megat Emir yang melihat Erina mengurut-ngurut dadanya itu segera merangkul bahu Erina dan membawa Erina menjauhi Haikal. Sebelum berlalu Megat Emir sempat berbisik kepada Haikal.

"Aku dan Erina tengah berdating ni. Kau jangan la bagitau Amar pula yang kau terserempak dengan kami. This is secret ok!"

Mendengar kata-kata Megat Emir itu, Haikal hanya mengangguk kepalanya dan di sulami dengan senyuman kelat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience